Thursday, October 29, 2009

25 oct '09 : Majlis Istiadat Bersiram

Istiadat bersiram ini merupakan salah satu daripada tiga acara penting sebelum berlangsungnya Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Besar. Acara pertama ialah Istiadat Pelantikan dan Pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Al-Marhum Tengku Besar Mahmud yang berlangsungnya di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti.

Istiadat bersiram yang bermula jam 10.35 pagi, Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani bersemayam di atas Takhta Rencana dan diarak dari Istana Besar Seri Menanti ke Panca Persada sejauh kira-kira 500 meter dengan disusuli empat das tembakan meriam.

Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani kemudiannya bersemayam di Panca Persada untuk penyempurnaan Istiadat Bersiram oleh orang Empat Istana dengan menyembahkan bedak limau setelah mengelilingi baginda sebanyak tujuh kali.

Sebaik sahaja selesai pusingan ketujuh, Datuk Seri Amar Diraja Ahmad Minal menyembahkan Cepu Bedak Limau untuk istiadat bersiram.

Tuanku Muhriz kemudiannya mencelupkan kedua belah tangan baginda ke dalam Cepu Bedak Limau berkenaan dan Datuk Seri Amar Diraja kemudiannya menjunjung duli kepada Tuanku Aishah Rohani.

Acara seterusnya diserikan lagi dengan persembahan pencal silat, tarian piring dan cak lempong lagu "Raja Bersiram'.

Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani kemudiannya bersemayam semula diatas Takhta Rencana dan dihela menuju ke Istana Besar Seri Menanti dengan disusuli buat kedua kalinya empat das tembakan meriam.

Istiadat bersiram diakhiri dengan majlis santapan tengahari di Dewan Banquet, Istana Besar Seri Menanti..

(sumber : Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan)

dan bermula lah tugas sue sebagai Penyambut Tetamu dan dapat bersantap bersama Tuanku di dalam dewan tersebut... mak vangga........


sejurus lepas subuh dah gerak gi istana.. pegi opis pun tak pernah awal mcm tu tau..


yg kuning itulah Takhta Rencana okey.....


dan kat belakang itulah Panca Persada


with sir capo yg akan menerima adik ipar beberapa jam je lagi..


with farihah kat belakang pentas.. ni kes frust cari toilet x jumpa..


berselendang bagai..


suraya mazni melaporkan dari istana besar seri menanti... wahhhh....


panca persada yg telah siap sepenuhnya


Tuanku yg dihela dari istana


kalaulah ada dslr.. boleh jual gmbr nih...


istiadat bersiram sedang dilakukan


tak tunggu smpai abis kat tmpt bersiram, sbb kena duty dlm dewan lak




with the team


saje nak tunjuk lambang tu.. apa ke nama dia erkk.. again, bukan nak tunjuk jam baru tau.. haha..

perkara yg tak boleh lupa hari tu masa tgh bawak keris tetamu ke kaunter pendaftaran utk diikat, kiri kanan pegang keris.. sekali bunyik tembakan meriam punyalah kuat.. mmg dah nak tercampak keris tu dibuatnya.. org semua pandang lak tu.. malu nya mak... sib baik cepat cover.. kalo tak, ada jugak yg cedera kena tikaman pg tu.. hahahaha...

No comments:

Post a Comment