Monday, January 16, 2012

Training 1NS*Net di JB

Kalau ikutkan hati, malas sebenarnya nak buatkan entry untuk training kali ni.. Kalau selalu tu, sebelum mula training dah muncul 3-4 entry.. habis je training dah ada 10 entry terkumpul... tapi kali ni 5 hari training, satu je entry.. itu pun untuk kenangan sendiri sebenarnya..

Kepada yang tak selesa asyik baca entry mekchu pegi training, tak perlu lah teruskan pembacaan.. nanti ngko gak yang meroyan.. susah... opssssssss...

Penat kan asyik nak kena jaga hati orang je.. abis hati kita ni siapa nak jaga? nampak gaya yang terlibat dah slowdown kat fb tu.. dah dapat terima hakikat lah kot.. #hopefully

Training 1NS*Net @Grand Paragon, JB..

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan semakin bertambah pengetahuan seperti yang boss harapkan.. mekchu cakap bertambah, bukan terus jadi master yg tahu segala.. kalau sebelum ni tak tahu kat mana button restart optimization. Selepas dari training dah tahu dah dia ada kat tepi belah kiri atas.. Itu CONTOH. Kira bertambah pengetahuan jugak tu kan.. ann ann.. hahahaha...

Secara jujurnya, mood nak bergambar memang agak ke selat tebrau.. malassss sangat nak bergambar ekoran dari kehilangan mood (siapa yang baca status mekchu di fb tu dia tahu lah kenapa). Bila fikir2 balik dan semangat menerusi komen dari kawan2 jugak yang mengembalikan semangat mekchu untuk terus membiarkan dia dengan mulut longkang dia.. ada haku kesahhhhhh?

Dah nak hujung2 training (mood nak balik pun iye jugak) baru lah ada sikit kerajinan nak bergambar.. itu pun selepas berjumpa dengan kawan lama masa susah senang kat matrik Kuala Nerang (KMKN) dulu.. lepas masuk degree kat UUM dah agak jarang jumpa.. last sekali masa grad 2001.. So, 11 tahun jugak laaaa...

Last minute planning.. olien datang jumpa mekchu dan bawak minum2 kat Benafee Village.. seronoknyaaaa...

kuat sangat angin masa tu.. terbang-terbang rambut.. sbb tu korang nmpk rmbut mekchu kusut masai..

Mekchu ramai tau kawan2 kat jb.. ada mokna, seha, mclunz, alin, pidah, mokna, sam, ija, isshhh ramai.. mmg ramai.. tp kebanyakannya dah keje kat kl.. so dapat jumpa dengan olien ni aje..

senyap2 dah nak masuk 3 orang.. kalau tak jumpa, rasanya tatau dia tgh tunggu hari je tu.. 

Sebab tu mekchu ada blog.. sekurang-kurangnya dapat mengurangkan rindu kawan2 lama yang tak jumpa.. dan tahu serba sedikit perkembangan kan.. ann ann... tapi jangan lah sampai dah tak nak jumpa mekchu sebab dah tahu cerita dia kat blog :D

Dan mood yang ke selat tebrau otomatik telah kembali.. terus ceria bila dapat jumpa olien.. Dulu masa study mekchu lah yg paling gemok dan olien yang paling kurus.. sekarang suda terbalik.. Selamat bersalin my fren :)

Malam tu ada dinner kat Senibong.. kalau korang ke JB harus suruh organizer belanja makan kat situ.. sangat lah mavelessss.. tak terkata kesedapan SEMUA lauk dia terutama sotong goreng tepung.. dan black pepper crab juga..

sebelum..
dan selepas... harus cover perut... 


Mekchu mcm biasa, snap gambar sekadar yg mampu aje.. cukup sbg bukti dah smpai senibong :D

Last day, (sbb tak byk gmbr maka tak tahu nak cerita apa) kitorang pun bergambar ramai2 seperti di entry sebelum.. dan ini ada sikit gmbr kat dalam kelas untuk tunjuk pada boss.. ekekekekeke...

 

Dan petang tu pun mekchu balik dulu naik bas.. Yang lain2 balik hari Sabtu..

Sekian. Simple but nice tak? hahahahaha...

Opsss lupaaa... Teringin sebenarnya nak mencangkung sama-sama di Kg.Majidee tu.. tapi pagi tu polis Johor dah cakap kat dlm MHI "MASA itu emas, bukan BATU itu emas" terus senyum2 sendiri.. mau #pitammmm boss kalau nmpk gmbr kitorang sedang mencangkung sama2 org kampung kat front page newspaper :D

9 comments:

  1. mekchu~biar la mereka dgn mulut2 mereka yg bak mulut tempayan itu~yg penting nak bitau mekchu sy tiap2 ari logon blog oren ni utk tau kisah terkini mekchu especially najmi~sgt best ini blog~

    ReplyDelete
  2. kalau mekchu menonggeng sekali..mesti dah gelemer dah masuk tivi..huhhu

    ReplyDelete
  3. hahaha.. tapi tuh bukan betul pon emas.. tuh jenis batuan ape ntah yg seakan2 emas.. x de nilai pon.. hehehehehe...

    ReplyDelete
  4. seronok joint training macam nie .. nak2 bila tiba time makan kan ;)

    ReplyDelete
  5. awat mekchu...konpius nehh tertinggal keretapi kah saya...

    happy jek tengok mekchu dlm gambo

    ReplyDelete
  6. training pun nak jd kenangan gak kan..ala buat je la..lantak je

    ReplyDelete
  7. dekat dah tu ngan ratu mekchu cuma jodoh kite lum ade nak jumpa...banafee tu top ngan nasi ayam penyet.tp yg mekchu pegi tu baru punye ala2 bistro sbb malam ade live band.yg lg satu lama punye...deret2 situ gak...

    ReplyDelete
  8. ohhh, xdpt aku bygkan kau mencangkung ramai2 mendulang hehe..

    ReplyDelete
  9. kompem boss tak ngaku tu staff die..

    ReplyDelete