Thursday, March 31, 2011

Air Ikan Muntah

Perangai baru mi-cah skang ni...

Time nak tido malam je, mesti nak dengar cerita pasal harimau jahat & kura-kura... start dari warded dulu tu, suka pulak dia dengar cerita dari mama-chu dia yang tak tentu betul ni.... hahaha.. mmg banyak pakai ayat sendiri dan setiap kali cerita mesti ayat tu tunggang langgang.. at the end, mesej cerita tu tetap sama...

Lepas habis cerita 2-2 cerita wajib tu, terus borak-borak ngan mi-cah sebelum tido...

"mi-cah sayang mama-chu tak?"
sambil dia guling-guling, ke kiri dan kanan badan leper mekchu
"sayam" (sayang la tu.. dia kan tak bleh sebut perkataan yang ada huruf 'ang' kat belakang)
"sayang banyak ke sikit?"
dia guling-guling lagi.. kali ni dia park kepala dia elok2 je kat perot mekchu
"mmmm... banyak macam air"
mmg dia dah boleh hafal lepas tu soalan apa yg mama-chu dia nak tya... sbb tu dia terus jawab banyak mcm air.. hahaha...
"banyak macam air apa?"
bajet air sungai.. dah ajar dia jawab air laut.. tp dia tetap nak olah jawapan macam air sungai... air sungai banjir.. hahaha.. tak kecik hati sangat la.. kan air sungai banjir tu banyak...
"banyak macam air apa mi?" tanya dia sekali lagi...
"macam air ikan muntah"

HAHAHAHAHAHA... terkekek-kekek mekchu tergelak.... nak tgk air ikan muntah tu?
walau pun secara fizikalnya bermaksud jumlah air tu makin lama makin kurang... makin downgrade (air laut--> air sungai--> air kolam mandi)

harap-harap maksud dia air ikan muntah tu lebih banyak dari air laut.. lebih banyak dari air sungai banjir....

Lisa dan Lana

Selain kristin kreuk, mekchu jugak minat ngan lisa surihani selain dato' siti.. selain tu mekchu jugak minat ngan fazura selain eva longoria... banyak sangat ko punya SELAIN la mekchu oiii...

 
 
memang cantik la lisa ni.. manisssss je.. suka sbb bakat yang dia ada dan imej dia yang bersih.. dan bertambah tergoda bila dengar dia speaks in english.. but she doesn't look stupid when speaks in malay.. auuchhhh... lepas tu terus berangan nak jadi cantik & talented macam dia..

yang ni pulak versi mekchu bila berangan nak jadi cantik macam awek superman, kristin kreuk a.k.a lana lang..

 
oooo.. gelak ehh.. mmg suruh gelak pun.. muka lebar semangkuk, ada hati ko yeeee...

namun tetap bersyukur dengan setiap kurniaan-Nya.. walupun tak cantik, tapi manis tu ada.. hahahaha.. kalo cantik, dah lama jadik artis...

Monday, March 28, 2011

3-3 pun potong...

Terasa comel bila tgk gambar2 ni.. anak sapa la tuuuu....

mula-mula dia tak nak, tapi bila pujuk2 sikit dia redha sangat... 

ni mula2 pakaikan alas rambut tu..


dia dah mula buat muka nakal dia tu...

senget2 kepala dia merelakan amoi tu gunting belah tepi.. 

suruh tunduk, bersungguh-sungguh pulak dia tunduk.. risau tersembam kat lantai.. 

sampai part suruh tutup mata ni yang paling tak bleh tahan gelak...


 
 
kalau macam ni punya baik, tiap2 bulan pun mama-chu & papa-jit hantar mi-cah pegi gunting rambut..

lepas tu mama-chu & papa-jit pun gunting rambut jugak...

 
papa-jit bukan setakat gunting, tapi botak terusssssss...

kitowang gunting rambut sebagai tanda sapot keberanian anak.. kitowang kalau boleh, nak elakkan bagi rasuah kat anak dengan janji nak belikan menan atau belikan eskrim, sebaik-baiknya buat perkara yang sama jugak dengan apa yang anak korang buat tu..

u go mi-cah!!!

Bunga-bunga-an di kepala

Bila mekchu pakai bunga rose atas kepala, kak jemm pakai bunga matahari atas kepala...
Bila kak jemm pakai bunga bougenvilla (kelasss nama saintifik) atas kepala, mekchu pakai bunga rose yg sama jugak atas kepala...

 bunga rose yang merah lagi mekar mewangi.. 

 bunga matahari yang ceria lagi memberansangkan..

hazry saje 'sailang' tak nak bg tau pun bunga rose mekchu senget..

bila 2 kepala bergabung.. hahaha.. bahaya kalau membiarkan 2 kepala ini bergabung.. boleh meletoOop!!! mekchu tgh pakai heels & kak jemm hanya pakai selipar, tapi kenapa dia masih tinggi?

okeh, kalau korang nak tgk bunga2 terkini macam kak jemm pakai, sila terjah http://www.sh0ppink.com/
sekarang!!!!!

Saturday, March 26, 2011

Ada upah bila kena tinggal lama-lama..

Dapat perkhabaran pekan kuah & idaman suri tutup hari Jumaat.. dah sedih2 dah sebab panjang jugak list yang dikirim di idaman suri tu.. x pe la, dah tutup nak wat cane kan...

papa-jit memang ada cara nak pujuk hati binik dia kalo kena tinggal lama-lama...
ada toto, kinder bueno, ferrero roche, kain sutera & t-shirt bob marley utk mekchu.... orang yg paling banyak dpt hadiah...

pas tu ada jugak minyak gamat (najmi asyik tergelak je bila tgk minyak tu banyak sangat.. entah apa yg lucu ntah laa...)
najmi dapat 5 helai t-shirt ngan menan...
ada jugak dunhill 2 katon, kit kat ngan jajan..

menan kipas tu tak sampai 2 jam, tnggal sebelah bilah sayap je... sebelah lagi dah di koyak kan...

tanda terima kasih dari seorang anak... 

tanda terima kasih dari seorang isteri tak boleh di tayang kat sini... luar biasa sikit.. hahahaha....

Friday, March 25, 2011

Tauhu Terbalik

Kat opis skang ni, petang petang dalam pukul 3.30 mcm tu mesti akan dengar ismydaniel atau cc chom jerit "kuih.... kuih"... bukan dorang yang buat part time jual kuih.. tp tolong sampaikan pesanan kepada 37 orang staf yang lain bahawa kuih dah sampai kat lobi luar.. sape yg kelaparan, sila lah terjah..

sekali jerit je, terus message kuih tu dah sampai kat orang paling hujung di pejabat... hahahaha...

sebab tu makin malas nak keluar lunch.. sebab tau petang nnti mesti akak kuih tu datang... tp bila akak kuih tu tak datang, sendiri mau ingat dia punya amukan kelaparan macam mana...

macam-macam kuih ada tau.. mee rebus, mee bandung pun kadang2 ada... yg menjadi feberet adalah pau blueberry.. tapi petang hari tu terpikat dengan kuih 'tauhu terbalik' ni.. terus beli 3 keping...

tak pernah dengar dan tak pernah rasa... rupa dia cantik, siap ada kelopak bunga :)
pernah tengok tak?
pernah rasa? rasa dia mcm mana erkk.... errmmm cane nak cakap ehhh... rasa dia sedap la... ahaksss...

dia sebenarnya tauhu terbalik.. hahaha.. memang la.. korang tau kan tauhu.. kan?.. kulit tauhu tu bahagian dalam ngan luar dia kan tak sama licin... isi tauhu tu sebenarnya dah dikeluarkan... pas tu kulit yang tinggal tu diterbalik kan dan digoreng.. sebab tu bahagian luar tu menggerutu macam tu.. itu sebenarnya bahagian dalam kulit tauhu.. bila terbalik & goreng, dia jadik la menggerutu macam tu...

yang belah dalam tu pulak isi tauhu yang dah keluarkan tadi.. campur lah ngan sayur, tepung sikit.. pas tu sumbat kan balik dalam kulit tauhu yang berkelopak tu..

amacam... agak terror jugak mekchu ni eksplen pasal kuih kan...

~ baru faham malam tadi sebab bibik yang bg tau.. hahahhaa...

bila makan tu, kena lah kaji.. jangan jadi macam 3 budak yg kelaparan ni... part makan mmg pantasssss... no komen langsung.. semua sedap...

@capogrande

@lana lang (tiba-tiba yang last tu nak perasan jadi awek superman)
mintak2 lah petang ni akak kuih tu datang dan bawak tauhu terbalik ni...

Thursday, March 24, 2011

Enterpreme di kala workcamp

Workcamp papa-jit di Everly Resort, Melaka adalah selama 4 hari... tapi hari yang ke-3 tiba-tiba mekchu, mi-cah, nenek labu & bibik ada bersama-sama di workcamp itu...

Everly Resort ni kat Tanjung Kling.. tepi laut..

ni baru sampai.. hujan amat mengganas kat sana masa tu.. plan nak jalan2 tepi laut sambil tengok sun set terbatal dengan sendiri... duduk diam2 dalam bilik..
bibik siap buatkan air panas.. mak pulak siap buat sardin roll.. pergghhh, sangat lah indah... 

nasib baik hujan berenti malam tu.. dan kebetulan class papa-jit habis awal.. so malam tu adalah acara bebas.. kitowang plan gi makan ikan bakar.. tapi bukan kat Umbai..

nenek labu memang dah lama aim nak beli belacan.. benda yg wajib dibeli kalo ke melaka..


kami pilih nak makan di anjung muara ni.. abang garmin dari E71 ku banyak membantu.. opsss kantoi sudah belum pakai BB.. hahahahaha....

tempat cantik.. siap ada live band.. tapi banyak semut.. semut berkeliaran selepas hujan..

satu-satunya gambar kami bertiga.. sila tumpukan perhatian pada budak kecik tu.. hehehe.. menten kan..

makanan not so-so sangat la... tapi, harga murah..

tapi butter prawn dia memang sedap.. kalo tak, tak mungkin nenek labu menjilat jari sampai macam tu.. pic credit to mi-cah...

cubaan mi-cah untuk amek gambar sendiri.. dia dah boring sebab dia sorang je yang dah habis makan.. orang lain semua tgh mengunyah lagi...

gambar kenangan nenek labu dengan bibik.. ikan bakar siap tapaw sebab tak habis...

esoknya, papa-jit ada aktiviti menebas rumput.. kepada korang yang laki dia suka hilang time subuh & balik time senja, mesti dia paham apa tu aktiviti menebas rumput... sambil tu, kitowang pandai-pandai lah habiskan masa.. itu memang pesanan papa-jit..
serahkan tugas jaga mi-cah kat pool kepada bibik.. mekchu berperasaan malas nak sejuk2 pagi tu..

dapat check-out lambat.. ye la kan... kan ke besar padang rumput tu nak di tebas... terus garmin kan 'asam pedas' dan kitowang terus sampai kat kedai asam pedas yang sangat marveles ni kat sebelah mahkota parade tu...
budak kecik yang amat keletihan... jarang dia ketiduran macam tu..

amek asam pedas ikan pari.. walllllaaaahhhhhhhh siap tambah lagi semangkuk untuk kuah sahaja.. pas tu tapaw lagi 2 keping ikan bawak balik rumah... sedap smpai terngiang-ngiang rasa kat lidah ni...

papa-jit tu apa lagi, kes 'check-in' la tuu... mentang2 mekchu tak boleh nak 'check-in' lagi.. tak pe.. tak pe.. sabar errkkk...

lepas makan kenyang2 sampai hirup kuah asam pedas ke titisan terakhir, kami singgah ke Mahkota Parade... terus cari herritage Bazaar je..lagi pun nenek labu nak tengok tempat dating dia dulu2... terkejut dia sbb kedai tu dah ada dalam ekon... hehehehe...

kejap je... lepas tu gerak balik seremban ikut jalan dalam... walau pun jauh beribu meter, tapi rasanya kitowang dah amek keputusan yang tepat... sampai je rumah nenek labu (rumah mak mmg tepi highway plus) tengok jalan jem gile... baru habis cuti sekolah kan.. ramai2 pakat nak balik bandar, anak2 nak start sekolah..

otw, singgah PD utk makan mee bandung.. sambil layan mi-cah main pasir.. happy sangat lah dia kan....
lepas balik dari melaka, papa-jit kena gi langkawi untuk 4 hari lagi.. nasib baik sangat dapat join workcamp dia kat melaka hari tu.. kira kurang la sikit kesedihan tu.. tp kalo dpt ikut gi langkawi lagi best kottttt....

seronok jugak wat entry berpandukan gambar macam ni... hahahaha... ini adalah entry panjang yang terpantassss setakat ni... zassssssssss..... (orang dalam kerinduan tak de tenaga nak buat ayat best2)

Wednesday, March 23, 2011

Ketiak anak sebagai pengubat rindu..

Hari ni seharian mood adalah ke laut... rasa macam nak menangis tapi tiada siapa nak ambil tahu.. emo la kekdahnyaaaaaa.....

Ini berikutan papa-jit yg out-station tanpa penghujung.. entry follow dia gi out-station minggu lepas belum sempat publish, dia dah out-station lagi.. balik rumah, passing beg kat pintu pagar je noks... sedih kan...

Sebab itu lah hari ni rasa macam serba tak kena.. dengan survey ISP berlambak tak habis buat lagi.. tak cukup penuh atas meja, bawah meja pun jadi mangsa...

Balik kerja, laju-laju gi carik ketiak najmi.. cium kiri & kanan ketiak dia.. sebab ketiak najmi ada bau papa-jit sikit2.. hahahahaha.. terubat kerinduan di ketiak anak.. ngko ado?

ketiak dia adalah berlipat-lipat dan sangat sedap apabila dicium.. cium ketiak anak adalah aktiviti wajib kami setiap hari :)

Tuesday, March 22, 2011

Patung-patung berpakaian aneh

Tengah jalan2 kat dalam Dataran Pahlawan hari tu.. sekali ada pulak patung2 pakai 'baju aneh' kat tengah2 alam tu.. tak perasan mulanya..

ce korang tengok...
ingatkan ada promo baju pengantin.. tengok sekali imbas je.. jgn tenung lama-lama..

bila tengok patung ke-3, baru lah faham..... hahahahaha.. ya ampun... kondom keeeeee.....

sekali toleh kat budak kecik ni, dia dah siap2 tutup mata macam tu sepanjang-panjang jalan kat situ.. hahahaha.. malu lah konon.. apakah ko faham apa itu kondom wahai budak kecik?