bezanya zakat fitrah adalah wajib untuk kesemua umat Islam dan fidyah ni hanya dikenakan kepada mereka yg tertentu sahaja.. tapi adakah korang dlm golongan itu??
bulan puasa ni tak de pun info yg baik2 nak share ngan korang kan.. apa tah lagi resepi masakan mahu pun kuih raya... hahahaha..
Pengertian Fidyah
Fidyah merupakan bayaran denda yang wajib dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun sengaja melewatkan puasa ganti (qada') bulan Ramadhan. Ia merupakan satu kadar tertentu yang wajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian sebahagian daripada harta (makanan) kepada fakir miskin.
Hukum Fidyah
Fidyah wajib disempurnakan mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan
Sebab-Sebab Dikenakan Fidyah
Dibahagikan kepada 2 keadaan iaitu
a) Wajib membayar fidyah sahaja
- Terdiri daripada golongan yang menghadapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali
- Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggalkan dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan
b) Wajib qada' puasa dan fidyah
- Perempuan hamil dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikehendaki membayar fidyah dan juga mengqada'kan puasa yang ditinggalkan
- Ibu yang menyusukan anak dengan syarat ibu yang berasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya mengqada'kan puasa yang ditinggalkan itu serta membayar fidyah
- Mereka yang melambatkan qada' puasanya hingga telah melangkah ke tahun yang berikutnya dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan
Kadar pengiraan fidyah puasa adalah mengikut Mazhab Syafi'i iaitu satu cupak beras atau nilai 1/4 daripada zakat fitrah semasa bagi satu hari puasa yang ditinggalkan, dan fidyah puasa ini digandakan sekiranya puasa yang tertinggal tidak diqada' hingga masuk Ramadhan yang baru.
Contoh :
Pada tahun 2009, kadar fitrah RM6.50 (berdasarkan nilai gantang beras atau bersamaan 2.751 kilogram)
1 gantang = 4 cupak
Nilai 1 gantang = Rm6.50 (berdasarkan zakat fitrah 2009)
Kadar fidyah 1 hari = RM6.50/4 = RM1.63 x hari
Nota : 1 cupak beras bersamaan 688 gram
Pengiraan Bayaran Fidyah
Contoh :
- Jika seorang wanita meninggalkan puasa selama 5 hari disebabkan keuzuran pada tahun 2008 dan mengqada'kannya selepas Ramadhan 2010
- Bilangan hari yang ditinggalkan x Bilangan tahun ditinggalkan x Kadar Fidyah
- 5 hari x 2 tahun x RM1.63 = RM16.30
Segala pembayaran fidyah adalah dalam bentuk wang. Pembayaran fidyah boleh dibuat di semua kaunter zakat diseluruh negeri.
Hari ni mekchu dah gi bayar fidyah atas sebab kelewatan mengganti puasa untuk tahun 2009..
ramai yang salah faham... kalau kita tak sempat nak ganti puasa, baki puasa tu tak perlu digandakan.. bak kata ustaz tadi tu "tiada istilah ganda puasa.. kita nak dgr buleh, tapi jgn percaya"
so, kalau tak sempat ganti 5 hari, maka lepas habis Ramadhan gantilah 5 hari jugak.. tak yah pandai2 nak ganda jadik 10 okehh... sekali lagi, hanya kadar fidyah yang digandakan..
tak semestinya bayar kat pusat zakat.. nak carik sendiri fakir miskin & berikan beras pun buleh.. tapi adakah kita pasti dia benar2 miskin?? sbb tu 3 tahun kebelakangan ni mekchu bayar je kat pusat zakat (alamak, kantoi 3 tahun tak habis ganti..)
contoh lagi : jumlah hari yang tak sempat ganti 2009 : 4 hari...
4 x RM1.63 = RM6.50.. tapi kalo nak bayar lebih pun tak salah kan..
4 x RM1.63 = RM6.50.. tapi kalo nak bayar lebih pun tak salah kan..
clear kot explaination berjela tu.. harap lepas ni kalo ada yg x sempat ganti puasa tu, jgn lupa bayar fidyah & puasa tetap kena ganti ok.. semoga segala rezeki kita halal & diredhai.. amin..
sekian, ustazah tak bertauliah mekchu memberikan info yang tak seberapa ni..
alamaakkk kantoi ako pun x sempat bayar fidyah lagi.. *erkk x sempat katanya... adooiiyaaaii
ReplyDeleteowh...
ReplyDeletecmtu ek ??
baru tau ha..
ako : heppp.. nak kena babab nih..
ReplyDeletekalis : haaaaa... mekchu pun baru tau.. hahaha
baguslah mekchu bg info nie atlis saya pon baru tau.. alhamdulillah saya selalu ganti puase cepat2 bg mengelakkan terlupa ke hapa kan.. tahun nie alhamdulillah puase penuh :)
ReplyDeletenk tnye sket..
ReplyDeletekalo kite tak gnti last year nye pose,,then kite byr fidyah je..
leh tak ??
bkn lupe ke pe..
tak gnti sbb mls..huhuhu
jibam : elok la tu ganti awal.. mekchu ni tetiap thn niat nak ganti awal, sudahnye mesti x sempat
ReplyDeletekalis : bleh ke pnggil kalis ni? jawapan nye no no no cannot... mana bleh dik oi.. denda kena bayar.. puasa tetap kena ganti jugak.. kalo cam tu, ahkak ko pun main bayar je.. heheh.. kaunter pertanyaan masih dibuka..
good info.... bagus, bagus...
ReplyDeletebaru ada pendedahan ...
pggl je pape pn..
ReplyDeletetak ksh..=)
owh...
cmtu ek..
mne tau leh plak kn..
kalo leh cmtu,,cnfirm2 ramai yg tak gnti..byr jek..haha
terima kasih krn sudi menjawab pertanyaan saya..haha
(ayat skema tak tahan)
pandai jgk mekchu selit info bab2 agama.baguihhh...
ReplyDelete~titie~