Thursday, May 31, 2012

Our 7th Anniv - Best ke Cameron sekarang ni?

Kami memang plan nak berjalan bermula pada hari ke-2.. kira dengan jari berapa banyak tempat nak pegi dan terus plan nak bangun pukul berapa.. hihihi..

1. Ladang Teh Cameron Valley
Lepas b/fast, terus ke Ladang Teh Cameron Valley. Tapi kitorang panggil Ladang Teh Bharat.. ajak papa-jit pegi kat Sg.Palas tu tapi macam kena pusing balik jauh lah pulak.. mabuk semalam pun belum hilang lagi.. Lagi pun banyak kenangan tempat ni.. ecehhh tak bleh la nak gebang kat sini kannnn.. 

Good morning cameron :)

me at 17 weeks.. bam bam tapi edisi boleh dimaafkan lagi kot

happy 7 anniv my darrrling.. 7 tahun 1 hari :)

tengok mi-cah kalau dengan papa dia.. kemain lentok..

Lepas tu anak bujang dah tak keruan.. nak pegi ladang teh katanya, nak tengok lori.. dan mama dia lah jadi peneman sebab papa-jit dah order teh tarik se-chawan :) Maka berjalan beriringan sambil berpimpin tangan lah anak beranak itu..

captured by mi-cah.. sebenarnya dah turun 3-4 anak tangga.. tp licin la pulak.. mak ngeriiiii... 

Dapat lah petik selai daun teh kat tepi tu.. nak petik lagi tapi mi-cah marah.. dia kata tak baik petik2 daun.. baekkkkkkkk!!!

Tonggek jugak la montot bila nak mendaki balik.. mi-cah ajak lumba lari.. tak dapek den nak nolong.. kami kat situ sekejap je.. tak smpai 30 minit kot..

Last captured sebelum balik.. 

Sebenarnya ada kedai baru bukak kat situ2 jugak.. so, singgah lagi nak tengok apa yang best (walau pun tahu asas daya penarik adalah teh tarik). Cuma kat situ dia adds-on ada kedai2 cenderahati..

bestnya kalau dpt turun bawah tu.. 
 
sampai kena paksa kalau bergambar dengan mekchu.. kuat tu sbnarnya pegang tangan dia tak nak kasi dia lari..

Habis lah edisi ke ladang teh..

2. Sekitar pekan Tanah Rata
Papa-jit ajak singgah kat Mardi sebab dia kata masa kecik2 dulu rombongan sekolah pernah bawak pegi situ.. layan.... lagi pun masih awal lagi sebelum check-out..  Tapi Mardi tutup lah pulak hari Isnin.. adoiiiiiiyainyapun.. masa tu terrrrnampak sungai cameron yang mengalirkan air sungai bewarna oren.. oren okeh bukan kuning.. dan terus erkkkkkkkk!!!!!

Alang2 tu, singgah lah kat mana ntah ni.. nampak ada minah indon sibuk bergambar kat situ sebenarnya.. ingatkan ada lah yang menarik kat situ.. rupanya buah-buahan gergasi ni sajork.. hahaha.. 

kena letak jugak gambar ni sebab papa-jit nampak begitu kurus sekali.. ehemmmmm...

Panas okeh kat situ.. mekchu duduk je kat bawah pokok.. tak kuasa nak peluhkan ketiak.. Lepas tu balik hotel, relek2 kejap dan terus check-out..

3. Strawberry Farm, Brinchang
Kami punya pit-stop memang mengikut lokasi. Makna dia, singgah apa yang jumpa dulu sepanjang perjalanan nak turun. Maka, jumpa strawberry farm ni dulu sebelum jumpa tmpt makan.. Ahkak redha walau pun perut dah lapoooo...

aura baby girl katanya.. harusnya ada munge-munge.. kikikiki... 

sorang sibuk dgn rose.. sorang taksub dgan cactus.. bagus.. 

Mula-mula memang nak gi petik sendiri strawberry.. tapi disebabkan 3-3 pun tak suka strawberry, maka hasrat itu terbatal dgn sendiri.. petik memang seronok, lepas tu siapa nak makan? Bawak turun nanti konpem dah mashemmmmm... baik biarkan strawberry tu memerah kat situ dan bagi orang yang lebih memerlukan untuk petik dan makan..

kalau tak percaya tengok tu.. mekchu pilih yang paaaaaling kecik utk rasa.. lepas tu errrkkkkkk... cannot go anymore.. 

just makan ice-cream strawberry sebagai syarat dah sampai cameron... itu pun satu cawan share bertiga.. pun tak abis.. 

Jadi, memang seulas strawberry pun kami tak bawak balik.. ada beli jagung madu dengan keledek madu je bawak balik.. itu memang terbaekkk sebab manis sangat.. len kali nak kirim jagung/keledek/kentang madu kalo sape2 gi cameron.. Boleh?


4. Makan kat Food Court Brinchang
Dan tiba lah masa makan.. yaaribbbaaaa...

Cop!! Ini bukan mekchu yang melayan tau.. ini anak bujang sorang tu punya keje.. atau mungkin jugak kena paksa amek kan gambar. kalau tidak kena tembak.. hahaha.. tu nampak mekchu sibuk pilih lauk kat belakang tu.. 

Lepas makan, baru ada senyum.. Jom kita teruskan misi...

5. Cactus Valley
Nak masuk cactus valley, sila bayar RM4.. ehhh bukan dulu free aje ke? Dan mula lah kami mengira anak tangga.. ohhhhh semua2 pun bertangga.. semput...

 yessss.. ada pun gambar kami bertiga.. mntak tolong pekerja situ amek kan.. lepas tu habis bertanah camera.. hehehe..

 disebabkan semua2 pun kena panjat tangga dan mekchu adalah feremfuan fragile, maka ngko duduk diam2 kat situ.. 

 pemandangan dari atas... sangat tercemar.. semua pun nak digondolkan.. kesian pokok, kesian cengkerik, kesian anak2 kecil..

 bawak datang sini suruh dia tengok cactus.. tapi dozer bawak tanah juga yang dia kagum kan.. haisshhhh... 

mi-cah panggil ini cactus awan nano.. hahahahaha... 

Lepas tu, pegi kat seberang cactus ni pulak.. yang ada banyak2 bunga tu lah..

 mama ngan papa jadi perantin.. puas pujuk mi-cah suruh snap kan.. 

 dengan papa je dia lentok.. nak lentok je dengan papa.. 

Alahai, tengok gambar je lah ye.. tak yah caption dah.. cepat sikit siap entry :)

 
 
 
  
bila mama-chu berbunga... 
 
 
 dia pun nak berbunga jugekkkk.. sampai ke dalam keta tak nak tanggal.. 

Kat situ dah banyak improvement sekarang.. bleh drive thru kalau nak tengok strawberry.. kitorang nak jugak cuba sebab sesuai dangat lah tu drive thru utk pompuan mok mok ni kan.. tapi bila tengok jalan mancanak tingginya, terus cancel.. tak confident lah pulak sebab pikir takut kereta rosak.. hahaha.. 

Ok, next please... 

6. Butterfly Farm
Yang ini memang mekchu mengaku mekchu yang beria nak pegi.. suka tengok rama2.. dengan harapan banyak lagi rama2 yang tinggal..

Tapi, agak hampa sebab dah tak banyak pun yang masih tinggal dan tempat tu pun dah makin kecik..

 bila dekat2, takut lah pulak.. 

nampak kan yg hitam2 melekat kat dinding tu.. yang terbang2 tak banyak pun.. 
 
cubaan menghalau rama2 suruh dia terbang.. tp pemalas wooo rama2 kat situ.. 

sudahnya papa-jit yang terbang... 

rekues by mi-cah nak letak rama2 atas tangan.. tapi masing2 geli.. hahaha.. tangkap rama2 pakai kayu dan letak atas cap jek.. 

Lepas tu dah tak tahu nak pegi mana lagi.. lagi pun cuaca asyik hujan je.. pukul 3 lebih macam tu dah setel semua dan start gerak turun bawah.. Kami memang tidak bercadang nak bermalam lagi kat cameron.. separuh hari pun dah bleh cover tempat2 wajib sebab dekat2 je pon..

Petang tu terus turun bawah dan bermalam kat Ipoh pulak.. plastik muntah dah stand by takut mi-cah mabuk lagi.. tak pun takut mama dia yang mabuk.. tapi elok je turun sebab 2-2 kat belakang fengsannnnn...

Mengah membaca? mekchu lagi mengah menaip.. hahaha.. 5 hari punya draf baru bleh siap publish.. Jadi, sebagai balasan, lagi 5 hari baru ada update baru...

Fuhhhhh siap!!!! #lappeluh

Tuesday, May 29, 2012

Premium Beautiful : Promosi Hari Ibu

(sticky entry for 48 hours)

Walau pun Hari Ibu dah lama berlalu, tapi selagi tak habis Mei selagi itulah sambutan Hari Ibu kan.. Setiap hari pun kalau boleh nak anggap Hari Ibu..

"Ibu... Ibu.. engkau lah ratu hati ku...." ~ tapi mekchu panggil emak :)

Bersempena bulan yang best ni, PB ada buat special offer tau..



Tawaran untuk pakaian dalam Premium Beautiful... memang harga murah dah ni....

Klik di SINI untuk mengetahui tentang pakaian dalam Premium Beautiful...
Jika sebelum ni harga biasa adalah dari RM 2366.00 - RM 2800.00
TAPI KINI HANYA

RM 1700 ++ hingga RM 1900 ++

(Jimat lebih RM 600++)

Anda juga bakal mendapat FREE Natural Wash (Pencuci Premium Beautiful)
Cenderahati Ekslusif dari Alycia...
Haaaaa... best takkkk... bukan senang taw nak dapat harga murah macam ni untuk 1 set Premium Beautiful...

Haaaaa... best takkkk... bukan senang taw nak dapat harga murah macam ni untuk 1 set Premium Beautiful...
Tawaran sah sehingga dari 13 Mei 2012 hingga 25 Mei 2012...
Disebabkan permintaan menggalakkan, dilanjutkan sehingga  31 Mei 2012...
cepat-cepat... grab it now !!


Macam dah nampak simbol RM je kat mata tu.. ye lah kan JIMAT RM600.. siapa yang tak nak..

Ok, untuk maklumat lanjut pasal PB ni sila klik entry dari Alycia nih.. http://myalycia.blogspot.com/2012/03/pakaian-dalam-premium-beautiful.html

Korang nampak mekchu kurus kan (ini kes sblum mengandung).. Tapi nak pecah rahasia sebenarnya mekchu juga adalah pengguna PB.. uhuk uhuk.. terbatuk lah pulak.. tak percaya boleh baca kat sini..   http://myalycia.blogspot.com/2011/08/pb-panas-panas-promosi-raya.html

Haaaaa... jangan sangka orang kurus tak perlu ber PB okeh.. untuk sihat, apa salahnya kan..

Untuk info terkini pasal promosi PB, korang boleh LIKE page Alycia Premium Beautiful nih..  https://www.facebook.com/AlyciaPremiumBeautiful



Call / SMS Alycia : 019-6238010
kalau malu atau shegan bole emel : deqya2000@yahoo.com

Monday, May 28, 2012

Our 7th Anniv - Siapa yang mabuk?

Tahun yang ke-7 kami celebrate di Cameron Highland sajork.. Pergi hari Ahad, balik hari Selasa.. Isnin dan Selasa tu amek cuti (tetap kena bagi tau kat sini). Kitorang kalau tak kerana nak sambut annivesary, memang lah susah nak nampak kami pegi bercuti mana-mana..

Tengah hari baru bertolak sebab papa-jit baru sampai dari JB malam tu.. kasik recharge battery driver dulu..

Planning nak naik Cameron adalah dalam sebulan yang lepas. Itu pun takut2 je nak buat plan sebab papa-jit tu kehidupan dia penuh dengan agenda outstation.. Itu pun nasib dia bleh balik awal dari JB malam tu..

Perjalanan lancar.. Sampai je Bukit Jelutong mi-cah dah lalok.. Baik punya tido lepas pekena nugget happy meal..

suka sangat tengok masa dia cuba menahan mata.. tapi tak bleh gelak keluar suara.. dan akhirnya tertewas.. 

Memang angkut tilam ngan 3 bijik bantal masam dia kemana-mana.. Tilam tu dari lahir lagi.. Tukar sarung je.. Bantal dia best wooo... sejuk dan lembut je.. kitorang pun suka pinjam..

 Kasi puas sakat dia dulu.. lepas tu baru betul kan tidur dia..


Sampai je Tapah, mi-cah bangun.. adoiihhhh apsal la ko tak tido sampai kat atas nanti..

Ingatkan dekat Cameron nih.. rupanya hazabbbbbbbbb.... bila pikir jalan dia mengalahkan ular sawa, rasanya tak pe la.. lagi 7 tahun kot kami naik sana.. Dulu rasanya dekat macam kl-seremban je.. hahaha..

Exit Simpang Pulai.. rasa jauh dia macam dah sampai UUM.. nasib lah mekchu dah melepasi fasa mabuk.. kalau tidak, konpem selang 5 minit mintak berenti nak muntah.. tapi mi-cah pulak yang mabuk teruk.. kesian dia.. sampai kan muka dah pucat lesi.. pangku kan dia dan urut belakang dia.. senyappppp je.. tengok2 bibir dah biru.. penik!!

Terus mintak berenti kat tepi.. apa ntah nama tempat tu, janji bleh kasi mi-cah relek sekejap.. Sejuk ooo masa ni.. lagi sejuk dari ekon dalam keta..

ni baru lepas pegi toilet apa semua.. boleh lah senyum2..  

 asyik2 nak bergambar ngan papa je.. ada sedikit cemburu di hati.. 

Kitorang booking kat Planters Hotel, Tanah Rata.. Ingatkan dah dekat.. rupanya ada lah lagi 30 minit kot..

Cameron dah tak cantik macam 5 tahun lepas.. tercemar sana sini.. semua lereng dah gondol.. kesian pada alam semulajadi..

Magrib jugak baru sampai hotel.. rehat sekejap terus gi carik makan.. Memang hari tu kami tak bercadang nak pegi jalan mana2..

Hari pertama diakhiri dengan gambar 2 orang hero di hati mekchu ni.. 

najmi dan najib.. siapa lagi komunis? hahahaha...

Friday, May 25, 2012

Dapat Samsung Galaxy Tab Free

Ni kisah sambungan dari hati ikhlas seorang isteri membenarkan suami pegi tornament golf hari tu. Kejadian adalah pada bulan lepas...

"Tak tahu lah kenapa pagi itu hati ini sangat merelakan suami menyertai pertandingan golf. Selalu aku tak macam ni.." hahahaha itu petikan dari novel "Isteri,Suami dan Golf" yang akan berada di pasaran tak tahu bila..

Rupa-rupanya dia bawak balik berita gembira.. tak sempat balik lagi sebenarnya, berita gembira bergambar tu dah sampai dulu..

Hadiah paling best kot.. 

Disebabkan dia dah menang, mekchu letak 2 keping gambar sebagai penghargaan.. Walau pun tab 10.1 tapi free der.. itu yang penting.. kalau tak salah dia lah pesaing i-pad skang ni kan?

Anjuran Sime Darby.. memang kayo sebab hadiah dia semua best2 belaka.. bukan senang dapat join tournament yang TIDAK menawarkan peralatan letrik dapur sebagai hadiah.. 

Flight dia hari tu.. ehh gelak pulak.. memang di panggil flight taw.. sorang kepala, sorang ekor, sorang sayap kiri dan sorang sayap kanan (agaknya)

Dah, cukup 2 keping je kot.. Siapa suruh selalu outstation tinggalkan anak bini.. hahaha tiba2 emosi menguasai diri..

Dia balik je rumah mekchu sambut dengan senyuman paling manis.. tengok tangan tak nampak pulak tab nya.. rupa-rupanya seminggu lepas tu baru hadiah tu di deliverkan.. mana nak tau.. ahkak kan rakus..

Dan ini lah suasana bila hadiah tu dah bertukar tangan..


Of kos lah over kan.. papa-jit dah janji semua hadiah yang dia menang adalah milik mekchu KECUALI bola golf.. So, tab itu adalah otomatik menjadi milik mekchu.. suka tak? suka tak?

Tapi...... entah macam mana dia pujuk mekchu dia nak tab tu... dia pujuk dengan tukarkan tab tu dengan duit RM500.. hahahaha.. walau pun sepatutnya harga dia adalah 3 kali ganda dari tu.. tapi perempuan ni bila dengar je duit mula lah ada bling bling kat mata..

Bila dipikirkan, baik amek je duit tu sebab mekchu kureng lah dengan gajet-gajet ni.. bleh gak shopping baju.. dah ada bb untuk surfing, facebooking, tweeting dah cukup dah.. gajet ni buat berat nak angkut je..

Dan bila persetujuan dimeterai, masih mekchu jugak yang kena angkut dalam henbeg.. dah lumrah erk bini kena angkut segala mak nenek dalam beg?

Siapa yang untung dalam cerita ni? mi-cah jugak....


Wednesday, May 23, 2012

Saya hari ini :)

Baju ni yang paling last beli masa ngandungkan mi-cah dulu.. Dah hujung2 pun nak beli lagik. Dapat pakai 3-4 kali je lepas tu dah beranak..


Tu nak tayang cekak rambut ber munge crochet hadiah dari marinahunny. Bukan itu aje, dia siap bagi 3 helai kain batik buat pakai masa pantang dengan brooch lagik.. terharu.. sungguh terharu.. Terima kasih wahai sahabat maya..

Kalau lah ada baby girl, akan ku hiasi dari hujung rambut sampai hujung kaki dengan bunga2 pink ;)


Sunday, May 20, 2012

Umur KAMI sudah 7 tahun

Sebelum taip tajuk tu, sempat double check kira dengan jari sekali lagi sebab macam tak percaya sudah 7 tahun.

20.05.2005 ~ 20.05.2012 = 7 tahun. Betul kan?

gmbr edit sendiri.. kata pegi training photohop :)Ohhh gelang tu dah hilang. Mintak ganti tp dapat yang halussssssssss je..

 malam nikah sebelum kena angkat naik 'kapal'

sang arjuna yang kurus keding

dan sang dara yang manis.. hahahaha pitammmm

Dulu mana de amek gambar kat sawah padi semua.. dapat backdrop pelesu pun dah cukup baik..

Lepas tu gi horneymoon kat cameron. Dapat prezen horneymoon pakage kat Strawberry Park. Wallaweiii.. Part tabur2 bunga atas katil dan dalam bath tub mmg terbaekkk... hahahaha tiba2 yg ko nak flash back ni kenapa?

Carik gmbr masa pegi honeymoon tapi tak de. Jumpa gambar masa 2007 ni aje. Dan itu lah kali terakhir kami sampai sana.. 

Dan setelah 5 tahun tak jejek sana, kami memutuskan untuk celebrate 7th anniversary kat Cameron je.. huuuyeahhhh.. harap2 sejuk lagi.. tak jauh, dan tak dekat sgt.. sesuwei untuk bawak feremfuan fragile ini berjalan-jalan..

Tahun ni kena kuarantin. Tak boleh jalan2 obersi lagik. Ngko pujuk lah cemana pun, papa-jit mmg tak akan luluskan.. Nasiblah dulu sempat jugak 2 tahun berturut-turut :)

Terima kasih papa kerana menjadikan ikatan perkahwinan kita semakin hari semakin teguh seteguhnya binaan Taj Mahal.. ehhh tahun depan kalo dapat pegi tgk Taj Mahal pun best jugak nih ;p