nah!!! saya dah banyak celik dari pejam sekarang ni..
kelopak mata tak tumbuh lagi.. sebab tu sepet sangat..
Najwa ni halus je sebenarnya.. dalam gambar je nampak bam-bam.. Ikut baka mama dia ~ comel.. hahaha pitammmm...
Selalunya dia akan jaga sebaik sahaja mekchu baru tarik selimut dan mengeliat nak tido.. memang time tu redha je la dan tahu dia akan tido semula jam 3 pagi dan ke atas.. selama 3-4 jam tu ngko tonggang tebalik lah mententeramkan anak..
Memang patut sangat diberi peluang cuti bersalin selama 90 hari.. ya, memang patut!!!!
Kuat menyusu juga.. Siang bagi dia minum botol dan malam baru lah direct bf.. Senang ajar dari awal.. EBM dah mula menampak kan hasil.. yeyyyy...
Sekarang dah mula pandai nak berborak.. bergulung-gulung lidah dia kalo nak bercakap.. sooo somellll... abang mi yang paling teruja ajak adik bercakap..
Kuat sangat mengamuk.. nak kentut pun mengamuk.. adoiii..
Paling mencabar bila nak tunggu dia sendawa... sebab selagi tak sendawa dia akan ekkk ekkk ekkk.. bila dah mengamuk dan meneran, angin sendawa susah nak keluar.. itu yang jadi lama menggentel budak putih ni..
Esok nak jemur dia.. kasik hitam sikit.. hahahaha.. mama ngko dah tercabar dengan keputihan #habibinajwa..
























