@churalliya

Thursday, May 17, 2012

Asalnya nak bawak pegi makan

Perempuan ni asyik lapar lapar lapar.. Bila balik rumah seremban, memang lah kena tapaw atau makan kat luar sebabnya ada 5 butir beras je kot yang tinggal..

Ohh ye, ini adalah pada hujung minggu minggu minggu yang lepas. Hujung minggu tu bermaksud hari cuti. Ok, sekarang perlu maklumkan macam tu supaya tiada unsur2 yang konon2 caring tapi tak perihatin.. Siapa yg follow fb mekchu dia tahu lah kot.

Dan untuk makluman juga pada hari yang sama dengan kejadian mi-cah tido dalam almari tu..

Asalnya papa-jit nak bawak pegi makan petang (ada erk istilah makan petang?) tapi rupa2nya itu umpanan semata.. Kena layan 100 bijik bola dulu baru dapat jumpa makanan.. tsk tsk..

tak tahu kenapa, hari tu mekchu terasa amat rela... 

walau pun tahu amat amat dan teramat bahaya kalo bawak budak kecik tu.. buatnya terkena swing pftttttt.. mi-cah tu bukannya reti duduk diam.. 

Memang saje pilih yang paling hujung dan jauh dari keramaian.. risau kalo terkena bola.. 100 bijik bola hari tu terasa macam siiiiikit sangat.. dan perut pulak elok je bertahan. tadi kemain lapar..

tengok yang belakang tu.. kemain semangat lagi.. maklumlah ada tournament esok nya.. 

yang budak kecik ni pulak siiibuk lah sangat nak pukul jugak.. tengok tu sampai nak tertonggeng letak bola atas 'bendalah' tu (kes tak tahu nama)

mekchu kerjanya puji pukulan mi-cah bagus. Tujuannya supaya mi-cah pukul cepat2 dan kasi bola tu cepat sikit habisnya.. tapi mana yg dekat2 tu papa-jit kutip balik.. grrrrr...

gaya wooden tiger.. terbatuk mama ngko!! ketiak mu tetap menjadi poojaan hati ku..

mereka yang amat disayangi.. 

Pertama kali bawak mi-cah ke driving range ni dan ternyata dia memang suka.. sesuatu yang baru pada dia kan.. of kos lah teruja.. kalo tidak main kat laman rumah nenek labu aje..

suka sampai siap nak pegi simpankan bakul.. ye la tu, ni aksi membodek nih!!

Tak sangka dengan kerelaan mekchu ikut pegi driving range petang tu membuahkan hasil pada ke esokkan harinya.. Papa-jit pulang dari tournament dengan membawa sesuatu yang BERHARGA.. apakah?

Itu lah, len kali kalo nak pegi tournament, mesti dapat keizinan si isteri. Bila isteri izin dengan rela hati, dapat bawak balik hadiah super duper best.. tak gitu?

17 comments:

Chekpid said...

amboi ko..semenjak bertenaga kacippaktimah ni, asyik nak makan je yea..ha, bagus dah tu. baru berseri sket aku tgk :)

Nad @ MamaZakwanNayli said...

wah..apekah agaknye iteww..? hhehehe

la..papa-jit ke yg blkg tu?
hehehe

amirah said...

apa la agaknya yang BERHARGA tu ek..huhu

amaniammar said...

salam

sis tahniah ats HADIAH terkini (preggy)..+ HADIAH tournement tu cer buat entry

hihii

♥MAMASYAZA♥ said...

dah lama tak ikut en. abah pegi driving range, sejak dia asik dok merungut sakit belakang

Nini D.. said...

memang sokong sgt..kalo isteri kasik keizinan,..kompem balik kang bawak ikan berkilo-kilo..eh,salah?!!

syawalsimpsons said...

agaknyer mekchu kena publish citer ni hari yang sama amik gambo..kang payah ada yang terlalu prihatin ni kan...mmmm....

terbaik la mi cah..pukul laju2./..leh mama kamu makan pon laju2..kakakakak

Mimy Hamid said...

lari topik..mekchu preggy lawa wooo..naik seri

CuTeMiUt78 said...

hik..hik.. kemain lagi mi-cah ya.. ada gaya bakal jd tiger wood.. :D mekchu pun kemain berseri2 gak..
betul2... nak g mana2 pun mesti dptkan keizinan isteri kan.. baru dpt berkat.. :D

CaDLyNN said...

wah2...mi-chah follow papa-jit ni..boleh diorg menebas bersama..hehehe

therosputih said...

betul2...bila isteri redha, mesti suami dapat sesuatu...apalagi...

redha la bebanyak...agagagaga

eda_ej said...

sonok tengok michah main.. cute je..

Alycia said...

nmpak berbakat sungguh michah... insya allah, bakal membanggakan mama & papamu tu ;)

Bitt (double IS) said...

1. pasal slim sangat mekchu! makan banyak lagikkkk!! tapi cun jek :) hehe

2. owhh lepas ni papajit kena bawa family hehehe tapi kena mood family ok baru bleh menang lagik..ehheehe congrats..

NeenaAnuar said...

gilerr kurus kamu mekchu! apa rahsia???

ch@ said...

mekchu nak pergi riadah pun cantik. jeles btl ah.

QasehnyaRania said...

eh..eh cmno leh terlepas n3 ni..
suka tgk micah..gaya yg bersahaja ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...