Wednesday, June 29, 2011

Bungkus

Ok kak, bungkus semua ehh..

Eh, akak ke abang ni?

Kak, ada orang kirim salam :)

Moh moh ke jalan tar pulak.. Lalalalala..

Sent from my Red Lovers :)

Tuesday, June 28, 2011

Bila mood 'jatuh'

Bila sedih-sedih kat opis ni (sedih sebab keje tak pernah habis dan sedih mengenangkan nasib), tiba-tiba je boleh jadi happy sebbb esok adalah cuti...
yaa riii baaaa. yaa rii baaa.. andre andre (eh, macam tu ke?)

relek lah wokk.. keje sampai bila pun tak akan habis... 

apa kes nak kepoh-kepoh cuti umum.. tapi cuti umum di kala dah gaji dan di kala tengah sale adalah terbaekkk.. ngko ado?

esok nak pakai t-shirt superman ni lah.. dah lama tak pakai.. ke sogo lah kitaaaaaa...

sape yang tak cuti esok tu kerja rajin-rajin dengan penuh semangat taw.. jangan malas2..

Komuter Senawang - Sg.Gadut dah bukak lah

Boring lah hari-hari pun naik kereta.. hehe..

Sabtu - Ahad memang hari kami balik rumah Seremban.. sekali dapat pulak idea nak buat xtvt naik komuter dengan mi-cah lagi dan lagi..

lama jugak tak de entry pasal budak kecik ni kan.. nah untuk auntie-auntie yang rindukan aksi kepala senget dari mi-cah....

mi-cah dengan kakak dia.. ahaksss.. 

suruh budak-budak kat situ tolong snap kan.. mesti budak tu pelik kan.. kakak ni, nak naik komuter pun beria nak posing.. hahaha.. ko tak kenal, ahkak ni blogger.. memang cenggitu dik non oii...

ini pulak papa-jit tolong snap dari seberang sana.. gile teruk kualiti gambar dari 'curve' dia.. hahaha.. 

betul lah tu.. papa-jit tolong hantar kitowang kat komuter tiroi.. pas tu dia tunggu lah kitowang kat stesen senawang..  tak tahu pulak stesen senawang dah bukak.. so, boleh lah turun kat sana.. dapat lah lama sikit kat dalam train tu..  Tiroi - Seremban - Senawang..

kalo korang nak tau, stesen Sg. Gadut pun dah bukak.. atas dari Senawang adalah stesen Sg.Gadut..

"tak lama lagi komuter akan sampai ke Gemas - JB.. pas tu dalam 2 tahun lagi akan ada bullet train kat seremban.."~ papa-jit yg cakap..

 selang 10 saat dia tya komuter dah sampai ke belum.. letih mama-chu nak menjawab..

 cepat sangat boring..


siap tepuk tangan tu bila nampak train..

 sangat beruntung.. masuk2 je ada auntie tu bagi mi-cah tempat duduk.. excited kemain dia nak duduk situ..

yang paling tak tahan dia tanya "mama, montot train kat mana mama?" sebab dia dengar train tu kentut.. hahaha.. mama-chu buat2 tak dengar soalan mi-cah..

 kat stesen seremban.. berenti lama sikit sampai mi-cah nak tolong tutupkan pintu :)

tak sampai 10 minit dah sampai kat senawang.. budak yang bosan asyik kena tunggu je.. hahaha..

papa-jit gerak dulu, tapi dia yang sampai lambat.. stesen senawang ni agak sunyi lagi sebab tak ramai orang.. kelam kabut jugak nak cari pintu keluar..

tapi memang lambat betul papa-jit sampai.. hezzzzzzz...

bila sampai je, kena sekolah ngan anak sendiri.. hahaha.. "apsal papa lambat? mi dah sampai lama dah".. "mi dah lama duduk sini taw papa".. stesen senawang ni kalo nak tahu, dia betul2 kat belakang perodua servis yang berhadapan dengan JPJ Senawang tu..

pas tu, dia ada lagi satu pintu masuk, kat sebelah kedai tayar kaler kuning.. hahaha.. susah la pulak nak bagi direction.. ada sape2 bleh tolong?

lepas papa-jit amek kitowang, terus gi kedai gunting rambut, One Team kat Taipan, Senawang.. buat masa ni, itu lah kedai rambut mi-cah.. 

macam pernah ku lihat gambar ini.. sama je aksi budak kecik nih kan..

cepat sangat lah rambut mi-cah ni panjang.. mama-chu handal potong depan je.. kat belah telinga tu gagal.. jgn risau, masih kekalkan gaya rambut yang sama..

ok, sebenarnya tujuan entry ni nak bagi tau stesen komuter senawang - sg.gadut dah bukak..

tata :)

Monday, June 27, 2011

Sesuatu yang menggembirakan

Dengar je ada jualan puspanita, pantas je dah terjegat kat sana.. kat bawah opis ni je pun.. selalu pegi ngan kak jem.. tadi nasib baik senahsirap yang ngajak..

Rembat satu untuk raya :)

 
brooch yang sangat meriah.. akak tu kata guna kat belakang tudung bagi yang bertudung.. tapi pakai kat leher pun cantik ape.. hahaha.. kantoi cermin ajaib di situ...

kalau dapat pakai kat baju plain, lagi naik seri..

selalu tak de la bernafsu sangat kalo nampak brooch sbb jarang pakai kan.. tapi bila nampak brooch yang terjurai2 ni, gigil2 tangan nak pilih sebab takut orang sebelah cop dulu.. hahaha..


dapat beli brooch pun happy..
dapat beli brooch pun nak masuk dalam blog..

ok, RM15 sahaja.. kena bagi tau harga, sebelum papa-jit baca sambil geleng-geleng kepala..

Sunday, June 26, 2011

Kira ikan kat tasik lagi

Kat seremban, xtvt utk budak2 amat terhad. Asyik2 kira ikan kat dalam tasik. Apa nak buat, nak bwk mi-cah jauh2 tak berani pulak.

Ke city park, S2 lah lagi...

Kali ni berjaya bawak nenek labu ngan bibik sama-sama. Bila tgk keakraban bibik ngan mi-cah tu, terasa mcm nak mengalir je air mata ni.. Tak smpai sebulan lagi, balik lah bibik tu ke surabaya..

Ok, sbnarnya nak luahkan perasaan x puas hati sbb papa-jit gi tournament golf dari pagi td tak balik-balik ni..

Haishhhh.. Nampaknya mekchu telah kembali membenci sukan 'pukul pukul jalan' itu..

Hetchu!!!!

Sent from my Red Lovers :)

Friday, June 24, 2011

Kaki komplen kah mekchu?

Sambil sambil BW tu, mana yang terasa nak komen, mekchu terus komen aje.. tak kasi chan punya..

Ni kat blog Mappiau, kena komplen sebab dia malas nak update blog :)

sehari lepas, tu berduyunnn tibaaa dia punya entry.. 

Ni pulak kat blog Nini D.. kena komplen sebab tukar nama tak bg tau.. hahaha sukati dia lah kan..

tapi dia tetap melayan komplen mekchu.. alahai, touching nyeee...

dan dan tu jugak dia tukar nama asal dia balik... ngeeeee...

Dan yang ini dari blog bonda amani si penggila fefel tu..
 
Yang ini memang wajib ada tindakan segera.. blog dia loading terlalu selow..

 besoknya dah lajuuuu.. belum klik pun dah keluar :)

Mekchu komplen ikhlas.. ada yang tak suka ke?

Thursday, June 23, 2011

Friend list dia 200 je, tapi LIKE dia cecah 1500. Tak logik kan..

Dah lama perasan benda macam ni, tapi malas nak amek kisah.. pe de hal sangat nak kepoh-kepoh kan..

Tapi tetap nak kaji jugak untuk kepuasan diri.. ahkak gali punya gali punya gali, ahkak dah jumpa sebab dorang boleh raih vote dengan begitu banyak sekali..

Mula-mula kena paham dulu ada contest yang kita boleh vote hanya sekali sahaja dan ada yang boleh klik banyak kali.. tapi kebiasaannya contest yang dianjurkan kat fesbuk ni memang konpem satu akaun boleh klik SATU KALI SAHAJA.. lain lah kalau korang ada 10 akaun dan paling jauh pun memang korang boleh dapat tambah lagi 10 votes sahaja.. kalau nak 1000 votes, larat ke nak create 1000 akaun?


vote gambar ni terhenti setakat 128 votes sahaja.. terus rasa down nak teruskan...

Sesiapa yang masuk contest kat fesbuk, perkara pertama yang dia akan buat adalah post kat wall dan bagi link gambar dia kan.. mintak ehsan kawan2 tolong LIKE.. itu pun nasib.. buatnya dapat kawan yang jenis berkira nak mammmpssss, memang susah.. nak mintak tolong klik pun payah.. terus rugi satu vote.. hahaha..

lepas tu kalau rajin, PM lah member2 yg tgh online.. tapi itu sekadar dengan kawan-kawan kat dalam friend list aje.. paling tidak pun bukak fesbuk suami dan ajak kawan2 suami tolong vote.. hahaha.. kantoi..

Bila ahkak dah gali, dan terbaca mengenai EXCHANGE VOTE ni.. ok, apa yang pernah mekchu buat selama ni memang lah EXCHANGE VOTE tapi dengan peserta yang sama-sama beradu nasib dalam peraduan.. u LIKE i, i LIKE u.. gituu... itu pun ramai yang dah LIKE, tapi LIKE mereka belum berbalas.. opsss...

tapi sebenarnya ada lebih dari itu.. korang boleh mintak orang luar tolong vote kan.. search je EXCHANGE VOTE kat atas tu, berlambak page yang keluar.. pilih la mana2 dan letak link korang kat situ.. konpem kejap je vote korang dah mencanak naiknya..


Ada lagi teruk sanggup BELI VOTE.. ada baca tadi memang ada yang buat bisnes yang jual vote ni.. kalau beli dalam 1000 like, dapat lah dalam Rp500/like. tapi kalau nak dalam 200 like aje, harga akan jadi dalam Rp1000/like. kalau dah convert duit kita dalam 38sen/like.. darablah dengan 1000 like tadi tu.. sanggup kan.. hebat..

tapi honestly mekchu tak de la tahap itu desperado nak menang kan.. sekadar dengan kawan2 dalam list udah leerrr.. sebab itu lah sekarang ni rasanya contest yang LIKE LIKE ni macam dah tak adil.. patutnya gambar yang paling cantik tertarik layak untuk menang.. ini, alahaiiiii.. gambar tak nampak mana ibu mana anak vote dah sampai 2riban.. hahaha.. sungguh tiada logika..

Bukan nak kata gambar aii lagik cantik dari gambar si polan.. atau baju aku lagi vougue de vas dari si polan.. kenapa si polan tu patut menang.. no no no.. bukan itu maksud aii...

Yang mekchu nak highlightkan kat sini, dapat rasakan pertandingan yang memerlukan LIKE kat fesbuk ni semakin tidak adil.. (tapi masuk jugak.. hahaha.. saje test market) ada gambar tu bila sekali tengok dah terus suka, memang kena dengan tema contest, semua perfect dan natural.. tapi apa kan daya, kita boleh LIKE sekali sahaja kan..
 
apa yang korang dah baca tadi tu rahasia tau.. apa lagi yang mekchu boleh buat selain sharing2 ngan uols kan.. mekchu harap uols yang dah tau rahasia ni jangan lah gunakan tektik kotor macam tu nak raih vote.. not good.. bertanding lah secara sihat, boleh? JANJI!!!??

Chapter 37 : Goku's Ambition

Hari ni lambat.. Lepas sahur pagi tadi boleh pulak terlelap balik..

Sempat tak nak punch ni.. Adoiii.. Cemas!! Sambil2 tu sempat gak layan Dragon Ball Z.

Vageta dah sampai kat Planet Namek :)

Dulu masa ngandungkan najmi, nak anak comel macam gohan.. Ada la iras2 sikit tang gebu dia tu..

Kaa mee haa mee haa.. Hehehe..

Sape yg layan cerita lagend ni, angkat tangan..


Sent from my Red Lovers :)

Wednesday, June 22, 2011

Amek 5, hantar lagi 3..

Bila tengok memang excited.. kumpul kain dari awal tahun tu..

Tapi bila nak membayar, gugur rambut.... sape suruh mengumpul ye tak..

no.1 beli dari Matase Sutera, no. 2 beli kat casa moda, no. 3 beli kat kak Nurazmiah Azri, no. 4 ole-ole papa-jit dari langkawi.. patut ada 5.. dan no. 5 tu lah yang nak buat baju raya.. tapi lom siap pulak.. saje je kasi deboo lebih.. 

ini pulak kain sutera batik yang beli dari newsactle hari tu.. 3 pasang je yang mampu.. 

ok, baju tu semua nak pakai untuk raya nanti.. janji.. harap2 dapat mengawal nafsu.. hahaha..

tempah kat Dorcas, Senawang.. baju kurung biasa sepasang RM50, kurung pahang RM55.. kebaya RM60.. baju kurung full lining RM110.. memang mahal, tapi puas hati.. dari sebelum kawin start tempah sana.. sukar untuk berpaling tadah.. 

semua tu stok baju kurung kain lipat tepi dengan baju kurung pahang kain belah depan.. hahaha.. awak keje gomen, kena lah gitu ye tak.. stok baju gi rumah orang kawin tak de buat untuk tahun ni..

Tuesday, June 21, 2011

Sedang cuba untuk jatuh cinta padanya

Laporan selepas tournament golf kali ke-2 dengan ex-UUM..

Nota kaki 1 : Ijai adalah juara tournament kali pertama dalam 3-4 bulan yang lepas.. bajet ijai tak de sebab tu papa-jit boleh menang.. hahaha...
Nota kaki 2 : terus tanya pasal hadiah, kendian baru nak wish congrate..

Nota kaki 3 : lagi mau cerita pasal birdie, par semua tu.. bagi je la tau apa hadiahnyee... 
Nota kaki 4 : dgr je dapat cash sempat warning jangan amek walaupun sehelai.. hahaha..

Nota kaki 5 : tak sangka papa-jit sangat bermurah hati (bajet dalam hati mesti ada hadiah lain niiii)
Nota kaki 6 : risau... sebab papa-jit pernah kata dia nak beli kasut keje yang dah roboh tapak hari tu.. hahaha..

Nota kaki 7 : dia betul-betul nak bagi prezen la.. siap nak topup tu yang terharu sebenarnya..
Nota kaki 8 : sarip tu kedai mamak kat bawah opis ni... tak sampai 5 minit dah sampai sana sambil kedip-kedip mata nak tuntut hadiah.. ngeee...

lagi curik gambar dia kat fesbuk..

Hai aman, hai moq, hai poyok, hai mizie.. ntah yang lain-lain tu tak kenal sebab nampak dah makin gelap dan makin gemuk.. hahaha.. ampuunnnnn...

Ini adalah hadiah yang pertama sejak papa-jit terjebak dengan sukan yang agak menyampah ni.. lepas ni akan cuba menyukai dan seterusnya jatuh chenta pada sukan 'pukul-pukul jalan' itu.. 5 minit je suka, lepas tu papa-jit kata ahad ni dia nak pegi main golf, terus panjang balik moncong....

Nota kaki last : Image tu semua adalah dari Screen Grabber.. korang yang pakai smartphone cuba lah download.. sempoi dok ada.....

Monday, June 20, 2011

Senahsirap kawin, hazry pun kawin..

Maka, tamatlah musim kenduri kawin.. banyak kenduri kawin yang pegi, tapi mekchu nak cerita pasal senahsirap ngan hazry je sebab dorang special skit di mataku.. ngeee...

special lah sebab 2-2 orang tu pekerja yang seangkatan kat opis nih.. tapi senahsirap bukan kawin ngan hazry.. senahsirap kawin ngan laki dia, hazry kawin ngan bini dia.. pangggg 3 hingga 4 kali nak?

Kenduri senahsirap sebelum mekchu pegi kelantan lagik (punyalah berjaman kan).. kenduri dia t/hari tu, petang tu mekchu pegi kelantan.. saje nak tunggu kenduri hazry selesai, senang wat entry sekali harung.. hahahaha...

Ok, ini masa kenduri senahsirap, kalau tak silap 29 Mei hari tu..

 kepanasan yang keterikan.. tak boleh bukak mata... 

selamat pengantin baru.. kenduri yang sangat meriah.. ramai sangat orang.. tak sempat nak bergambar ngan pengantin.. pandang dari jauh je.. sambil dalam hati cakap selamat pengantin baru senahsirap :)

tapi pelik sebab tak nampak pulak air sirap masa tu.. hehe.. senahsirap (bukan nama sebenar) suka sangat dengan air sirap.. 

lepas makan, salam2 kejap ngan pengantin, kitowang pun bergerak pulang (ni yg malas ni... ayat mcm dalam novel kasih yang suci je ni..) kat sebelah parking tu adalah Muzium Adat.. nama je orang nogori, tapi tak pernah masuk.. nnti malu pulak kalo orang tya apa ada kat dalam tu.. so, dapat idea singgah jap kat kat sana.. sheeejuk sikit.. hahaha.. 

oii oii orang nogori.. korang pun patut masuk ke Muzium Adat, Jelebu ni taw.. 

mama-chu pakai tengkolok.. hahaha.. tgk dari luar pun dah tau muzium ni penuh dengan adat tradisi negeri sembilan..

muzium ni sangat canggih.. tak sama dengan muzium yang pernah mekchu masuk.. apa yang canggih, kena la pegi sendiri..



agak-agak dah kering peluh, kitowang pun balik lah.. jgn kata perbuatan itu keji.. at least kitowang dah berjaya menjejak kan kaki kat dalam tu taw.. mmg pakej tu, makan nasi minyak dan masuk muzium :)

Pas tu 18 Jun hari tu kenduri hazry pulak.. senahsirap ngan hazry ni duduk sebelah2 je kat opis ni, kawin pun sebelah-sebelah bulan je..

dengan filzah yang menten comel.. ya, mi-cah diabaikan sekejap di situ..

pas tu nisa jeles.. dia pun nak jugak.. dorang ni adik-adik praktikal kat opis mekchu dan batch yang paling rapat ngan kitowang sampai lah sekarang.. 
 
 
 

ramai lagi yang beratur kat tepi tu tunggu turn nak bergambar ngan pengantin.. hazry mcm paham2 je masa tu.. dia yang panggil mekchu amek gambar dan terus 'sailang' tetamu yang lain.. hahaha..

baju korang sangat cantik.. kenapa time mekchu dulu tak de yang cenggini?

Selamat Pengantin Baru senahsirap dan hazry.. (ingat taw, senahsirap kawin ngan laki dia dan hazry kawin ngan bini dia) & welcome to the group lah.. lepas ni boleh lah bukak cerita nak masak apa untuk bukak puasa :) ini tidak, asyik cerita #maharajalawak je kan.. hahaha..

Wildcutecat 1st giveaway: your baby's laugh photo contest

Gambar senyum pun susah nak jumpa, ini kan pulak gambar tergelak...

Wildcutecat punya pasal, gigih selak semua folder yang ada dalam laptop ni dan akhirnya jumpa.. boleh la tu.. yang tergelak betul2 mmg NAN hado.. tau je la anak bujang aii tu kan serius orangnya... kalo part senget kepala dia mmg terror..

Ok adieb, ada 2 keping gambar ni..

Nama dak kecik ni : Najmi Syahputra a.k.a mi-cah :)
Tarikh Lahir : 17 Julai 2008..
Nama emak : mekchu a.k.a mama-chu :)

 jumpa gambar ni kat folder "6 bulan"

yang ini pulak jumpa kat folder dia "18 months"

kawan-kawan semua kalau nak join sila lah ke Wildcutecat 1st giveaway: your baby's laugh photo contest sebab hadiah dia baeeekkk punyaa... sampai tempat ke-5 taw.. 


Adieb, boleh menang tak ni? jom kita pegi lunch, mekchu belanja.. ngeeee....