Pakar penyelidik kecantikan berpendapat wanita berusia akhir 20-an dan awal 30-an berada di garis puncak kesempurnaan dan lebih menawan berbanding gadis berusia 18 atau 19 tahun.
Hasil tinjauan pendapat 2,000 lelaki dan wanita, baru-baru ini mendapati kecantikan seseorang itu ditafsir berdasarkan kepada personaliti dan penampilannya. Saintis juga pernah berkata kecantikan itu sebenarnya bergantung kepada mata yang melihat.
Antara selebriti yang berusia 31 tahun dan dianggap berada di garis puncak kesempurnaan termasuklah pengacara TV, Christine Bleakley dan pengadil program Strictly Come Dancing iaitu Alesha Dixon serta Danielle Lineker.
Kebanyakan wanita British yang mencecah usia 30 tahun sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Lebih ramai berpendapat wanita mencapai kecantikan sempurna pada usia 31 tahun.
70 peratus responden mentafsirkan seseorang itu cantik apabila dia berkeyakinan, 67 peratus pula mengatakan kecantikan itu mempunyai wajah yang menawan sementara 47 peratus mentafsir kecantikan dengan tampil bergaya. - Agensi
*****
Kes Kedua
LOS ANGELES: Apa yang paling kerap diperkatakan ialah wanita muda paling dikejar oleh industri filem Hollywood tetapi ini tidak benar sekurang-kurangnya tahun ini berdasarkan kriteria pembaca majalah AskMen bagi senarai ‘99 Wanita Paling Diingini’ selepas aktres seksi Sofia Vergara menduduki tempat teratas, minggu ini.
Ini bermakna Vergara mengalahkan orang lebih muda termasuk Miranda Kerr yang berada di tempat ke-4, Nicki Minaj (5), Emma Stone (6), Scarlett Johansson (7) serta Candice Swanepoel (10).
Vergara nyata gembira dengan pencapaiannya apabila memberitahu laman web majalah berkenaan: “Saya rasa sungguh dihargai sebagai wanita paling diingini pembaca AskMen tahun ini. Terima kasih kepada mereka yang mahukan saya.”
Ketiadaan Aniston dan Jolie mungkin menandakan lelaki sudah mengubah selera atau kriteria mereka. Sebab itu mereka memilih Vergara selain Kim Kardashian yang berada di tempat ke-8, Rihanna (9) dan Zooey Deschanel (12).
Senarai yang dikeluarkan AskMen kali ini adalah yang ke-11 sejak dilancarkan dan lebih sejuta pembaca mengundi pilihan mereka bagi senarai 2012.
Penyingkiran Aniston dan Jolie juga dianggap pembaca majalah itu kini mengutamakan muka baru dan ia ketara bagi pilihan lima teratas dengan model Kate Upton di tempat ke-2 selepas tiada dalam senarai tahun lalu.
Selepas Upton ialah Rooney Mara di tempat ke-3 yang semakin dikenali menerusi filem The Girl with the Dragon Tattoo yang disusuli pencalonan Oscar.
Antara paling melonjak ke kedudukan lebih tinggi termasuk aktres Glee, Lea Michele yang kini di tempat ke-19 berbanding 91, tahun lalu dan penyanyi Selena Gomez di tempat ke-14. – Agensi
*****
Kita memang bukanlah secantik Alesha Dixon atau Danielle Lineker atau Sofea Vergara, tapi sekurang-kurangnya sudah terbukti bahawa di Eropah sana wanita berumur di atas 30 tahun adalah semakin mantappppp...
Tak mustahil kita pun boleh menjadi sihat, cantik dan mantap macam dorang jugak.. kannnn... ye faham, dorang banyak duit.. semua pun boleh kelihatan cantik.. kita cantik kan lah diri kita dari dalam.. boleh jugak kan.. (ayat tak nak kalah)
Sebagai kata-kata semangat pada kaum wanita yang serik melakukan kerja rumah dalam pada masa yang sama bekerja juga..
So, let's chill \(^o^)/
(kalau ada jumpa artikel berkaitan pasal ni, sila sambung menjadi kes ketiga, keempat dan seterusnya)
Wahhh..terus semangat lepas baca entry ni. Al-maklum la, mak dah nak masuk 31 tahun ni ;)
ReplyDeletewe proud to be a woman ;)
ReplyDeleteyeayy...makin cantik rupanya..hehe
ReplyDeleteyana kene simpan entry akak ni lg 3 tahun.. sebab yana bru je umur 27.. hahahaha...
ReplyDeletekita cantik sebab kita semua berani hadapi semua cabaran..mcm2 perkara suka duka semua kita lalui dan kita x lari dr kenyataan..Tuhan itu maha Adil.kan..;)
ReplyDeletebersemangat baca n3 ni walaupon lg 1 tangga nk cecah angka 3 :)
ReplyDeleteai mmg tau ai cantek tp laki ai kata dia taksuka puji nanti ai riak + takbur + bongkak + perasannn.......pitam!
ReplyDeletelin mude lagi..ekekeke..perasang!
ReplyDelete:p
Wahh..... Untung la I kalo camtu hehehe......
ReplyDeleteProud to be 33 this year :-D
ReplyDeletejadi takyahla malu2 nak bagitau umur bila org bertanya. mcm i jawab dengan yakin...dah 34 ok. hahahah
ReplyDeletewhat the----
ReplyDeleteaniston xmasuk list?
OMG!
i'd go for aniston anytime anyday!
biarpun tua,tapi masih lawa,comel dan sgt best kalau tgk dier belakon!
RACHEL GREEN FOR THE WIN!
memang betol lah.. diri sendiri telah pun merasakan nya! hak hakk..
ReplyDeletewell..kehkehkeh..dee perasan..tp dee rasa perempuan bila dia 40..dia nmpk anggun..tu yg mahal tu..provided dia pandai bergaya mcm maria farida tu..cantikkan..
ReplyDeleteowhhh tq...hahahahhha welcome 4series...ehh padahal baru 31 akekekkee
ReplyDeleteHehehe....lagi 3 tahun kene tunggu.....;p
ReplyDelete