Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri buat semua pembaca belog kuning oren mekchu

Kad raya ada di bawah..

Dah lama angan-angankan entry kad raya ni berada sebagai sticky entry buat satu tempoh yang mungkin sama dengan header raya yang telah digantung tersebut.. atau mungkin keluarkan header dulu, baru keluarkan kad raya... eh, keluarkan kad raya dulu lah baru keluarkan header.. apa-apa aje, korang jangan susah hati pulak :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca setia belog kuning oren ini.. nak kirim kat semua, nanti hilang.. so, tepek kat blog hari-hari korang boleh tengok family iklan colgate ni..

Maafkan segala silap dan salah sepanjang mekchu mengenali korang semua.. kat alam maya pun boleh buat dosa apa.. mana lah tau kan sentap hati sebab mekchu tak balas komen ke, tanya tapi tak jawab-jawab ke.. maafkan mekchu ok..

Kepada yang memandu, pandu lah elok-elok.. tak yah racing dengan orang sebelah.. dia tu sakit perut.. meme lah bawak laju.. hahahaha.. alaaa, tak boleh la nak wat entry serius..

Jangan lupa jaga pemakanan, jangan lupa kunci rumah bila nak balik kampung.. jangan main mercun jugak.. jaga duit raya anak tu sekali, takut hilang dah tak pulang modal.. hahaha.. ala, bila nak habis bebel ni erk?

Ok..ok last.. Sekali lagi Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua dan selamat bercuti.. Sesiapa yang ada area seremban tu roger-roger okehhh...


Terimalah kad raya dari kami sekeluarga sebagai pengganti diri..

Terima kasih Tuhan

Petang raya pertama. Kami di dalam altis sedang menuju ke Kuala Pilah.

Alhamdulillah, terima kasih Tuhan kerana menduga kami walau hanya seketika..

Nanti mekchu sambung cerita pasal kehilangan altis di malam raya. Hari raya, tak elok sedih-sedih kan..

Senyumlah mekchu :)

Sent from my Red ® Lovers

Hari raya yang penuh menduga

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Semoga berbahagia dan bergembira walau di mana jua korang berada.

Semoga tragedi malam tadi lebih mengeratkan hubungan kami suami isteri. Terima kasih buat semua yang mendoakan kami..
Sent from my Red ® Lovers

Dugaan kami di malam raya

Lepas balik dari jasko, hantar altis kat car wash.. esok kan nak raya.. car wash tu dekat-dekat kampung aje.. sekali ramai lah pulak.. so, tinggalkan kejap dan janji pukul 7 malam datang balik..

Pukul 7 kami datang sana kereta tu belum cuci pun lagi.. memang banyak pun kereta tengah Q.. janji pukul 8.30 malam pulak.. ok, fine.. masa tu dalam hati ada sedikit rasa macam tak sedap hati.. rasa macam ada yang tak kena.. tapi tak tahu apa..

Berbuka macam biasa kat rumah nenek labu.. dan terasa happy sangat sebab hari terakhir berpuasa kami dapat berkumpul ramai-ramai buat pertama kali untuk ramadhan kali ni.. lepas berbuka main bunga api, mercun.. macam korang jugak la.. lawan-lawan dengan kampung sebelah sape lagik power...

Nak dekat kol 9 papa-jit ajak gi amek kereta.. kitorang naik kenari.. mi-cah ikut sama.. bila sampai je kat simpang car wash tu (bersebelahan dengan caltex) dada tu dah berdebar sikit sebab tak nampak altis kat situ.. hanya ada wira merah dengan BLM putih.. tapi masih tak nak fikir yang bukan-bukan..

Papa-jit turun kenari, terus terjah tokeh car wash tanya mana kereta.. sepasang suami isteri india.. si isteri cakap kereta ada.. asyik ulang kata kereta ada.. sampai kena tempik lah dengan papa-jit sebab katanya ada, tapi tak nampak bayang.. sambil ada lagi sebuah kereta merc baru sampai.. turun-turun je kereta, owner merc tu bagi tau altis dah laju ke depan.. tak sempat kejar..

Memang sah altis kena curi.. ya, sesuatu yang paling mekchu takuti kini benar-benar terjadi.. kereta hilang di car wash..

Malam raya, kereta kami di curi.. malam raya okeh... papa-jit dah mencangkung kat situ dan mekchu tangan dah gigil pegang tipon.. cari phone book tak jumpa.. lutut ni lemah sangat.. kedua-dua mencangkung kat situ.. ada jugak orang2 kampung kat situ yang call minta bantuan.. mekchu nak call polis pun tak ingat nombor.. siap tanya acik kat situ bape nombor polis..lepas tu blur tatau nak call siapa lagi sebab semua nombor dalam tipon mekchu tu nombor lama kawan-kawan.. masa tu kan, tatau nak cakap la.. rasa menyesal sbb tak update nombor kawan-kawan..

Dah call polis, terus call abg ipar pulak.. hanya dia je yang boleh harap dalam keadaan cemas dan panik macam tu.. mintak tolong dia datang car wash dan bawakkan tipon papa-jit.. selalu nak call sape2 memang tya papa-jit.. bila tipon dia dah tertinggal kat rumah, itu yang blur..

Sekejap lepas tu datang kereta peronda polis.. kira 2% dah lega sebab sekurang-kurangnya aduan mekchu dah disebarkan.. harapan masa tu polis buat road block kat semua simpang yang menghala ke KL..

Menurut owner car wash tu, yang larikan kereta tu adalah anak dia sendiri.. macam dah tak betul sangat la.. mak dia mintak tlg alihkan kereta ke tepi tapi dia terus reverse dan bawak laju2 keluar simpang terus ke arah nilai.. masa tu jugak ada member kat kampung ni nampak.. kira betul2 depan mata.. suspek macam lain terus member kitorang tu kejar dgn merc tadi tu tapi mamat tu laju sangat..

Altis tu baru baru lepas eksiden.. jangan terjadi yang bukan-bukan pada altis tu lagi..

Kami terus buat report di balai polis pasal kehilangan kereta.. terasa hari raya kami dah habis setakat malam itu.. tak de semangat nak terus beraya lagi.. pengumuman pun tak sempat dengar.. takbir raya pun belum sempat dengar..

Dalam pukul 11 malam, kami pun balik rumah dulu sehingga ada call dari pihak polis.. masa papa-jit singgah belikan mi-cah air kotak, mekchu terdengar takbir raya di radio.. masa tu laju je air mata ni mengalir.. terus rasa sadih sangat... ketika orang lain sibuk bertakbir bersama-sama di rumah, kami hanya mendengarnya di radio.. kali ni hati ini sangat sayu bila mendengarkan takbir.. dan hati itu sangat berterima kasih kerana sekali lagi kami dipilih untuk menerima ujian dari-Nya..

Bersambung....

(ada ke orang buat entry pagi-pagi raya?)

Monday, August 29, 2011

Menjahit langsir sendiri

Tanjat boboi.. tak pernah-pernah nak menjahit langsir sendiri.. sekali tahun ni cipta sejarah.. itu semua akibat day curtain yang koyak lepas sumbat dalam washing machine hari tu.. siap spin okehh...

Pas tu lambat pegi carik ganti.. lagi 2 minggu nak raya baru hegeh-hegeh pegi beli dan jawapan dia memang kena jahit sendiri la.. semua kedai dah tak nak amek tempahan.. terus roger akak mekchu dan dia sudi dalam terpaksa nak jahitkan.. hahaha... sebaik jahit lurus je..

Siap separuh jalan sebab masih confius dengan ketinggian railling bilik tu.. dah 3 kali ukur pun masih ragu-ragu.. so akak mekchu tampalkan tape putih atas tu dengan jahitkan belah tepi.. belah bawah mekchu setelkan sendiri..

menggunting belah bawah ikut ketinggian yang ideal. kalau panjang2 meleret sapu lantai tak cantik jugak.. elok kalau dapat yang ngam-ngam je ketinggian dia..

mesin jahit pelbagai guna.. nak kena beli jugak lah mesin jahit ni satu.. senang nak amek tempahan jahit langsir tahun depan :)

korang tau, langsirnya ada 4 keping je untuk master bedroom.. tapi lambat gile mekchu menjait.. terkial-kial nak dapatkan step.. dengan benang bawah tak lekat la.. jahit terbalik la.. adoiiyai... bila dah lama skit, dah naik sheikh pulak..

tunjuk ajarku sifoo.. oyye, kami di rumah nenek labu dan sedang menjahit langsir rumah seremban :)

ubat ketika dah rasa sakit kat pinggang..

nasib baik lah sikit aje.. itu pun akak mekchu dah setelkan belah atas dan tepi.. part mekchu bawah tu aje..

Bila ukur balik yang dah siap tu, tak de satu pun yang sama panjang.. semua senget sebelah..

Pengajaran untuk diri sendiri dan harap tak akan lupa sampai bila-bila.. "Kalau tak nak pakai langsir yang senget sebelah, lenkali jangan mesin day curtain ye dik oiii..."


Friday, August 26, 2011

Mulut melopong tiada siapa yang tahu

Seronoknya facial tadi.. Crystal clear ntah apa nama dia.. mekchu amek pakej, sampai tahun depan pun tak habis-habis... 

Rupanya pakej sekali dengan massage tangan dan kaki.. sorang urut kaki dan tangan, sorang lagi urut muka.. korang dapat bayangkan tak dia punya kenikmatan?


Sedar-sedar mulut tak boleh tutup.. "apsal mulut aku ketat sangat nak tutup ni?" rupa-rupanya mask dah kering.. hahaha.. dia mengering dalam keadaan mulut melopong.. OMG! nasib baik tak de orang kat situ.. entah bila dia pakaikan mekchu mask entah.. kalo tau pakai mask, tak de lah biarkan mulut melopong.. hahaha.. punyalah lena...

Sape yang dah lama tak gi facial tu, baik pegi cepat-cepat.. teringat cornie (awek yang facialkan mekchu) tu cakap bila nampak jerawat kecik kat muka.. sambil usik jerawat sambil dia cakap "muda lagi mehhh" hahaha.. nampak sangat jerawat hanya hinggap di muka orang-orang muda macam mekchu.. auuuuuu malew..

Hari ni ramai yang last keje kan.. semangat nak beraya semakin berkobar nampaknya.. jangan lupa jenguk-jenguk mekchu kat sini tau.. dan jangan lupa jugak update cerita raya korang.. Daaaaaaa...

Perhimpunan Ogos

Suksessssss....

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan rata-ratanya semua berpuas hati.. persiapan memang dahsyat laa sebab semua macam dah set target yang tinggi bila unit ICT yang jadi host.. kenapa erk? nasib baik kitorang ada team multimedia yang superb.. dan hasilnya amat memuaskan..

Dilema nak pilih tema hari raya ke tema kemerdekaan.. korang agak-agak?

Dan ada sedikit kesilapan teknikal yang tidak dijangka pagi tu.. yang lain-lain tu almost perfect.. kesilapan apa? lu pikir lah sendiri.. yang penting, belajar dari kesilapan.. tak gitu hazry? hahaha..

kalau tgk betul2 gambr ni, korang dapat agaklah apa yang tersilap pada pagi itu.. ya, en.capo pun disitu sama-sama membantu..

mekchu dan senahsirap diapit oleh student praktikal.. sedang menggulung nombor cabutan bertuah..

tak sangka kehadiran yang sangat ramai.. dorang memang ternanti-nanti kalau UPTM jadi host.. hahaha.. konpem banyak video, banyak gambar dan banyak kejutan..

mekchu di layar putih? apa bikin tu......

beruntung sangat siapa yang lahir bulan ogos.. siap ada video sorang-sorang pas tu boleh cakap-cakap.. tuju lagu je tak boleh.. ngko ado? pas tu kelahiran pun ada video baby.. tahun depan bulan bila ntah turn kami semula.. mau planning sbb nak ada video baby jugak.. hahaha ober..

mekchu sekadar gadis pembawa tulang.. eh dulang je hari tu.. partner mekchu kak jem dah tak de.. jadi tahun ni ada bergu baru dengan senahsirap..

ya, hanya gadis dulang... tapi cun...

Tema kemerdekaan laa.. tema hari raya macam tak sesuai pulak walaupun mood raya dah merasuk dan meresap ke dalam diri semua orang kat dalam dewan tu.. ada video kemerdekaan dan diakhiri dengan lagu merdeka tanggal 31 tu..


 harap2 korang tak nampak mekchu tengah buat apa.. hahaha...
masa tu kan... ada 6 orang jejaka gajah.. ehh gagah lari-lari dari atas tangga tu kibarkan bendera.. 3 belah kiri, 3 belah kanan.. pas tu semua pun kibarkan jugak bendera masing-masing masa nyanyi lagu tu.. suka 18x..

bukan poyo, tapi menghayati kembali detik kemerdekaan.. nak pulak tahun ni bersekali dengan hari raya.. memang tak ingat merdeka lah jawabnya..

 sempattttt....

  sebelum balik beratur salam hari raya dengan Dato'.. 

 kami semua bergambar dengan pengurusan tertinggi.. opss lupa, kitorang pakai baju baru okehhhh...

UPTM memang best..

ok last mengambil semangat merdeka sambil memakai baju raya.. helmi tu saje nak enterprame dengan puan su dia :)

Ce korang bagi tau, macam mana mekchu tak sayang dengan opismate mekchu sekarang? Ini lah tempat kerja yang paling best!! Kalau lah boleh selamanya nak berkhidmat di sini..

Thursday, August 25, 2011

Header Raya dah boleh gantung

Horeeyyyy... Mak sokeeeee.... Baru lah terasa nak beraya..

Header raya dah boleh pasang.. akan berada disitu sehingga habis mood beraya.. Terima kasih kawan-kawan semua yang bagi cadangan dan membantu mekchu di kala kekalutan.. hohohorlickehh?

Mekchu delete gambar-gambar lama kat dalam picasa web album.. fuuhhh #lappeluh..

Thanks eya di http://eybizzonline.blogspot.com sebab sudi designkan header dan kad raya :) Kad raya kejap lagi tayang.. lalalalalala...

"Blog tanpa header ibarat keluar tanpa henbeg.. ada yang suka dan ada yang rasa serba tak kena.." 

Macam siapa?

Di Majlis Khatam al-Quran dan berbuka puasa Kelab Sukan dan Kebajikan baru-baru ni.. Seronok sebab pertama kali baru dapat sertai.. Terima kasih Tuhan kerana memberi kelapangan masa kepada hamba-Mu..

Punya lah penat pilih tudung nenek labu kasi nak mecing.. dah perasan macam hana tajima (blueeeekkkk) jauh shuttlecock dari raket ye tak.. Bila syazwan cakap macam kak ros (akak upin & ipin) barulah tersedar..

Wednesday, August 24, 2011

Blog Tanpa Header

Header hari raya dah ready. Cun melecun habissss.. Nak lah amek feel hari raya kannnnn..

Xcited nak tuko header raya kol 12 malam tadi. Sekali tak boleh browse dari pc macam biasa. Katanya exceed space (lebih kurang). Kena lah guna alternatif kedua, upload kat picasa dulu, then masukkan link.

Masalahnya, bila nak copy link image kat picasa tu saiz paling besar pun tetap kecik di blog mekchu. Tak salah 800ppx (ppx tu tak sure) Makna dia size tak ngam dgn template sedia ada. Dia kecut mungkin bulan puasa.. #menciksangat..

X larat nak godek lagi sebab mata macam ada gam.. So, biarkan dia togel untuk hari ini. Sesekali togel, seksi jugak kan.. Hahaha..

Sape-sape yang ada problem tak boleh nak upload gmbr kat belah design (bukan entry) sbb size exceed, tolong share ngan mekchu boleh?

Dan rasanya itu punca utama kenapa mekchu tak bleh attached image bila update entry dari BB. Entry tulis-tulis biasa tak de masalah. Kalau dpt solution tu, maka selesailah masalah ni.. Haha.. Eh, faham ke?

Buat masa ni, rasanya kena kecikkan skit template sedia ada. Harap-harap menjadi.. Korang yang dapat problem macam ni, jgn lupa share ok.. Kata caring, so kenalah sharing..

Sekian mekchu melaporkan dari Klinik Kesihatan Nilai untuk belog kuning oren (nampak sgt boring, kemain panjang dia taip) Daaaa..


Sent from my Red ® Lovers

Tuesday, August 23, 2011

Iftar Kelab Potong 2011 @KGPA

Sejarah Kelab Potong :: Ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu (sejak habis belajar U). Dianggotai kawan-kawan yang sama-sama belajar kat UUM, Sintok tahun 1999-2001. Asal nama Potong sebab ramai yang suka Potong tang corner.. Dah itu aje sejarahnyaa..

Iftar menjadi acara wajib tahunan sejak 4-5 tahun lepas.. peluang nak berkumpul ramai-ramai.. kitorang majoriti bertemu jodoh masa belajar dulu.. maknanya, bini si A adalah kawan si B.. suami si B juga kawan si A.. begituuu... sebab tu kami sangat rapat..

Tahun ni buat kat Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA). Tiap2 tahun, nak pilih tempat memang masalah sikit.. tapi suka walaupun mendapat kritikan, dorang tetap datang.. mulut je bising, tapi hati baik (sambil pusing belakang dan jolok tekak) tahun depan cadangnya nak potluck kat rumah kawan-kawan je.. tapi tak de sape pulak yang volunter nak bagi 'pinjamkan' rumah..

disebabkan organizer minat golf, makanya tiap-tiap tahun pun makan kat kelab golf.. 3-4 tahun lepas kelab golf ni lapang jugak.. tapi sekarang makin lama makin padat.. 

budak kecik ni baik punya tido.. dapat lah berbuka dengan tenang.. tp kejap je, 10 minit lepas berbuka dia bangun..

makanan memang banyak.. tapi orang ramai sangat.. padat!! mekchu duduk je, semua papa-jit yang amekkan.. tapi dia amek makanan kat gerai yang tak de orang je la..

 
 seronok sebab 3 meja besar tu penuh..

mekchu macam biasalah kan, gambar makanan memang tak de sebab faktor diri sendiri jugak yang tak kuat makan.. maka dengan sendirinya tak minat amek gambar makanan.. hehe..

the organizer and the professor..

dengan mama_onie, lecturer Lim Kok Wing yang dah berjinak-jinak dengan bisness masyuk sekarang..

ini diana.. kawan lama kat HeiTech dulu dan roomate lama jugak.. sekarang dia ada dah 3 heroin :)

mekchu nak tayang sikit kawan-kawan yang datang dari jauh semata-mata nak join event malam tu.. yang lain-lain tak payah sebab korang dekat je dan banyak komplen pulak tu.. hahaha..

azwie sirap yang dah jadi artis sekarang.. naik bas dari penang okehhh.. memang harus dicontohi..

ate dari JB.. datang sambil bawak basikal. nasib baik dia tak datang naik basikal..

lecturer ayob.. all the way dari melaka.. pun tak bawak isteri & anak-anak..

professor aizi.. pun dari melaka.. pun tak bawak family..

pelik arrr budak-budak ni datang solo.. len kali sape datang solo, kena bayar double :)

selesai makan (1st round) sampai lah pasangan yang paling tinggi antara kami dengan membawa kek eskrim.. nak jimat la tuh berbuka kat param aje. nak jumpa kawan-kawan baru datang.. hahaha... atut keje, baru lepas make-up orang untuk photoshoot.. dia ni mak hayam eh, mak andam sekaranggggg..

opsssss... kes lama tak jumpa meh... of kos kena cemolot..

 
ramai yang tak sanggup dengar kalau kami beradu suara.. potong habissss...

ini koleksi rumet-rumet lama jugak ni masa keje kat HeiTech dulu.. see, rumet mekchu telah menjadi isteri kepada kawan-kawan papa-jit.. emi, mekchu, hajar & atut..

celebrate 1st birthday puteri..

 
itu tangan ahkak tengah nyalakan lilin okeyyy...

happy birthday puteri :) tak pasti pulak kenapa kaum2 ibu harus disitu.. hahaha..

 cubaan Lumix GF1 kalai..

nasib baik ada jugak terselit gambar kitorang ni haaa...

dan mi-cah yang berada di bawah sana.. sorang pun tak larat nak dokong dia.. 

sebelum balik, acara wajib untuk bergambar ramai-ramai.. tempat sempit, maka ke padang golf lah kita...

satu hal jugak nak menyusun ramai-ramai tu...

the mummy's

yaaaaa... zikry di situ mengganggu camera.. hahaha.. like father like zikry betul.. elok je dia bersimpuh depan tu..

and finally dapat jugak walau gambar rumput yang lebih.. penglibatan paling ramai setakat ini.. walau pun majoriti the daddy's datang sorang-sorang.. lagi seronok kalau semua datang bawak family masing-masing..

Papa-jit lah yang jadi organizer tanpa dilantik tiap-tiap tahun.. komplen tetap komplen.. bayar RM55, tapi makan RM15 je.. hahaha.. itu memang tak boleh nak elak lah kan.. nak murah tapi makan best.. mana nak dapat tengah-tengah kay ell tu.. buat kat seremban tak nak datang pulak..

Yang penting, dapat berkumpul ramai-ramai dan tali persahabatan yang telah dibina sejak 10 tahun itu terus dieratkan.. ecewahhhhh ayat tak nak kalah..

Monday, August 22, 2011

Kedai oter seluar yang paling rare di seremban

Dari zaman sekolah kot kedai ni dah ada.. Antara kedai yang paling sibuk menerima tempahan bila nak menjelang hari raya..


Terletak di Bazaar Seremban.. eh, betul ke? berhadapan dengan KM Plaza tu.. orang-orang seremban konpem tau pasal kewujudan kedai ni..

Kalau pegi Bazaar tu, tak lain tak bukan nak oter seluar lah tu..

seluar memang stok sepah-sepah atas lantai je..

Mekchu hantar potong dan kecikkan kat kaki bawah.. terasa mcm badut pulak pakai kaki bawah besooo.. lepas potong, tampal yang koyak-koyak bawah tu kasik nampak macam ori..

Zaman dulu-dulu rm6 - rm7 je sepasang.. sekarang dah jadi RM12 sepasang.. tak pe, hasil dia kemas dan cantik.. lagi pun memang dah trsuted..

Orang lain hantar oter jeans baru.. mekchu pun nak menyibuk hantar yang lama.. bukannya orang tau pon..

seluar ini dibeli dari zaman sebelum mengandung lagi.. itu lah jeans panjang terakhir mekchu.. sila percaya.. tahun 2007 ok dan masih boleh dipakai..

Ingat lagi, mekchu dalam tempoh berpantang memang pantang bersungguh (selain breastfeed) dan seluar jeans tu lah dijadikan sebagai bench mark.. dan hasilnya selepas 60 hari cuti bersalin.............

yeyyy.. sudah boleh sarung.. mi-cah berusia 2 bulan setengah masa ni..

Dan jeans tu jugak yang mekchu sarung sekarang ni.. (jarang pakai jeans sebab lebih selesa berlegging).. rugi jugak jenis badan tak naik ni kan.. tak boleh nak mintak belikan yang baru.. selamat duit papa-jit disitu..