Sunday, April 17, 2011

Tunggu najmi tido dulu baru boleh buat projek

Kalau dia jaga, susah sikit.. eh, bukan sikit, susah banyak kot..

Perangai masuk kan barang dalam hidung kembali lagi.. dulu dia masukkan kacang tanah dalam hidung.. nenek labu berjaya keluarkan.. siang tadi dia masukkan kapas tisu muka pulak kat dalam hidung dia.. memang kapas tu kat belah dalam-dalam hidung...

nak tengok pun dia tak bagi.. ini kan pulak nak keluarkan kapas tu.. so, mmg la kena tnggu dia tido dulu.. ate, kome ingat projek apee? projek keluarkan kapas dari dalam hidung anak la...

seriusly, bukan keje senang.. tp kalau bukan mekchu yang buat, nak suruh sape kan.. papa-jit? kim salam yo laa.. nenek labu? nak bg tau nenek labu pun takut.. takut kena sekolah tak pandai jaga anak.. dah mmg kecuaian sendiri kan, pandai2 la sendiri nak selesaikan...

kapas tu kat belah atas macam anak panah merah tu.. setakat hembus mmg tak berkesan.. sakat dia soh nangis, kot-kot kapas tu keluar sekali ngan selsema dia.. misi gagal.. makin kembang lagi kapas tu ada la...

tido pun kena tido yg jenis pengsan betul2 baru bleh start projek.. 2-3 kali gak try, dia tolak2 tangan mekchu lagi.. takut luka pulak kan..

alatan bedah yang digunakan.. simple je.. torchlight menan mi-cah & jarum picit jerawat.. hahahaha... dah itu aje yang terpikir buat masa tu.. lubang hidung budak kan kecik.. kalo tak berjaya, nak try dengan penyepit pulak..


mi-cah kena tgk gmbr mama ni.. kena kenang jasa mama-chu ko ni.. tak cukup tangan, ngan mulut pun jadi.. janji anak selamat.........

apa yg mekchu buat, amek jarum jarum picit jerawat & bengkokkan sikit hujung yg tajam tu.. masukkan & tarik perlahan-lahan.. mmg kena se slow yang boleh sbb kadang2 dia macam meronta-ronta.. takut tercucuk.. maklum la, pakai alat yang agak berbahaya kan.. bila dah terasa kapas tu, cuba la tarik keluar slow2..

bukan main legaaa bila dpt keluarkan kapas tu.. besar rupanya.. hadoiii mi-cah oiiii..

tak kisah la nak pakai perlatan doktor apa pun kan.. yg penting kalo ada anak kecik, kita sebagai parents kena kuat semangat, kreatif dan sentiasa bersedia.. salah sorang memang kena berani.. kalo tak, memang nak gi jumpa doktor je tu..

korang ada tak kisah jadi doktor terjun dalam misi menyelamatkan anak? mcm anak tercekik ke, tangan atau kaki tersepit ke, terkena pisau ke.. apa-apa je la.. boleh jugak prepare apa yg patut kalau terjadi kat anak kita..

13 comments:

  1. memang betul tu mekchu...ya pernah gak ada kes,anak masukkan gabus yg bentuk2 bulat tu,nasib suh dia hembus terus keluar.....

    ReplyDelete
  2. si ami dulu, penah sesuka hati sua tgn kat celah pintu, tersepit le jawabnya, meraung, satu lorong taman boleh dengar, para bapak yg dok sembang kat luar kelam kabut berlari ke umah akak, terpaksa bukak sebesar2 pintu nak kluarkan tangan dia, gerammm sgttt

    ReplyDelete
  3. mmg bahaya and tahniah pada mekchu sbb berjaya keluarkan .. hehehe

    ReplyDelete
  4. tu diaa! berani sungguh mek chu yer.. syabasssss woooo


    lepas nie kena amek iktibar dengan apa yg terjadi.. teringat zaman kecik2 dulu sy pernah termasuk pemadam yg telah dipotong kecik2 dalam hidung.. tp seb baik leh kuar balik kalo tak tak taulah cane nak bagitau mak takuiiittt hihi

    ReplyDelete
  5. adoi..najmi najmi.. jangan la wat cam tu lagi. tkt akak ni tengok

    ReplyDelete
  6. mmg hati kental betul kau mekchu.. bravo2.. kalau aku tak sanggup nak g korek idung anak camtu huhu..

    ReplyDelete
  7. perghh mmg respek la kat mekcu , berjaya juga jadi 'doktor keluarga'..

    syabaass!

    ReplyDelete
  8. fuhh seb bek beajay kan..cayalah mekchu.....

    ReplyDelete
  9. pehhhhhhhhhhhh cayalah mek chu u did a gud job..kekekekekekke

    ReplyDelete
  10. haaa kalau dengan anak setakat ni takde la kak jadi bidan terjun, tapi dengan atuk budok penah hahahaha, atuk irfan penah tertinggal kapas untuk korek telinga, abis satu family sume takmo keluarkan sebab takut, nasib ade mamairfan heroin sebagai penyelamat eceh (eh terpuji pulak diri sendiri *muntoh* hahahaha :P)

    ReplyDelete
  11. hahahahhahaaa... tabik spring toing2 kat doctor x bertauliah ni!

    ReplyDelete
  12. kalau terkena air panas, cepat2 siram tempat yg melecur tu dgn air paip.. :)

    tips yg diguna pakai oleh mak bonda MDT masa adik bongsu kena airpanas kat badan

    ReplyDelete
  13. aduhh mekchu...kalau saya dah panic terus p clinic la jawapnya..syabas!

    ReplyDelete