Monday, November 5, 2012

Nama penuh NAJWA dan kontroversi disebalik nama itu

Ngko.... tak hagak-hagak bagi tajuk macam anak tu retis...

Dari dalam perut lagi nak letak nama NAJWA.


Ramai yang tanya apa nama penuh baby.. baekkkkk lah... Nama anak dara saya adalah NAJWA SYAHIRA BINTI MOHAMAD NAJIB.. Najwa bermaksud berbisik/berbisik-bisikan dan Syahira bermaksud mahsyur... InsyaAllah...

Dan menyentuh mengenai nama NAJWA pulak.. Sejak mengandung abg long mi-cah lagi.. kalo boy nak NAJMI, kalo gegirl nak NAJWA.. tahun 2008, masa tu tak dgr pulak pasal isu nama najwa tak baik, itu ini, situ sini...

Baru-baru ni pulak isu ni timbul.. mengikut dalam islam, maksud nama NAJWA adalah berbisik/berbisik-bisikan.. dan ada pulak pengamal perubatan islam yang kata nama NAJWA tu tak berapa baik.. mekchu percaya ramai yang dah baca...

Ramai kawan-kawan yang bagi link dan berkongsi mengenai isu ini.. terima kasih..

Kami telah bertanyakan dengan ustaz dan menurut ustaz, sesuatu nama itu bergantung bagaimana ejaannya dalam jawi.. dalam rumi ejaannya masih sama..

Kita sebagai seorang Muslim, tidaklah boleh mempercayai perkara ini 100 % kerana Allah itu Maha Berkuasa dan kita wajib mempercayai pada qada’ dan qadar… segalanya dalam ketentuan-Nya. Tetapi kita juga telah diamanahkan-Nya supaya sentiasa menuntut dan mengkaji ilmu Allah yang maha luas ini.

mekchu bersama d'double NAJ.. tu sorang lagi NAJ yang amek kan gambar.. 

Najmi Syahputra... dan...

Najwa Syahira..

Alhamdulillah, 2 amanah Allah ini harus dijaga dan dididik dengan sempurna.. Semoga anak-anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah dan menjadi kebanggaan mama & papa suatu hari nanti... Amin...

24 comments:

  1. pasal nama tak elok tu..
    yg kata jin suka nama2 tu..
    saya pun ada terbaca
    zakwan pun ada dalam senarai..



    ReplyDelete
  2. ya sokong..time sue taruk nama izz dani aqlan tu pon mak tanya...aqlan tu ejanyer dalam jawi cam ne...mmmm....

    ReplyDelete
  3. Nice combination of mama n papa..

    ReplyDelete
  4. moga Najwa menjadi anak yg solehah..

    dee rasa ok je kot...kita mesti nak yg terbaik utk anak kita kan..

    ReplyDelete
  5. cantik nama tu... dua dua pun best namanya....

    ReplyDelete
  6. Semoga Najwa membesar menjadi anak yang solehah...

    ReplyDelete
  7. olololo..comelnya..nama pun sedap :)

    ingat nak soh letak Syafiqah ;p hehe

    ReplyDelete
  8. ohh Najwa semoga kamu menjadi anak yg solehah buat mama dan papa.
    comelnya kamu anak..

    ReplyDelete
  9. Comelnya najwa..selimut dia pon cantek. Hihi oot!

    ReplyDelete
  10. Comel nama dorg..insya allah kalau dididik dgn sempurna...sempurnalah anak ni kan.

    ReplyDelete
  11. 2 naj yang comel...anak ko mmg gebu tau ...nama ada makna tp aku pernah dgr ustaz lain lak cakap...as long ada maksud

    ReplyDelete
  12. Dah lengkap sepasang yer mekchu! Tumpang gembira semiga anak2 mekchu menjadi anak yg soleh dan solehah.. Nama dorang pon best!

    ReplyDelete
  13. semoga dua2 naj nih jadik anak yang soleh dan solehah...coming soon, another naj jugak...=) ekekekeke

    ReplyDelete
  14. Tahniah buat mekchu dan suami . Permata hati yang ditunggu ......
    Semoga menjadi anak yang solehah ...

    Najwa tu bukan nama bunga ke ...hehkkkk hekkkk

    Kalau ajwa ~ nama kurma nabi.

    Apa pun ..... anak itu seumpama kain putih........
    Tahniah tahniah ...

    ReplyDelete
  15. Nyenyak nyer najwa tido dlm selimut tu :)

    ReplyDelete
  16. betul mekchu.. kita tak boleh nilaikan seseorang tu berdasarkan nama sahaja.. yang penting didikan agama yang sempurna.. nama pun tak semestinya dari bahasa arab, bahasa lain pun boleh asalkan elok maknanya..

    ReplyDelete
  17. tahniah mekchu..
    semoga adik beradik ni menjadi anak yang soleh dan solehah buat kedua ibubapa.

    ReplyDelete
  18. mekchu dah dapat sepasang dah...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  19. yang penting anak tu soleh dan solehah kan.. =D

    ReplyDelete
  20. comeyyy nama tu.. sok dh besar bole jd penyanyi mcm najwa latif hehe..

    ReplyDelete