Jalan-jalan kalau ada yang berkenan.. nampaknya keramaian orang kat sana telah membantutkan selera mekchu nak bershopping.. rimas lah kalo dah sampai main laga-laga montot..
Masuk vincci cari kasut.. kalau jumpa yang berkenan boleh pakai discount birthday card hari tu.. nak capai kasut pun berebut ngan orang sebelah.. terus rasa geram.. tiba-tiba ternampak awek santek dan macam kenal.. tak payah pikir lama kat mana kenal dia sebab memang kenal.. haha. cane nak cakap erk.. kan sesetengah orang tu kalo jumpa, senyum.. salam.. muah muah pipi kiri kanan.. pas tu tension sendiri "kat mana aku kenal dia erkkk.."
tapi sebelum tu sempat pusing seround kot-kot salah orang..
"sha kan?"
"ehhh.. mekchuuuuu..."
(lebih kurang)
terus legaaaaaa sebab tak salah orang.. dan masing-masing pantas kuarkan camera.. kat dalam tu jugak amek gambar.. tak agak-agak.. sedangkan orang tengah ramai tu,.. pedulik!!
gelak-gelak kejap.. borak-borak kejap.. sha kata nak jumpa ngan mi-cah kat luar..terus tinggalkan amoi yang tgh mencari kasut saiz 6 tadi..
seronoknya dapat jumpa sha in person.. admire dia sebab dia cantik... tgk gmbr kat blog pun dah tau dia cantik.. bila jumpa, memang sah dia cantik.. tp pelik sebab selalu cakap diri sendiri gemok.. dah kurus cemana lagik dik oii..
dan memalukan, mi-cah tgh bad mood dan dia buat perangai pulak.. tak pandai jaga imej mama langsung.. hehe.. sorry ehh sha dgn perangai anak bujang mekchu tu.. bila tgk sha ni, teringat kat kawan kitorang.. sebijik sepapan (peribahasa baru).. papa-jit pun ingatkan mekchu bawak kawan kitorang tu..
gambar gegar.. papa-jit nebes la tuh jumpa awek cun.. hahahaha...
lepas tu jalan-jalan kejap dan dapat beli lipstik mac ngan baju elle sajork.. tidak lebih dari itu..
Cari kasut Jack Purcell dah setahun setengah.. bila dah jumpa tak nak pulak beli.. grrrrr.. cuba contohi mekchu ni ha. kalo suka, beli.. nanti dia masuk dalam mimpi.. hahaha...
Dan mekchu, sila take note.. kalau nak keluar ke mana-mana, sila pakai yang elok-elok.. sila sikat rambut kemas-kemas.. sila pastikan muka tak pucat lesi... malu weii kalo jumpa blogger.. dah sah-sah nak amek gambar kan..
Dan sejurus selepas itu kami pun meninggalkan midvalley dan menuju ke KGPA.. haussss... haussss...

































