Friday, April 5, 2013

Kat mana nak order keperluan untuk Majlis Aqiqah

Lupa lak nak buat entry penutup.. Dah janji ngan reader, kena la tepati :D

Mekasih ye sebab masih setia melekap kat blog #ntahapaapantah ni..

Sebelum tu nak bagi tau, info2 yang bakal mekchu share nanti kebanyakkan sesuai untuk penduduk area Seremban... kalau tempat lain boleh jugak nak order tapi mungkin ada xtra charge lah.. Untung oiii jadi orang Seremban sebab ada blogger yang baik hati dan rajin macam mekchu ni.. #sangat!

Memula pasal kambing golek..

Boleh call nombor yang ada kat lori tu.. memang sedap.. tak macam makan kambing sebab tak de bau langsung.. 

kambing dah siap masak.. jadi tak de la terhegeh nak menggolek pagi tu.. ohhh pakej bersekali dengan side dishes..

Goodies untuk tetamu..

Part goodies ni memang pening kepala.. memang kena plan dan booked awal2..

mekchu order di facebook.. sebab geram dengan jar dia.. 

ada banyak pakej.. mekchu order bag yang ada mineral bom & jar..  

setiap satu item diiringi gambar wawa... kikiki..

Nak letak apa dalam jar tu kendian pikir.. sebab terlalu geram dengan jar tu so beli je dulu, yang lain2 kemudian pikir.. Last-last dapat idea nak letak biskut2 comel.. sesuai lah dengan size jar tu.. Kali ni cuba nak elak dari bagi gula2.. 

beli kat kedai biskut.. sambil isi dalam jar, sambil isi dalam mulut jugak :)

 
dan begitu lah seadanya untuk tetamu yang hadir.. mekchu suka biskut yg ada kaler2 kat atas tu.. 

Ok, mekchu order kat facebook Mamaliana Doorgift

Kendian pasal Buai Berendoi dan perhiasan pulak

Kalau google pasal buai berendoi ni memang bersepah.. cuma ngam atau tidak je dengan bajet kita.. nak yang macam anak raja pun ada.. tapi ku sadar, wawa bukan anak raja mahu pun anak retis.. hahaha

Jadi, semua pun under bajet.. dan result yang sangat memuaskan hati..

jumpa yang se-tema dan under bajet..

yang paling penting anak ngkoo nak tido dalam buai tu.. 


Mekchu order di facebook Afdayanti Abdul Hamid

Pavlova di Seremban

Majlis Aqiqah yang dibuat sempena birthday papa-jib... jadi sebagai isteri yang tak pernah rasa apa itu pavlova telah mengambil kesempatan order pavlova yang sedap di seremban.. .

Mekchu order di facebook Dessert Queen

Baju? Pasal baju pun ada reader mintak share.. Bahekkk laaahhh... sebab korang suka melekap kat sini maka mekchu buatkan..

[ @ ] churalliya Here we go.. Wearing peplum top from @azorias and matching mermaid skirt from @tiniematasesutera.. Love the peplum coz can wear in both casual n formal.. #azorias @tiniemainy #ootd

Peplum free menang share status Azorias kat facebook hari tu.. Peplum yang menjadi pilihan Hanis Zalikha tu laaa.. Ingat? Ternyata kita tak sesaiz dengan keknis.. sebab ketat bila pakai.. risau je tetas bila nak tarik napas..

Mekchu dan facebook memang tidak mungkin dipisahkan.. Seandainya terpisah, maka postponed lah majlis aqiqah hari tu.. hahahaha..

Ada ke lagi yang terlupa nak share? Kalau ada korang tinggalkan komen lah ye.. nanti mekchu update lagi..

Sebagai balasan atas penat lelah mekchu, korang kena klik LIKE/SHARE pada butang yang ada kat bawah ni boleh? Kalau tak, aii tamo share-share lagik dah.. hemppfffhhhhtt (berpeluk tubuh dan pusingkan badan ke kanan dan libaskan rambut. Lepas tu kena tumbuk ngan orang sebelah dan membalas semula sambil menarik rambut.. Ok, cukup. Drama sangat!)


by mekchuN (^_^)

5 comments:

  1. Nak share mcm mana? Tertanya soklan bodoh plak...

    ReplyDelete
  2. last week pun buat aqiqah tuk budak2 ni. tapi sian dorang sebab mama nagn babah dorang tak sempatttt...huhu..sume x sempat. nak pelamin bagai la. verangan kenmain tapi last2 arissa pakai t shirt ngan suar jin. princess sangattt...huwaaa..kritikal

    ReplyDelete
  3. mmg area sana je banyak ye...tp mmg barang2 semua di hujung jari tu..eh salah..ke hujung HP..kakakak

    ReplyDelete
  4. Wah..banyak info berguna ni mekchu,sebelum ni nak buat aqiqah mcm susah je nak cari benda2 tu kat area Seremban(time anak2 kita kecik la) sekarang dah ada banyak info tapi dah takde anak kecik lagi,camne tu??hahaha

    ReplyDelete