Monday, May 13, 2013

Wawa oh Wawa.. mama asyik pikirkan kamoo

Follow up check-up wawa dengan Dr. Syed Jefrizal di KPJ Sabtu lepas..


Result semua ok.. Batuk wawa dah tak de.. Kahak pun menghilang.. Berat pun menaik.. Doktor cakap sesetengah budak seminggu dok spital berat badan ada yang menurun..

Ohh lupa nak bagi tau.. ada yang tanya apa sebab wawa masuk hospital? Sebenarnya wawa kena bronchitis.. bukannya pneumococcal.. Cadang nak amek vaksin pneumococcal tak lama lagi..

Vaksin Pneumococcal dah dijadualkan selepas 2 minggu nanti.. Berborak dengan doktor pasal vaksin-vaksin ni semua dan mekchu dapat satu info baru daripada doktor iaitu vaksin Rotavirus mengandungi DNA babi.. Ya betul, doktor ada siap tunjuk buku dia dan...... dan... dannnnn.... gulp!!! Telan air liur mengenangkan tindakan diri sendiri.. Cepat2 doktor menenangkan mekchu dan menyakinkan diri bahawa kalau kita tak tahu tak apa.. Benda dah berlalu dan kena hati2 lepas ni.. Dia sekadar menyampaikan maklumat sahaja..

Dan tanggungjawab mekchu pula ingin menyampaikan pada kawan2 semua bahawa vaksin Rotavirus mengandungi DNA babi.. Hati-hati ye kawan-kawan..

Balik tu keceriaan wawa teserlah bila dapat naik kenderaan abam mi dia..


Keek mereka naik kenderaan itu.. semakin sarat dengan penumpang..



Sementara dorang main, mekchu pun buat kan puree untuk wawa.. Tak bagi dia makan sejak keluar hospital hari tu.. nak bagi dia betul2 elok dulu..

Puree kentang.. tapi dia tak nak makan laaa... sebelum warded dulu puree apricot... pun tak mo makan jugak.. 

Mekchu pun satu! Anak no.2 baru nak mengada nak memuree konon.. Yang abam mi dulu tak de pun tu semua.. main bedal je bubur nasik dengan carrot kentang semua.. elok je abam mi makan.. besar bagai johan jugak..

Kali ni ngengada nak ber-baby bullet konon, ber-puree bagai.. langsung wawa tak nak makan.. nampak nya kena buat bubur nasik jugak nampaknya.. ikut perut makpak budak ni jugak.. nak kena carik nasik..

Perasan lepas bagi dia makan, wawa macam dah start batuk semula..

Sejak 2-3 malam lepas, kami dah mula pasangkan ekon semula.. sejak cuaca yang makin panas membahang.. Sejak discharge hari tu papajib terbalik kan bateri remote ekon.. abam mi memang akan marah kalo tido dalam kepanasan.. bila bg tau ekon rosak, baru dia boleh terima.. tapi sebaliknya kami pulak yang tak menahan panas.. hahaha...

Lepas tu makin perasan wawa dah start kong kong semula...

Malam tadi makin menjadi-jadi pulak batuk dia.. kong kong kong.. sampai marah2 sebab tak dapat tido.. bila dia tak tido, maka satu rumah pun tak tido..

Ohh mama risau kan kamoo lah dik..


Ohhh wawa, jangan lah batuk2 lagi.. jangan lah bagi mama risau lagi.. memang fobia bila anak batuk batuk ni.. macam2 yang dipikirkan nyaa..

Korang mari lah share tips dan petua nak hilangkan batuk anak.. dan hilangkan kahak jugak.. ada baca pasal garlic steaming tu tapi tak tahu nak mulakan dari mana..


by mekchuN (^_^)

15 comments:

  1. dah bagi ubat batuk jenama PROSPAN?
    dibuat dari extract ivy leaf..
    bagus utk budak2..
    dan sedapp..:)

    ReplyDelete
  2. salam mekchu, bukan takat rotavirus jer ada dna babi. vaksin2 yang lain pon tak dapat status halal dari jakim. cuma nak inform kat mekchu sebab benda2 camni mak bapak cepat sentap. luqman da x vaksin sejak umur 5 bulan selepas dapat vaccination awareness . mekchu wat kajian dan wat keputusan yang terbaik untuk wawa ya. all the best.

    ReplyDelete
  3. Cuba pastikan Abam Mi basuh tangan dulu sebelum pegang Wawa... harap semuanya ok dan takde pape...

    ReplyDelete
  4. mekchu...dulu masa kami kecik2, mak sapu ni kat kami bila kami batuk2 tak berenti

    limau nipis perah atas kapur, pastu sapu kat dada

    cuba lah try kot2 menjadi...

    ReplyDelete
  5. Ya dh tahu dah vaksin rotavirus ni ad dna babi...tu pin sb baca kt fb....pasni kita kena berhati2....

    ReplyDelete
  6. Mekchu

    Its remind me to Auni bila bc kisah nih
    Better aircond dr kipas utk bdk2 mcm nih,kipas byk habuk.aircond boleh asalkan x sejuk sgt-warm 21-22 gitu.

    Bab petua2 nih-x berani nk bg sbb mostly x mjadik utk auni.

    Apapun smg x melarat kali nih :(

    ReplyDelete
  7. kesiannyer kat menantu ni, camne ye...

    ReplyDelete
  8. salam mekchu..nak cuba sapu DRSNEZZ...memang berkesan...baby saya pun saya sapu di hidung masa selsema dan dada masa batuk..ianya adalah diperbuat drpd kunyit..bau menyenangkan..satu lagi, cuba kaedah steaming n cupping...memang mujarab...selamat mencuba...

    http://qareirababy.blogspot.com/2013/01/hentikan-selsemadrsneez.html

    ReplyDelete
  9. mekchu cuba sapu minyak jerslin ...fayel serasi minyak tu...kalau batuk je aku sapu termasuk la aku sendiri.....sian wawa...tapi tangan pegang puree tu masih gebu rasa nak gigit je


    aku mmg tau vaksin rota ada babi tu pasal tak amik...cuma pneumococcal tu penting..jangan skip tau...fayel pun agak lewat baru amik dos lepas setahun

    ReplyDelete
  10. aah. rotavirus difatwakan haram oleh majlis fatwa kebangsaan tp tu rasanya fatwa tahun 2008 ke 2010. dah tak berapa ingat dah. cuma masa kes2 di perak tu masa baby ninggal tu orang pertikaikan kenapa govt tak ambil lngkah mnggunakan alternatif kepd rotavirus yg tk halal.yg vaksin lain setahunya difatwakan harus wlpun jakim x keluarkn status halal. cuma memang skrng ni kan ada isu pasal vaksin/immunisation sebab ada adverse affect pd babies. especially yg ada health issues/prob. boleh menyebabkn alahan yg teruk. ada sesetgh kes permenant. mmng takut mmbcnya. arissa pun belom ambik lg vaksin MMR tu..

    ReplyDelete
  11. ala kecian sama wawa.. mekchu cuba petua yg mudah nie.. sapu kapur yang diperah asam limau nipis... sapur kat area leher.. insyaALLAH hilang batuk dan cair kahak... tido dlm account lg better dari kipas.. mmg takut kan bila anak demam , sakit...

    ReplyDelete
  12. cantik nye model henbeg tu... :)

    ReplyDelete
  13. Patutlah dr anak first smpi yg ke-3 nih, tiap kali kami cakap nak bg anak amik rotavirus, tiap kali tuh kami macam endah tak endah jek ... baru tau rupanya rotavirus tuh ader dna makhluk itu ....

    ReplyDelete
  14. Jgn risau..selagi dia batuk sj and tak demam yg tinggi ..itu adalah normal suraya...baby batuk utk dia membina antibodi dia sendiri..

    ReplyDelete
  15. thanks mekchu share info ni.

    semoga wawa cepat sembuh ye..

    yg bawang putih tu..su ada copy paste tp tak ingt pulak kat mana.

    utk menghilangkan batuk anak secara tradisional


    Caranya mudah sahaja, ambil bawang putih, bakar sehingga kulitnya kehitaman dan lenyekkan ke dalam minyak masak atau minyak gamat. Sapukan ke dada anak anda.

    *kulitnya tak payah buang tau
    *mekchu lumur kat dada n belakang wawa..
    *nak buat kerap pon boleh
    *mekchu cucuk je bawang putih tu dengan garfu, pastu bakar atas api.


    in shaa ALLAH kita usaha



    ReplyDelete