@churalliya

Sunday, July 11, 2010

Bila perempuan di suruh ke bengkel kereta


kalo bleh dpt elak, baik lah elakkan.. bukan apa.. rasa mcm tak indah di pandang laaa....

dah beberapa kali sbnarnya mekchu ni berdikari pegi bengkel keta sendiri (atas sebab-sebab yg mmg terpaksa pegi tanpa rela hati..)

bengkel keta ni kan selalunya mmg dikunjungi oleh kaum lelaki.. jadi bila pompuan yg dtg nak repair keta atau nak mintak tokeh betulkan side mirror adalah sgt pelik dipandang.. nak pulak kalo dtg tu sengsorang... mula lah dialog mcm ni akan kedengaran....

"hai kak long.. bleh mintak nombor.."
atau
"hai kak long... sorang je.. apa yg rosak?"

hangin tau tak... mekchu mmg berhangin kalo ada org cuba nak tackle mekchu style mcm tu.. dan yg paling geram kalo ada org guna lastik getah.. itu boleh bikin telinga keluar asap...... tak tak.. lastik getah tu cerita lain.. hanya kak jemah yg memahami.. tetiba teringat.. ter emo lak kat sini.. hahahaha...

ok, smbung kisah bengkel kereta.. kenapa lah aku kena g tmpat mcm ni?? tell me why?? ecehhhh...

disebabkan line clear, maka boleh lah ada gmbr mcm neh..

kan mekchu ada bebel psl my blued itu yg makin semput.. bila guna gear 1 kadang2 melompat2 lagi teruk dari org yg baru belajar bwk keta.. smpai kepala najmi terkebelakang.. pas tu lately bunyik eksos bergegar kuat.. mcm bergesel antara eksos ngan body belakang keta tu.. smpaikan mula2 mekchu ingat bonet keta terbukak..

suspek kena hntr welding.. so, atas arahan bro.john, mekchu pun memberanikan diri pegi kedai eksos keta sorang2.. fuhh.. sib baik tak ramai.. soh tokeh kedai tgk kan... sekali bukan takat kena welding... dah tahap rosak teruk eksos my blued...

tgk tu.. kemain besar lobang..

tanpa pikir pjg, terus soh tokeh tu ganti.. lepas tu baru bg tau bro.john.. mms gmbr sekali.. terkejut dia tgk keadaan my blued yg sudah nazak itu...

sebelum


dan selepas.. 5 minit je siap!!


bila dia dh try bawak my blued nak tau apa dia ckp???

"ooo.. patut lah selama ni keta semput.."
"patut lah
selama ni gear selalu bergegar..."
"patut lah
selama ni keta tak de pick-up.."
"patut lah
selama ni keta kuat makan minyak.."
"patut lah itu... patut lah ini..."
"eksos rosak rupanya...."

huh? habis rengekan manja mekchu selama ni utk membodek soh belikan keta baru tak boleh diguna pakai lagik?? oooo ooooohh... kena carik idea baru.. fikir mekchu.. fikir!!!!



saje letak gmbr my blued semasa berusia 5 thn kot.. baru tukar spot rim kaler pink.. mmg tak jumpa keta mcm ni kat tmpt lain.. x smpai sebulan, dah kena spray kaler putih


2 comments:

jenab said...

saya tak pernah gi bengkel keta sengsorang.. hebat mekchu

mekchu said...

mekchu kan wanita perkasa.. blekkk ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...