Wednesday, June 30, 2010

Wall clock tu dah dpt...


mmg kak zareen ada bg tau dah pos wall clock.. sibuk sgt wat keje smpai terlupa psl tu.. tetiba ada 3 miss call dr org skynet.. ingat tak ada wat entry pasal wall clock yg cantik2 tu?

hari lak hujan.. lobi opis full dan lori x dpt parking.. ada ke patut adik skynet soh mekchu turun amek parcel.. terus la kena sound kan..

"tak kan dtg sorang je.."
"2 org kak.. lagi sorang ni baru smpai dr india mggu lepas.. x pndai ckp melayu"
"laa.. yg ngko bwk org hindia wat pe dik oii.. akak byr servis mahal tau"
"sori kak.. x de parking ni.."

sib baik ko ckp baik2 ngan ahkak ko nih..

maka turun lah mekchu kat lobi smbil tolak troli.. smbil membayangkan brg tu amat besar dan berat.. kemain bwk troli, brg angkat sebelah tangan pun lepas.. hahaha... sori ye salmi..

tak terus gelojoh bukak... smbung blk wat keje..hangin ngan adik td tak ilang lagi.. patut pun mcm ada sesuatu yg mendebarkan hati mekchu sepanjang ptg td... penat lah pikir apa dia.. rupanya parcel tak bukak lagi.. laaa..

taraaaaa... tantek kan....

**GREENERY FLOWERS**

SIZE 36 X 36cm Price: RM140.00


tetonggeng-tonggeng mekchu nak cantumkan gmbr.. siap refer ngan gmbr asal lagi.. sib baik mekchu tak de romet

nmpk gaya dah kena start deco rumah ni.. wall clock dah ada.. mekchu pilih design ni sbb ada serpihan kaler vivid lime tu.. nnti nak wat wall deco yg ada vivid lime jugak.. tapi bila ntah nak mula.. ujung mggu bro.john mesti ada hal.. kalo tak org kawin, main golf.. kalo tak pun outstation.. grrrrr....


Tuesday, June 29, 2010

Pegi naik Altis.. balik naik Lorris..


hari yg penuh tragedi.... tragedi sadis bersama altis....

pagi2 bangun ceria je... seceria suria pagi... eceh.. sbb hari ni tak yah masuk opis.. hari ni kena gi Open Source conference kat Berjaya Times Square Hotel.. sape yang tak suka.. 3 hari lak tu.. nak nak pulak tak yah cemas2 drive sendiri sbb bro.john kebetulan kena bg taklimat kat Jab.Pengairan & Saliran, Ampang.. canteek sgt la tuh...


muka di pagi hari yg suuuunggguh ceria..

perjalanan lancar.. bila dah dekat, hati pun mula dup dap dup dap.. dgn sape lah aku nak kawan ni.. dgn sape lah aku nak makan nih..

tgh feeling sorang2 dlm keta, smpai je kat traffic light tiba2 terasa keta menggigil bila tukar gear 'N'.. apa hal lak ni.. selalu x mcm ni pon.. ingat kan sbb lori lalu kat sebelah.. jalan tu bergegar kot..


here i come.. masa jam ni la baru terasa keta start gigil-gigil..

smpai je hotel, terus mekchu naik level 14... muka konfiden habis.. kontrol..kontrol.. smpai je kat registration terus muka pelik.. nape ramai yg pegang pesanan kerajaan (LO)/resit2 pelik ni? kena bayar ke? oohh.. sbb dorang tu private sector kot.. kalo gomen mesti lah special.. x yah bayar...

beratur bleh tahan pjg.. mmg ramai.. smpai je turn mekchu, terus tunjuk invitation letter (print thru emel).. muka budak tu blur2.. tya ada bawak pesanan kerajaan (LO) tak? alamak... mmg betul la kena byr.. bukan free la.. alamak.... mcm mana nih.. apa nak buat ni.......

terus budak tu offer kalo nak byr cash.. rm200.. hambek ngko.. tak de lak cash byk tu.. pikir pya pikir pya pikir... tetiba tipon bunyik...

"ma, keta rosak.."
"hapeeeeeeeee? kat mana ni?"
"jln pasar.. mama cane? nnti blk sendiri ke? papa nak tow keta ni smpai sban.."

disebabkan registration ni pun problem, terus msg boss bg tau.. syukur sgt boss faham.. tak dpt bayangkan kalo dpt boss yg soh attend jugak.. mmg pepandai sendiri la nak blk.. tq boss... tq sgt..

"ok lah, mama ikut papa.. mama pun x bleh join conf ni.."
"ok, mama naik cab.. ckp nak pegi jln.pasar.. papa ada kat dpn esso.."
"papa tggu smpai mama smpai tau.. jgn blk dulu.."


kah kah kah.. x logik langsung kalo bro.john nak blk dulu.. ye la, cuak gak kalo kena tnggal sorang2 kat tgh2 kl ni.. dah la 1st time smpai jln.pasar..

mekchu yg dtg untuk membantu.. 1st time naik teksi kat kl..

feel naik teksi tunai.. jeling2 gak muka driver tu.. kot kot la bob lokman.. hahaha..

smpai2 je tgk bro.john tgh mencangkung.. kusut beno laki aku nih.. kejap lepas tu dtg 2 org member dia.. borak2, calling2....

fenin ni.. fenin.. apsal la ko bleh rosak pada hari dan waktu ini?? kat sban tak nak lak rosak.. bila dah jauh baru wat perangai.. kan dah jauh nak angkut blk sban..

tp nak wat cane kan.. dah nak rosak.. bukan bleh tahan2.. bro.john lagi selesa kalo bwk terus gi pusat servis sban sbb keta ni pun under warranty lagi.. dan tak tentu hari ni bleh siap.. susah plak nak kena dtg kl blk nak tgk keta..

dlm kol 12 cam tu baru lah tow truck smpai... bepeluh wei menunggu..

siap lipat lengan baju tu.. lipat... jgn tak lipat...


ready nak naik atas truck.. pun 1st time ni mekchu tgk dgn mata kepala sendiri.. dah la betul2 kat bus stop.. semua pandang..


eh eh.. cop!! kat dlm tu mcm bukan bro.john je..


tara.. keta ferreri hitam yg dah kepam-kepam skit telah sedia di tow dari jln.pasar ke seremban.. bagus gak bukan jenis tow yg 2 tayar kat bawah tu.. kalo mcm tu keta cepat rosak.. nak pulak jln jauh..

keta ni under insurans tokio marine.. cover towing smpai rm400.. nasib baik sgt.. ni lah masa nak gunakan segala benefits yg ditawarkan..

dgn 2 org member yg sgt baik hati yg dtg resque kitowang sementara tggu tow truck.. mr.mizi & mr azhari.. thanks guys..


mekchu gaya mcm tak sabar nak naik lori... hahaha.. driver lori tu muka jambu beb.. dah la pakai bj merah jambu.. mmg insurans tu dah sekalikan dlm pakej kot.. korang, tukarlah kepada tokio marine..


hahaha.. ready to take off to seremban.. mahal gile gmbr ni.. tak penah ada dlm koleksi lagi..


pemandangan dari dalam


sila compare kan gmbr ni dgn gmbr 1st tadi.. hahahahahaha...

kat dlm lori tu, dari atas smpai bawah basah.. hihihi.. air cond tak rasa.. smpai bro.john kena lap peluh.. driver tu pasan kot, terus bukak tingkap.. hahaha..

smpai je sban, terus hantar keta kat pusat servis toyota.. bila dah amek info semua, mr.musthe pulak yg dtg resque.. itu lah baiknya kalo ramai kawan.. kawan pun kena pandai carik jugak..
all in all, kitowang selamat smpai umah setelah waktu org habis kerja..hari yg penuh tragis..

Contest anda bersama si comelll


contest yg merangkap tag.. sebelum tag makin bertambah, baik selesaikan sementara ada mood..

ok, kali ni contest datangnya dari rina(mrsbifa) dan mekchu telah di tag oleh neenaAnuar merangkap 1st runner-up contest mekchu hari tu..

siap komen kat blog neena yg tak tahan tu..
"bg mekchu 3 sbb kenapa neena tag mekchu.. hahahahaha... "

sib baik jaw neena sgt masuk akal dan munasabah..
"hahahaa.. ok ok.. I bagi jugak 3 sebab tu yer...
pertama sbb saya pernah joint contest mekchu..
Kedua sbb mekchu adelah kawan blogger saya yg baru...
Ketiga sbb mekchu ade son yg cute miut! hehehe"

syarat contest pun tak susah, sekelip mata je dah siap... nmpk sgt dah byk kali join contest tp x pernah menang.. yg jadi lama tu sbb nak kena carik gmbr yg sesuwei dgn contest.. rupanya, x de gmbr yg proper dgn najmi.. ini kena wat outdoor photoshoot ni..

tima kasih ye rina wat contest ni.. dan ini lah gmbr tu..


Nama anak : Najmi Syahputra bin Mohamad Najib
Umur masa ni : 4 bulan kot (raya tahun 2009)

ehh.. ada dia tya ke nama anak semua ni? not sure.. letak je la..

so, i'm done.. harap2 menang utk contest yg ntah ke berapa ni..


alamak.. kena tag 3 org.. ermm sape erk???
1. soclose2213
2. shaza
3. alia

Monday, June 28, 2010

Mari kenali mekchu : Bab 1 - Kerjayaku

peringatan :
kalo nak baca, baca je ok... jgn gelak.. ini mmg gmbr lama.. laaaaama sgt.. gmbr masa nak wat kad matrik, tahun 1998.. tembam kan.. kekonon nak cari gmbr masa mula2 start keje dulu.. baru lah ada kaitan dgn BAB 1 ni.. tp x jumpa.. cari punya cari, ini je yg jumpa..

Mari mengenali mekchu.. tetiba nak perkenalkan segmen ni kat blog oren lagi boombastik mekchu ni..
mmg tak de kopi pes atau cedok dari mana2.. idea tu datang secara tiba2 sejurus selepas mekchu blk dr pej.pos tadi.. mungkin adik yg jaga kaunter td telah memberi petunjuk kpd mekchu...

opsss... segmen ni
khas kpd mereka yg nak tahu psl mekchu dgn lebih mendalam, sedalam lautan hindia... kalo tak minat tu, klik je la butang pangkah tu ye..

ok, bab pertama ialah mengenai kerjaya mekchu.. Mekchu kerja sebagai apa? lowyer kah? majistreet kah? doktor kah? apa.. ahlil muzik? pantang nenek moyang aku.. ok ok.... mekchu mmg kerja dlm bidang IT.. tp IT tang mana tu??

sumber : http://perjasa.org.my/kerjaya-ptm

Pengurusan ICT? bukan.. jauh lagi perjalanan nak jadi Pengurus ICT.. ini level pengarah ni wei...

Pembangunan Sistem? no no no...

Kepakaran Sistem? hampir tepat.. tapi pakar dari segi apa tu? pakar bukan sebarang pakar.. ada beberapa bidang kepakaran utama kalo ckp psl ICT ni..


(a) Keselamatan ICT
  • Menjalankan kerja-kerja pemantauan keselamatan maklumat organisasi iaitu telekomunikasi dan rangkaian, pusat data, pangkalan data, aplikasi serta kawalan akses ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.
  • Menjalankan kerja-kerja analisis dan cadangan penyelesaian ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.
  • Menjalankan kerja-kerja pengurusan insiden.Menjalankan kerja-kerja pengurusan insiden.
  • Menjalankan kerja-kerja kesinambungan bisnes
  • Menjalankan kerja-kerja pengurusan audit keselamatan ICT.
  • Menggubal Dasar Keselamatan ICT organisasi.

(b) Pengurusan Pusat Data
  • Mereka bentuk Pusat Data.
  • Melaksanakan tugas berkaitan urusan perolehan perkakasan, perisian dan lain-lain keperluan ICT.
  • Menjalankan kerja-kerja operasi Pusat Data
  • Menjalankan kerja-kerja pengurusan kesinambungan bisnes termasuk Pemulihan Bencana (Disaster Recovery).
  • Menguruskan operasi Helpdesk.

(c) Pengurusan Rangkaian
  • Melaksanakan tugas-tugas mereka bentuk rangkaian dan telekomunikasi.
  • Membangun dan melaksana rangkaian dan telekomunikasi.
  • Menyelenggara serta mentadbir rangkaian dan telekomunikasi.
  • Memantau dan menganalisis keberkesanan penggunaan rangkaian dan telekomunikasi.

(d) Pentadbiran Pangkalan Data
  • Mereka bentuk pangkalan data.
  • Membangun dan melaksana pengurusan pangkalan data.
  • Mentadbir dan menyelenggara pangkalan data.
  • Membuat analisis keberkesanan pengurusan pangkalan data.

(e) Keselamatan Data Maklumat dan Pemulihan Bencana
  • Melaksanakan kerja-kerja operasi keselamatan maklumat organisasi yang meliputi telekomunikasi dan rangkaian, pusat data, pangkalan data, aplikasi dan kawalan akses ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.
  • Melaksanakan kerja-kerja analisis dan cadangan penyelesaian ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi, kerja-kerja pengurusan insiden, pengurusan risiko, kesinambungan bisnes, pengurusan audit keselamatan ICT, menggubal dan memperaku dasar pengurusan keselamatan maklumat organisasi serta penggunaan teknologi pengurusan keselamatan maklumat organisasi

jadi, korang tekalah mekchu ni tergolong dlm kumpulan mana.. kah kah kah.. nak ckp pun malula.. bukan hebat sgt.. kalo superb tu bleh lah tayang kat sini.. tp ini sekadar nak bg tau korang jugak jenis2 kumpulan IT yg ada.. supaya jgn konpius..


ok lah, mekchu tu ha... kat tu ha.. kat golongan (b) tu.. tapi nak kata wat semua pun tak jugak.. ada jugak task yg tak tersenarai kat atas tu.. kalo dah nama dok kat operasi & rangkaian, semua kena lah tahu patutnya.. mekchu mmg byk belajar sejak pindah state ni.. byk sgt benda yg mekchu tatau masa mula2 jejakkan kaki kat sini.. getting to know 'them' slowly.. mmg slow sgt kot.. kalo org lain dah memecut laju dah..

nanti2 mekchu wat sesi mari kenali mekchu lagi ye.. harap2 korang suka.. fuuuhhh.. see you around and pleasant viewing.. daaaa...



Sunday, June 27, 2010

Papaku pulang dari kota


Sgt bosan ooo bila bro.john tak de time2 w/end.. selalu kalo nak outstation pun time hari keje je.. mmg tak rasa sgt sbb sibuk kat opis.. tp mlm tu of kos la terasa sunyi :)

sib baik mggu ni telah dipenuhi dgn agenda2 penting..

sabtu, gi kenduri angah (adik akak ipar tunang).. bwk najmi, mak & bibik.. baru naik 4 org kenari dah semput yg amat.. bila masuk gear 1, tgh tekan minyak ni... dia bleh semput.. tersengguk2 smpai kepala najmi terkebelakang.. kesian tgk dia.. pas tu terasa keta berat sgt.. dah tekan minyak smpai lantai, tp keta tak nak laju gak..

ingatkan sbb tayar x de angin.. gi la petrol pam isi angin.. pun sama gak.. semput selain terasa berat.. selain dah ada bunyik yg mcm2.. apakah petanda yg bro.john akan belikan mekchu kereta baru? apakah benar?

selamat bertunang angah.. sgt comel in purple


najmi yg keletihan


mlm2 ku sepi tanpa mu.. hahaha.. broadband lak tak do.. kalo tak bleh gak layan fb ke, blog ke.. jadi, mekchu kembali ke habit lama... gunting rmbut sendiri... yeahh.. kebetulan rmbut dpn mekchu ni pun dah panjang.. amek gunting terus oter sendiri mehh...

serpihan rerambut yang berjaya di tebas... selebihnya dah berselerakan atas lantai..


agak gondol.. makin lama makin syok lak menggunting.. sib baik rmbut byk.. bleh tarik yg blkang, tolak yg depan.. tmbah baik mana yg rompong..

org tua2 kata kalo rindukan seseorang tu, amek lah bj dia dan pakai.. betul ke? mekchu pakai 'bj dalam' bro.john ni..

ahad pulak, seharian kat opis.. kan dah soh en.teeeet dan en.tuuuuut dtg opis setelkan problem.. so, kena lah dtg monitor & testing.. peeehhh... korang tak tgk dorang gaduh.. ni 2nd time mekchu handle situasi mcm ni.. sib baik ada en.azlan sbg bekap.. kalo tak, mmg mekchu angkut beg.. blah dulu...


mekchu kat opis hari ahad.. Ahad.. A.H.A.D ok..
ehh.. tu lah DELLslim mekchu.. nnti kalo rajin nak cerita pasal DELLslim mekchu yg sgt stylo itu.. hehehe

diskas diskas diskas.. bekap bekap bekap.. plan A, plan B, plan C... prangg prungg.. bila dah petang nak masuk senja, nmpk gaya dah ok.. redundancy dah jalan, clustering dah jalan.. mirroring pun dah ok.. kusut kepala pikir apa punca sebenar.. nak tak nak, kena try satu-satu baru dpt tau..

alhamduillah.. mekchu dah bleh balik dgn hati yg senang... mmg tgh tersenyum nih sbb bro.john dah otw tu... jap lagi bleh salam tangan dia.. eh, najmi.. mlm ni tido awal ye sayang...



Friday, June 25, 2010

tekanan menjadi org tgh

kalo org tgh utk menemukan jodoh tu ada gak baiknya.. ini jadi org tgh bg satu perkara yg &^!*^%%$#.. yg boleh diselesaikan secara damai..

pagi2 lagi kepala dah kusut nak pikirkan jalan penyelesaian kpd 2 pihak ni.. tak semena-mena mekchu yg tak bertauliah ni jd kaunselor pulak.. kalo budak kecik, dah lama kena cubit.. grrrrr...

si A tak bertegur dgn si B dan si C yang menjadi mangsa.. sib baik si D bijak membina ayat yg terrbaik bg menceritakan perasaan mekchu yg sebenar..

rasa badan dah gigil2 tahan marah.. selagi tak ckp, selagi itu lah keje ni tak kan siap.. terus send msg.. berbunyi begini..

en.teeeet, en.tuuuut... pls put aside any disagreement between both of u.. i'm getting sick of this whole teeeeeeet problem.. i've set this sunday 10am for both of u to come n settle this prob.. pls make urself available n bring along any assistance u think that suites the situation.. its getting on my skin that both of u have taken this issues personally, not profesionally.. forgive my words, my act is for the sake of truuuuut (pej.kecik) and treeeeet (pej.besar) only..

itulah sebahagian luahan perasaan mekchu dan rasanya dah mewakili beberapa org lain jugak nih.. item bertanda merah tak de pun mekchu send.. ekekeke.. tak snggup wei nak hntr ayat cam tu kat org.. bisa gugur jantung.. hntr kat bro.john je.. dlm hati ada taman der.. hahahaha..

boss, tlg lah jgn hantar nama saya kat pej.
tiiiiit sbg pentadbir toooooot... saya cadangkan nama toooeeettt sbb dia lagi berkaliber.. terima kasih bosss..

jom datang opis ahad ni..

Thursday, June 24, 2010

patut lah hari ni kehilangan mood


rupanya nak kumpul idea wat header baru.. kah kah kah.. mekchu tak serajin itu nak design header sendiri ok..

tapi overall ok tak template baru ni? dah ada blogger designer template baru ni sgt senang kan... main klik klik klik je blog kita dah berubah wajah.. ko ckp je nak terang kat mana, nak gelap kat mana.. sonang bai tu... jgn risau, semua setting, link, comment, posting, etc tak akan berubah..

tp yg menjadi masalah bila nak design header.. sebelum ni mekchu tak pernah ada header sendiri.. kesian kan.. teriiingin sgt nak ada header mcm blog korang yg simplycity tu.. ni apa kes tetiba teringat tokti lak ni??

tetiba declare diri sbg the orange mama.. hahahaha... tang mana yg orange tu pun tatau.. tp mekchu mmg suka kaler oren pon.. x de la suka sgt.. tp suka la..

special thanks to sir capo grande yg rajin sgt nak design header mekchu yg x smpai 2 jam ni.. eh, dia mmg rajin la.. design header lagi, cari info allaboutnegerisembilan lagi.. not bad kpd seorang SA yg jaga network buat hasil seni sebegini rupa.. header org rumah dia pun dia design kan.. apatah lagi header blog dia sendiri...

plan nak cari quotation lah utk header.. ramai kan yg wat bisness design header ni.. itu belum kak jemah menjelmakan diri dgn template & header dia yg sungguh bling bling tu..

dlm 5 bintang, berapa bintang korang bg utk blog mekchu yg baru ni? (5-higest, 1-lowest)

perasan tak ada tanda soal kat gmbr tu? hehehe..

Wednesday, June 23, 2010

Cloudy Computing


Plan asal kena pegi sesi wacana ilmu, Kelab PERJASA dgn boss.. tp last minit boss tak bleh pegi lak sbb ada mtg dgn dato'.. jadi terpaksa lah kak jemah yg tolong jadi teman sepanjang sesi tu.. mmg gabungan yg mantap...

opss.. sebelum tu PERJASA adalah untuk Persatuan JuruAnalisa Sistem Sektor Awam ok.. khas utk pegawai teknologi maklumat shj..

mmg dah lama dgr psl cloud computing ni.. tp masuk belah kiri, keluar belah kanan je.. bila ada peluang cam ni, awal2 lagi dah bg nama kat boss.. mekchu mmg suka, bleh sama2 tambah ilmu.. senang nnti kalo nak jawab soklan PTK.. hehehe..

alamak, nota semua kat opis.. kalo tak, bleh gak mekchu tlg wat summary psl cloud computing ni.. ceh, alasan terbaik.. betul wei, mekchu sungguh2 tau salin nota.. penuh 2 lai kertas A4..

korang tgk... tgk.. itu baru 1st speaker dah penuh 1 lai..

mmg niat murni sgt nak faham psl cloud computing ni.. tapi ku sangka panas hingga ke petang... kebetulan hari ni mmg hujan & topik lak ada kena mengena ngan "awan".. elok sgt la tu..

fokus, fokus, fokus... bila masuk 3rd topic (dia wat cam sesi conversation, ada 5 org yg kacak lg bergaya kat atas pentas tu...) tetiba blackout!! habis bergelap gulita.. masing2 muka pelik.. lama wooo.. ada la dlm 30-45 minit.. mcm x percaya... what? precint diplomatik, putrajaya blackout yg tiada apa2 power backup? mana genset? sape yg jaga genset dewan seri seroja ni?? ishhh.. x dpt banyangkan kalo boss yg ada masa tu.. kesian sbb kena duduk dlm gelap..

nak tak nak, kena teruskan jugak sesi ni.. terpaksa lah semua speaker yg dah hensem2 control macho kat atas pentas td turun ke bawah wat Q & A.. kitowang yg dok blkang ni haram sepatah apa tak faham sbb x dgr.. penat cuba tangkap bijik butir yg dia nak smpaikan tp x bleh..

tetiba nmpk semua tgh khusyuk tunduk kat meja smbil belek tipon masing2.. apa yg dorang wat tu erk?

sib baik masa pn.azlina aziz, vice president Perjasa pya turn dewan dah kembali ok.. tp awal2 tu jenuh jugak dia kena jerit.. kesian sgt.. hai macam2 kan..

bila tiba time lucky draw...... alamak, ni yg best nak story ni.. buat pertama kali dlm sejarah hidup mekchu... nama Suraya Mazni Sulaiman di panggil sebagai org bertuah yg pertama.. sempat gak cuba cubit pipi sbb ingatkan mekchu tgh berangan.. wah, nama ku disebut.. dah la dok paling belakang, dpn sikit je dari media..

cuba berjalan seayu mungkin.. control, control.. jgn gelojoh mekchu.. kalo tersungkur malu yg amat.. ramai ni org dlm dewan ni.. reporter pun kiri kanan.. cool mekchu, cool..

lama gak nk smpai dpn tu.. bila smpai, tgk hadiah kecik je.. sempat lagi tu.. tp x pe.. janji dpt.. klik klik klik.. wah, byk nya camera kat dpn tu.. front page esok ni.. hahahaha..

makin hujung hadiah makin besar dan grand price ialah netbook.. tp tak bleh compare dgn hadiah yg mekchu dpt..

rupanya, ramai yg sbnarnya kenal & konpius nak tegur bila nmpk mekchu.. bila dah dgr nama kena sebut td, baru lah yg lain2 konfiden yg minah bj kurung pink tu ialah mekchu.. hehehe..


suka lah dpt attend event mcm ni.. sbb bleh jmpa kawan2 lama.. td dpt jumpa k.mazila, zai, k.ady (mampu).. zam (arkib negara).. k.asra (dulu JPN).. ish, ramai lagi lah..


makan udang rasa durian, makan ayam rasa durian.. ishh tak bleh tahan tekak ni nak rasa bubur kacang durian yg jemah kata sedap tu..


otw blk.. sama lak fenk.. mekchu dah byk baju fenk sejak kawan ngan jemah..


mcm ni ke rupa mekchu bila drive? bersilang-silang tangan tu.. hahaha.. tgh amek selekoh tajam rasanya time ni


tadaa... walaupun kecik, tapi berisi.. tidak terkata bila dpt hadiah kunci kereta.. terharu sgt..


tu la kunci kereta dia.. nmpk tak? jap eee mekchu zooooom..


haa.. nmpk?

sape kena pegi event Open Source System (OSS) mggu dpn kat Berjaya Time Square? cepat bg tau mekchu..



Tuesday, June 22, 2010

2006 dan 2010


ini mmg tiada kaitan dgn world cup ke apa.. kebetulan kedua-dua tahun tu mmg ada kena mengena ok..

hari ni mekchu pakai kebaya cik mala datang opis.. jarang pakai bj ni.. sbb dia adalah kebaya.. mekchu hanya ada beberapa keping baju kebaya je dlm koleksi baju kerja dia..

kalo kebaya bwk gi umah org kawin tu berderet la.. gila ngko nak pakai kebaya cik mala bawak dtg opis.. huuuiiii... tak dapek doo...

baju ni mmg dah lama.. sebelum 2006 lagi dah diwujudkan.. betul apa 2006.. siap ada bukti gmbr pakai bj ni apa.. saje je tgk blk koleksi gmbr lama2 bila dah ptg2 cam ni.. tipon pun dah tak bebunyik.. suasana pun dah sunyi.. jadi, masa utk updet blog.. huhuhu..

apa yg menariknya.... mekchu masih muat kebaya cik mala ni tau.. in fact, bertambah longgar.. ishh.. nak sedih ke nak happy ek dgn statement tu?

cuba korang perhatikan gmbr2 kat bawah nih..


ni gmbr tahun 2006.. masa ni dah kawin tp perkahwinan jarak jauh (PJJ) lagi ngan bro.john.. ni kat HeiTech Padu.. dgn projek manager-En.Ibrahim.. bebudak heitech kalo tgk gmbr ni konpem tergelak besar nih..


kat bawah ni pulak gmbr pada jam 5.45 ptg, 22 Jun 2010 iaitu pada hari ini.. dah 4 thn bj ni masih di gunapakai lagi.. tidak kah itu dinamakan mekchu sebagai an undemanding wife? hahaha.. korang perasan tak ayat tu kat profile mekchu kat tepi tu...



sebelum tu nk bg tau hari ni mekchu pakai bj kaler biru turqoise (mcm dah bg tau je td kan..) dan berkasut kuning.. mmg sgt memalukan penampilan hari ni.. sib baik ada kasut dlm keta, kalo tak pakai selipar i-panema je la jawab ehh..


mekchu muat lagi ooo bj kebaya tu.. pernah pakai masa tgh breastfeed najmi dulu.. mmg terus simpan balik sbb butang katup kat bhgn dada tu bleh terbukak dgn sendiri sehingga 4-5 kali.. bila dah stop bf ni, butang tu mmg susah nak terbukak sendiri kalo kita tak bukak kan.. hahahahaha... tetiba mekchu berfikir dan terus berkifir...

Monday, June 21, 2010

Najmi tersepit


Isnin, Selasa, Rabu bro.john di penang...
Jumaat, Sabtu, Ahad bro.john di kuantan..

ada satu hari je yg tak tersenarai.. satu hari je dlm seminggu masa KAMI nak bermanja.. itu pun hari kerja... ohhh... (saje je highlight kan kami tu kasik cover)

jiwa kacau nih bila teringat mlm-mlm-mlm ku tanpa suami.. hahaha..


sedap sgt dpt cium budak masam ni.. lagi dia berpeluh, lagi wangi bau dia.. exp cium kat belakang leher dia..

Sunday, June 20, 2010

Untuk bapak najmi

kalo kat fesbuk dia pakai Bapak Gonjolong.. kalo kat umah kena lah pnggil bapak najmi..

pertama kali dlm sejarah, isteri mu ini berbesar hati buat special entry utk suami dia yg tersayang sempena Hari Bapa..

ucapan berbunga-bunga tidak dibenarkan dlm blog ini.. kita bunga2 kat rumah dah la ye.. hahaha..

Selamat Hari Bapak papa...

Saturday, June 19, 2010

Selalu konpius tarikh hari ibu & hari bapa


keliru ku keliru.. mmg ahkak konpius.. bila sbnarnya hari ibu & hari bapa... sbb kitowang x pernah smbut.. wish pun selalu ter back dated..

mekchu terajin skit hari ni buat kajian skit psl tarikh sambutan hari ibu& hari bapa ni.. eceh, kajian konon..

hari ibu & hari bapa di sambut untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para ibu dan bapa seluruh dunia.. terpulanglah, ngko nak sambut ke tak. tiada paksaan..

selalunya hari ibu & hari bapa ni disambut dgn pemberian hadiah dan kegiatan kekeluargaan mcm belanja makan, bg prezen, pergi bercuti dsb..

gmbr ni copet dr google, tp mekchu dah edit.. dah kaler kan gmbr tu & tmbh teks... ajaib nye mekchu sungguh rajin hari ni...


bila mekchu? bg tau la tarikhnya..

kat mesia ni x de tarikh khas.. sesetengah negara ada tarikh khas & mudah la nak ingat.. sbb tu lah ramai yg konpius termasuk lah mekchu.. arahan soh pakai bj korporat pd setiap hari selasa minggu pertama & ketiga pun byk kali kantoi, ini kan pulak smbutan sehari dlm setahun kan.. mulai hari ni mekchu nak cuba lekatkan kat kepada.. korang pun sama tau..

Hari Bapa --> Ahad ketiga setiap JUN
Hari Ibu --> Ahad kedua setiap MEI

print entry ni, rebus dlm periuk & minum air dia kalo susah sgt nak ingat.. hahaha..


Najmi - 23 mnths


pejam celik, pejam celik dah nak wat birthday party balik..

bln depan genaplah najmi 2 thn.. awal2 dah masuk contest drypers tu.. x tau lah bleh menang ke tak.. kalo ada rezeki, makan KFC la kita thn ni.. kalo x dpt, kena lah pikir sesuatu wahai mekchu oiii..

ini lah najmi bila dah 23 bulan..

nak masuk 2 thn ni mcm2 perangai najmi skang ni.. seronok tgk anak membesar dpn mata.. tp on the same time penat melayan karenah anak yg mcm2.. belum masuk 2-3-4-5 dan seterusnya.. pusshhhh mekchu.. pushhhh... hahahaha..

wat numbering la ye.. kasik tersusun dan senang nak baca..

1. dah pandai ckp & kena cepat tangkap apa yg dia ckp.. kalo salah dia akan ulang2 smpai keluar urat leher.. semlm dia ckp "nak ayooo".. sue bg lah dia air.. terus dia ulang byk2 kali "nak ayooo.." last2 baru faham yg dia nak sayur..

2. penggemar sayur exp sayur kubis masak air.. uiii.. semangkuk pun bleh habis..

3. susah sgt nak makan nasi.. snggup tak makan seharian.. skang hya ngan bibik je dia nak makan.. itu pun bibik kena gendong pkai kain bwk tgk ayam itik nenek.. x perasan habis semangkuk..

4. dah tak tido buai.. syabas!! tapi kalo siang kol 6 ke atas la baru dia tido.. itu pun kejap je.. dlm sejam lepas tu bgn balik.. x sompek mama & papa nak manja2 dah bgn dah...

5. still minum susu dumex dugro.. moooooo... kuat minum susu.. & dah pndai mintak sendiri kalo nak susu..

6. berat? erm.. dah lama x timbang.. rasa dlm 12-13 kilo kot.. skang dah susut skit sbb kurang tido siang.. pipi pun dah x bam bam..

7. pagi2 dah jarang bangun masa mama & papa nak gi keje.. dia akan tido smpai kol 9 ke atas.. sbb tu kot susah nak tido siang..

8. mlm lak skang ni x mo masuk tido sama ngan mama dia dah.. skang layan tv dulu & akan lena dpn tv.. lepas tu br angkat masuk dlm.. nak pulak skang musim bola.. sekali tu dia tido dpn tv sama ngan papa dia.. kol 5 pagi br sue perasan 2-2 dah terbongkang dpn tv.. dgn kipas laju, tak berselimut.. kesian budak tu..

9. dah mula addicted ngan channel 613.. kalo nak soh dia diam, bukak je 613 tu.. akan terlopong lah mulut dia.. kalo ada upin & ipin lagik lah dia suka.. sib baik x pndai demand lagi..

10. dah pndai melompat dgn jayanya.. sikit2 nak lompat.. sikit2 nak lompat..

11. dah mula tunjuk minat nak mewarna.. kalo tak dulu semua nak masuk mulut.. terus simpan crayon dlm lemari.. skang nmpk gaya dah bleh latih dia.. anak member lain semua dah advanced bleh pegang pen, bleh kaler bagai..

12. dah pndai main lego sendiri.. sama gak, dulu suka masuk kan bendalah tu dlm mulut.. skang dah pndai cantum2 & buat tinggi2...

13. pandai wat bunyi haiwan.. bird, tiger, elephant, duck, monkey, frog, etc.. tapi kalo time dia malas kan, sama je bunyi semua nya.. hahaha.. dah malas nak layan la tu...

14. pemalas nak kemas barang menan.. dulu kemain rajin.. keluar satu, simpan satu.. skang habis 1 bakul diterbalik kan.. ingat bleh la kekalkan sifat kemuliaan dulu..

15. susah nak soh dia kiss atau peluk kita.. kalo ada bunyi aeroplane yg kuat kat luar tu barulah dia akan lari kat kita & peluk utk 3-4 saat.. jadi, sue mmg akan menikmati saat itu sepenuhnya..


16. ok, ini last... dia sgt suka tido menonggeng.. dari kecik smpai skang tonggeng gak.. ada yg tnggi, ada yg rendah.. dia tak suka sgt kalo kena peluk time tido.. pusing pusing pusing, last2 tonggeng jugak..

Friday, June 18, 2010

Kesian si Jabulani dan Vuvuzela


terasa kedua-dua nama tu sgt comel.. kedua-dua nama tu bukan merujuk kepada sesiapa.. tetapi kedua-duanya ada lah sejenis barang yg menjadi kontroversi sejak Piala Dunia 2010 berlangsung..

eceh, mekchu pun baru tau bila dgr radio.. apa lagi kalo bukan hangekfm.. bila teringat, baru tya kat bro.john.. tp mekchu pun silap, tya masa tgh game.. mmg la jawapan sepatah dua je..

buah durian gugur kat sebelah telinga pun dia tak heran, ini kan pulak nak kena jwb soklan2 mekchu yg kadang2 merapu.. ishh... teringat lak skang ni musim durian.. ber'lebuk-lebuk' bunyi durian gugur kat kebun sebelah tu.. shedap nyee kalo dpt yg kaler kuning keemasan tuu...

ok, kembali kpd kedudukan asal.. teringat (ishh.. teringat lagi.. bila nak abis menaip kalo cam ni) mekchu teringat ada baca blog sorang member ni (sori, tak ingat) dia ckp nama jabulani ni asal daripada KEJAR BULA INI.. hahaha.. mmg kreatif..

dah dah.. itu semua tipu.. kat bawah ni baru lah fakta sebenar..

Jabulani ialah nama utk bola yg digunakan utk game Piala Dunia ni.. nama ni berasal dari perkataan Zulu yg bermaksud meraikan tetapi hanya segelintir penjaga gol saja yg bersedia menyambut kehadiran bola ini. Penjaga gol Amerika Syarikat, Marcus Hahnemann antara pemain terbaru mengkritik bola ciptaan Adidas ini apabila menggelarnya "mimpi ngeri", sehingga peminat setia di Afrika Selatan memberi jolokan 'joke-ball-lani' untuk bola berkenaan.

Penjaga gawang Itali, Gianluigi Buffon berkata Jabulani sukar dijangka - pada tahap terbaiknya. Julio Cesar dari Brazil menyamakannya dengan bola dibeli dari pasar raya, manakala keseluruhan skuad Denmark tidak berpuas hati dengan bola berkenaan.

Tidak cukup dengan isu itu, isu Jabulani turut menimbulkan ketegangan antara jurulatih Brazil, Dunga dan Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Jerome Valcke. Valcke mengandaikan Brazil kini bersedia menggunakan bola terbabit sebagai alasan sekiranya beraksi hambar di Piala Dunia kali ini. -AP

ini lah rupa si Jabulani yg dilanda kontroversi itu.. kesian kat ko... tetap dilanda kontroversi walaupun tak bernyawa.. hahaha..

meh kita baca kisah vuvuzela pulak..

korang perasan kalo tgk game tu kan, mcm ada bunyi lebah tgh buat sarang.. atau pun mcm bunyi langau tgh cari makanan atau pun mcm nyamuk pun ada.. pendek kata bunyi tu mmg menyakitkan hati.. suara pengulas haram x dgr.. bunyik langau tu jugak yg kuat.. dari mana dtgnya bunyi tu? mekchu cedok maklumat dari sini..

nama benda tu ialah vuvuzela.. vuvuzela ini adalah instrumen (alat bunyi-bunyian) yang diperbuat daripada plastik yang berukuran lebih kurang 1 meter panjang. Biasanya ia ditiup oleh peminat-peminat Afrika Selatan terutama yang melibatkan pasukan negara mereka.

Vuvuzela memang memberikan impak yang besar kepada World Cup kali ni. Sebelum perlawanan bermula pun sudah banyak kontroversi pasal benda tu. Pertama kali menonton siaran langsung perlawanan antara Mexico dan Afrika Selatan, bingit telinga. Ingatkan lebah nak buat sarang di rumah. Tak selesa langsung dengar ulasan permainan. Gangguan yang merimaskan!


Mungkin sebab gangguan tu juga, Jawatankuasa Pengurusan World Cup 2010 yang dipengerusikan oleh Danny Jordaan sedang mempertimbangkan untuk mengenakan larangan ke atas penggunaan (peniupan) vuvuzela semasa perlawanan sebab bunyi bingit daripada instrumen tu boleh mengganggu pemain dan juga penonton lain (sumber). Alasan jawatankuasa tu, bunyi bingit vuvuzela mungkin akan mengganggu pengumuman penting yang hendak disampaikan.

Kira logik juga alasan tu kan? Mana tahu ada pengumuman kecemasan atau malapetaka. Susah orang nak dengar.. Siapa nanti yang akan susah?

inilah vuvuzela tu.. kalo dah 1 stadium meniup benda ni, mmg lah smpai kat malaysia bleh dgr..

apa kes entry mekchu kali ni... satu bentuk bulat, satu lagi panjang.. apakah??? hahahahaha...


Mari berhimpun


korang x pernah tgk lagi kan gmbr opismate kesayangan mekchu... mekchu tak pernah tunjuk, cemana nak tgk ye tak...

hari ni, opis mekchu jadi u/setia perhimpunan bulanan & perjumpaan dgn Dato' SUK, so amek peluang amek gmbr reramai.. dah alang2 kitowang pakai bj glamer tajaan SB (sendiri bayar) kan..

alhamdulillah, majlis suksessssss... penceramah dari Peg.Psikologi, Kem.Pertahanan yg sgt best... best sgt lah...

pagi pagi mata mekchu mmg bengkak.. hahaha... kagum ngan jai sbb 1st time nmpk dia pkai bj melayu

ngan jemah.. sebelah tu sir capo yg pinjam tipon mekchu.. kalo tipon mahal, tp tak bleh call out nak wat pe erkk... hahaha.. tipon canggih mekchu gak yg berjasa..

tadaa... ini lah staff Unit Pengurusan Teknologi Maklumat (UPTM), Pej.SUKNS.. ramai pompuan kan..

ketandusan kaum lelaki

u go gurl...

eh, mana gmbr Dato' & penceramah nye?