Thursday, October 22, 2009

Rehearsal for d' BIG Day..

Tajuk omputih tu yg x tahan tu...

ni kes psl big day utk pertabalan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tak lama lagi.. So, sbg pegawai yg berhemah lagi berdedikasi ni diarahkan utk bertugas sempena pertabalan Tuanku nnti..

Kalo dah nama pun hari pertabalan, konpem yg terlibat utk menjayakan hari tu ramai.. sue yg terlibat tang rehearsal ni pun dah rasa penat.. mcm2 komplen keluar.. kalo dorang yg fully involved sejak dari awal thn hari tu, ntah cemana la makan ngan minum dorang erkk...

rasa kalo tak kena duty, mm x akan jejak kot kaki kat kawasan istana.. habis sopan santun hari tu.. control ayu semua.. takut kena daulat.. patik mohon ampun tuanku.. kitowang siap diajar bahasa istana yg baru nih.. mcm "tuanku mahu ke sungai?" haaa.. ini sape yg paham dia tau lee..

kalo nak masuk istana, kena ikut law dia.. kalo agak2 nak tunjuk ego, silap2 kena halau ngan org istana.. antara law dia..
1. jgn pakai bj warna kuning diraja sbb warna kuning adalah warna rasmi di-raja..
2. jgn pakai bj warna fefel sbb warna fefel adalah warna pilihan selepas kuning..
3. perlu memakai kasut bertutup.. kalo bersandle, perlu ada tali kat belakang..
4. kalo tidak diminta pakaian khas, yg lelaki perlu memakai kemeja serta bersongkok dan wanita berbaju kurung dan berselendang...
5. ada la lagik law2 yang tak terpikir skang nih...

ok, cukup cerita psl tu.. masa sehari nak rehearsal tu baru teringat kasut bertutup x beli lagik.. selendang tak de lagik.. semua tak prepare walaupun dah tau kena beli 3 bln lepas....

sue mana la suka pakai kasut tutup nih..tak cekci la.. blk je keje isnin tu, terus g jusco carik kasut.. di sebabkan hati tu x suka kasut tutup, so senang je la pilih.. mms lakiku & dia pun ok, maka tercipta lah sejarah kasut bertutup pertama ku....... huhuhuhu....

"ok ke pa?"
"chaiyok.."
entah apa yg chaiyok pun tatau.. agak2 makna dia cantek la tu... terus bayar bersama beberapa helai t-shirt yg lain.. opss..

saje letak gmbr masa rehearsal ni utk kenangan.. bukan senang nk dpt peluang mcm nih.. bukan setiap thn atau setiap 4 thn ada hari pertabalan.. dan bukan semua org dpt peluang nih.. so, dpt la kot sama2 kita share suasana tu..

bersama kawan2 baru.. kot ada muka yg berjaya live kat tv nnti


kat kawasan istana.. semua tgh tggu arahan yg x kunjung tiba


ini nama dia tahta rencana.. tuanku akan dihela ke panca persada menggunakan tahta rencana ini.. sila google atau cari maksud 'hela' dalam kamus dewan


ni kena marah ngan general sbb tak buat betul2.. rasa mcm tgh atend kem askar lak


dewan banquet.. tmpt sue duty nnti.. aggaran tetamu seramai 800 org okey....


suasana mlm kat istana.. ini rehearsal masa majlis santapan di-raja yg blk kol 12 mlm tu..


masa fitting no.1 dress.. x sangka kna pakai baju kaum 'M' ni


"boss, u bleh kasi letak air cond ke bj ni mcm baju MJ?" hehe.. x tau la cemana nak selesa kan diri dgn bj ni nnti


smpai skang kagum ngan abg2 ashkar boleh tahan diri tgh panas..


mr.saiful, farihah & me on the full day rehearsal


pintu balairong seri di mana akan berlakunya acara pertabalan nnti


saje nak amek gmbr ngan abg2 ashkar.....

2 comments:

  1. salam kenal suraya...;)
    seronok la dpt peluang once in a life time kan? bukan calang2 org terpilih;)
    btw..suraya keje gomen jugak?jabatan mana?buat post apa ek?

    ezira
    ezira17@gmail.com

    ReplyDelete
  2. sue, nanti hari ahad/isnin ada pertabalan untuk yang ketua - ketua buapak... pepandailah carik ayah aku.. Suku Tanah Datar... serve bagus sket yek, nanti kuar TV and paper Utusan (wajib ni sebab abg aku arrange baik punya)

    ReplyDelete