Wednesday, September 22, 2010
Update kisah arwah wawa
Alhamdulillah, malam tadi sempat hadir ke majlis kenduri arwah di Taman Paroi Jaya, Seremban..
Keluarga arwah masih dalam keadaan sugul.. cuma yang bezanya tiada bunyi tangisan pada malam tadi.. mungkin semua telah boleh menerima qada dan qadar..
Masih tiada sebarang laporan mengenai punca sebenar kematian arwah.. masih dalam siasatan polis..
siang semalam, rumah nenek arwah tidak putus2 dibanjiri oleh wartawan dan pihak polis.. moga-moga pihak polis akan memberikan jawapan secepat mungkin.. nnti mekchu akan update kat sini..
Sorry, nama taska tu bukan Taska Sakinah.. mungkin terlalu sedih, entah dari mana mekchu dpt nama tu ;).. sebaliknya adalah Taska Melodi, tempat hilangnya nyawa seorang bidadari syurga.. mungkin Sakinah tu nama salah seorang pengasuhnya..
pengasuh tersebut masih memberitahu bahawa dia telah memberikan arwah susu pada pagi tersebut.. mungkin kah doktor yang salah membuat laporan bedah siasat?? mungkin tidak..
untuk makluman, arwah bukan meninggal sebab jatuh buai atau kena pukul atau lemas atau tersedak susu.. sebab doktor telah mengesahkan tiada kesan lebam di kepala dan badan.. malah semua organ penting jantung, paru-paru berfungsi dengan baik sebelum arwah meninggal.. cuma perutnya di dapati kosong...
kita tgk sejauh mana dia snggup bertahan untuk menipu....
sekali lagi al-Fatihah untuk arwah wawa...
kejam betul kalau benar dia tak bg susu.. budak umur camtu bukan susah nak bg makan nasi ke apa,.. just susu... hmmm mcm susah nak terima mereka lalai...
ReplyDeletetaska melodi...semalam ptg lps amik aleesya dr school saya mmg tinjau2 taska melodi tu..huhu sedih!!
ReplyDeleteal-fatihah
Nanti mekchu update laporan bedah siasat yer. Kalau betul di sebabkan kecuaian, di harap pihak yang bertanggung-jawab mendapat hukuman yang setimpal. Jangan asyik fikir nak untung je. Kena la bertanggung-jawab sebab dah pegang amanah orang..
ReplyDeletep/s- Bidadari syurga ini sedang menanti ibu dan ayahnya di sana...
suraya..
ReplyDeletesedihnya tgk muka dia..
mcm muka jasmeen masa kecik2 dulu,
bila baca bab yg mak arwah kata
tetek die dh bengkak...
huarghhh...org paham sgt2..
cmne rindunya ras mak diaa
nk arwah hisap susu dia..
al-fatihah tuk arwah...
al-fatihah
ReplyDeleteMekchu, sebagai seorang abah kepada baby kecik saya tu, saya rasa amat dukacita dengan kehilangan baby wawa ni. Setakat ni saya dah dengar 5 kes pemergian bidadari2 syurga ni di kalangan sahabat2 terdekat saya sendiri. Keadaan ini amatlah menggusarkan hati kami (me n my wife) yang secara kebetulan sedang mencari taska yang sesuai untuk baby kami tu. Nampak gayanya terpaksa la kami tinggalkan baby kami tu dengan tok ayah dan mak toknya lagik coz confident level kami dah makin menurun kt taska2 ni yang hanya mencari keuntungan semata2 dan tidak menggalas tanggungjawab yang parents bagi untuk jaga anak2 mereka. Bukan kasi jaga free je, bayar beratus2 kt diaorang, pastu diaorang main biar2 je budak2 kecik tu without supervision. Diharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak taska sekiranya terbukti pihak tersebut bersalah. Al-Fatihah untuk arwah Wawa.
ReplyDeletesedih sgt...bila nak antar Ian & iris pagi tadi pun teringat ingat lagi...
ReplyDeleteal fatihah untuk arwah wawa..
nanti update lagi yer..
sebelum apa2 kita semua jgn buat konklusi sendiri. serahkan pada pihak berkuasa utk wat siasatan.
ReplyDeleteanyway, takziah utk famili arwah. insyaAllah rohnya aman tunggu parents dia di pintu syurga.
ps: adoyai seriyau lak ai taska2 neh. :(
Perut Kosong,
ReplyDeleteTapi kenapa bermati-matian kata dah bagi susu. CSI dr lagik diperakui. Tak apa, sila update ye Mekchu.
Spesifically kat mana Taska Melodi nie?
sedih sgt.. al fatihah..
ReplyDeleteade bace kisah baby meninggal smlm kt harian metro.. rasenye kisah adik wawa la.. smoga kluarga redha dengan pemergian arwah, dia pasti menunggu di syurga nnti..InsyaAllah...
cane la leh biarkn baby lapar...xkn xdgr baby nangis ke...apa ker...ish..ish...
ReplyDeletenak cover diri kot sbb tue berkeras jugak kata dah bg susu.. x per kita tgu lgi laporan terbaru..
ReplyDeletemekchu nureen ada tag mekchu ni..
http://nureenasir.blogspot.com/2010/09/adam-1st-besday-ga-by-zurazari.html
nanti mek chu update kisah ni lagi ye..nak tau juga kisah selanjutnye..
ReplyDeleteoh, kesiannya kalau betul xbg susu. apalah diaorg ni, cr duit tp xfikirkan keadaan baby tu.. kesian wawa.. alfatihah utk wawa... nk tunggu update seterusnya dr mekchu..
ReplyDeletesemoga kes arwah wawa bertemu punca dan musabab.....mcmana leh perut baby kosong tu aiseh...sedih dgr ibu wawa kata B bengkak
ReplyDeleteisk! tak sabar betol nak tahu punca sebenar...
ReplyDeletesemoga kebenaran terbukti...
ReplyDeletesalam takziah buat keluarga arwah.
ReplyDeletesemoga mereka yang terlibat segera mendapat keadilan yang sebenarnya.
berapa oranglaaa baby kat taska tu sampai tak boleh jenguk2 yang ada dalam buai.
btw setahu saya JKM tak benarkan taska gunakan buai. adakah taska ni berdaftar dengan JKM?
masih nak menafikan kan.
ReplyDeleteal-fatihah