Friday, September 30, 2011

Rasa mcm nak terajang, menyepak, menghempuk, semua-semua lah..

Mula-mula tgk tak perasan sangat.. bila dah ramai yang share kat facebook barulah dpt meneliti gmbr tersebut dan terus............ mengucap panjang... 


Betapa kejamnya manusia.. sanggup dorang tu kan.. kalau tak nak anak tu, tak perlu buat dia macam tu..

ya Allah, sungguh perasaan ini tiba-tiba menjadi sayu..

Cibit Ribit

Atau lebih dikenali sebagai cherry berry...

Mi-cah la ni.. cherry berry dari malam tadi.. pas tu pagi tadi nenek labu tipon dia cherry berry lagi.. lepas habis miting tadi terus balik kg amek dia bawak gi klinik.. kena sekolah jap ngan tuan dokter sbb mi-cah selalu kena cherry berry.. kemon la dokter, last kena februari. Dah 8 bulan tu... tapi tetap kena sekolah gak.. redho..


Nasib baik lah mi-cah ni dah senang nak makan ubat.. tak perlu kepit dia lagi dah.. sekarang bagi makan ubat, dia siap boleh berkumur-kumur sebelum telan.. hahahahaa...

Simpan mi-cah kat pejabat sekejap.. Tak de sape yang rela nak hantar dia balik rumah nenek labu.. kol 3 mekchu & papa-jit ada miting.. memang tak sempat.. Siapa nak tolong jaga budak bulat yang sedang cherry berry ni?

Sekarang kalau tanya nama dia siapa, dia akan jawab mi-cahputarajaya... hahahahaha... macam tau-tau je tempat in the making dulu :)

Thursday, September 29, 2011

Perjalanan yang Tragis

Cerita pangkor yang masih ada hutang lagi 1entry..

Patut lah terasa berat hati nak packing barang untuk check-out.. ada kisah sedih rupanya.. tp masa tu tak tau lagi.. golek-golek kejap sebelum check-out.. masa nak datang hari tu malas nak packing ke pangkor.. lepas tu dah habis bengkel malas pulak nak packing balik.. sebab penat kot.. ye ke penat?

masa ni boleh senyum-senyum lagi.. antara yang terawal jugak berkumpul kat lobi.. 

dapat jugak bergambar dengan orang kuat ISMS MAMPU.. ini kat dalam transit ke jeti.. 

kat jeti Pangkor Island Beach Resort.. kiri, kanan, belakang adalah beg. itu aje ke beg mekchu? kagum tak?

Pukul 2.30 petang feri pun sampai, ngam-ngam mengikut jadual.. dan plan mekchu pun adalah mengikut jadual.. janji dengan driver tunggu kat lumut pukul 3 petang..

Malam tu sebenarnya mekchu kena hantar papa-jit ke KLIA.. flight dia pukul 10 malam dan kena sampai rumah paling busuk pun pukul 8 malam.. oleh itu, adalah sangat risau kalau feri terlambat walau 5 minit.. kat dalam feri (dapat feri kecik, tak de tempat keluar mcm hari tu) asyik main BBM ngan papa-jit.. dia janji nak bagi semua duit claim kat binik dia sebagai tanda kasih dan kasihan.. cecah je bontot dari pangor dah kena hantar ke KLIA.. dah la kurus pulak tu.. hahaha.. (itu memang point mintak belas kasihan) 

Ngam-ngam je feri parking kat jeti lumut, mizi datang membawakan berita buruk.. CC call bagi tahu kereta pejabat rosak kat Teluk Intan.. DENGGGGGGGGGGG.... mcm mana nak balik seremban nehhhh? mcm mana nak hantar papa-jit? mcm mana dengan ikan bilis, udang kering, sotong kering tu semua? hahahaha.. tiba2 bleh terpikir okehh...

Berita busuk (eh, buruk ke busuk) itu disambut relek-relek aje oleh fz & mizi.. hahaha.. nampak sangat lah ko ni kalut mekchu oiii... dan mereka mendapat satu idea... tingggggggggggg (efek keluar gambar mentol)

Masa makan kat hotel hari tu kitorang ada borak-borak ngan peserta dari SUK na na na na na Ganu kiteee.. dorang tak balik Ganu terus.. pegi KL naik ketapi laju dulu.. tak pasti mungkin sambung miting kat KL kot.. apa lagi, terus menumpang simpati untuk tumpang kereta pejabat dorang untuk sama-sama ke stesen ketapi laju Batu Gajah..

moncongg laaaa.. ini kat dalam keta SUK Ganu dari Lumut ke Batu Gajah.. sebaik keta beso.. muat tumpang kan kami 3 orang.. 

Sambil tu dah terbayang perjalanan yang berliku-liku perlu ditempuh untuk sampai ke pangkuan suami.. itu pun kalau sempat kejar flight dia kol 10 malam... ini bukan setakat duit claim papa-jit aje ni, kurang2 duit simpanan ASB pun kena bagi jugakkkk...

Pokcik driver SUK Ganu tu mmg sempoi.. kelakar sangat.. terhibur jugak la perjalanan kami.. nak kejar train 4.15 adalah tak sempat.. dan train seterusnya pukul 6.30 petang.. pergghhhh, air mata nak meleleh dah masa tu.. siapa nak hantar balik ni nantiiiiii....... sempat tak jumpa suami ni nantiiiii....

Mekchu kena balik rumah nenek labu dimana kalo naik teksi adalah merbahaya malam2 gitu.. Call akak mekchu, dia tak dapat hantar, adik ipar pulak hantar papa-jit ke KLIA.. abang boleh amek, tapi lambat sikit sbb keje.. terus call papa-jit kalo2 dia ada idea.. tp dia suruh mekchu pikir sendiri... tsk tsk.. bergenang air mata ni terasa semua tak menyayangi diri walau baru 3 hari ke pangkor.. tsk tsk...

Dia memang sentiasa memastikan binik dia berdikari walau di Batu Gajah sekali pon.. gajah pun tak berdikari macam tu tau pa...

Sambil tu dorang bawak gi makan ABC ngan mee rebus dekat2 situ jugak.. makan mee rebus sambil berendam air mata uols... sedih okehhh...


 
pokcik, farhan dan hafiz.. baik sangat dorang nih..

Tiba-tiba berbunyi lagu Bruno Marz (ring tone papa-jit).. suspen...

"Ma, mama nak balik cam ne nanti"
"Mama balik sendiri laaa..."
"Ye la, dengan siapa?"
"Kan tadi papa yang suruh mama pikir.. mana dah pikir dah"
"Ye la, dengan siapa?"
"Abg ngah, tapi pukul 12" ~main petik je nama abg.. dah merajuk sgt masa tu
"Mcm ni la.. kat KL Central nanti mama transit naik ERL pegi KLIA. Nanti balik dengan deqna. Papa bawak najmi sekali.."
(dalam hati, dah bape kali transit daaaa aku hari niiiii.. tp dengar nama najmi, terus sejuk hati)
"Ok" ~tanpa banyak soal dan baru lah boleh senyum..

itu dia beg merah yang paling besar antara peserta bengkel.. hahaha.. ini baru betul beg di kiri, kanan, belakang dan hadapan..


ok, kenangan dengan farhan dan kereta yang byk jasa dengan kami..

 

macam2 train yang lalu situ.. dan masih ramai rupanya yang menggunakan perkhidmatan train untuk travel.. sebab mekchu amat jarang naik train untuk jalan jauh2 ni.. naik komuter aje..

Tepat 6.30 ptg, ETS kami pun sampai... apa itu ETS? fizza ghaus kata Emosi Tak Stabil.. hahaha..

ada penyambut tapi garang.. siap kena marah sbb jalan lambat.. hahaha.. 

ye la kak, mana kitorang tau ada no seat.. kitorang tunggu kat gerabak D.. sekali seat kat gerabak A.. pas tu dapat seat menghadap belakang pulak tu.. semua lupa train ada seat macam tu.. hahaha.. apa lagi, mcm org kena tarik laa...

5 minit lepas tu mekchu pening.. nak muntah pun ada.. terus mintak akak penyambut tetamu nak tukar seat menghadap depan.. dan dia suruh kitorang ke gerabak F..dari gerabak A ke gerabak F adalah sangat jauh ok.. berjalan sambil seret beg besar dan bukak pintu gerabak teramat mecabar.. nak seat pandang depan punya pasal..

Korang pernah tak bila naik train lama-lama, pas tu boring, pas tu macam nak jalan-jalan pegi cafe dia? hahaha.. 

 
sandwich dan air milo.. tgk air milo goyang2, kepala pun ikut goyang.. 

Pening. Mabuk..

Pukul 9 malam jugak baru selamat sampai KL Central.. perjalanan masih belum tamat.. terus kami berpecah.. farhan & hafiz gi carik bas nak ke hotel.. fz & mizi carik komuter nak balik seremban dan mekchu carik ERL nak ke KLIA..

cuak ok 1st time naik ERL.. jarang kan dapat jumpa orang seremban yang naik ERL nak ke KLIA.. hahaha..

kejap-kejap tengok jam.. sempat ke tidak nak jumpa suami nih.. bermacam-macam telah di redah untuk memastikan dapat jumpa suami malam tu.


memang dah felling nak buat video clip lari2 kat KLIA masa tu.. tapi....................... kita hanya merancang kan.. papa-jit kena jugak masuk Departure Hall.. tak kan nak suruh mekchu hantar dia sampai Kuantan pulak.. ohhh noooo...

"Ma, papa kena masuk dah ni.."
"Alaaaaaa"
"Tak pe la, bukannya lama pun papa pegi"
"Ok........." ~kalo campur dengan 3 hari bengkel mekchu + 1 hari mesyuarat dia kira lama lah tu kan..

Frust.

Meckhu terlewat dalam 5 minit je... apa nak buat kan.. terus nyanyi..
~ Dinda kerja siang..... kanda kerja malam..... Jadi bila nak bertermuuuuu...... ~ hahaha sengal...

Sampai2 je nampak budak bulat dan tembam lari laju2 ke arah mekchu.. dan bila dia terkam je mekchu terus nak terhumban ke belakang...


"Mama sihat? Tak demam?" ~ macam nak menangissssss
Ohh saat itu adalah saat paling bahagia.. Walau pun hakikatnya masih belum sampai rumah pun lagi...

Perjalanan diteruskan dengan hantar atuk, nenek & deqna dan seterusnya tengah-tengah malam selamat sampai rumah nenek labu terchenta.. dan terus pitammm atas katil...

GEGAR :: Ada Sejadah Duduk di pejabat

Sampai-sampai je opis pagi tadi Hazry suruh bawak camera pegi surau.. ada misteri nusantara katanya.. mekchu yang terpisat-pisat baru bangun tido ni akur lah dah siap pegang camera kat tangan..

Sekali tiba-tiba perasaan terpisat terus jadi takut. Seram. Bila dengar sejadah disusun dengan pelbagai bentuk dalam surau kitorang.. Terus cancel mau ke surau wokkk.. tengok gambar yang hazry snap aje..


Mana tak seram......

Nampak macam ada sekeluarga yang sembahyang secara berjemaah di surau kitorang malam tadi.. ishh.. apa hal nak menaip pun serammmm... tapi tak menghadap kiblat (kiblat yang garisan biru tu)

Sekali terpikir yang budak-budak opis punya keje.. ada beberapa orang yang memanjang jadi suspek sebab dorang memang suka menyakat..

Dan bila yang disuspek dah buat pengakuan, terus tegak bulu roma kuuuuuuu.....

Suspek dah mengaku bukan dorang punya keje..

Habis siapa punya keje?

Malam tadi memang dorang balik lambat dalam pukul 11 malam macam tu dan ada terdengar 'bunyi' yang disangka datang dari bilik server. Bilik server adalah bersebelahan dengan surau.. Rupa-rupanyaaaaaa......

Dah lama tak dengar cerita seram kat opis ni.. sekali bila nampak sejadah dibentang dan dibentuk dengan macam-macam bentuk terus menjadi-jadi ketakutan mekchu ni..

Harap-harap dia tak ganggu kitorang secara berlebih-lebihan..

Wednesday, September 28, 2011

Menggeletek

Pernah terjadi tak kat korang satu kejadian atau peristiwa yang kalau teringat, mesti nak tergelak?

Gelak yang bukan gelak biasa, gelak yang sampai tak keluar suara dan meleleh air mata.. Gelak yang sampai anak boleh terbangun dari tidonya..

Dan sekarang dah 3 hari peristiwa menggeletek tu berlaku.. kalau teringat, mesti nak tergelak... hahaha tengah menaip sambil tegelak...

Bila tengok gambar meja tulis mi-cah ni, terus menggeletek berganda...wakakakehkehkeh..



Itu adalah lawak suami isteri.. makanya adalah secret untuk cerita kat sini.. dan entry ini khas untuk papa-jit di langkawi sana..

Kali ni tak terasa sangat dia out-station sebab ada meja tulis untuk menghiburkan hati.. hahahaha..

Papa, jangan lupa belikan cat dinding kaler kuning.. ehhh.. beli kinder bueno mama.. nak makan sambil menulis atas atas meja tulis...

Storrybook Pillow di Arissa's Choice

Storybook ke pillow? aaaaaaaa... Itu lah nak bagi tau niiiii.. benda ni sangat menarik sebab bukan bukan sahaja boleh dijadikan sebagai buku cerita, tetapi juga boleh dijadikan sebagai bantal..

Sebelum anak tido, boleh bacakan cerita untuk anak dan bila anak dah tido, boleh dijadikan bantal untuk anak.. bagus bukan?

'Kulit buku' diperbuat daripada material dan sponge yang sangat tebal tetapi lembut... manakala 'isi buku' adalah daripada kain yang berkualiti..

Sangat banyak gambar pada setiap muka surat.. konpem budak-budak suka.. 

Buku/bantal ni saiz dia besar tau.. tengok lah bila dibuka, dia akan jadi bertambah besar... mak, pak ngan anak pun boleh tido sekali... tulisan pun besar dan gambar memang kalerful...

mi-cah memang sangat teruja dengan buku baru dia.. buku BESSSARRRR punya....

bukan mi-cah je yang teruja, mama-chu dia sebenarnya jauh lagi teruja dengan Storybook Pillow ni.. ye la, masa kecik dulu tak pernah jumpa benda macam ni.. tumpang happy lah bila tengok anak happy...

tak tahu ada bijik rambutan atau bijik durian kat dalam pipi dia tu.. yang pasti, dia sangat teruja..

setiap helaian adalah diperbuat daripada kain yang tidak merbahaya pon.. nampak tu, lembut aje bila diselak.. 

Jadi tak perlu risaukan jika bucu mukasurat tu tercucuk kat mata anak.. silap-silap anak korang jadikan bucu tu untuk menggentel ketika minum susu... hahahaha...

senang dibawa.. macam peluk bantal busuk dia aje... sekejap kat dalam bilik.. sekejap kat depan tv..

Paling pasti, haruslah dijadikan bantal tido dia.. makin banyak bantal atas tilam dia, dia lagi suka...

Sekarang, sebelum tido selain daripada cerita 'Harimau Jahat' dan 'Kura-kura vs Arnab', mi-cah dah upgrade sikit.. ada tambahan cerita Lighting McQueen sebelum tido.. dan yang pasti mama-chu dia lah yang jadi tukang karut.. hahahaha...

HARGA: RM 50 (TAK TERMASUK POS)

SIZE: L (46 CM X 30 CM)

CINDERELLA
TANGLED
CARS
SHREK
ELMO

Mekchu sangat sukakan Storrybook Pollow ini sebab dia 2 IN 1.. 

Sekiranya berminat, boleh buat pesanan korang DISINI.. atau layari sahaja Arissa's Choice di http://arissaschoice.blogspot.com untuk mengaguminya....

Tuesday, September 27, 2011

Premium Beautiful.. Teringin sangat mencubanya..

(Sticky Mode 48 jam)

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan.. Wanita sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk kelihatan cantik.. Wanita akan rasa kekurangan apabila diri dikatakan gemuk dan tidak cantik.. Kenapa perlu macam tu erk?

Dan sekarang Corset Premuim Beautiful (PB) dah menjadi kawan karib kaum wanita.. rata-rata pun dah bercerita pasal keberkesanan PB ini.. jasa PB kepada kaum wanita sekarang memang telah terbukti.. selalu kan kita baca testimonial dari pengguna PB ni.. teringin tak nak mencuba?


Setidak-tidaknya kita berusaha untuk kelihatan cantik.. tidaklah tunggu tanpa ada sebarang usaha.. PB ni telah terbukti dapat menurunkan berat badan disamping meningkatkan kesihatan badan.. Sangat sesuai kepada mereka yang risau untuk makan pil dan mengambil sebarang ubat-ubatan untuk kurus (mcm mekchu la nih). Tapi kalau nak pakai corset, tak de masalah..

PB Corset ini terbahagi kepada 3 iaitu LONG BRA, WAIST NIPPER dan LONG GIRDLE..

Dan ini antara kebaikan memakai korset PB :
  • Mengempiskan perut
  • Menurunkan berat badan dengan cepat
  • Melangsingkan badan
  • Mengangkat dan menyihatkan rahim dengan lebih cepat
  • Menyembuhkan luka episotomi dengan lebih cepat
  • Mengeluarkan darah-darah kotor dari badan
  • Meningkatkan metabolisma ibu-ibu bersalin
  • Memperbanyakkan pengeluaran susu ibu
  • Lebih selesa
  • Tidak panas
  • Senang dipakai dan dibuka (tak perlu nak suruh mak pakaikan tiap2 hari)
  • Dan paling penting tak menyakitkan langsung 

Ini ada gambar daripada pengguna sebelum dan selepas menggunakan PB yang belum pernah dilihat di blog ini lagi.. 

Sebelum memakai korset PB..


Dan selepas...
 Part pinggang tu.. rampinggg sangat...

Ok, kalau dah ada impian dan niat nak mencuba, sila contact.....

Contact person – Nanie (0127444690)
FB : Nanie Dean
 

Orang lain dah lama mencuba, korang tak teringin ke?

Ce cite pasal rambut masa kat Pangkor hari tu

Ingatkan nak rahasia.. tapi tak sanggup lak rasanya buat-buat konon-konon tak perasan komen kawan-kawan semua.. hahaha, mekchu baca satu per satu ok.. cuma reply dalam hati aje.. ala, korang sgt pandai mencari dimana mekchu kalo nak dapatkan sesuatu..  BBM boleh, e-mel boleh, facebook boleh, twitter boleh.. kannnnn..... saje je la tuh kalo nak merajuk...

Tentang rambut itu.. hahaha.. ye la, memang nak cerita pasal rambut kat pangkor hari tu.. ingatkan korang tak perasan.. rupanya ramai jugak yg tegur dan sukakan nya.. mekchu ni lagik doplohlapan kali suka....

Ok, rambut itu adalah tiruan.. tiruan yang bermaksud rambut sendiri, tapi ditiruankan.. ehhh? tapi yang penting bukan rambut pelesu okehhhh.... 


Malam sebelum gi pangkor hari tu kan ke ada dinner.. so, alang-alang mahu ke dinner kan.. sudah lama tak ngengadess gi saloon cuci sambil curly-curly kan rambut.. dan berkekalan pulak membawa ke pangkor..

Cuci + curly rambut adalah RM30 sahaja...


Dan pabila malam, rambut adalah kelihatan sangatlah rapi sampai mekchu saje goyang-goyangkan kepala laju-laju ke kiri dan kanan nak kasik dia nampak original (katanyaaaa).. 

Masa nak ek pangkor tu, atas feri kena tiup angin bukan main kuat pun rambut masih menten disitu.. redha je kalo rambut kembali lurus... 

dah smpai pangkor rupanya makin cantik.. hahahaha (hambek puji rambut sendiri) curly2 cenggini lah yang mekchu suka..

Terpaksalah berbengkel dgn rambut cantik.. hahahaha.. tapi rambut mekchu ni tahan setakat 2 hari je nok.. selebihnya dia dah kembali ke bentuk asal..

Sementara masih kerinting, terus BBM papa-jit dengan menyatakan hasrat...

Tapi sampai sekarang dia tak reply.. hari tu buat2 tipon hang.. kali ni dia buat2 facebook kena hacked.. hahaha tp mmg facebook dia kena hacked pon.. tak kan tak tengok balik wall lepas2 kan.. saje je tau...

2nd day ikat half.. masa ni dah nak lurus sikit-sikit.. tp masih boleh bertahan...

dan masuk hari ke-3, harus la lurus balik..

Bagi mekchu, rambut curly lagi senang nak uruskan.. setakat 2 hari tu boleh tahan lagi la... tak payah sikat pon.. serius bangun tido tak yah sikat langsung... cuma sikat jambul depan tu aje.. sikat pun ngan jari pas tu siap!!! pas tu yang best bila ikat rambut, konpem dia tak melucut ke bawah.. selama ni mekchu ikat rambut geram je.. tiba2 getah/sepit rambut dah ada kat bawah...

rugi pulak tak amek gambar banyak-banyak.. terpaksa lah ulang tayang...

Tapi ramai yang kata maintenance rambut curly ni susah.. nak kena letak minyak rmbut, gel, spray etc etc.. dah la mekchu jenis ngam2 hooo bila nak punch card pagi-pagi tu kan.. itu pun sikat rambut kat opis.. hahahaha... 

Ada tak sape2 yang berpengalaman buat curly hair ni.. pengalaman daripada lurus menjadi curly.. cane cara penjagaan dan kesabaran korang.. bape lama boleh kekal? mekchu tau neena gonjeng ada jawapannya.. tapi rambut dia memang asal pun dah cantik curly2.. 

Entah kenapa tiba-tiba nak felling macam #noraelena... hahaha.. dia kan rambut lurus, pas tu bila curly kan nampak manis.. manisnya #noraelena itu...

Berduyunnnn tibaaa

Dah lama merajuk..

Bila nampak BE yang berduyunnnn tibaaaa (efek sengau Juliana Banos), terus ada sinyummmmm di perut...
ehhhh?
Terima kasih ye kekandaku Nuffnang... saya sangat sayangkan anda..

Bukan macam orang tu, dapat call dari NN untuk satu event masyuk tapi belagak cakap tak nak terima..  Bila dah racun dia semalam, baru dia nak gi termenung dalam bilik air sambil memikirkan peluang keemasan itu.. hahaha.. kamoo ada bakat.. orang lain penat ok kerah idea buat entry sebab nak jadi pilihan NN.. kamoo dah siap dapat offer macam tu.. perlu difikir-fikirkan.. tp kalau mekchu pon, akan termenung kat bilik air sebelah kamoo.. hahahaha cakap pandai lah... tp masalahnya mekchu tak de bakat :'(

InsyaAllah, mekchu akan sentiasa bagi semangat pada kawan-kawan untuk perkara yang baik-baik sahaja..

Monday, September 26, 2011

Teringin Hash Brown

Lepas hantar papa-jit kat LCCT tadi, tekak teringin nak telan hash brown. Sesat2 pun masih teringin jugak...

Sarapan dulu uols....
Sent from my Red ® Berry

Saturday, September 24, 2011

Hantu Bonceng bersama mertua

Sekarang sedang tonton Hantu Bonceng.. Korang tgk dgn boypren kat wayang kannnn.. Mekchu tengok dengan mertua okehhhh.... Ini memang benar, hanya kami bertiga..

Layan jugak cerita ni.. Hantunya sekejap aje.. Tp byk jugak dialog yg seakan mempermainkan agama..

Cantik nya Juliana Evans..


Sent from my Red ® Berry

Friday, September 23, 2011

Sape nak voucher facial dari CRESS? Ada 2 keping sahaja..

Vavavavava.. nak bagi voucher la pulak...

Kan hari tu bila mekchu cerita pasal pegi facial, ramai yang komen kata dah bertahun-tahun tak pegi facial.. dan mungkin jugak harga facial sekarang dah mahal.... kot?


Mekchu baru balik facial (apeee? facial lagi?) dan dapat bawak balik 2 voucher Cress untuk new customer..  boleh pilih.....
  • Facial : O2 Derma Detoxifying Therapy worth RM220
  • Spa : Lymphatic Therapy Massage + Milk Bath worth RM248
  • Slimming : Cellulite Reduction Therapy worth RM220 (by part)
So, harga untuk voucher ini adalah RM49.90 sahaja dan hanya boleh dibuat di Cress, Seremban 2.. hanya terpakai untuk pengguna yang belum pernah menjadi member Cress..

Siapa nak meh sini kiss pipi mekchu dulu.. ahakssss.. (berlarian lah korang nanti kan).. Ok, siapa yang berminat, boleh tinggalkan komen kat entry blog ini.. tinggalkan nama penuh dan emel korang.. ada 2 keping je ni.. siapa cepat, dia dapat.. ingat tau, hanya di Cress Seremban 2.. tak boleh ditukar ganti kat cawangan yang lain ok..

Mari kita tengok jari siapa paling laju......

Update : Tahniah diucapkan kepada syawalsimpsons (siti suraya binti amir hussain) dan jesnita_ns (norfaizura) kerana korang memang pantas.. Sila check e-mel.. Thanks semua.. Sekiranya ada permintaan, mekchu akan cuba dapatkan voucher tu lagi..

Kenangan Pangkor

Kepenatan siapkan dokumen ISMS akhirnya berbaloi bila dengan urus setia bengkel buat pengumuman kenderaan disediakan kalo yang berminat nak jalan-jalan pekan pangkor... hapeeee... terus idea datang mencurah-curah sampai kena tambah muka surat baru (hahahaha tipu!!)

Boleh lah shoppingggggg... tapi kali ni tema shopping agak berbeza sikit.. sutun kering, udang kering, ikan kering, ikan bilis kering... barang macam tu pun boleh buatkan poket kering uolssss....

Lepas tu acik teksi bawak kitorang jalan-jalan lagi.. tak tahu mana arah.. kita layannn aje.. mekchu memang suka jalan2 cenggitu.. tambahan pulak suasana kampung nelayan yang memang jarang dapat tengok..

 
seboleh-boleh mizi suruh letak caption "baru lepas sembahyang".. hahaha rasa mcm nak lempang laju2...

Pas tu jalan2 pekan pangkor.. comel je pekannya..
Macam-macam jenis keropok ada... tapi bila pikir tak muat beg, terus cancel nak membeli.. ye la kan, keropok bukannya boleh penyet-penyetkan..

mekchu di salah sebuah kedai kat pekan pangkor tu.. FM tak beli, t-shirt pun tak beli.. apakah yg telah merasuk? pelik....

Magrib jugak baru sampai hotel.. terlepas sun set kat sana.. tapi view hotel memang cantik..

3rd day sambung bengkel.. bengkel.. bengkel.. makanan semua sedappp.. udang sotong, sotong udang.. tapi rugi sebab mekchu jenis berperut kecik.. sikit je dah kenyang..

 

bila keje tak sempat siap, mula lah terasa bengkel sekejap aje.. patut tambah lagi 2 hari.. hahahaha.. bila dah balik opis, memang payah la nak dptkan masa utk siapkan dokumen ISMS nih.. adoiiiii...

ini view dari tmpt makan kitorang.. kalo tak de terkejar kan apa2 bleh makan sebutir demi sebutir nasi sambil menikmati pemandangan.. ini tidak, makan telan.. makan telan.. aduh sungguh tak hadam..

 
tak ramai orang.. sangat privacy.. terus bbm papa-jit kasi hint "papa, dah lama kita tak tido hotel kannnnnnnn" pas tu dia buat2 reply kata tipon dia hang... mencik!!!!

Tok sah la berangan.. tapi tak salah kalau berangan kan...

3rd day dah check-out.. mekchu ada cerita sadis untuk perjalanan pulang.. tsk.. tsk..