Wednesday, April 28, 2010

Suntikan H1N1

Sue dah enject semlm.. korang dah lom?

Kenapa mekchu amek injection nih? mekchu efected ke?
Tak.. sue tak kena pun serangan virus yg jahat tu.. bukan ke mencegah adalah lebih baik dr merawat.. eceh... Sbg salah satu preparation nak ber holi holi holiday la nih.. sesapa yg bercadang utk ke luar negara adalah disarankan untuk mendapatkan suntikan ini.. jadi, sue x mo la ketinggalan..

Kat mana bleh dptkan injection ni?
Sue amek kat Klinik Kesihatan Rasah.. hanya beberapa klinik kesihatan yang terpilih sahaja yg ada menyediakan injection H1N1 ni.. Sila rujuk http://h1n1.moh.gov.my/ untuk maklumat lanjut mengenai klinik-klinik yang ada menawarkan suntikan tersebut. Sekarang ni dah x de limit.. sesiapa nak dptkan suntikan tu pun bleh.. x mcm penghujung tahun 2009 dulu tu di mana suntikan hanya diberikan kpd kakitangan hospital, askar, polis, etc

Kenapa klinik kerajaan, hospital swasta tak de ke?
Ada, tapi kalo kat swasta nama dia bukan suntikan H1N1.. nama dia vaxigrip.. 1 lagi nama dia influvax.. 1 lagi agripal.. kesemua tu adalah vaksin untuk mencegah virus H1N1.. kat Klinik Kesihatan tu je mmg nama dia suntikan H1N1

Berapa hingget kena bayar?
Kalo amek kat klinik kerajaan, FOC sajork.. tp kalo yg berkemampuan nak amek kat swasta tu, harga dlm RM50-RM70

Apa syarat utk dapatkan suntikan H1N1?
Syarat ni sama ye utk klinik kesihatan dan swasta
1. Pastikan anda tidak mengandung.
2. Pastikan anda tidak demam.
3. Pastikan anda tidak elergi dgn telur dan seafood. Alergi nih makna dia kalo korang makan telur/seafood keluar merah2 atau gatal2 pada kulit.. kalo ada simptom mcm tu, makna dia korang elergi la tu..
4. Hanya yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja yang boleh amek suntikan ni

Bis tu kalo umur bawah 18 tahun mcm mana lak?
Utk kes mcm tu, hanya hospital swasta sahaja yg ada menyediakan suntikan yg boleh diambil dari baby berumur 6 bulan dan ke atas. Klinik Kerajaan belum menyediakan circular utk mereka yg di bawah 18 tahun ni. X smpt tya kenapa.. kena lah tya pihak yang berkaitan.. x habis tuntut ilmu.. hehe

Apa kesan selepas suntikan?
honestly, sue ada rasa pening2 skit.. rasa mcm nak demam tu.. tapi badan x panas pon.. tangan lak lenguh2.. bila drive, nak bagi signal pun seksa.... pendek kata rasa mcm nak baring je.. oohhh, alangkah indahnya dpt baring skang nih..

Sekian info psl suntikan ni.. sue dah ambil, jd boleh lah bercerita psl nih.. kalo ada info yg salah tu tlg inform k....



sape yg tak takut jarum? acik nurse tu soh dtg jumpa dia.. hehehehehe...

Monday, April 26, 2010

Jwb secara lajuuuu

Kerana x sanggup membiarkan tag yang tidak berjawab dari Nor, ku gagahkan jua walau pun sekejap lagi si kecik tu mesti dtg menyibuk.. jwb dgn pantasssssssssss.. thanks Nor :)

[1] 3 Names in your inbox cellphone
1. Papa Jimmy - no bersama
2. Sayang - bil opis lakiku
3. Papa BTN - masa lakiku kursus serta kurus di BTN Ulu Sepri yg semata2 ada coverage celcom shj

[2] Your main ringtone?
Kalo tak sblum ni lagu ram ram ramlah ram.. hahaha.. tapi bila najmi baling terus guna default ringtone nokia yg kalo tgh meroyan shopping konpem x dgr bunyik tipon.. hahaha..

[3] What U did at 12 last night?
Baru lepas menjerit dlm bilik air sbb nmpk lipasssssssssssssss...

[4] Who was the last person[S] U went out with? Where?
Of coz ngan lakiku & najmi the noty boy gi carik kasut kat al-ikhsan

[5] The color of T-shirt you're wearing now?
t-shirt ke ni? kalo tgh pakai bj tido yg cekci cemana erk? hahahaha

[6] The last thing you did?
geletek najmi sbb dia asyik dtg mengacau mama dia tgh jwb tag

[7] 3 of your everyday favourite items?
1. lip gloss simply sity
2. jam esprit ku yg baru itu
3. kunci kereta

[8] The color of your bedroom.
purple

[9] How much money in your wallet now?
alamak, malas la nak bgn amek wallet kira duit.. tp td baru lps pinjam duit mak RM300.. hahaha.. kalo campur2 skit ngan balance duit singgit yg tebal dlm wallet tu ada la dlm rm400 la kot

[11] Your favourite song?
churalliya - the pillgrim (papa jgn gelak!)

[12] What will you do next weekend?
blk jenguk umah seremban

[13] When was the last time U saw Ur Mum?
hari2 jumpa.. i love u mak.. auummm..

[14] Where is she now?
ada tu, tgh layan maria mariana

[15] When was the last time you talked to your parents?
5 minit yg lepas.. start wat entry ni terus serius sbb nak tido dah.....

[16] Who is the last person that texted U?
m2u.. hantar TAC.. hahaha

[17] Where did U have your dinner lastnight?
kat umah mak ni lerrr.. mintak2 x de dah soklan cam ni

[18] The last suprise you got?
apa erk? dpt surprise jarang2.. :(

[19] Last thing U borrowed from ur friends?
charger nokia jemah.. alamak! tak pulang lagik

[20] Who is ur BF/GF or husband/wife?
nak jwb husband tu.. nama dia Bapak Gonjolong.. heeeee

[21] What do you feel now?
nak cepat habiskan jwb tag.. lakiku dah sound dia pkai notebook nak wat assignment

[22] Wanna share with who?
just Mohamad Najib Mustafa

[23] Who knows ur secret?
Bapak Gonjolong dan Mohamad Najib Mustafa

[24] They keep ur secret?
insyaAllah..

[25] Are you angry with someone?
angry tu tak la.. tp kiciwa

[26] What do you order at McD?
Bubur ayam mcd satu!!! yg besar punya ehh

[27] The last time you felt so sad?
mlm td.. so so so so and so sad

[28] What is your wish for tomorrow?
semoga hair treatment dan injection H1N1 berjalan lancar

[29] Who will U tag next?
tak nak lah tag.. kesian byk soklan.. tapi kalo ada yg nak tu, terus jwb je tanpa malu dan segan ye.. sila sila tambah nasi..

Sunday, April 25, 2010

Just the 2 of Us

hari ni dgn kata putus nak bwk najmi sama2 gi wat passport.. saya yakin abg aznil.. saya kunci jawapan saya.. bwk najmi keluar berdua mcm ni adalah benda yg sgt mencabar.. lakiku patut belanja nih sbb keberanian isteri dia menjalankan tugas suami..

lakiku x de.. blk dari PTK gi outstation lak.. kalo nak tggu dia jugak, lmbt la jwb nya.. sementara ada masa ni, setelkan lah apa2 yg boleh.. byk benda lagik nak kena pikir nak gi vacation nih..

rasa mcm 1 kejayaan BESAR dan boleh dibanggakan.. passport esok siap.. sbb td pun kol 12.30 br smpai.. so x sempat siap..


najmi @ imegresen Seremban..

info : Ibu Pejabat Jabatan Imegresen setiap negeri akan dibuka walaupun Sabtu & Ahad (8.00 pg - 1 ptg)
Sila bawa anak bersama utk buat passport sebagai pengecaman.. dan jgn lupa surat beranak dia sekali yee..

Harga Baru (update setelah tya sekali lagi masa amek paspot td)
48 m/surat - 2 tahun - RM100 (dewasa & kanak-kanak)
48 m/surat - 5 tahun - RM150 (kanak-kanak)
48 m/surat - 5 tahun - RM300 (dewasa)


selama ni x pernah berjaya bwk najmi keluar berdua.. setidak-tidaknya mesti bawak bibik sbg backup.. hehe.. susah ooo nak handle najmi nih.. sbg bukti, nih badan ni tak gemok2 sbb anak terlalu lasak..

seronok gak keluar berdua.. lepas setel kat imegresen, tgk najmi mood pun ok terus bwk gi mkn mcd.. kat dlm tu, mata asyik tgk luar je.. apa lagi kalo tak kat menan haiwan2 kat luar tu.. uisshhh itu mmg feveret dia tuh..


najmi @ mcd


najmi merempit


najmi d driver


hang out ngan member2


finally, get a sleep with mamas arm..

bila tarik tangan dia akan marah.. bayangkan bwk kereta dlm keadaan tangan di pijamkan.. kot keta auto tak kisah la.. nak tukar gear amatlah mengerikan.. demi kebahagiaan anak, daku rela....

gmbr potong rmbt x dpt amek sbb kena pegang badan dia.. frust ni sbb rmbut dia terlalu pendek.. dah jadi noty boy.. itu belum lagi papa dia blk menjerit tgk rmbut anak dia mcm tuh.. selama ni papa dia yg tekun membela rmbut anak dia biar jd mcm winter sonata.. last2 dah jd mcm adnan sempit.. hahahaha.. harap2 sempat la pjg sblum pertengahan may nnti..

Thursday, April 22, 2010

Thinking of some THING

sumber gmbr : mr.goooooogle


Bila dok sorang2 tu saya mula terfikir untuk.......

...
...
...
...
...

mengadakan contest.. tapi bila pikir blk malas nak buat sbb ada ke org nak masuk? sue nih bukan nye glamer..

so, terus terkubur cadangan itu...

tp tak mustahil tetiba keluar pulak contest kat sini kan.. tajuk contest dah ada dah.. cuma tgh pikirlan hadiah..

tgk lah, kalau kekuatan tu ada nak buat, maka akan muncul lah contest tu di sini.. tp kalo perasaan malu tu masih menebal, tak do la jawab ehh.. hahaha..

Wednesday, April 21, 2010

Rasa risau la pulak

ASAP hitam berkepul-kepul naik ke udara kesan daripada gunung berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull di Iceland, kelmarin. Letusan kedua ini memaksa banyak penerbangan di Eropah terpaksa dibatalkan. - AP

(Sumber dari Utusan Malaysia)

HONG KONG 16 April - Syarikat-syarikat penerbangan di seluruh Asia Pasifik terpaksa menjadualkan semula atau membatalkan penerbangan hari ini selepas kepulan besar abu gunung berapi menyelubungi ruang udara Eropah.

Dari Wellington hingga ke Tokyo, penumpang yang mahu ke Eropah kini terpaksa menunggu dalam keadaan tidak pasti bila penerbangan hendak disambungkan ketika gunung berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull di Iceland yang meletus, sekali gus mencetuskan masalah trafik udara terbesar sejak serangan pengganas 11 September 2001.

Syarikat penerbangan memberi amaran kepulan abu gunung berapi itu mengambil masa beberapa hari untuk mendap, menyebabkan beribu-ribu penumpang terkandas di lapangan terbang.

Qantas Airways di Australia berkata, penerbangan ke London dan Frankfurt mungkin tidak dapat dilakukan sehingga hujung minggu ini.

Jurucakapnya, David Epstein meminta penumpang agar tidak ke lapangan terbang kerana penerbangan tidak akan dibuat dalam masa terdekat.

Lima penerbangan 24 jam dari Australia ke Eropah semalam dihentikan ketika ia berhenti mengisi minyak di Singapura, Hong Kong dan Bangkok, memaksa penumpang bermalam di hotel.

Air New Zealand membatalkan penerbangan ulang-alik dari London, dengan pengurus besar kumpulan antarabangsa syarikat itu, Ed Sims menyatakan penumpang berdepan dengan 'situasi tidak pasti'.

Japan Airlines (JAL) membatalkan sembilan penerbangan ulang-alik ke Paris, Amsterdam, London, Milan dan Frankfurt, menyebabkan lebih 2,000 penumpang terkandas.

Tindakan serupa diambil All Nippon Airways yang membatalkan enam penerbangan melibatkan lebih 1,500 orang.

Walaupun tidak dapat dilihat dari bawah, abu gunung berapi sangat bahaya kepada pesawat kerana ia menyebabkan enjin tersekat dan mengurangkan jarak penglihatan.

Anggaran sebanyak 5,000 hingga 6,000 penerbangan dibatalkan semalam sahaja ketika abu berwarna kelabu merentasi utara Lautan Atlantik. - AFP


Diriku dibelenggu kerisauan..

TAK NAK cerita kat sini..

TAK NAK jadikan penghalang utk kami meneruskan impian kami itu..

TAK NAK menyebabkan diri dari memikirkan yg bukan-bukan..

org ckp TAK NAK tu TAK NAK la..

ehh.. ngko nak gi Eropah ke mekchu? apsal emotional sgt lak neh?


Tuesday, April 20, 2010

My Little Pumpkin

Pumpkin kan kaler oren.. hehehe.. bulat dah sama dah..

U're my little pumpkin.. the one and only my cutest pumpkin ever!!

Sunday, April 18, 2010

satu demi per satu

masa seminar TM kat Melaka last week.. tetiba beberapa item seperti di bawah ligat bermain di mindaku.. lepas satu.. satu yg muncul.. semua perlukan penyelesaian yg segera.. kalo tidak, selagi itu lah item2 tersebut akan mengganggu fikiran.. atau lebih dahsyat lagi, item2 tersebut akan masuk ke dlm mimpi sehingga boleh menyebabkan sleep walking.. hahaha..

sue perasan masa org TM tu present topik psl phone ni la.. ala yg kalo kita call no opis bleh direct gi henfon kita tu.. org tu wat live demo... demo lak guna henfon yg terpanas di pasaran.. sepanjang demo tu, dia asyik jeling je kat fon sue ngan jemah yg kebetulan ada kat atas meja masa tu.. slow2 tarik kertas kasik tutup sama itu fon... ai terasa tau.. :(

dari saat dia jeling tu, maka bermulalah sesi berangan..

mmg nak tukar fon pon.. skang ni pakai fon lakiku sbb ada 3G.. senang nak wat voice call bila outstation.. suenye fon lakiku yg pakai as 2nd fon dia.. dah 2 bln kot survey tipon tak jumpa2.. tp kali ni mcm nekad laa.. antara 2 nih..



byk lak benda nak kena pikir bila pakai fon mcm nih.. monthly charges tu yg x tahan tu.. skang monthly bill mmg kurang dr rm100 atau lebih senang nak ckp x pernah byr apa pun tetiap bln sbb lakiku yg setelkan.. tp lepas ni kena byr sndiri.. lakiku awal2 dah bg statement tuh!!

tak dpt keputusan psl fon, terus teringat nak beli notebook pulak.. yg ini rasanya mmg keperluan mendesak.. masalah notebook ni InsyaAllah akan selesai.. ada ramai consultant yg sedia membantu..

lepas tu, teringat lak impian sue yg satu nih.. apa lagi kalo bukan nak tuko keta.. tapi tunggu dpt 44 la kot.. pilihan antara 2.. sesuai sgt kalo pompuan yg pakai.. itu pun kena pikir psl monthly installment.. selama ni goyang kaki dah x yah byr keta.. lepas ni kalo tukar keta, sendiri mau ingat (SMI) la kan... aduuuuhhhh.. gi mana ni??




makin di plan makin kusut... tapi kalo x plan jadik lah mcm Jumaat lepas... dan inilah akibatnya kalo tak plan betul2...

sblm ni ada muka 4 segi.. skang dah dpt muka bulat.. 2-2 dah ada.. nak beli jam dah out of list..

ingatkan lakiku tak perasan tau.. alert jugak dia rupanya.. pagi2 lagik dah kena tegur.. huhuhu.. saje je nak test papa..

Saturday, April 17, 2010

cemana mekchu buat watermark tu

utk makluman, mek chu ni bukan golongan yg rajin nak design watermark yg cantik2 ye.. takat tulisan pas tu tepek tu pandai expert la..

baru2 ni kalo korang perasan sue ada gunakan watermark baru.. nmpk lagi gorjes kan..




ada jugak yg bertanya cemana sue BUAT watermark tu.. perhatian ya.. bukan sue BUAT ok.. tapi ORDER SAJA..

kan kat dunia internet ni mcm2 biznes ada.. jgn tak percaya yang bisnes watermark ni pun telah menembusi pasaran.. sue mmg tak pernah terfikir la nak buat bisnes mcm ni.. sgt kreatif.. kalo mmg dah rajin kan, semua pun jadi..

mcm2 contoh watermark akan dipublishkan dr semasa ke semasa.. kena rajin jenguk kat sini.. dan harganya sgt sgt sgt berpatutan.. sue dah 2x order watermark kat situ.. owner bisnes yg sgt kreatif ni nama dia EYA..

apa yg sue suka ngan EYA ni ialah proses yg sgt cepat.. hntr je e-mel tya design available ke tak, seminit lepas tu terus dia reply.. kira x sampai 30 minit dah bleh siap guna pon..

ok, simple step how to order ok..

1. apa-apa hal, sila pilih design dulu di http://eybizzonline.blogspot.com


2. ingat kod yg korang suka tu dan e-mel terus kat eybizzonline@gmail.com.. kalo korang x caye, x smpai 5 minit mesti dia dah reply.. bg sekali info yg korang nak letak (cth:nama blog)

3. nnti EYA akan reply blk s/ada design tu still available atau sebaliknya..

4. lepas tu plak EYA akan e-mel semula beserta design pilihan kita td.. kira masa ni korang dah bleh nmpk bayang laa.. bayang je tau.. belum dpt guna pon lagi.. kasik geram-geram gitu..

5. kalo semua dah setuju, baru lah tuan punya akan bg no akaun dah tooolong lah byr ye.. nnti korang akan dptlah final design dgn format yg betul..

6. dahhh.. tu je step nya pon..

mcm mana nak tepek kat gmbr semua tu ada kat blog eya nih..

baik korang cepat..

*eya - kenapa lately design makin mengancam? mcm kena order lagik satu laa..

Friday, April 16, 2010

SimplySity


sejak keluar nona 2 mggu lepas, sejak itu lah kaki nih gatal je nak jenguk watson yg terdekat.. kebetulan lak lipstik mmg dah habis..

nak beli lisptik.. nak beli lipstik (baca dgn nada nak cari kayu.. nak cari kayu..) tapi tgk je la apa yg sue bawak blk nih... adoiiiii..

dah lama tak meroyan mcm nih.. sejak blk dr mv ngan jemah itu hari..



info
Simply Glitz Lip Gloss (Starry Pink) : RM29.90
Simply Liquid Eye Liner Pen (Black) : RM 29.90 (update)
Simply 4 Eye Color (Lentera Timur) : RM49.90

"mana lipstik nya sue" tya si wildcutecat yg alwiz cute..
".............."
"dah habis.. makcik td tu last beli"

betol wei.. makcik tu kan kitowang hangin je.. lama gile pilih.. dia lagik awal layan SimplySity rupanya..

brg2 agak mahal jugak la.. tp disebabkan tokti kan.. apa dia pakai sue mmg terpengaruh.. sejak study dulu masa tokti jd duta maybelline.. dia suka pakai lisptik BUFF.. asyik pakai BUFF je sepanjang 3 thn belajar..

x sabar nak try Simply ni.. tapi mcm foundation, bedak semua tu sue x berani nak tukar brand.. still loyal with my body shop.. almaklumlah kulit ku ini sensitip..

tak sia-sia lakiku pulang dr kota hari ni.. kah kah kah....


apakah persamaan kami?


ya.. ini mekchu ngan jemah si viruspadu la nih... kalo korang masuk blog dia, masuk lah blog sue ni sekali.. ingat viruspadu, ingat lah mekchu ok..

cuba teka apakah persamaan kitowang di kala ini?

kitowang sama-sama pakai lipstik SimplySity ? ----- salah

kitowang sama-sama pakai henbeg coach? ----- salah

kitowang sama-sama dah pakai blackberry? ------ salah

kitowang sama-sama hot mama? ---- errmmm.. mmmm.. hampir tepat

sebenarnya...... kami berdua amat rindukan suami... suami kami masing-masing outstation.. masing-masing tiada di sisi..

tapi, hari ni lakiku akan pulang ke pangkuan.. yaabeedaabeeduu.. mggu dpn lakiku smbung PTK semula.. atlis dia bleh balik jenguk family..

kesian ngan jemah, husband dia nun jauh di melbourne, aussi.. tak bleh nak blk ujung mggu tgk family.. tak pe, penantian yg berbaloi tu jemah.. hehe..

Tuesday, April 13, 2010

you're not 7, you're 6 +1

nak gak guna jugak tajuk sama mcm masa bebeday to you lakiku you're not 31, you're 30 + 1..

hari ni 13 April, birthday nabila (anak buah lakiku) yang ke-7.. tapi acara potong kek dah buat ahad lepas.. nabila ni org kay el, tapi dia sekolah kat pilah.. bila sekolah kat pilah, terus jd juara acara pecut 80meter.. wahh.. mak ngah kagum!! genetik betis bunting padi dah terserlah.. hihihi..

adik beradik lakiku semua berbetis bunting padi.. ikut genetik mak mertua (mak jah) gak nih.. dari makjah, terus kpd kak eliz, lakiku, deqna.. pas tu skang nabila ngan najmi lak.. kalo tgk betis najmi fuu yoo.. besar dan keras.. mmg isi pejal semata.. lakiku kata sok dah besar kuat lari mcm papa dia.. iyoo lah tu..

opss.. entry ni bukan nak cerita psl betis bunting padi sbnarnya.. tapi nak cerita psl birthday party nabila hari tu.. kitowang blk hari.. sambutan ala kadar.. janji birthday girl happy dan kitowang pun happy..

kami dgn birthday girl


kak eliz & abg Z yang kerja kuat hari tu..

nabila dpt present remote car.. najmi sgt teruja dgn remote car present nabila tu.. najmi tgh minum susu masa nabila bukak hadiah... bila bukak hadiah buku cerita, coklat, etc dia buat dunno je.. sekali bila tgk nabila bukak kotak remote car tu, terus melompat dia nak tgk dr jarak dekat.. kelakar sgt tgk perangai najmi masa tu.. siap tolak2 tangan nabila, x bg nabila usik..

punyalah dia belek remote car tu, dr tayar, pintu kereta, side mirror smpailah tgk ada tak driver kat dlm tu.. dia pelik kot.. apsal selama ni keta menan kat rumah tu kecik2 je..

papa dia kata "bukan x nak belikan, tapi umur mcm tu dia bukan tau main pon.. silap2 habis dia baling ke lantai.." tatau lah mmg berniat suci atau sebagai langkah penjimatan kos.. hahaha..

Monday, April 12, 2010

Antara Anak dan Kerjaya

hehe.. saje bg tajuk gempak kasik up kan hits.. hehehe..

najmi ikut sue dtg opis sabtu lepas.. sue kena dtg opis sbb stdby utk configure e-mel server.. vendor je pun yang configure.. tapi.. tapi ai kenalah ada sekali utk monitoring and testing kan.. nnti sape lak nak bg arahan "jgn blk selagi keje x siap.." hehehe..

bayangkan lah najmi ada kat opis.. habis dia geladah satu opis..

opismate, kalo korang ada kehilangan gunting ke, gam ke, pen atau pensel ke, semua ada kat dlm bilik sue nih ha.. hehehe...

tgk je la gelagat dia.. sgt teruja sbb setiap meja ada bekas stationary.. korang x tgk dia punya suka bila dpt tebalik kan bekas stationary sue.. huii.. gelak besar.. x sempat lak nak amek gmbr, ini je yg ado..




nak tau cemana najmi bleh ikut sue dtg opis? tu... semua tu lakiku punya kerja.. last2, lakiku gak yg gelisah sbb dah kol 4.30 ptg tp kerja tak siap2 lagi.. bukit jalil dah memanggil.. rambut, muka x kaler2 lagik.. hahaha.. "len kali nak ikut lagik tak pa?"


Saturday, April 10, 2010

Good Luck Jang.. Part II

tetiba lepas publish post psl bola semlm, teringat lak kat gmbr yg paaaaaling sue suka masa pegnen..

apa yg korang mengidam masa pegnen? bayangkan korang dpt apa yg korang idamkan tu.. cemana perasaan dia? konpem lah indah-indah belaka..

same goes to me.. sue ni part mkn x de la ngidam nak makan yg pelik2.. selamat lakiku x yah susah2 nak cari.. cuma sue teringin lah sgt nak amek gmbr ngan pasangan kembar pemain bola sepak negeri sembilan yg hensem tu..

sape lagi kalo bukan ngan aidil & zaquan.. dgn bantuan member lakiku, dpt jugak amek gmbr ngan dorang.. semua secara kebetulan.. dah la muka kembang semangkuk.. bila tgk gmbr ni, tak sanggup nak tgk muka sendiri.. tgk muka dorang je.. korang pun jgn tgk muka sue.. ngeri!!

seminggu lepas tu, selamat bersalin.. dah tak kempunan apa-apa.. hehehe..

aidil & zaquan, sumbat 5 gol tau mlm nih.. yeaaahhh!!!! sepak kat pintu gol lawan.. jgn kat pintu gol sendiri lak...

Friday, April 9, 2010

Good Luck Jang.. mwahhh..

tau tak sapo deh si 'jang' tu? Jang tu singkatan bg 'ujang' la.. sapo lak si ujang tu? (dan dan terus speaking nogori.. ekekeke)

mlm esok kan ke ada final bola sepak Piala FA Malaysia 2010 antara team Hoben Jang Hoben dgn team Hijau Kuning.. atau kata lain team Rusa Perkasa melawan Kenarai.. alamak, tak paham gak ke? susah gak kan nak paham bahasa bola nih..

Negeri Sembilan lawan Kedah laa untuk final Piala FA 2010 nih... ha kan sonang cito..


masa semi-final sabtu lepas sempat gak tgk game tu.. tgk yg 15 minit akhir je pon.. takut gile tgk.. penuh drama.. tak bleh la tgk team yg kita nak menang.. kalo tgk team yg kita x sokong tu x pe.. pedulik hape kan ko menang ke, kalah ke..

bln Disember yg lepas masa Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan juara... kalahkan Kelantan masa final.. alaaa.. yg kontroversi hangat pasal penyokong pantai timur tu la.. ada ingat?

thn ni, mintak2 la Negeri Sembilan juara untuk Piala FA nih pulak.. untung2 bleh bleh dpt cuti peristiwa? errmm.. bertuahnyee...

utk penyokong2 dan peminat2 bola sepak negara, semoga dpt kawal emosi dan perasaan semasa kat sana.. jgn terlalu ikut perasaan.. kalah menang adat pertandingan.. pesanan ni special dedicated to lakiku jugak.. haa.. tgk banner kat bawah ni.. credit to Portal N9Futbol.. jgn la marah ai curik gmbr2 nih.. ai penduduk tetap nogori tau.. dah jadik fan kat fesbuk pon..



good luck to team Hoben Jang Hoben.. sorry lah ai tak dpt ke sana nak sokong uols.. ai kena keje la sabtu nih.. frust!! sob sob sob..


bawak blk somban piala ni yee...

Boleh laa...


kata nak bg kotak besar punya....

keh keh keh.. dpt ferrero dr mr.cutecat diatas sumbangan tenaga dan fikiran sue sempena bebeday to you mrs.capogrande..

toceh!! nyum nyumm....

tengkiu azlan.... burp...

Thursday, April 8, 2010

aku penerimanya, tapi bukan aku yg punya?

sape yg x suka kalo dpt bunga.. plus ngan cekelat ferrero lagik.. dlm hati mesti dah siap teka sape yg bg.. wah, ada peminat rupanya aku nih.. ada ke pompuan yg x suka bunga? tipu... kalo x suka sgt pun, at least suka pandang.. pompuan kan suka dgn benda2 cantik..


dah siap snap 7-8 keping gmbr, sekali terbaca pd kad yg bunga ni sbnarnya BUKAN aku yg punya... itu orang lain yg punya.. tp, kenapa florist tu hntr bunga ni kat aku?

papa suspen tak baca ni pa?

sape lah yg nak bg sue bunga melainkan en. najib mustafa.. the one and only guy that had touched my heart.. wahhhhhh.....

kah kah kah.. itu si wildcutecat yg punya lah.. tunangan dia order bunga online soh deliver kat opis.. kebetulan, sue blk lmbt semlm.. so, sue telah ditugaskan utk menerima bunga dr florist tersebut.. terima aje, tak dpt apa pon... :( seketul ferrero pun tak curik tau...

dlm hati tu, best nye kalo dpt surprise2 cam nih.. mesti blushing2 kan.. w/pun sue admit yg sue x berapa suka sgt dgn bunga nih.. kalo dpt henbeg atau kasut atau jam atau baju lagik suka yg berganda.. tp usaha dan inisiatif utk membuat adegan surprise itu lah yg amat dihargai..

kring kring (ringtone lady gaga)
sir capo : chu, cantik tak?
chu : errmmm...
sir capo : ok tak kaler dia?
chu : boleh laaaaa...

maklumlah, org jarang2 dpt fresh flower, cemana la nak komen cntik ke tak? kalo dah bunga, mmg cantik je laa..

so to adib, bebeday to you.. smile smile and smile k..
to sir capo, kalo 1st year dah mcm ni, next2 year ko kena pastikan extra vaganza pya celebration pulak.. aku tak nak campo..


bouquet of roses plus ferrero roche

Wednesday, April 7, 2010

General Information About Clicking on Nuffnang Ads‏

Info yang ingin dikongsi bersama bloggers semua... Sharing Is Caring....



Dear Nuffnangers,

As you might already know, there are 2 different types of campaigns from Nuffnang: Metered (mCPM) Campaigns , which pay according to the number of visitors who see the ads; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.

It has come to our attention that certain groups have been committing click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog's owner. Do note that this act is an abuse of our Terms & Conditions under Section 6.

Banner ads are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, and not for the intention of earning extra money. Should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as we'll only be able to sell ad spaces on blogs with no click fraud record.

Our system is capable of tracking these illegal actions which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for committing this offence. However, as the number of bloggers who commit this selfish act has been growing in an alarming rate within our community, we're forced to be more vigilant and will take necessary action to ensure our other members of the community who do not engage in such act to suffer in the long run.

If you are aware of any of your friends or anyone who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly advise them to refrain from doing so, as bloggers who are caught engaging in click fraud activities will be punished severely, either by suspension or termination.

Thank you for your attention.

Cheers
Blogger Relations Department
Nuffnang Sdn Bhd

Sunday, April 4, 2010

Buaian dan Anak

formal lak tajuk kali ni.. geli geliman lak rasa.. "geli mat mat mat mat" lagu itu tiba2 berkumang di cuping telinga ku..

masuk hari ni, dah 2x spring buai najmi putus.. tgh buai mcm biasa.. tetiba salah satu spring dia putus dan mengeluarkan bunyi yg mengejutkan.. kus semangat!! elok2 najmi dah lena, terus terjaga blk..


ni sah2 esok ada agenda penting ke jusco utk cari spring.. kenapa jusco erk? agaknya sbb kedai lain byk tutup esok.. esok kan ahad.. ok tak reason tu?

bila umur dan masa yg sesuai nak pisahkan anak dr tido buai? masa dlm pntang kemain berazam x mo guna buai.. bila masuk keje, kesian ngan mak susah nak tidokan najmi.. so, buai jugak lah penyelesaian nya..

skang ni, kalo siang mmg najmi tido buai.. mlm je dia bleh tido bwh dgn syarat mama dia mesti tido sama2.. itu yg selalu berlakunya kejadian mama yg lena dulu.. hehe.. tp kalo dia meragam mlm2, masuk kan jugak dlm buai..

berbalik kpd soalan, bila umur dan masa yg sesuai nak pisahkan anak dr tido buai?

mmg betul, anak kalo tido buai ni susah kalo nak bejalan jauh.. buai kot kecik x pe.. buai baru najmi ni (buai sblum ni besi dah patah) mmg x muat bonet kenari.. tp kelebihan nya, anak senang lena dan tido pun lama.. dah la najmi mmg x pandai isap punting.. budak kalo isap punting baik je.. sbb dia akan leka..



risau nih, bln dpn nak holi holi holiday.. cemana la masa tido najmi nnti.. boleh ke dia tido siang tanpa buai erk? selama ni najmi x pernah langsung tido kat bahu ke, kat dlm stroller ke..kat dlm troli ke (troli? kejamnye) kecuali dlm keta.. mintak2 najmi x meragam..

gmbr hiasan.. ni ptg td.. suka tgk aeroplane.. rmbut dah pjg, rasa br je gunting 2 bln lepas.. sbb tu rami yg tgk kata dia gegirl..

Friday, April 2, 2010

Facial pada hari kerja

dilakukan pada hari kerja hokey.. bukan pada waktu kerja.. kalo waktu keje, of kos la kena keje..

dah byk kali buat facial time lunch hari Jumaat.. dah tu, x de masa lain yg sesuai.. nak wat time w/end takut mcm2 agenda lak tergendala.. so, drpd membazir masa, baik la kita manfaatkan ia!!

tapi, hari ni sgt sedih sbb nya amoi yg selalu wat kan facial tu dah naik jd supervisor ma.. sudah naik pangkat la lebih kurang.. nama dia 'Feanne'.. sentuhan tangan dia mmg superb.. tak pernah tak lena.. hehehe..

td tukar ngan org lain.. joey kot nama dia.. slow mak enon lak aihhh.. tetekan.. smpaikan bila pakai mask tu kita sendiri dpt rasa "apsal lama sgt pakai mask ni.." "mana joey ni.."

last2 sue bukak sendiri mask tu.. tggu lama sgt tak masuk2 bersihkan mask.. elok je sue bukak mask, terus dia masuk ketakutan.. tgk jam dah kol 2.30.. hadoiii.. acik ado mtg kol 3...

masa buat extraction pun lemah gemalai je, takut sue compare servis dia ngan feanne kot.. nice, but too slow la ammoi...

mcm frust gak sbb sue baru je tambah package yg baru utk facial ni.. thn lepas nye nak abis dah.. sbb nya dah konfiden gile ngan feanne.. cara dia mmg meyakinkan.. sekali dah tukar org ni, agak malas lak nak gi tetiap bln.. smpaikan tadi, 1st time x set new appoinment utk next mnth.. hampa!!

nama kedai ni CRES, kat jusco tu ha.. product yg digunakan dinamakan cellnique (not sure the spelling).. hari ni buat Boi-cell.. harga? kalo nak tau harga pakej yg sue amek ni bleh la pm ye.. tak bleh bg tau kat sini sbb kalo lakiku tau, 'naye' dibuatnye.. bising dia nnti.. syyhhhh..


ni belum tau psl kena tukar org


mcm momok...


tu la kedai dia pandangan dr seberang jejantas