Friday, May 31, 2013

Baju Kurung Rizalman untuk di let go

Teringin tak nak pakai baju dari Rizalman? Teringin tak? Ni ada berita baik..

Mekchu ada sepasang baju kurung furshia pink dari Rizalman untuk di let go..

Info mengenai baju :
1. Dibeli pada Ogos tahun lepas (bulan puasa tahun 2012). Masa tu sedang pregnen 6 bulan.
2. Baju adalah dari koleksi 20 by Rizalman yang paling hot sempena hari raya di cawangan Tesco di seluruh Malaysia masa tu..
3. Size L dan material adalah dari lycra
4. Dibeli pada harga RM250.
5. Baju labuh dan tutup montot
6. Dah tambah munge-munge jahit sendiri pada kedua belah tangan.

Ok, ini rupa baju tu bila model yang pakai..


Dan ini rupa bila perempuan mengandung pakai..


Hanya pakai sebanyak 2 kali sahaja..

Yang pertama masa berjalan raya tahun lepas...


Dan yang kedua masa Majlis Santapan Negeri pada awal tahun hari tu..


Masa dinner ni lah baru perasan yang baju ni agak besar bila dipakai.. Amek gambar pun semua kena menyorok belakang suami :) Ambil size L dengan harapan muat semasa mengandung dan muat juga selepas mengandung.. Nampaknya memang tinggal harapan..

Lama jugak pikir nak let go ke tak nak sebab sayang weiii... Dan dari simpan dalam almari lebih baik let go aje.. Kenapa mekchu nak letgo baju ni sebab besar bila dipakai... Uols tahu lah kan ibu muda ni kan kecik aje orangnya.. pangggggg!!

20 by Rizalman


Ukuran baju :

  • Bahu 15"
  • Labuh baju 27"
  • Labuh kain 38"

Kenapa warna nampak lain? sebab kita tak de camera canggih.. warna sebenar tengok kat gambar model kat atas tu..

baju yang cutting kembang di bahagian dada yang membuatkan mekchu jatuh hati.. dah tambah munga-munga kat tangan tu.. kalo tak suka dun worry mekchu boleh bukak semula.. 

kain pulak jenis bergetah.. jangan cakap tak muat ok.. ahkak yg dulu mengandung 7 bulan pun boleh muat.. 

Siapa yang beli, mekchu bagi paper bag Rizalman ni sekali.. InsyaAllah mekchu akan simpan elok2 setiap yang mekchu sayang..

Mekchu bukak harga RM150 sahaja.. Siapa yang berminat boleh terus emelkan di churalliya@gmail.com atau pm kat fb https://www.facebook.com/suraya.mazni.. Siapa cepat dia dapat..

Tak payah tunggu jadi retis baru dapat nak pakai baju Rizalman ok (^_^)

Update : Harga boleh nego.. sila emel untuk borak-borak panjang.. 

Update : SOLD OUT

by mekchuN (^_^)

Wednesday, May 29, 2013

Candy Crush Saga.. Sungguh kuat pengaruh kamu!

Selama ni mekchu akan membebel sendiri setiap kali ada orang cuba invite untuk play game berhantu ini..

Dan sekarang tidak lagi.. Sebaliknya, please please bagi saya nyawa... hahaha

tu la dia.. sudah terjebak... sampai level 14 terus habis nyawa.. 

Mekchu ada ramai pakar rujuk kat opis.. maka perjalanan menjadi semakin mudah..

Beberapa jam selepas...

ku sudah di level 17 sambil mengharapkan lebih ramai kawan yang memberikan nyawa..

Ingat candy crush, tolong ingat nak bagi nyawa pada mekchu ok..

Maafkan mama, wawa (@_@)


by mekchuN (^_^)

Thursday, May 23, 2013

Kereta baru kami

Ehemmmmmmmmmmmm... ok tak cukup panjang.. sekali lagik! EheeemmmmmMmmmMmmmmmmmMmmmmmM....

Mekchu tau korang memang suka kan entry menunjuk-nunjuk macam ni.. mesti ramai yang tak sabar nak tunggu kemunculan kereta baru yang dah 4-5 tahun cakap tapi tak muncul-muncul tu..

Hahahaha.... propa sangat!!

Ni nak menunjuk kereta baru la ni... Ninnnnnnnnnnn dia..


Ya, betul lah.. itu lah kereta baru mekchu.. Kenari dah lama terbang ke kuala pilah.. nenek jah yang guna sekarang..

Tapi bukan mekchu yang bawak keta ni.. papajib yang bawak.. pengarah bawak turbo pegi keje.. apa ada hal dia tu...

Kalo nak tau, banyak sungguh jasa kancil tu pada kami.. terutama zaman belajar kat UUM dulu.. Zaman belajar dulu siapa ada kancil dah heibat sangat dah tu.. dengan kancil ni lah papajib berjaya tekel mekchu.. hahaha pilihan hati memang lelaki yang ada aset je masa tu.. hahahaha dasar sangat!!.. dengan kereta ni jugak mekchu belajar bawak keta.. dan sang kancil ni lah yang mengangkut barang2 bila abis belajar dulu..

Tapi bila naik balik sekarang terasa macam hohoiiiii sempit okehhhh... sana sikit boleh tak? dulu segala-galanya selesa belaka..

Nak tengok gambar kenangan kami bersama kancil ni tak? kikiki.. bukan selalu mekchu tepek gambar kami zaman kurus dulu.. ok, papajib yg kurus.. mekchu menten..
 
 kat depan istana lama.. otw nak balik UUM lepas cuti semester.. ni masa sem 3 dah kot.. tahun 2000 kalo tak salah..

ni pulak deting kat penang naik kancil.. hahaha..

hahahaha (gelak dulu).. ni deting kat bukit tinggi naik kancil.. kemain heibat sang kancil itu.. bukan kami berdua masa ni.. tapi 5 orang!! masa ni kancil siap memotong kereta waja masa naik bukit :)

Setelah 10-15 tahun berlalu, kini sang kancil putih tu telah 'dilahirkan' semula..

reborn of lil bro.. 

ni first time naik turbo pegi keje.. pussss pussss bunyi nyaaa... 

Kelakar tau.. mekchu mula2 naik keta ni duduk belakang.. biasa lah ada boss kecik nak dok depan.. mekchu tak paham dari mana bunyik pussss pusss angin turbo tu keluar.. puas tuduh bunyi tu keluar dari mulut papajib.. memang ingat dia yang buatkan bunyi tu guna mulut.. hahahaha..

Sekali bila dah duduk sebelah baru lah percaya bunyi pusss tu memang datang dari pedal minyak.. hahahaha.. bila lepas kan minyak baru keluar bunyik misteri itu..

kasih sayang perlu dibahagi sama rata.. 2-2 pun kena basuh.. 

Baru dapat sekali je bawak keta ni.. itu pun bawak dalam 2 km aje.. takut nak bawak kalo sorang2.. takut ada mat rempit hon tinnn tinnn tinnnn ajak racing... hahahaha..

Nak bawak pergi keje risau pulak bunyik dia bakal mengganggu ketenangan dan kesunyian parking basement tu.. ishh macam2 lak dipikirkan pompuan ni.. sebenarnya risau kalau rosak di tengah jalan..

tak pasti lil bro ni merajuk ke apa.. nak manja2 ngan papajib letew...

abam mi bagi tau tayar dah lembik sambil tunjuk cara nak tengok angin dalam tayar...

Ya, begitu lah entry mengenai kereta baru kami.. Orang lain makin lama makin BESAR dan menjalar-jalar keretanya.. Yang kami pulak makin lama makin mengecik keretanya.... Korang tak de kannnn...

Kami seadanya.

by mekchuN (^_^)

Wednesday, May 22, 2013

Meraikan Selamat Hari Kita

Dari HK membawa ke Singapore.. seterusnya Cameron dan tahun ni kat Melaka aje.. mungkin tahun depan sekadar Ulu Bendul? my ohh my.. ~ copy paste dari entry lepas

Tak mustahil tu..

Tahun ni kami ke A Famosa.. Bawak nenek labu dan bibik sekali..

otw.. abam mi soh bagi adik wawa kat bibik sebab dia nak dok ngan mama.. 

Abam mi sekarang ni sibuk nak buat rambut pacak.. tp tak boleh memacak sebab rambut dia panjang.. sudahnya buat rambut belah tepi pas tu buatkan sikit jambul.. itu papa dia punya tugas..

Hahahaha.. dah pandai nak melaram budak kecik tu.. kemain marah kalau terusik rambut dia..

Lebih kurang 45 minit je kot dah sampai.. boleh kira dengan jari bilangan kereta yang parking kat sana.. itu petanda baik boleh konker swimming pool.. 

1st time guna baby carrier dan saya suka.. saya suka..

tak ade gambar nenek labu.. ada ini aje kat pintu masuk.. papa nampak comel la kendong 3 bag macam tu.. patut ada 4 bag.. mana lagi satu bag? haaa tungguuu mekchu cerita.. 

Kat dalam tu memang tak de orang.. memang puas mandi.. tapi cuaca terlalu panas.. perit.. mekchu kan sayangkan kulit..

Tapi kalo tak berendam rugi la pulak kan.. turun mandi sekejap hilangkan gian aje.. naik gelongsor pun sekali dua.. nak naik ngan papajib tapi abam mi dengki.. dia tak bagi.. jeles letew..

dah perasan putih sangat la tu nak berjemur macam mat saleh!

king of the pool yang naik gelongsor pun nak pakai cemata.. 

kami sewa cabana betul2 depan pool ni.. cabana no.20 :)

Abam mi lah yang paling suka.. yang kedua suka papajib dia..

 Bersama angka 8 untuk 8 tahun yg indah bersamamu.. Selamat Hari Kita @bapakgonjolong ~ copy paste dari IG

Lepas masing2 dah hitam, dah separa rentung baru ingat nak balik.. nenek labu dah bising dia tak sabar nak check-in otel katanya.. ehhh tak amek pulak gambar bibik berendam.. kemain bibik merenung masa depan sambil menyelam..

Bila dah sampai bilik..................... jeng jeng jeng.. nak mandikan anak-anak.. jeng jeng jeng........................ baru perasan bag baju kami tak de.. sah sah tertinggal kat rumah ni.. tak pernah la pulak tertinggal bag.. geledah baju-baju kat dalam bag yang bawak kat water park dan selamat ada baju spare budak2.. cuma kami berdua ni aje yang memang tak de baju..

Sedih pun iye jugak sebab nak dekat berejam jugak mekchu packing baju malam tu.. baik punya planning kita nak pakai baju apa, budak2 nak pakaikan baju apa.. sekali semua nya tinggal.. 

Memang mendapat la gi celebrate annivesary pakai baju yang sama sampai ke malam.. sudahnya carik baju kat pekan Tampin.. hahahaha...

Dan untuk tahun ke-8, malam tu kami deting berduaan kat pekan Tampin.. anak2 tido kat bilik.. hahahaha... kelakar la pulak bila teringat..

kecibung wawa yang menten tak banyak ragam.. banyak kali pesan dengan wawa jangan muntah.. kalo muntah mama pakaikan pampers aje..

haaaaa.. kan mama dah kata jangan berendam lama sangat... nampak dah gelap macam papa.. abam mi sangat kasanova bila rambut belah tepi..

bersama baju baru dan cucur udang alor gajah.. baju memang tak de pilihan.. ku sebat yang paling mahal kat dalam al-ikhsan tu..

Ok, ni ada gambar pre-annivesary (declare sendiri)


Ternyata mekchu tak sesuai untuk ber-penny.. nampak diri yang macam sedang mengandung 5 bulan!! Bila tengok orang lain pakai elok aje.. atau mungkin ada angin sedang bertiup dalam kain tu menyebabkan kembang semacam.. hahaha ayat penyedap hati..

Dan ni pulak dari keek & IG/FB papajib.. (pengaruh bini paksa soh register instagram dan keek.. hahaha)



[ @ ] bapakgonjolong Terima kasih sayang yang sentiasa berada di sisi selama 8 tahun... selamat ulang tahun... semoga kekal ke akhir hayat... amin.


Walau gambar dengan kain lampin, mama tetap tersentuh.. Api yang membara sehangat cinta yang sentiasa mekar.. hahaha lebih2 pulak..

Ok sudah... Begitu lah seadanya kami.. jarang sekali nak berjalan jauh sikit dari Seremban kalau tidak kerana tarikh-tarikh istimewa..


by mekchuN (^_^)

Monday, May 20, 2013

Selamat Hari Kita yang ke-8 tahun

20.05.2013.

Sudah 8 tahun umur perkahwinan kami.. Alhamdulillah.. campur dengan fasa usha mengusha tapi kena rejek, pastu tukar dari plan A ke plan B semua ada lah dalam 15 tahun kot dah kenal dengan lelaki yang bernama Mohamad Najib Mustafa ni..

Ohhhh tiba2 tersenyum teringat kisah lama plan A, plan B semua tu.. hahahaha.. Itu belum campur dengan kisah lelaki yang paling di benci sepanjang matrikulasi dulu.. Ku tersenyum lagi..


Papa, sedar tak sedar dah 8 tahun kita menjadi laling-laling.. hahaha.. sekejap je rasa kan.. angka tu makin lama makin meningkat..

Dari detik papa call mama masa mama tengah drive dari USJ balik ke Seremban kata ESOK tu nak datang merisik.. dan membawa kepada penetapan tarikh tunang dan nikah dan tuppppp dah keluar 2 orang zuriat yang sangat bernilai buat kita..

Ohh betapa banyak suka dan duka sepanjang 8 tahun ini.. harap kita makin terus tabah mengharungi dugaan rumahtangga ini seteguh Kinabalu..

Kepada Mohamad Najib Mustafa a.k.a papajib, terima kasih kerana menjadi seorang suami kepada mama dan papa kepada anak-anak..


Tahun lepas kena kuarantin sebab wawa dalam perut.. tahun ni kuarantin lagi sebab wawa kecik lagi.. dah tu bila nya nak jalan jauh2 ni?

Dari HK membawa ke Singapore.. seterusnya Cameron dan tahun ni kat Melaka aje.. mungkin tahun depan sekadar Ulu Bendul? my ohh my..


Harapan mama (selain dari tunggu papa bawak jalan jauh2), semoga ikatan perkahwinan kita akan kekal hingga hujung nyawa membawa ke syurga.. Tak sabar menunggu sehayat dengan mu..

Dengan ucapan "papa, nak ni!!!"

love, love, love.

by mekchuN (^_^)

Friday, May 17, 2013

Begini lah hasil terakhir Short Film by Ribu Ribu Tahniah Production

Izwan dah upload kat youtube..

KEHIDUPAN by Ribu Ribu Tahniah Production..


Suka tak? suka tak?

Kami sukeeeee...

Sebarang komen amat lah di alu-alukan...

by mekchuN (^_^)

Wednesday, May 15, 2013

Ngetest Samsung S4

Saje ngetest.. tak beli tapi pinjam aje..

Kalo sedang mencari talipon kebarangkalian besar jugak angkat S4 ni.. salah satu sebab utama sebab dia ada function camera depan belakang ni..

Kewl (cool)..


Tapi bila tengok balik dah macam efek hantu kat camera360.. hahahaha..

Antara lain yang best adalah bila kita tengah tengok video, tiba2 anak mata terpandangkan anak yang tengah melompat-lompat atas katil secara otomatiknya video itu akan pause dengan sendiri.. Dan apabila anak mata terpandang semula pada video, secara otomatik juga video tersebut akan play semula..

Yang lain-lain tak sempat pulak ngetest.. paling teringin nak ngetest app macam split camera ni.. 


Can add more drama on my Instagram :D

by mekchuN (^_^)

Tuesday, May 14, 2013

Mom & Baby Expo, Mid Valley

2 bulan punya perancangan der.. Hampir2 tak jadi jugak hari tu sebab risau wawa tak sihat lagi dan masih di hospital lagi.. nampak sangat anak mama tu sporting.. dia pun faham nak kasik chance mama hilangkan tension dengan bershopping..

Mekchu drive bawak mak buyung.. kejam ngko kalo nak soh mak buyung yang drive.. pinjam keta papajib.. oh ye, mekchu dah tiada kenderaan sendiri untuk dipandu sekarang ni.. memang kena pinjam kereta suami yang dah macam kereta sendiri itu..

Mak buyung dah agak sarat.. dah masuk 7 bulan rupanya.. sejak tau dia pregnen yang ke-3, ini kali lah baru dapat jumpa.. tengok2 perut macam ada isi bantal besooo.. hahahaha.. sarat dah.. Intan ni adalah geng bas sekolah mekchu masa sama2 ulang alik keje putrajaya dulu.. kenal dalam bas je pon dan terus kamcing sampai lah sekarang..

B/fast kenyang2 kat rnr nilai dulu.. apa lagi kalo bukan nasi lemak power.. nasi lemak femes tu.. orang2 seremban konpem tau.. itu lah tenaga yang akan digunakan sepanjang hari tu..

Eksen.. siiiikit pun tak on papago.. ahkak kalo nak bershopping memang konpiden abis boleh ingat jalan.. cuma nak parking tu macam terkonpius sikit.. nasib lah masuk parking yg dekat dgn hall.. bukan kedekut nak guna tenaga, tapi kesian dengan mak buyung tu..

 sampai je, proses clear kan perut dulu.. kikiki.. 

Mak buyung punya lah perlahan jalan dari kereta nak ke exhibition hall.. sekali bila dah nampak pintu masuk, kemain dia lagi laju dari mekchu..berdesup... hahahaha...

hilang tegang urat bila tengok baju2 yang comel2..

itu nasib tak de gambar pilih baju sambil mencangkung... ni kira terkawal lagi ni.. 

pandai pulak tu risaukan kot2 ada yang amek gambar tengah mencangkung.. hahaha.. 

Memang banyak barang baby.. anak umur atas 3 tahun say hye hye bye bye lah ye.. memang tak de apa yang boleh dibeli.. Mostly banyak barang untuk BF, keperluan untuk newborn baby, dan budak2 ada tapi umur 2 tahun dan ke bawah..


rehat sekejap nak legakan urat2 kaki.. 

Hall1 je nak dekat 2 jam.. ada lagi 2 hall nak kena khatam..

 antara booth yang paling ramai pengunjung.. 

 kat sini je kitorang habiskan masa hampir 2 jam! carik baju2 pregnen + breastfeeding.. 

Uishhh.. kalo selisih bahu dengan jiran sebelah rumah pun dah tak kenal kot.. meremikkkk dengan orang.. Itu nasib kami pergi hari Jumaat.. mekchu tengok gambar kat fan page Mom&Baby Expo lagi pitammmm...

 tu hah!!! tak sempat tunggu pintu bukak.. dah berduyunnnnnnn yang masuk.. ooemmjii...

dan kami di minit2 terakhir sebelum meninggalkan kawasan expo..

Beg dalam beg dalam beg.. ada banyak beg kecik semua dah sumbat2 dalam beg besar supaya tak de yang cicir.. Tapi semua tu mak buyung yang punya.. dia yang banyak membeli keperluan untuk baby.. berbaloi-baloi...

Jam 4.25 petang baru dapat makan.. masa tu kan, terasa macam makan nak bukak puasa... gigil laparrrr...

bila dapat bershopping, makan dah jatuh no.2..

Makan asam laksa kat dalam jusco aje.. kesian nak soh mak buyung menapak makan jauh2..

Lepas makan terus balik.. emak emak gitu lah.. keluar tak sempat matahari terbenam konpem hati dah tak keruan teringatkan anak.. kuih pau mekchu pun dah membengkak.. bawak pam tapi tak sempat pam pun..

Balik tu jalan sangat jem dan buat2 pandai ikut MEX sebab papajib selalu buat macam tu.. tp kami sesat dalam putrajaya.. kahkahkah.. time tu baru hegeh on papago..

Balik je terus tebar hasil tangkapan atas katil.. dan ini lah hasilnya..

 ini ajer?? ohhh terasa rugi tak beli baju gaun wawa tu banyak2 sebab semua pun comel sebenarnyaaaa.... 

Semua tu wawa yang punya.. mekchu dapat selai baju bf yang kaler pink hitam tu aje.. tak beli pun tak pe sebenarnya.. tapi saje nak kenangan punya pasal..

Lepas tu mula lah wassap2 ngan intan menyatakan menyesal tak beli itu dan ini.. nak tunggu next baby expo mak buyung tu dalam pantang.. nak ajak papajib mengharungi lautan manusia sebegitu rupa nan hado la jawabnya..

Siapa nak teman next expo bulan Julai nanti? buat muka secomel gwiyomi sekarang!!


by mekchuN (^_^)