Friday, December 14, 2012

Kembalinya Atok Jah ke rahmatullah

Hanya seminggu lebih di hospital, pada tarikh 13.12.12 (sehari selepas entry 12.12.12) kembalinya atok jah (bapa mertua) ke rahmatullah.. Al-fatihah..

Jenazah telah selamat dikebumikan sebelum zuhur semalam. Semoga rohnya sentiasa ditempatkan dikalangan orang yang beriman disisi penciptanya.. 

Arwah yang sangat kuat bergurau.. Paling sedih bila teringat selalu minta tolong arwah letupkan tulang belakang mekchu.. Bila nampak arwah duduk tengok tv, mula lah mekchu datang duduk bawah lantai  sambil kedua tangan di belakang kepala.. abah tarik siku sambil lututnya ditulang belakang.. berderup derap bunyi tulang.. memang lega sangat.. 

 1946 ~ 2012

kenangan...

Terima kasih atas ucapan dan doa kawan-kawan semua.. Tak sangka kan, hari ini kita sihat. Esok lusa kita dah terlantar sakit.. 

Kepada-Nya dia datang dan kepada-Nya juga kita kembali..

Arwah mengidap kanser usus dan hati tahap 4 sama macam arwah abah mekchu dulu. Sakit yang ditahan sekian lama, hanya bila dah tenat baru beritahu anak-anak.. 

Kesihatan adalah kekayaan yang sebenar.. Hargailah ibu bapa seandainya mereka masih hidup..

Al-Fatihah.. 

Besar sungguh erti sebuah kehidupan buat seorang insan bernama Suraya Mazni, dia kehilangan bapa tersayang tatkala mendapat berita gembira --> hadirnya Micah. Sekali lagi dia diuji apabila kehilangan bapa mertua tatkala sedang gembira mengalu-alukan kehadiran Najwa. Sesungguhnya Dia menyayangi kamu wahai Suraya Mazni. Setiap dugaan dan apa yg Dia tentukan adalah terbaik utk setiap insan.
Bersabarlah dan tabah menghadapi dugaan. Al-Fatihah. ~ Rosnizam Mat



19 comments:

  1. Takziah mekchu & family. Al-fatihah utk arwah.

    ReplyDelete
  2. takziah mekchu..semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman..

    ReplyDelete
  3. Al fatihah..!
    Salam takziah buat mekchu sekeluarga. Rasa nyer baru je ari tu mekchu ckp gi melawat arwah kat hospital..

    ReplyDelete
  4. salam takziah untuk mekchu dan keluarga..semoga roh Atok Jah dicucuri rahmat..amin..

    ReplyDelete
  5. takziah buat mekchu dan bapak..Moga Allah menempatkan atok jah bersama para solihin

    Perjanjian hayatnya setakat ini saja, kita entah bila pula? uhukk...

    Tgk muka tok jah, bayangkan muka bapak bila seusia dia nanti hehehe mesti sama kan :P

    ReplyDelete
  6. Takziah mekchu.. Kembalinya warga kg melang ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin..

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah ...

    Bersabar yer mekchu. Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti. Moga arwah ditempatkan di kalangan para solihin. AMIN.

    ReplyDelete
  8. Takziah buat mekchu dan keluarga.

    sedih pulak aku bc entry ni. tetiba teringat kat arwah ayah. sbb ayah aku meninggal pun disebabkan kanser kolon tahap 4. arwah mampu bertahan 4 bulan shj selepas disahkan kanser, terus meninggalkan kami buat selamanya...

    Alfatihah..

    ReplyDelete
  9. salam takziah buat mekchu n family...al-fatihah utk arwah,semoga rohnya dicucuri rahmat dan digolongkan di kalangan para solehin

    ReplyDelete
  10. Salam takziah mekchu dan famili
    Kita doa sama2 moga arwah ditempatkan di kalangan mereka yg beriman..
    Alfatihah...

    ReplyDelete
  11. Sesungguhnya setiap kita adalah dari Dia,dan kepada Dia juga kita kembali..

    ReplyDelete
  12. salam takziah mekchu...alfatihah..

    ReplyDelete
  13. Salam takziah buat mekchu dan keluarga,semoga tabah menghadapi dugaan dariNya.Al-fatihah buat arwah mertua ye

    ReplyDelete
  14. TAKZIAH.......buat mekchu sekeluarga..

    moga roh atokjah dicucUri rahmat
    in sha allah

    ALFATIHAH

    ReplyDelete
  15. takziah... sama sakitnya ngan arwah ayah saya... kanser usus..

    ReplyDelete
  16. al-fatihah
    dan salam takziah buat mekchu sekeluarga

    ReplyDelete