Thursday, June 17, 2010

Sultan Brunei cerai Azrinaz talak satu


sad ending.. dah mcm cerita pilem hindustan...


kenapa, kenapa dan kenapa?

why? u tell me why?

teringat masa duty pertabalan Oktober tahun lepas.. sue pandang Azrinaz tak bekelip mata.. dia sgt comel dan cantik.. nmpk mcm awal 20-an.. walhal sebaya tu.. kulit dia alahai, putih mulus.. gebu.. tak nmpk langsung parut jerawat ke, jeragat ke kat pipi dia.. alahai.. terus berangan nak jd cantik mcm dia.. boleh kah?

tapi kalo sekadar cantik je nak buat apa kalo hidup tak bahagia kan... syukur dgn apa yg mekchu ada sekarang..

maafkan camera mekchu yg tak canggih nih.. saje nak tunjuk yg mekchu pernah bertentang mata dgn mereka.. hahahaha...


petikan dari akhbar berita harian, 17 Jun 2010.

BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei malam tadi mengumumkan baginda menceraikan isteri kedua baginda, Azrinaz Mazhar Hakim selepas lima tahun berkahwin dengan bekas wartawan TV3 itu.

Sultan Hassanal Bolkiah, 63, mengahwini Azrinaz pada 2005 dan mempunyai dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Dalam pengumuman khas yang dibuat di seluruh Brunei jam 8 malam itu dan disiarkan Radio Televisyen Brunei dibacakan Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Alauddin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Abu Bakar antara lain menyebut:

"Atas sebab tertentu (yang tidak dinyatakan), berlandaskan hukum syarak berhubung perkahwinan, pada petang Rabu (16 Jun 2010) baginda Sultan Brunei menceraikan isteri baginda, Azrinaz Mazhar Hakim dengan talak satu.”






5 comments:

  1. kesian kann...dah takat tu jodoh diaa..
    kemewahan, kekayaan, kecantikan tak menjanjikan kebahagiaan dan ketenangan dlm hidup..

    ReplyDelete
  2. bukan senang berbini ramai nih... bermadu biar pun manis, tapi lagi banyak pahitnya...

    ReplyDelete
  3. kesian kan sebab dia muda lagi.. tapi tu lah risikonya.. dah pernah terjadi kan sebelum ni..

    ReplyDelete
  4. tp die ni jande kaya....bukan boleh duk sini pun..kene duk kat brunei....sebab harta2 yg diberi tu semue kat brunei....mak pak becerai tp anak2 masih lagi kerabat diraja sana....
    kalau kawen dengan org kaya mewah harta...tp mungkin miskin kasih syg kot....tp semue tu jodoh.....

    ReplyDelete
  5. ini bkn ending cinderella la..:((

    ReplyDelete