Saturday, March 30, 2013

Scalling gigi



Hantar nenek labu gi buat gigi pelesu.. Orang kata dah alang-alang sampai klinik gigi, terus dapat idea nak scalling gigi..

Tengok rekod, rupanya 4 tahun lepas last wat scalling.. derrrrrr lama dah tu..

Kaki kejang bukan tanda sakit tapi ngiluuuuuu... siap tepuk2 kerusi bg hint kat doktor soh benti.. hahaha..

Korang bila last gi wat scalling hah? Echehhhh EK pulak pompuan ni...

Harga scalling Rm 120. Klinik Pergigian Ferhad 067633270

by mekchuN ( ^ _ ^ )

Thursday, March 28, 2013

Training Fluke Network

Training pertama yang dihadiri untuk tahun ni..

Tahun lepas bulan Januari je dah cukup 7 hari kursus/training.. 5 hari training 1NS*Net kat JB dan 2 hari Bengkel ISMS kat MAMPU.. lepas tu terus mengandung.. hahahaha..

Tahun ni lambat sikit nak panas.. nak masuk April baru 2 hari kursus/training.. tak pe, dok kat UPTM ni memang tak risau lah pasal tak cukup kursus 7 hari tu..

Ini 1st day training fluke.. otw nak makan nasi lemak power.. ehhh tak pe kan bg tau makan nasi lemak kat sini.. hahaha...

muka ada sinyummm lepas dapat makan nasi lemak dengan teh tarik.. 

Berhazab jugak nak carik tempat training nya.. GPS dah masuk ayor.. sebab tu asyik bawak kitorang pusing2 keliling.. kahkahkah.. perut dah lapar balik okehh..

Sampai je terus tekun belajar sampai tak sedar tiba2 cikgu paksa kitorang pegi makan.. hahahaha..

 nasi ayam hainan cawangan bukit bintang terrrbaekkkkk....

Petang tu wassap2 dengan papajib tanya dia nak amek kat mana.. dia soh tunggu kat mapley.. tiba-tiba muka si manis 7 behlassss tu jadi macam ni..


Suka tau biarkan perempuan shantek ni tunggu sorang2 kat mapley.. Choiii sangat.. tak shuke! Cepat lah sampai wahai suami @bapakgonjolong...  ~copy dari Instagram @churalliya

pehhhlisssss sangat.. nak suap roti canai pun segan2 tau.. orang sebelah asyik pandang2 je.. hahahahaha dushh!!

2nd day training lagi tekun dari yang sebelum..

 dia tu cikgu kami.. yang belah atas tu optiview dan yang cikgu pegang tu cableIQ..  kedua-dua adalah produk Fluke Network

sekarang tiba masa godek sendiri

perempuan ni gaya je lebey... dia hebat sebenarnya tapi kalau ramai2 dia jadi malu.. hahahaha...

Optiview Fuke Network ni sangat bagus.. korang suruh lah boss korang beli jugak.. Senang nak tahu tahap kesihatan network korang..

Dan 2nd day takmo tunggu kat mapley lagi.. nanti kena mengorat lagi.. hahahaha..

baik tunggu kat bilik papajib aje.. tak de makanan pun tak ape.. 

Sekian.. Sedar tak sedar dah setahun lebih mekchu tak pegi training.. kena kuarantin kat opis membesarkan perut :D


by mekchuN (^_^)

Wednesday, March 27, 2013

Nak tengok FM kite yang terkini tak?

Nahhhhhhhhhhh...

FM yang terkini adalah dari legoland.. ce carik kalo terror.. 

Sukeeee sebab dah ada banyak photo magnet.. Abam mi pun dah behave. Dia dah tak heran nak kacau FM tu.. tunggu turn baby wawa.. bila dia dah melasak nanti, memang ku lekatkan kat belah kiri kanan pintu atas jawabnya..

Dah lama tak dapat FM yang kawan2 kasik.. kawan2 semua tak nak buat sumbangan muhibbah ke?


by mekchuN (^_^)

Monday, March 25, 2013

Weekend di rumah sendiri

Mesti pelik... Weekend kat rumah pun nak buat entry.. Harusssssssss... sebab kami ni bukan nya selalu dapat balik rumah sendiri.. Kasihan....

Papajib selalu lah balik rumah seremban tu.. Kalo ada futsal malam, petang lepas keje dia balik la sana... mandi semayang semua.. Lunch hari jumaat pun kadang2 balik.. lunch tak jumaat pun sempat jugak... ehhh?

Kata istana hinggap kan.. kang hinggap jugak tapak kaki ni sebab intro meleret panjangnya... Terus tepek gambar sudaaaaa...

mereka adalah kesayangan saya.. #trippleNAJ

ohh indahnya saat-saat dapat melepak di rumah sendiri.. ntah apa yg dipandang wawa tu.. 

Bersihkan rumah.. dah lama tak mengelap habuk.. tahi cicak dah boleh buat rencah goreng sayur.. kemain meriah dia gurau2 sambil berak.. cisssss!!

Balik bawak bibik sekali.. Nenek labu tak nak ikut..

perempuan yang gembira sebab rumah dah bersih.. cermin tu pun dah berkilat..

Tido 1 malam aje.. jadik laaa... sabtu malam ahad balik sana.. ahad malam isnin balik labu semula..

Malam nak balik rumah seremban tu, singgah kompleks sukan paroi dulu bawak abam mi seronok2.. lama sangat tak bawak dia kat playground sana..

dia bantai main gelongsor kat tempat skateboard tu.. tinggi tau.. boring gelongsor dengan bontot, dengan dada lepas tu dengan lutut.. padannnnnn la lebam2 lutut tu.. 

saya, dia dan tiang lampu.. tak pernah sampai ICT, tiang lampu kat tepi padang bola pun layannnn.. kasihan.

Dan petang ahad sebelum balik labu kami ke kompleks sukan lagi.. papajib kan, kalo ajak gi kompleks sukan tak pernah nya menolak.. cuba ajak dia gi kedai baju.. buat derkkkkkk aje..

panasss okehh.. hahahaha.. oh ye, yang baju biru kat tepi tu anak sulung kami :)

kengkonon nak jogging.. tapi malassss.. Berita baik untuk mu lelemak!

papajib memang betul la jogging 6 round.. tu muka tension penat2 jogging anak bujang tetap nak menempel duduk atas riba.. 

bibik yang asyik suka membeli keropok dan air untuk kami.. 

mama yang hangat2 ketiak konon nak jogging itew.. papajib tengok kasut terus geleng kepala.. tau dah minik  dia masih sayangi lelemak..  

Heyyyyy.. sungguh pun nampak kerempeng, tapi tetap ada lemak okeyyy.. jangan ko cuba membuat cengkaman di bahagian perut ku.. menyesal nanti.. hahaha..

Bila ntah nak jogging.. tak suka part bila sakit-sakit badan tu..


by mekchuN (^_^)

Friday, March 22, 2013

Majlis Aqiqah :: Versi Tinggal lah kerinting, tinggal lah sayang

Mama menangis dalam hati bila tengok sikit demi sikit rambut lebat anak dara digondol kan.. 

nak tunjuk air mata mengalir, tapi tersalah keluarkan jari pulak... 

segumpal demi segumpal rambut wawa jatuh ke tanah..

budak baik ni blur tak faham apa...

rambut wawa dah start gulung-gulung taw.. kat belah tepi tu kalau gulung guna jari dah macam set buat curly kat saloon dah.. sedih la pulak..

"mama... helppppppp"

Sorry sayang.. mama tak dapat tolong.. mama cuma mampu halang papa dari terus cukur licin aje..

"terima kasih mama.. sedap jugak rambut ni... "

Papajib nak cukur licin.. tapi mekchu dah tak sanggup.. kesian tengok wawa dah mandi rambut hari tu.. ntah berapa banyak rambut yang dia dah telan ntah..

Najmi dulu memang cukur licin sebab rambut dia tak selebat wawa ni.. jadi bila cukur guna shaver tak de la separah situasi wawa ni..

Dan ini apabila #habibinajwa yang dah bertukar menjadi #shaolinwawa..


dua budak botak kesayangan 

Abam mi kemain suka main kepala adik dia.. paling dia suka terkekek tergelak bila letak kan ketiak dia kat kepala adik.. geli-geli sedap.. hahahaha...


by mekchuN (^_^)

Wednesday, March 20, 2013

Gambar candid tido mama dan anak2

Gambar dari papajib. Lama ku tenung gmbr ni..

Malam tadi. Nak tidokan anak2.. satu tangan garu2 rambut abam mi (mcm mama dia jugak.cpt mamai kalo org main rambut). Satu tangan lagi pok pok wawa.. Bersilang-silang..

Begitu lah setiap malam.

Abam mi landing kat perut. Wawa bawah ketiak.. Selalu mmg abam mi yg lena dulu diikuti mama dorang dan last sekali wawa..

Tp sekejap je.. bila tersedar, bangun betulkan kedudukan anak2 dan selimutkan dorang.. lepas tu turn landing atas perut papajib pulekkk..

Hahhhhh?

Update dari dalam keta. Hari ni ngan esok ada training fluke network kat kay ell.. Ok bai..

Tuesday, March 19, 2013

Mengintai Dynas Nursing Attire dari skrin laptop

Mula-mula main intai-intai, lama-lama jatuh chenta..

Dah lama tertunggu bila lah dynas nak launch online butik Dynas Nursing Attire dia.. nak jenguk kat kedai dia ntah bila nak sampai sana kan.. Bila dah online, laju2 pegi mengintai..

dan tiba2 TERbeli candy pink ni... 

gambar dari instagram @dynasmokhtar.. cantik je tengok dynas pakai.. retis pakai apa pun cantik kot..

 apa yang retis pakai, konpem pompuan ni nak jugak.. kennnn.. ehhh biar lah dia..

Nak mengintai jugak? sila klik website Dynas Nursing Attire.. Dalam hati ada geram nak sambar mom & baby match tu... sabar...... bawak sabar mekchuN... tarik napas dalam-dalam...


by mekchuN (^_^)

Monday, March 18, 2013

Majlis Aqiqah :: Versi Sepriseeeee utk papajib

Suruh budak-budak tu berenti karok lagu rama-rama tu sekejap.. lagu wajib kalau dapat mikrofon tu derrrr...

Masa tu papajib tengah lepak-lepak bawah khemah dengan kawan2 dia.. tiba2 berkumandang lagu Happy Birthday tanpa muzik latar... sepriseeeeeeeee!!!

Siap bawak microfon bawah khemah.. member muka dah blushing gileee... memang nampak lah muka papajib macam nak nangis tengok kami datang bawak 2 bijik kek bersama iringan lagu selamat hari lahir versi terlupa lirik..


pavlova dan rainbow cake di hari ulang tahun papajib.. 

Ya, memang buat majlis aqiqah ni sempena birthday papajib.. rancangan berjalan lancar nampaknya.. yang di surprise kan pun memang nampak terkesima nyaaaaa..

Walau pun malam tu gi amek pavlova sama2 dengan dia.. dan dia yang tolong bawak keluar kotak pavlova masuk peties.. hahaha.. tak pasti dia dapat hint atau buat2 tak tahu aje.. atau pun dia dah siap2 intai isi dalam kotak tu.. (kalau mekchu, laju2 dah ngintai)

 aksi seorang pengarah yang beranak 2, berbini 1.. yang menyambut hari lahir ke-34 hari itu.. 

masuk dalam amek wawa nak bergambar sama2.. last2 mama sorang yang pandang camera.. korang ni kannnnnn

Masa ni tetamu semua dah balik.. tinggal kawan-kawan rapat je..

bersilang-silang tangan nak potong kek.. hahaha kelako pulak.. 

bersama budak yang selalu buatkan mama ngko mengeluarkan peluh jantan.. 

acara suap menyuap.. alo lo lo... 

chocolate bar.. korang tengok apa? tau la selendang mak datin tu dah senget benget.. hahaha..

alhamdulillah.. mama doakan semoga papa dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segalanya.. sayang hingga hujung nyawa.. 

Kendian, aksi bergambar kenangan sebelum masing-masing laju2 masuk bilik tukar uniform..

aksi 3 beradik yang sangat kuat ketawa...

 susah gak nak pujuk abam mi bergambar sebenarnya.. orang lain dah elok kaler pink putih, dia sorang oren.. potong btol.. lupa pulak nak bawak t-sirt pink dia.. 

ok last! lepas ni dah boleh gi tukar baju... 

Kesian.. wawa jugak yang tak nampak muka sebab dia tengah tido kat dalam buai tu..

Next entry saat-saat #habibinajwa bertukar menjadi #shaolinwawa..


by mekchuN (^_^)