Friday, November 27, 2009

Experience The 'NEW' Efficiency

24 Nov. 2009 is the date of celebration the launch of Windows 7, Windows Server 2008 R2 & Exchange 2101 by Microsoft.. salah satu event terbesar bagi tahun 2009..

finally, berjaya gak menghadirkan diri ke event ni.. was held at Kuala Lumpur Convention Center.. berbunga-bunga hati bila boss izinkan sue ke sana bersama 3 org lagi bodyguard, sir capo grande, adzliq n kak anong.. kesian kat jemah la sbb dia paling beria nak pegi, tapi mata bengkak la pulak di saat2 akhir..

sebelah coffee maker yg complicated...


bukti ceria di hari kejadian..


dpt ice cream kat booth HP.. lama dah x mkn ice cream..

presentation dr microsoft mmg tip top.. presenter pun bukan calang2 org punya.. kat dlm tu dah mcm tgk movie je.. kadang2 rasa mcm tgh tgk magic show pun iye jugak.. dgr keynote kejap je.. yg lebihnya pi tgk booth..

kitowang excited nak submit hunter cash.. hadiah berupa sebuah netbook lenovo.. jawab 14 soalan yg mmg sgt menguji minda.. lepas tu, kena pegi booth2 yg terpilih utk kumpulkan 14 keping 'cupon' bagi setiap penyertaan.. ingatkan kitowang yg awal, rupanya penyertaan awal2 lagi dah tutup sbb cupon dah habis.. sbg saguhati, dpt la selai t-shirt Win7 yg mmg sempoi.. berebut nak kan t-shirt nan selai tu..

borang hunt for cash & cupon yg tak cukup :(


terpaksa layan sir capo grande dgn kasut barunya..


vangga sbb dpt macam2 present kat booth hari tu..


sukanya dpt panda antivirus.. walaupun kat opis tgh POC kaspersky..

janji memula kalo dpt netbook nak share.. sekali netbook sudah bertukar menjadi t-shirt da.. hambek!! cane pulak nak share t-shirt.. hahaha.. so, sape yg nak t-shirt tu, kena la belanja lunch.. tq.. sib baik la ada t-shirt air asia 7 yg dibeli 2 thn lepas sbg penyejuk hati.. janji ada nombor 7 jugak.. tak kira!!

dan rugi la kalo dtg dari jauh nak terus blk kan.. hari tu masa soft launch dah survey2 skit.. so, tak jadik masalah utk terus merembat beberapa brgan harian.. hahaha.. tak byk sgt sbb sejak kebelakangan ni nafsu serakah beli baju baru berjaya disekat..

eh... mcm kenal je tmpt ni kan..

lepas ni kena jadi pengguna Win7 sepenuhnya ni.. hasrat hati nak lantik diri jadi pakar rujuk Win7 kat Negeri Sembilan.... hahahaha... besarnya angan2...

Sunday, November 22, 2009

Stop It Please...

dpt e-mel dan rasa xcited nak buat entry psl smoking nih.. tertarik dgn gmbr2 kesan akibat merokok yg mmg sgt kreatif dan mmg akan berkesan kalo ada rasa insaf nak berenti merokok..




tapi kenapa la manusia nih masih tak serik? dah mcm2 gmbr yg terpampang kat kotak rokok tu, tapi selamba je perokok ni tatap.. x de takut langsung...



sayangilah org keliling kita.. dan tolong lah sayangi jugak organ-organ dalaman kita.. tu je la yang ada yang kita kena jaga.. kalo dah rosak, payah nak cakap.. tak payah nak menyesal2 nih.. sape suruh sedut penyakit? dah tau benda tu tak elok kan..

isshh.. tak paham lah kenapa nak kena merokok?? ada sebarang faedah ke? ada dpt jadik hensem ke? bleh jadi kaya ke? bleh buat org kagum ke?



bazir duit, bazir masa (ini yg paling ketara yg dpt dirasakan.. semua yg sepatutnya cepat boleh jadi lmbt disebabkan sebatang rokok), carik penyakit, bau busuk, gigi kuning, gusi hitam, susahkan org lain yg kena sedut asap, sedut bau... ya ampun......

harapan tahun 2010 nnti, jumlah perokok tegar dan mekar ini akan berkurangan.. x de sape yg boleh tolong melainkan diri sendiri..



kalo nak sebatang, meh bayar rm10 dulu.. biar serik.. mmg patut duit rokok selama ni pegi ke saluran yg betul pon.. lama-lama nnti boleh lah berenti tu.. InsyaAllah..

Wednesday, November 11, 2009

MY FUNNIEST BABY CONTEST

cepat sebelum terlambat...

memandangkan dah last minute sesangat...sue cuba sedaya upaya untuk join contest dgn impian utk memiliki cloth diapers secara percuma.... wow!!! best nya....


Klik Umidanish dan segalanya ada di sana....

Ada 2 kategori iaitu kategori A for baby gurl dan kategori B for baby boy dan najmi otomatik akan bertanding dlm kategori B bersama muka-muka baby yg funny di luar sana...

Ada 3 penaja utama utk contest ni iaitu..
i)Babyumishop yang akan sponsor cloth diaper Lunatots bagi setiap kategori
ii)IT @ RLiiT'S BoutiQe & beauty Centre yang akan sponsor selai baju bagi setiap kategori
iii) Moms&babyshop yang akan sponsor diaper stacker untuk peserta bertuah

Mmg dah lama mengidam nak pakaikan najmi dgn CD nih.. tapi asyik la tertangguh bila nak beli.. agaknya mmg nak dpt free kot.. hahahaha...

So, semua syarat telah ditepati dan masa untuk dinilai...


Nama Baby : Najmi Syahputra bin Mohamad Najib
Umur sekarang : 1 tahun 4 bulan

Umur dlm gambr : 1 tahun 1 bulan

hehehe.. muka ashkar mengamuk sbb x dokong dia..

ini nama dia gmbr penenang (blom pemenang lagik tau.. baca betol2..) bila tgk mesti senyummmm... ni pun dah senyum sorang-sorang nih.. hahaha..

Tuesday, November 10, 2009

Dari PICC ke KLCC

Nak hujung tahun ni, mcm2 la yg kena siap kan errkkk.. mcm2 seminar, conference, training pun kena attend jugak.. errmmm.. mmg mcm tu erk kat mana2 pun?

secara jujur dan ikhlas nya, sue mmg suka sgtssss kalo tercalon utk pegi seminar, conference, training, workshop, (apa lagi erkk??) yg dibuat kat luar.. sejak pindah state ni, paling jauh pun pegi ke daerah je la.. offer gi at least Putrajaya tu pun datang 2 - 3 bulan sekali.. kalo peluang nak attend kursus kat 'luar negeri' amatlah tipis harapan nya... dan lagi terkilan nya nak naik flight atas urusan kerja bila blk state nih.. huhuhu.. sape yg soh carik penyakit mintak pindah..

kali ni alhamdulillah, dpt pegi MyGOSSCON Conference kat PICC dan Microsoft Conference kat KLCC.. berkembang la otak dpt tgk dunia luar sesekali...


perasmian MyGOSSCON oleh Y.B Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

kesimpulan nya (tetiba dah smpai kesimpulan je.. nmpk sgt malas...) MyGOSSCON is all about Open Source Software yang sedang hebat diperkatakan dari corong2 radio hinggalah ke meja-meja makan.. ramai speaker yang telah dijemput utk bersama share xperience sepanjang menggunakan OSS termasuklah dari India, USA & Sudan.. dan sgt byk booth yg dibuka yg rata2nya berkaitan dgn sistem/aplikasi yg dibangunkan menggunakan OSS..

Menurut kajian, currently Malaysia berada pada kedudukan nombor 12 daripada seluruh negara yang telah menggunakan OSS.. dan agak mengejutkan jiran kita Thailand berada pada kedudukan ke-9 tau..

bersediakah kita untuk transform mnggunakan OSS?

haiwan peliharaan dari booth SUSE Linux

3 keping gmbr je yg ada, so letak je la semua.. x de motif pon..


diikuti pulak dgn conference invitation daripada Microsoft mengenai Windows 7.. tau tak nih yg Microsoft dah nak launch Windows 7? no more XP.. no more Vista lepas nih.. melalui kajian dan jaminan daripada Microsoft bahawa segala-galanya lebih baik daripada yang lepas.. biasa lah.. "sales talk'.. so, kalo nak tau keberkesanannya, jom lah kita sama-sama godek menggodek gunakan Windows 7 nih..

Fyi, WIndows 7 will be launch on this coming 24 November 2009 at KLCC Convention Center.. boss, tooooolong lah bagi saya pergi lagik....


had a lunch at level 29, Tower 2.. lepas tu had a 'wiwi' jugak kat level 29.. tmpt pembuangan tertinggi setakat ni.. hahahaha..


blk tu jenjalan SEKEJAPPPP kat klcc.. sekejap je sbb kena masuk opis blk.. dah 8 thn mak tak ke sana.. cuci mata sajork.. beli menan najmi je sebagai bukti ke sana..


gumbira nya hati ku dpt DVD Windows 7.. ultimate hokey.. tp lom install lagik..
yg biru tu sekadar realease candidate je.. expired march 2010.. dpt masa org Microsoft bg talk psl licensing baru2 nih..

Tuesday, November 3, 2009

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

selagi tak menang... nak masuk jugak smpai menang.... bila lah nak menang.....



Contest ini sempena meraikan Pn.ElizaDianna punya 5th enibeseri.. secara rasminya contest ini dilancarkan dari: 24 October 2009 hingga 17 November 2009..

semua syarat telah dipenuhi dgn jayanya... dan inilah gambar nya...

Nama : Najmi Syahputra bin Mohamad Najib
Umur : 1 tahun 4 bulan
Lokasi : City Park, S2

Biru ke nih?? alamak... ini turqoise la.. kasut je biru.. tapi menurut RGB color, turqoise tergolong dalam kumpulan warna BIRU.. so, layak lah dinilai...


27 oct '09 : Majlis Santapan Diraja

kali ni kena karang sendiri sbb dlm portal NS x de lak cerita psl santapan nih.. nih yg malas mengarang ayat nih...

benda ni dah seminggu berlalu.. tak ingat sgt apa dah jadi.. maklum la, mak kan tak suka makan kismis....

apa yg sue ingat, kitowang semua mmg rasa x sabar nak kasik habis majlis nih.. rasa mcm nak celebrate kat mapley je mlm tu tau.. kitowang yg terlibat kat penghujung jln ni dah rasa mcm nih, mcm mana la perasaan dorang yg terlibat dr awal thn hari tu erkk.. harus gi bercuti kat pangkor laut ni..


dah ready nak 'menguruskan' tetamu


posing jap, tak ramai lagik yg sampai..



mlm tu pakai bj hitam tu lagik.. kenapa? sbb arahan la.. dr 2 hari punya amatan, masalah problem mesti akan jadik lagik masa mlm santapan ni.. mmg dah dpt rasa dah.. kami yg 'usherer' ni hanya jlnkan tugas dlm dewan banquet tu je.. kalo dah number seat bertindan mmg haru.. lagik haru kalo kedudukan tetamu kehormat tidak di susun mengikut seniority.. yg panglima tentera duduk kat belakang, si polan ni pulak yg dpt duduk dpn tuanku.. mmg haru.. sape nak jawab tu? sue nyorok belakang pintu je..


majlis santapan bermula..


habuan telinga

di sebabkan byk kerusi yg kosong mlm tu, maka kitowang diarahkan untuk memenuhkan kerusi atau dgn kata lain nya dpt bersantap dgn tuanku mlm tu.. makanan?? ya ampun...... kembang tekak... makan sambil tidur.. dlm hati "bila la nak habis ni.. " selang 5 minit tgk menu..


lobster salad with mango lime vinaigrette and mizuna salad


seared scallops with herbs and garlic tossed angel hair pasta (rambut si pari-pari?)


half way makan.. perut dah tak boleh terima lagik..


veloute of carrots with chive cream


calamansi lemon grass sherbet with pomelo (rasanya terrrrrrrsangat masammmmm)


jap.. amek gmbr dulu.. ntah bila lagik dpt mkn kat sini... ngan kapten amin & kapten yus


slow cooked wagyu tenderloin premium grade 8 with beef jus creamy potato gratin, green asparagus, carrots and eringi (kemain panjang nama.. lebih 18 patah perkataan..)


mille feuille of chocolate and strawberry vanilla bean mousse and mocca ice cream (mmg lalu makan ice cream dia je)


leicester cheddar
camemberi
stilton
accompanied with apple and pear chutney
caramelized nuts, raisins and crisp water crackers (makan kismis sebijik..)


sib baik ada air2 nih mengubat tekak ku yg mengembang


acara kemuncak masa pertunjukan bunga api... petanda nak bg tau org kg yg Tuanku dah selamat ditabalkan menjadi Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan..

tak boleh nak balik terus.. kena tggu semua org2 kenamaan dan VVVIP balik dulu.. last2 kol 2pagi gak smpai rumah dan beradu dgn nyenyak nya......


ngan teammate


ok.. last.. last!!


overall mmg berterima kasih sgt la kpd yg memilih tuan hamba utk bertugas sepanjang majlis ni.. mula2 mmg mcm menyumpah seranah.. dan tetiba realized semua ni adalah satu pengalaman yg sgt 'indah' dan susah nak dpt.. mungkinkah akan berulang???