Sunday, January 27, 2013

Resepi Homemade Pizza

Setelah sekali lagi korang berjaya membeli jiwa dengan pujian berbunga-bunga, Kena la jugak mekchu buatkan resepi Homemade Pizza.. ini adalah entry resepi yang ke-2 di blog ini..e-yeyyyy....

Resepi ni akak mekchu yang ajar.. dia kata senang.. bila buat memang sah la senang nyaaa..

Bahan-bahan yang perlu ada...

Mangkuk 1 (isi pizza) : daging ayam kisar, hotdog dan udang (ayam boleh ganti dengan daging. hotdog dan udang kalo tak suka tak perlu letak)

Mangkuk 2 : red capsicum, green capsicum, bawang besar separuh dan sebiji bawang putih

Mangkuk 3 : shredded mozzarella cheese

Roti pizza dan pisau pemotong. Serta sos cili dan moayonese (tiada dalam gambar)

Bagi orang Seremban, mekchu boleh cadangkan beli mozzarella cheese dan roti pizza tu kat Pasaraya Rakan (berhadapan Giant Senawang).. Kalau nak carik kat jusco/giant/tesco pun ada rasanya..

 Hiris red capsicum, green capsicum dan bawang besar

 Tumis bawang putih dengan bahan di Mangkuk 1 tadi. Separa masak aje. 

Ada orang tak tumis pun ayam/daging semua tu.. Kalau tak tumis nanti takut tak masak betul pulak.. terpulang pada masing-masing..

Bawang putih tu pun dah naik hangus.. Ye la, orang tak pernah memasak sambil mengambil gambar.. Serius mencabar..

Kendian, gaulkan bersama bahan2 yang dah dihiris tadi.. Tolak ketepi sekejap..

Sapukan sos cili kegemaran di atas roti.. sapu rata-rata tau.. Masa ni dah boleh panaskan oven

Taburkan mozzarella cheese.. lagi banyak ditabur, lagi sodap.. sambil tu tekan-tekan sikit kasi padat..

Ambil bahan2 tadi tu. tabur kat sebelah atas nya.. pun tekan kasi padat.. Nak tabur lagi cheese pun boleh..

Dah sudah sesi tabur menabur, masukkan pizza ke dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 minit dengan api atas bawah.. ehhh gitu ke ayat orang memasak erk?

Jangan lupa panaskan oven dulu tau. Jangan terus masukkan pizza.. Dah panas dalam 5 minit, baru boleh masukkan..

Dan inilah hasil selepas 20 minit.. suka part cheese bertali-tali tu.. terasa macam hebatnya aku memasak!

tu berlakon aje tu.. dia bukannya nak makan pizza.. sibuk kutip udang aje

Masak pizza ni lagi senang dari masak kuih kodok sebenarnya.. kuih kodok kena masak seketul demi seketul masuk dalam kuali.. kena jaga pulak nak terbalik kan.. tapi pizza ni masuk aje dalam oven tu.. bila dah masak berbunyi lah ia..

Tapi nak buat macam mana kan... kuih kodok tetap di hati papa-jib..


by mekchuN (^_^)

9 comments:

  1. Sedap pulak nampak.. lepas ni letaklah resepi lagi yer ... Senang nak buat sebab step by step su tunjuk... bravo...

    ReplyDelete
  2. ermmm memang nampak sedappp, akak pun dah lama tak buat utk anak2, penyakit malas dah menjelma

    ReplyDelete
  3. aah memang senang darin kodok kan mekchu..huhuhu

    ReplyDelete
  4. amboi...keluar dah resepi kedua chef mekchu! bravo :)

    nampak sedap..lg2 tang cheese berdosa tu..ekekekeke

    ReplyDelete
  5. kuih kodok tetappp yg paling best.hakhakhak

    ReplyDelete
  6. hahahhaha
    cuma satu mana cari roti pizza tu yer..puas i cari...kadang2 jumpa yg ada topping terus...tak syok nak makan dengan sosej jek hehehe

    ReplyDelete
  7. comfirm sedap air tangan mama-chu kan :)

    ReplyDelete