Sunday, January 31, 2010

berkat kalau berfikiran +ve

mmg manyak untung woo.. jgn di layan sgt perkara2 mcm tu.. nak tak nak, kita mmg kena hadapi jugak.. yg pergi tetap akan pergi.. kita yg tnggal nih, kena lah tabah..

bln februari akan muncul esok.. segalanya akan berubah.. dan pengembaraan baru akan bermula.. itu lah cabaran nama dia..

apa yg ko bebel ni sue?? sbnarnya entry ni x de kaitan dgn 2 perenggan di atas.. itu umpama kesimpulan dari 2 entry sebelum ni.. layankan aje la..

semlm telah berjaya buat sejarah lagi.. lakiku ajak gi shoppppping...... baca betul2 ye sape yg ajak sape ok... dan lagik best bila lakiku kata soh bawak najmi sekali.. hape?? otak tu pantas je pikir.. cepat2 soh kakak (bibik) siap sama tlg jagakan najmi.. hahaha..

maka, sesuatu yg dicari selama ni berjaya berada dlm genggaman.. nak cari yg ke-2, ke-3 dan seterusnya x dapek.. sbb najmi dah mula tunjuk perangai.. bawak kakak, tapi dia bukan nak dgn kakak pon.. siapa yg cadang, dia yg jaga.. hahahaha...

niat murni lakiku nak buat binik dia ni happy amat dihargai.. terima kasih daun keladi.. nnti kita repeat lagi..

ajak je najmi gi kedai lain, terus dia peluk bola tu nak bwk keluar sekali..


impian ku tercapai.. nmpk muka happy tuh


mmg anak bapak.. apa dibuat, mesti dia ikut


balik tu singgah puncak jalil jap.. cari calon menantu.. hahaha..


dah melengkung rupanya badan sejak ada anak ni erkk


meh meh dok sini ngan mama.. singgah ptrjy saje nak bwk kakak tgk.. sok dia blk surabaya bleh crita ngan org2 kat sana..


nak jugak gmbr sweet sweet sblum balik betul2..

Thursday, January 28, 2010

Think +ve


Tak salah kan kalo kita berfikiran positif.. pikirkan yg elok2 je sudah.. kalau kita berfikiran positif, kitalah manusia yang paling untung dan paling bahagia di dunia!

Topik ni mmg sesuai sgt dgn condition sue sekarang nih.. mmg kena batang idung sendiri la.. (ada batang idong ke? hahaha..).. meh kita baca bagaimana cara untuk berfikiran +ve dan apa pekdahnya??

1. Optimis
Maksudnya yakin setiap apa yang diusahakan akan mendapat hasil seperti yang dimahukan, tak kira cemana susahnya halangan yang ditempuh. Ini juga termasuk tak mudah menyerah kalah tak kira berapa besar dugaan, krisis dan masalah yang menimpa.

Ini merupakan sikap yang paling utama. Bila sikap optimis dah ada, sikap-sikap +ve yang lain akan turut serta dengan sendirinya..

2. Bersangka baik dengan sesiapa saja
Niatkan dalam hati untuk bersangka baik kepada semua orang tak kira tua, muda, jahil, alim, boss, orang bawahan, orang islam mahupun kafir. Walau bagaimanapun, tetapkan dan asingkan yang hak dan yang bathil.


3. Elak perasaan negatif dan hati yang busuk
Janganlah kita menyangka yangka kita adalah yang terbaik. Ingatlah Allah yang maha sempurna. Jangan mencari-cari kesalahan orang tetapi belajarlah dari kesilapan yang dilakukannya, nescaya kita akan selamat dan dilindungi dari sifat kebanggaan.


4. Bersantailah seadanya
Janganlah terlalu seruis sehingga tiada masa untuk berehat dan bersantai. Berikan masa untuk merehatkan diri walaupun sedang bekerja. Terlalu serius akan membawa penyakit stress yang akan membuat kita hidup hanya untuk bekerja. Lemparkan senyuman secara ikhlas kepada rakan dan sekiranya membuat silap, sungguh-sungguh mengubah dan memperbaikinya.


5. Jangan terlalu emosi perihal cakapan orang
Kita tidak boleh menghalang rakan-rakan kita membicarakan hal kita, kerana kita belum sempurna. Tetapi jangan dijadikan perkara ini untuk mewujudkan seteru. Teruskan bekerja dengan ikhlas dan doakan mereka berubah. Sekiranya perlu, dapatkan nasihat dari rakan yang lebih berpengalaman.


6. Jangan menyalahkan orang lain
Apa sahaja berlaku pada setiap kali, cari lah punca kesalahan pada diri sendiri dan bertekad untuk mengubahnya. Kita berkuasa untuk mengubah sikap dan pemikiran kita tetapi sukar untuk mengubah pihak yang lain.


Jadi apa tunggu lagi, hari ini jom kita fokus untuk melihat semua benda daripada aspek positif. Semua situasi dan perkara yang berlaku hari ini kita pandang sebagai positif saje.. boleh? dan percayalah hari ini akan menjadi lebih ceria berbanding hari-hari yang lain.


Apa?? minggu ni pegi shoppppping?? huhuhuhu... kenalah fikir yang indah2, yang baik-baik je kan.

Saturday, January 23, 2010

x suka perasaan ni.. syoohhh!!

Berada di opis pada Sabtu yg indah?.. tiada paksaan utk dtg opis.. tapi, disebabkan hari keje tak dpt nak siapkan keje..

x tau la kenapa.. kalo hari keje tu kan, kol 5 baru rasa tenang nak mula buat keje.. kalo tak dr kol 8 - 5 tu, mcm2 hal kena setel.. cecah je vontot kat kosi nak mula menaip, tipon dah bunyik2.. kena setelkan masalah si polan ni yg dah lama mintak pc baru tp x dapat2..nak urgent!! x pun si polan ni nak printer baru, x nak yg sharing kat luar.. nak pakai sorang2 dlm bilik.. nak segera!! x pun si polan ni yg buat perangai ntah apa punca.. isshhh.. mcm2 la.. dah rupa mcm kaunter aduan masalah pun ada..

kusut sgt dok kat operasi nih.. x de istilah keje selesai.. buat lah cemana perfect pun, mesti kena komplen gak.. yg asal plan lain, bila tiba masa nak benda lain.. x ke hangin tu?? sue x mampu nak puaskan hati semua org.. toooolooong lah paham.. bukan 1 jabatan je yg kena jaga.. ini 1 negeri = 9 daerah hokey.. penat.. saya yg menurut perintah ini sgt penat tuan....

yg buatkan sue bertambah down bila sorang demi sorang terpaksa meninggalkan team operasi.. nak mintak tambah org? x yah cari pasal kot.. dah tau lepas ni mmg x kan ada tambah org, dan x tau lah ada org nak dgr ke tak.. tapi...... tambah keje yg ada.. terdayakah aku? yg akan pergi tu pasti pergi kan.. sue tak boleh nak halang rezeki org.. masing2 ada hala tuju masing2 kan.. semoga semua suksess.. rasa mcm nak buat surat pindah federal blk je..

x sia2 dtg opis hari nih.. berjaya gak siapkan paper dan manual.. sambil2 tu tgk2 kan budak technican ni install pc baru.. semoga sue terus kuat untuk terus menyumbangkan tenaga..

Sunday, January 17, 2010

3 chopping chomplex in a row

mmg tak pernah di buat selama nih.. pulak tu lokasi 1-1 tempat tu bukan nye dekat.. smpai skang sbnarnya masih terharu dgn sikap pemurah dan baik hati lakiku.. hahaha..

berjaya times square - mines shopping fair - terminal 1 shopping complex
12.00pm - 4.00 pm - 8.30pm in a sequence

tiada tujuan utama ke kl.. sekadar nak berjalan2 sbb x pernah ke times square.. tp dlm hati tu kalo ada 'benda-benda' menarik, haruslah berada dlm paper beg di tanganku.. sudahnya, x smpai 15 minit berada dlm bangunan yg indah khabar dr rupa, sue terus ckp kat lakiku "pa, jom kita g tmpt lain nak? area bkt bintang ke...?" terus lakiku gelak.... dia pun dah paham sgt ngan pangai binik dia nih..

kedai2 kat situ amatlah x best.. dah la park kat tingkat 5, haruslah kena lalu kedai2 cina bukit dulu sblm jumpa kedai2 yg familiar di mataku kat level2 bawah.. adoiiyaii.. kaki pun dah mula nak melecet (kata kasut baru kan..).. terus ajak lakiku blk.. satu barang pun x beli.. betul... satu pun x beli!! nak makan kat situ pun terus x de selera..

x yah tggu dia tya.. terus je bg statement "mama x nak la gi sini lagi.. x best langsung.." hahaha.. harapkan indoor games dia je la yg superb..

terus keluar carik tmpt makan.. satu masalah jugak nk cr tmpt mkn yg berbeza dr biasa tnpa petunjuk.. terima kasih mr garmin kerana byk membantu.. lunch kat ikan bakar jln bellamy.. org ramai ckp ikan bakar belakang istana.. tp kalo carik 'belakang istana' mmg mr garmin x dpt nk tlg la kan..

sgt mudah dan pantas.. take ram right, then shift left.. bla bla bla.. tetiba je dah smpai.. hahaha.. punya la suka.. makan sepenuh perasaan.. rasa mcm nak tapaw je kuah cicah tu.. sedap kemain.. saje je x nak basuh tangan dgn sabun sbb nak simpan bau.. wakakakakaka...


di sebabkan x puas bejalan, otw blk tu singah lak kat the mines.. tu la kan, mcm x percaya lakiku begitu baik hati nak singgah2 tmpt ramai org cam tu.. i lap u la laling.. disebabkan hatiku telah terguris dgn bangunan pertama td, maka hasrat nak membeli belah terus tersekat.. beli brg najmi je yg lebih.. lepas tu blk jumpa anak..

lepas blk mandi, solat, packing brg sbb nak tido umah sban lak mlm tu.. singgah terminal 1 lak nak dgn jumpa nenek pilah.. nenek pilah nak tgk adnan sempit.. aduuhaiii...

kesimpulannya, kalo dah jumpa brg yg kita nak tu, x yah la nak tunggu2.. kalo kita mmg dah spend duit dan mmg dah plan nak beli, baik teruskan aje.. lagi pun x kan lah x boleh langsung nak beri penghargaan pada diri sendiri setelah penat bekerja.. tetiba henbeg kat Sogo 3 thn lepas mengimbau.. ahh tidak!!!!

Tuesday, January 12, 2010

Najmi - 18 months

asyik bertangguh je nak cerita psl perkembangan najmi kat sini.. dah semakin besar dan semakin bobot..

minggu dpn appoinment ngan doc untuk suntikan setahun setengah.. jgn lah dia demam.. najmi mmg susah nak kena demam sejak lahir.. alhamdulillah.. tu yg kalo selsema/batuk skit, tahap risau sampai sepuluh minit sekali kena call bibik kat umah..

apa yg najmi pandai bila dah masuk 18 bulan = 1 tahun 6 bulan ni?

1. dh boleh ckp few words.. "nanak", "mam ma" (perfecto), "tiger", and a few more words.. dan yg paling kelakar mlm td dia bleh ckp "kentut".. hahaha.. papa dia la tu yg ajar..

2. hari2 dia akan po-po.. tak pagi, mesti mlm.. bila dah selesai, dia diri dpn pintu toilet sambil tarik2 pampers soh cpt cucikan..

3. dah kenal anggota badan.. bila tya "pusat mana?" mesti pusat papa dia yg selalu jd mangsa.. hahaha..

4. penggemar susu dumex-dugro.. sampaikan malas/takut nak cuba susu lain.. patut ke kena tukar2 susu anak?

5. sgt benci kalo pakaikan dia long sleeves.. mula la dia akan tarik2 lengan bj tu atau dia akan pura2 menggaru sampai kita tukarkan dgn bj lain

6. sgt sayang sgn ulat dia (kira bantal busuk dia la ni).. kalo tgh susu, mesti kena ada ulat kat tepi dia untuk di 'gentel'.. lepas abis je susu, ulat tu la yg akan jadik mangsa pelepas hisapan/gigitan dia smpai x tahan dgn bau ulat tu dah..

7. masih suka masukkan brg2 ke dlm mulut.. ingatkan dah besar ni dah bleh mula ajar dia menulis/mewarna, tp hasil dia, bukan buku yg bewarna merah, tapi mulut dia yg merah sbb makan kaler pensel tu..

8. bila mama & papa blk keje, mesti nak dok minum petang sekali walau ada umpanan mainan yg baru sekali pun.. dia akan tetap nak minum sekali jugak..

9. dah pandai conquer remote.. bila dia nmpk je masing khusyuk tgk tv smpai x pedulik kan dia, mula la dia amek remote pas tu tekan2 dgn gaya yg tersendiri.. bila dah kluar skrin biru, buat2 muka comel bg blk remote tu kat kita..

10. pandai dah tgk tv.. rancangan kegemaran selain iklan (itu wajib) upin&ipin, belalang & katun yg lompat2 atas spring tu.. ape ke tajuk dia..

11. bila mlm, tido dlm buai dulu.. x mcm dulu bleh tido smbil minum susu.. mmg akan mengamuk jerit2 x nak tido dan dgn nenek dia je dia tewas..

12. masih mkn bubur/nasi lembik yg dimasak sbb najmi malas nak kunyah.. gigi dah penuhm tp malas kunyah.. x pe la, janji dia nak makan dan sihat..

13. dah tunjuk petanda 'kaki bola'.. dah bleh tendang bola sambil berlari.. dah pandai tendang bola masuk dlm gol smbil angkat tangan meraikan kejayaan

14. dah boleh faham simple instruction - tlg halau meow, letak beg mama dlm bilik, letak bj mama dalam bakul (alamak!kanto membuli anak).. hahaha..

15. masih tinggal kat kg labu dan masih dijaga oleh nenek dan bibik masa keje..



itu je la dulu kot.. x pernah2 rajin nak cerita psl anak dlm ni erkk.. ok, will update pasal najmi lagik nnti..

Wednesday, January 6, 2010

Kan senang kalo online je..

alkisah nak carik crocs yg kedua..

degil.. nak survey gak.. nak puaskan hati.. merata carik.. mv, mahkota parade, mines dan yg terkini kat sunway pyramid.. tapi x de yg mencengkam di hati..

masa kat pyramid hari tu lah yg paling2 mencabar hati dan perut.. masa training kat USJ hari tu la.. ngan jemah masa tu.. 18x kot benti baca 'peta' carik kedai x jumpa2.. dah nak hangin dah.. tup2 kedainya ada kat sebalik dinding tu aje.. xcited kemain masuk kedai, last2 frusttttt sesangat sbb design nye alahai.........

tetiba terpikir nak survey online, mmg ramai yg wat business nih.. dan dah pernah beli crocs online pun sebelum nih.. nak beli online ni mmg perlukan keberanian.. mmg ketulenan yg boleh dipertikaikan, tapi ada aku kesah?? diam2 sudah la kan sbb harganya jauh lebih murah.. so far x de masalah la.. servis tip top.. baru je klik mb2u, bukak je mata dah smpai atas meja.. hahaha.. kalo tau mcm ni ending nya, x de la bersusah payah korbankan masa mkn dinner kitowang kat pyramid hari tu semata2 nak carik kedai.. benci!! benci!!

ayu, kalo ko terbaca, aku bukan x mo order ngan ko lagik.. tapi nmpk gaya ko sibuk bebeno skang sejak balik dr japang nih.. ekekeke..

special thanks to mr.edie.. memula ingat dia nih pompuan sbb kan 'edie' kat dlm desperate housewife tu pompuan.. hahaha.. received my lily already.. sesiapa yg berminat boleh klik disini utk melihat model2 crocs yg ada.. mcm2 design still available.. kat market mostly design baru (& ntah hapehape), so kalo kita mengidam gak nak design lama (act x de la lama mana pon..) boleh lah order ye.. servis sgt bagus..

lily in espresso

Tuesday, January 5, 2010

Pingat Pertamaku

tak percaya?? gosok la mata anda selaju yg mungkin.. kerana ini adalah kenyataan.. bukan rekaan atau copy paste dr google.. hahahahaha.. berbaloi sungguh segala titik peluh yg mengalir!!!

walaupun x dpt tiket melancong ke Europe atau pun ke langkawi, cenderahati nih amat bernilai harganya...

daripada Yang Di-Pertuan Besar N.Sembilan sempena Pertabalan Tuanku yang lalu.. nnti baju istiadat tu dah berseri lah ada aksesori.. bila lah nak pakai lagi erkk??

ada 3 kategori pingat nih.. gold utk kaum kerabat, silver utk pegawai gred 41 dan ke atas dan bronze utk pegawai sokongan.. so, sue dpt yg pertengahan.. okey lah tu!!

utk lelaki dan perempuan pun berbeza design nye.. dan of course lah yg ferempuan pya lebih santek, siap ada bulu2 lagik.. kalo lelaki pya simple je, sesuai lah dgn life dorang...

lepas ni nk 'cuba' dptkan selempang pulak.. wahhh.... tittle mak datin dah semakin hampir nmpk nya... hahahaha...


close up..

Friday, January 1, 2010

Tq adik-adik ku..

HAPPY NEW YEAR EVERY BODY... apa azam?? apa sasaran?? apa tekad?? tepuk dada, tya selera hokey...


here welcome 2010.. umur pun kira dah bertambah lagi 1 angka walaupun mesti ramai yg x nak tambah dulu selagi tak betul2 smpai ke tarikh lahir masing2.. suma x nak mengaku tua cepat la tu..

no celebration, no planning.. just rehat2 je kat rumah.. nak blk rumah seremban.. dah lama sgt tak tido sana.. adakah 2010 ni kitowang berjaya utk betul2 bermastautin di rumah sendiri?? rahsia!!

semlm last day kat opis utk 2009, sempat amek gmbr ngan student praktikal.. dah byk trip student praktikal ni yg sue jaga, tapi kali ni kira dorang beruntung sbb publish gmbr dorang kat sini.. korang kalo baca blog kak sue ni (dan-dan pnggil akak), saya nak ucapkan terima kasih yg x terhingga atas sumbangan semua.. saya bg semua full mark tu.. jgn risau, mesti score A+ punya.. hahaha..

lepas ni nak buat kriteria pemilihan student praktikal - mestilah pandai bermain bowling dan pandai bermain gitar.. hahaha.. tq guys..

HeiTech Mini Reunion

ini adalah entry tertunggeng.. ehhh!! entry tertunggak..

2nd day training kat USJ hari tu, tak lengkap kalo x jumpa budak2 heitech.. rindu bangat sama dorang.. ingatkan dah 3 thn, rupanya dah 4 thn la tinggalkan heitech.. tak sedar kan betapa cepatnya masa berlalu..

semua menten je.. terasa br semlm je meeting kat bilik ruby.. hahaha..

walau x smpai sejam pun jumpa, tapi puas sgt.. kak niza, ez, ita, helza, nani mmg x pernah jumpa sejak blah dr heitech.. nurul je yg ada gak la 2-3 kali jumpa.. dah buncit blk dah dia ;p..

pidah?? alahai, pidah pun dah blah jugak ikut jejak kakak dia nih.. so, kempunan nak jumpa dia.. harap2 dia jeles bila baca entry ni.. hahahaha..

dulu sesama ni pregnen 1st baby.. tapi nurul x mo tunggu lagik utk proceed yg 2nd.. x pe la, jln la dulu ...

helza yg semakin mengurus bila dah ada 2 hero


the one and only single lady hari tu.. mak ayam nak rekemen, jgn la jual mahal sgt ;p


mmg terkenal dgn sikap gabra yg x tentu arah ni, dah la pakai keta sponsor.. gelabah x ingat smpai lupa byr parking.. benci sgt kalo dah kena parkinson cam tu.. masuk gear reverse, hon2 sikit biar keta belakang pun reverse.. sampai la semua bg laluan kat datin wannabe ni nak reverse blk, byr parking.. eeee... tekanan btol!!

blk lunch, smbung blk training.. ishh mana bleh lama2.. ingatkan sempat nak rebut hadiah kuiz en.adam tu, tapi ada lak yg sabotaj notebook.. saje je tau...

sejurus selepas tamat pembelajaran.. mintak2 lah ilmu ni lekat..


tgh copy gmbr.. kat bonet keta pun jadik...