@churalliya

Sunday, July 31, 2011

Semoga ini bukan Ramadhan yang terakhir


Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua pembaca setia belog kuning oren ni..

Kat opis, dah siap-siap kemas cawan, sudu, biskut semua masuk dalam laci :)

Semoga ibadah kita di bulan yang mulia ini akan diberkati dan diterima olehNya.. amin..

Saturday, July 30, 2011

Masih dalam pembikinan

Kerja-kerja cat rumah tak setel lagi... luar dah, dalam belum... kalau tak setel, bermakna kerja-kerja nak mengemas pun tergendala... esok lusa dah nak puasa.. tsk tsk..

Dapat tayang ngan korang sikit ni aje.. ish, tak sabarnya nak pasang langsir.. 

Sebelum...

Dan selepas....


Apa? tak nampak beza? #sentaphatimaknak..

Mekchu pilih himpunan warna dari Color Trends 2011-Nippon Paint.. dalam rumah semua pun dari Nippon Paint.. sangat tidak menghampakan.. later-later aii share okeh.. tunggu betul-betul siap dulu yehh..

Friday, July 29, 2011

Update blog sementara traffic light merah

Drive taw, bukan dok sebelah..

Pegi Cress (facial) dan tiba-tiba ter'top-up' pakej utk satu tahun yang akan datang. Pakej ada 8x facial, etc, etc.. siap ada 2x spa dengan foot & hand massage.. harga pakej? kita borak belakang ehh.. nanti papa-jit dengar..

Pas tu ada lucky draw :)


Begitu lah sepatutnya bunyi entry t/hari tadi.. tapi dia buat hal lagikkkkkkkk.... baru nak eksyen bg tau korang mekchu dah boleh update blog sambil tunggu traffic light bertukar hijau..

Malam tadi baru je puji.. tiba-tiba dia tak menjadi balik.. status tanda 'rait', tapi entry tak publish... komengaaaaa....

Blog Mekchu dalam segmen Pena Siber : InTrend Ogos 2011

Kalo beli, cepat-cepat selak m/s 160.. cover depan liyana jasmay.. "hey hey hey hey.. aku tak percaya cintaaaaa.. aku tak percaya C.I.N.T.A...." (:

Syukur alhamdulillah, tak sangka hobi suka-suka ni akhirnya membuahkan hasil dan rupa-rupanya mendapat perhatian readers.. ingatkan syok sendiri aje.. #fuuhhhselamat... hehehe.. dan yang paling berseri-seri bila ada tanda bintang tu..

Dan sebagai pembakar semangat semua... (full page) sebenarnya x de la full sangat.. ingatkan nak scan, tp kemalasan kemelandaan kepulakkan...

hahaha.. gambar tembikai tu paling mahal... besar mekchu tergelak..

"wahhh.. muka papa pun masuk majalah?"
"mestilaaaa... tak kan muka daim kot.."

Dan zoom sikit ingatkan boleh lah korang dapat baca..

Tak pe.. sebelum kena marah, mekchu faham... sakit mata ehh.. ok, kena zoom lagi kan... 
 Vavavava.. gambar siap pegang fail, pas tu pakai name tag.. hahaha.. masa hari anugerah APC tu.. mahap kan lah dia..

Berdebar tau nak tau InTrend cakap apa....

Sila tampil ke depan sesiapa yang ada emelkan pasal blog ni kepada intrend ye.. ada hadiah menanti dari mekchu... hahaha konpem lah ramai yang beratur..

Blog yang asyik cerita pasal bibik pun boleh terpilih ke? hahahaha... blog mekchu ni semua cerita pun sebat.. jangan tak tau.. cerita politik je tak pernah cuba.. takut kena masuk lokap (daim dah tak de, kalo tak nak jugak try)

Kepada editor InTrend, banyak-banyak-banyak-banyak terima kasih kerana memilih blog kuning oren ni sebagai pemenang.. dan ayat tu sangat mengena... tak tahu lah nak kata apa.. happy yang teramat ni.. (blogger kan tak pandai berkata-kata.. pandai menaip aje) Sedang elok langganan Anjung Seri dah habis bulan lepas, dan definitely akan langgan InTrend pulak lepas ni..

Korang memang patut langgan InTrend jugak sbb byk info kat dalam tu, bahasa dia pun sempoiiii sangat... ala, macam kecik2 dulu kan ke gilakan Cleo.. sape ada Cleo, dia mmg hebat la waktu tu.. mekchu ni suka tgk fesyen artis.. pas tu berangan... mekap2 pun banyak.. dulu-dulu tak de Intrend lagi, kalo tidak tak de maknanya nak beli Cleo.. of kos dah pilih InTrend.. lapan kali ganda seploh dia punya best..

Mekchu malew taw bila tgk blogger lain yang terpilih tu follower semua dah cecah riban-riban.. mekchu ni baru je cecah 4 ratusan.. alahai, terasa kerdilnya diri ni....

Korang adalah penyeri hidup mekchu di alam maya ni.. hidup mekchu bertambah bermakna bila dapat kenal dengan korang semua walau pun tak pernah jumpa.. sesekali kalau dapat borak, macam kawan sejak tadika kekdahnya... terima kasih koranggggg... rasa macam nak cemolot ngan semua..

Harap-harap friendship kita ni akan kekal selamanya.. amin...

Thursday, July 28, 2011

Akhirnya.. Kali ke-21 baru berjaya

Tat taraaaa.. Lepas ni dah boleh nak update blog di hujung jari.. 2 minggu jugak mencari penyelesaian.. #lapairpeluh..

Kalau tya apa mekchu buat sehingga suksessss seperti sedia kala, jawapan dia 'ENTAH'.. Hahahaha...

gambar sekadar hiasan..

Sent from my Red ® Lovers

Apa apa je laaa

Test
Sent from my Red ® Lovers

Cubaan Pertama

Sape perasan, mekchu tak pernah (kalau pernah pun tapi jarang-jarang) buat review pasal tempat makan, pasal makanan atau minuman... kan.. kan.. ntah la, rasanya tak de bakat dalam bidang tu..

Agaknya faktor diri sendiri jugak kot.. ye la, mekchu ni part makan memang tak de nafsu sangat.. tu yang rasa malasss je nak snappo bila pegi makan.. 

Dah pernah cuba banyak kali.. sampai2 je makanan, terus ngap... lepas makanan dah jalan kat saluran tekak, baru teringat "alamak! terlupa la nak snap.. buat entry pun best jugak ni ".. tapi apa kan daya..

Dan baru-baru ni masih mencuba untuk snap2 time makan.. kebetulan deting berdua je kan, sedondon lak tu... hahaha mana lah tau bila sedondon nafsu nak cerita pasal makan tu ada... tapi hampeh.. ntah, korang tgk je la..

Kat ice room, dataran senawang..

kedai ni baru bukak dan teringin nak cuba sebab kan ke kedai dia kaler hijau... bertambah dondonan lah kami hari tu...

 sementara tunggu makanan.. masa ni semangat ni nak rakam segala detik..

tuh dia order mekchu.. chicken chop.. mmg dah lama ngidam nak makan.. asal time lunch je order nasik.. kali ni bertekad nak makan ayam.. pokk kepokkkk kepokkk kepokkk pokkk (bunyi ayam betina)

ngan air asam boi epal.. 2-2 pun sodap...

teringin nak ber dessert katanyaaa... manggo ice-cream.. nama glamer dia tak hengat..

papa-jit?

bila nasi lemak dia sampai je terus dia ngap.. mekchu pulak tgh khusyuk ber chicken dance, dah separuh pinggan nasi lemak baru teringat, tak amek gambar nasi pon..

cemana tu nak wat entry review pasal makan-makan? semua separuh jalan dan hangat-hangat tahi ayam betina..

I am who i am.. kalo dah tak de bakat kat situ, baik tak yah... baca kisah bibik lagik best kan..

dah nak puasa ni kan.. maka harap korang kurang-kurangkan entry pasal makanan yg menggiurkan.. hahahaha...

Tuesday, July 26, 2011

Masih belum dapat nak menunjuk

Semalam papa-jit dah beli dah InTrend tu.. tapi malam tadi baru mekchu dapat baca.. biasalah, sejak membibik kan diri ni agak sebok la kan..

So, tak menyempat pulak nak tunjuk kat korang.. Bagi tidak menghampakan semua, tengok cebisan yang ini je boleh? copp.. bukan kejam okeh.. cuma saje kasik korang pegi beli InTrend sendiri.. ahak ahak..


Dapat bintang... yeyyy.. dan baru tau kalo dapat bintang maknanya boleh tuntut hadiah..

Sempena bebeday to yu mekchu la tuh... *blushing

Monday, July 25, 2011

Bertemu mu

Lalalalala....
kepochi nak amek tempat..

olo lo lo lo looooo... rindunya ngan kak jem..

pagi tadi test send bbm kat jemah.. kot2 lah sejak dapat i-phong 4 free dia dah tak layan bbm lagik kan.. sekali reply terus kata nak singgah opis.. weeeeeee... (free bermaksud tidak perlu bayar (jelessss))

"akak, kenapa kak jemah nak singgah opis? dia nak amek order ke?" hahahaha.. hazry, ko mmg pantas dan tuntas..

maklum lah, org nak pegi bali kan.. harus lah amek order dari kawan-kawan lama..

oyyye.. jemah adalah pemenang Hotlink Now You Can dalam kategori adventure.. dan dia akan diterbangkan ke bali selama seminggu!! dia memang patut menang sbb ramai yang teringin nak tgk dia buat bungy jump... dan mekchu tambah sikit.. teringin nak tgk dia buat bungy jump sambil pakai skirt kaler pink :) tapi frust sbb bungy jump kat bali tutup :(( tak kira.. nak tgk jugak!! organizer hotlink, sila gantikan aktiviti itu dengan sesuatu yang melompat-lompat jugak ok..

Zaimah (mekchu pnggil zaimah.. kat blog je pnggil kak jem), lek lok ehh kat bali tu nnti taw & congrates.. shopping ingat kitowang... mwahh mwahhh kembar... (verangan bila nak jadi macam kak jem jugak)

Sunday, July 24, 2011

Sebok mendobi langsir

Minggu ni misi nak kena turunkan semua yang bernama langsir kat dalam rumah dan cuci!! Part tanggal langsir & cuci tu kira boleh la lagi.. part nak menggantung tu agak kepayahan jugak laaa...

Minggu depan dah start puasa kan.. aktiviti bulan puasa lain sikit.. nak balik sini hujung minggu mcm payah jugak sebab weekend bulan puasa nanti konpem balik pilah.. ok, kita gantung masa tgh cuti raya nnti..

Tegang-tegang urat mendobi langsir hari ni.. itu baru semi-d, belum banglo lagik.. tu la pasal kitowang tak beli bangloo (alasan)...

Minggu lepas dah dobi langsir masterbedroom yang hancur berkecai macam 'angel pasta hair' tu.. selesai dah 2 trip.. minggu ni langsir bilik-bilik belakang, living hall & sliding door.. ngan langsir dapur jugak.. selagi yg bergelar langsir lah katakan... day curtain semua sental pakai tangan.. tak sanggup merabak kan hati utk kali kedua..

ini trip yg kedua utk minggu ni.. siap sidai dah malam tadi.. pagi ni jemur kejap je dah kering..


trip yg ke-3 pulak.. 

dan trip yg ke-4.. lepas tu pengsan...

bukan setakat basuh je okeh.. korang bayangkan memanjat, mengibas, mendobi dalam keadaan paip mesin yang dah patah (kena tuang air sendiri), menyidai, melipat dan menyimpan.. fuhhhhh #lapairpeluh

 siap-siap lipat kat luar..

korang boleh amalkan melipat langsir kat luar kalo tak nak rumah berhabuk.. masa sidai tu, kibas sekuat yg boleh biar habuk terbang kat luar.. itu tips yg mekchu amalkan.. well, mekchu ngan habuk kan ke musuh ketat!

dan sekarang, rumah kami berdengung... hihihi...

toOgel aje.. 

Tak nak gantung langsir selagi rumah tak siap cat..

Masa bibik dah tak de, masa tu lah dia nak mendobi langsir.. masa bibik ada, tak nak pulak.. kalo bibik ada pun, konpem dia longlai okeh..

Langsir korang siapa yg basuhkan? untung lah korang ada bibik (ayat korang kat mekchu dulu2.. sekarang nak pas kat sapa pun tatau)

Sebok mendobi langsir, InTrend Ogos 2011 belum sempat beli lagi.. ada orang tu siap suruh mekchu sign, pas tu kirim kat Kelantan.. hahaha.. mintak otograp katanyaaaa.. rasa mcam nak geget-geget jek..

Saturday, July 23, 2011

Hati mana yang tak menggedik..

Macam tak percaya bila dapat tau blog kesayangan yang tak berapa nak glamer ni masuk majalah.. InTrend pulak tu, keluaran Ogos 2011.. Sekurang-kurangnya dapat mengembalikan kegumbiraan dalam hidup mekchu.. kalau tidak asyik la cerita sedih je kat sini kan.. korang tak suka erk kalo mekchu publish cerita sedih? ok.. ok..

Mula-mula baca komen dari puanstoberi ni tak rasa apa-apa lagi.. dalam hati mungkin tersalah churalliya kot..

Pas tu dari marinahunny pulak.. dia pun ada komen kat facebook jugak..

Pas tu puannina jerit kat shoutbox mekchu..

Najwa pun ada komen..

Hati mana yang tak menggedik ye tak.. dari sedih-sedih, otomatik jadi gumbira.. sat tadi terus google sbb tak sabar nak tau apa lah InTrend cakap pasal blog mekchu ni dan palinggggg tak sabar of kos lah nak tgk gambar apa lah yg ada kat situ.. berdebarrrr sangat..

So, mekchu dah tengok... tapi tak bleh kasi korang tgk jugak.. kasik suspen macam mekchu suspen selama ni.. hahahaha gile dengki.. cukup lah mekchu nak hint ckp ada gambar tembikai (kemain besar mekchu tergelak), ada gmbr apampolkadot (wah, glemer ko anna), ada gambar mi-cah dlm telur donosour.. ada gambar opsssss.. e-naf.. e-naf..

Tunggu mekchu beli InTrend Ogos 2011 dulu okehh... konpem terus selak segmen Pena Siber m/s 160.. hahah siap hafal dah..

Eh, betul ke kalo nak masuk dalam segmen Pena Siber ni kena hantar e-mel kepada InTrend dulu? tapi mekchu tak pernah hantar.. agaknya siapa lah yang baik hati tolong promote blog kuning oren yang tak seberapa ni kan... alahai, ini yang nak menangis lagi ni...

Korang memang suweeeetttt....

Friday, July 22, 2011

Ada tak pertemuan tanpa perpisahan?

Itu yang mekchu tak sanggup.. baik dari zaman sekolah dulu sampai lah sekarang.. kalau zaman sekolah dulu, habis je UPSR, tak sanggup nak berpisah dengan cikgu dan kawan-kawan.. bila dah keje, tak sanggup pulak nak berpisah dengan kawan-kawan dan boss untuk mula bekerja di tempat baru..

Ok, itu biasa di dengar.. tapi kesedihan yang terlampau bila berpisah dengan pembantu rumah amat jarang di dengar... ranking dia mengalahkan kesedihan berpisah dengan cikgu di sekolah dan menewaskan kesedihan berpisah dengan boss di tempat kerja.. feeling dia susah lah nak cakap.. dan kesan dia, air mata ni boleh tiba-tiba mengalir bila teringat dan mengalir lagi laju bila tengok mi-cah..

Dari umur mi-cah 3 bulan hingga lah 3 tahun.. ermmm.. bagi mekchu tempoh tu cukup lama.. tatau lah korang..

Ok, tamo felling lebih2 skang... sila tukar struktur ayat untuk mengembalikan mood ceria.. kiki baahhhh (trade mark Nera AF) kelakar ooo kalo tgk mi-cah buat... kali ni mekchu nak memorikan saat2 hantar bibik pulang ke pangkuan keluarga dia.. bercerita dalam bentuk paling happy yang boleh.. eden toraiii...

suka kemain.. sebab berdua je.. mi-cah naik keta mama-woom dia (byk btol mama dia kan)

dorang semua kat belakang.. dari jauh nampak bulat kemain budak kecik tu.. 

tuh diaaaa.. kemain posing bila nampak camera.. tak sia-sia selama 3 tahun bermajikan mekchu (:

yang 2 banak ni lain pulak keje nya.. itu kalo lah staff papa-jit nampak tu, kompen tak sanggup nak tegur..

mi-cah bosan.. mama-chu asyik2 suruh jadi good boy.. lepas tu paksa amek gambar..

tgh pujuk mak.. mak dah start rasa sedih sbnarnya.. tp dia tak nak tunjuk.. 

ok, dah sampai turn check-in.. luggage dia ngam2 hooo 15.7kilo... kemain tak sabar bibik.. siap nak overtake turn org depan..

dan budak kecik ni masih tak faham apa-apa.. main.. main.. main..

mi-cah dengan benda yang bertayar mmg taksub lain macam.. kasik lah dia apa-apa yg bertayar, mesti khusyuk dan tawaduk..

sambil tu dapat tackle awek yg muka iras-iras.. hahaha...

bibik, kak long & abg long.. abg long mmg sesuai dgn nama dia sbb dia mmg longgggg (tinggi)... hahaha...

nenek labu bersama bibik

Tuhan telah ketemukan mekchu dengan seorang pembantu yang sangat baik.. syukur ya Allah..

mereka..

gambar terakhir mi-cah dengan bibik.. tgk lah dia, tak nak langsung dengan bibik.. sampai penyet-penyet muka bibik..

kami.. 

alamak.. babak ini yang tak tahan..

bibik dah macam kembar nenek labu kat rumah tu.. ke mana nenek labu pergi, mesti bibik ada.. mmg kamcing lah dorang berdua..

dengan akak mekchu.. bibik pun panggil mama-long.. argghhh... lepas ni turn mekchu.. cemana niiii.. masa amek gambar ni pun dah air mata dah meleleh sampai basah lengan baju....

dan....

tak boleh nak explain.. nnti mekchu nangis lagi...

kenapa kami terlalu sayangkan bibik?.. kenapa bibik tak sambung bekerja dengan kami lagi? dan kenapa itu? dan kenapa ini? mekchu akan explain later-later.. now kenot bekos i'm too too saddey.. (kan ke ini entry happy.. apa kes pulak nak sedih..)

"apa la diorang tu... macam itu pun nak nangis ke?"

"ma, relek la ma.."

Elehhh... budak kecik ni taw.. mentang2 lah dia punya part sedih mama-chu dah publish sebelum ni.. boleh lah nak kerek-kerek (ada kaitan ke?)

T/hari tadi dapat call dari bibik.. dia dah selamat sampai surabaya malam tadi.. belum sempat mekchu nak cakap apa-apa dia terus tanya khabar mi-cah.. dia cakap malam tadi tak boleh tido sebab rindukan mi-cah dan terdengar-dengar suara mi-cah panggil dia.. adoiiiiii, menangis lagi mekchu ni....

Korang, thanks sangat sebab sangat memahami situasi mekchu sekarang.. sekarang, i laf you more than i laf bibik (:

Thursday, July 21, 2011

Ini benar-benar sedih

Orang yang pertama bibik nak salam adalah mi-cah... walau pun kami semua ada di tepi tu..

dan mi-cah merajuk dan seakan memahami yang kakak dia akan pergi jauh..

kakak masih cuba untuk salam dan cium pipi mi-cah buat kali terakhir.. 

dan hanya itu yang mampu dia lakukan... 
*serius kalo tengok je gambar ni, pandangan jadi kabur sbb air mata mesti bergenang

dan bila bibik masuk departure hall, terus mi-cah menangis sekuat hati sambil jerit nama kakak dia berulang-ulang kali.. 

Ohhh.. mekchu tak sanggup tengok dia bangun pagi esok dan carik kakak ita dia keliling rumah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...