Blom sempat letak montot, nenek labu suruh pegi pujuk bibik.. Whatthehek pompuan tu nak kena pujuk2 bagai ni???? Nenek labu bagi tau yang bibik merajuk kena marah dan cakap nak balik malam tu jugak..
Terus badan lemah gemalai.. terasa longlai sangat bila dengar dia nak balik malam tu jugak.. selama setahun ni, belom pernah pulak dia buat perangai macam tu.. macam berat sangat kes 'kena marah' tu.. Kena marah je kot..
Rupanya bibik kena marah sebab menyapu tak bersih.. nenek labu suruh sapu balik terus dia menjawab marah2.. suara tengking2.. memang kena kaw2 lah dengan nenek labu kalau dah macam tu.. memang pantang nenek labu kalo tanya sepatah menjawab 10 patah ni..
Memang selalu je dengar yang dorang ni tak bersefahaman (ayat berlapik).. tapi memang abis gitu aje.. tak de pulak sampai nak bungkus baju semua..
So mekchu pun masuk bilik bibik, pujuk dia baik2.. masa tu ngam2 dia tengah zipkan bag baju dia.. muka sombong betol masa tu.. muka yang macam dapat balik indon dalam masa 1 jam lagi..
Mekchu cakap la elok2 kan.. jangan la amek hati apa yang nenek labu marahkan tadi.. sebab nenek labu ni marah kejap aje.. lepas tu elok lah dia.. dah setahun cari rezeki kat sini, tak kan nak pergi macam tu aje kan.. mekchu cakap masa ambil dengan cara yang baik, nak balik pun dengan cara yang baik jugak.. tapi degil ngkooooo... tetap nak balik malam tu jugak.. nak dipendek kan cerita dia dah memang tak makan pujuk dah masa tu..
memang nampak la bibik ni memang sayangkan wawa.. lain macam sayang dia sampai kadang2 wawa nak dia yang dukung
Sampai nenek labu pun dah mintak maaf, dia tetap nak balik jugak.. Selama ni kata sayangkan wawa, tapi malam tu sayang ntah ke mana, wawa ntah ke mana.. cakap je kan sayang, bukan anak dia pon..
"Mak, orang kalau dah tak nak kerja dengan kita, biarkan je.. jangan dipaksa.."
Sebenarnya............... bibik ni memang dalam proses nak hantar dia balik sebab dah setahun keje sini...nak kena renew pasport dia kat sana.. minggu depan baru cadang nak setelkan pasport dia kat kedutaan.. yang geram tu tak boleh pulak nak tunggu sampai minggu depan haiiiiiii... nak berambus malam tu jugak kann... berambus lahhhh!!
Dia ingat dia boleh balik malam tu jugak agaknya.. kapal sayur pun tak jalan malam laaa... bengong!!
Terus mekchu call anak buah mekchu yang hantar bibik ni dulu.. dia panggil abg shah.. nak jugak tido rumah abg shah malam tu.. tak nak langsung bertahan walau 1 malam lagi.. hoiiii degil sangat!!!
Tak sangka la kan, punca sebab kena marah jadi sampai nak bungkus baju semua..
Mekchu pulak weekend lepas baru bawak dia pegi shopping baju2 anak dia.. tapi dia lah yang bayar.. banyak btol dia beli.. nak dekat 3 ratus lebih semua keperluan untuk anak dia.. agaknya dia dah rasa rindu pada anak kot bila dah mula beli baju2 anak ni.. walau selama ni bleh bilang dengan jari berapa kali dia talipon anak dia.. memang jarang.. susah btol nak dengar dia cerita pasal anak dia..
Semua tu jadi punca je la tu dia nak balik cepat..
Call papajib bagi tau bibik nak balik.. malam tu la pulak papajib 1st time main golp waktu malam.. adoiiyaiiinyapunnnnn... nak mengadu dengan siapa pun tatau dah.. bila cakap dengan bibik mekchu sikit pun tak rasa sedih.. tapi bila cakap dengan papajib ni mekchu boleh menangis.. hahahaha... srottt srettt sedut hingus..
"Bibik ada kat mana skang ni?"
"Kat dalam bilik dia la.."
"Elok tu dia dalam bilik.. kalau dia keluar, cepat2 bawak budak2 masuk bilik. Kunci pintu. Nanti stand by apa2 kayu"
"hahhhhhhhhhhh???"
"Stand by la kalau-kalau dia mengamuk"
HAHAHAHAHA.. itu memang tak tercapai dek akal.. tapi kalau tengok lengan dia kat gambar sebelum ni tak mustahil jugak tu...
So, malam tu bibik dah berambus balik rumah anak buah mekchu tu.. dan secara tiba2 kami dah tiada bibik lagi sementara ni..
Ntah, rasa tension bila pikirkan pasal bibik ni.. topik yang tak berkesudahan..
Kami bukan tak boleh hidup berdikari.. situasi kami tak sama dengan korang.. nenek labu perlukan orang untuk teman.. bila dah bayar duit bibik, rasa rugi pulak kalau bayar duit nursery anak.. ingat cap duit ke?
Sebab itu lah bila orang cakap mereka tak sokong amek bibik ni mekchu macam..... errmmmm ketap bibir.. sokong atau tak sokong kena tengok semula pada situasi mereka tu macam mana.. kami ambil bibik bukan untuk jaga anak2 semata.. kadang2 geram dengan mereka yang tak faham dan tak nak cuba nak faham ni.. yang ingat kami ni terlalu bergantung pada bibik untuk jaga anak... tak boleh nak jaga anak sendiri..
Anda, anda dan anda bersyukurlah kerana masih mempunyai orang tua yang sihat, mereka masih mempunyai teman di kampung.. masih kuat untuk bergerak sendiri.. masih berkemampuan untuk membawa kereta sendiri kalau sakit pening.. situasi kita tak sama..
Ok, bye (tiba2 emo).. nak cerita banyak lagi.. tapi nanti2 lah..
Biarlah tak semua org akan paham keadaan kita... mereka bukan kita... hanya kita yg paham dan tahu samada kita perlu ke tidak.... hal bibik ni mmg xde kesudahan konfliknya... kita yg betul2 perlu terpaksa jugalah hadapi risiko bibik lari... diorg ni kadang kadang (most of the time) x kenang dek untung! Tak sadar diri kan kita dah jaga elok2 di buatnya macam macam plak! Sabar ek mekchu
ReplyDeletelain org lain cara kan..tak pe la mekchu sabar..mana tau ada bibik yg lg best...bibik abg mi tu x mo blk sini blk ke
ReplyDeleteAlahai kesian mek chu...geram betul sy baca dgn perangai bibik ni..agaknya sbb org wat baik la dia naik lemak ni..apsal mek chu tak tegas jer suh dia balik sendiri kalau nk cepat dan x abis kontrak? Kalau kena kt sy mmg sy wat camtu.. Alhamdulillah semua bibik sy setakat ni x berani nk wat perangai keras kepala sbb mak sy pandai mengajar kot.. yg ada skrg ni dah masuk tahun ke3 kerja.. apapun semoga mek chu dpt maid yg lebib baik lepas ni ye..
ReplyDeletesepupu saya pun dah 4 kali tukar bibik. nak tak nak memang terpaksa pakai bibik atas sebab2 tertentu. tapi itu la kan. bibik ni macam2 hal perangai dorang. nak dapat yang betul2 ikhlas kerja, susah sangat. jangan sedih2 yer mekchu, semoga dipermudahkan semua urusan. ;-)
ReplyDeletefaham faham camne perasaan tu..susah hati perut bila memikirkan. pernah carik bibik jugak dulu pun.
ReplyDeletesaya rasalah, bibik tu memang dah nak balik sangat. tu pasal dia buat perangai, tektik tu dah biasa sangat golongan bibik2 ni buat.
ReplyDeletersa mcm baru smlm antar bibik yang before yang sekarang nih...sedih...
ReplyDeleteSabarlsh mekchu..betul tu x semua org mempunyai situasi yg sama..x semua org faham masalah kita..dee xleh komen kt opislah..huhu..
ReplyDeleteSabarlah mekchu..x semua org fhm masalah kita..kt opis dee xleh komen blog mekchu lah..huhu.
ReplyDeleteHuhu... Sabar ye mekchu
ReplyDeleteOrg tak dok dlm 'kasut' kita mmg camtu
Bleh ckp mcm2
Berat mata memandang berat lagi bahu yg pikul ye dak?
Bibik ni pun satu
Ape ke hemooo kemain la pulak tetibe?
Takpe mekchu
Biar dia pegi skrg
Dr ditahan tah apa2 plak dia buat kan?
So sabar je la
Ada sbb tu kenapa Allah tetapkan hati dia nk blk kejap itu jugak
Moga pasni akan dpt yg lebih baik
Sabaq na!
ooo, begitu kesahnya.saabr ye mekchu.
ReplyDeletemeh sini biar ciksu yg jagakan wawa, boleh :)
bibik mi-cah dulu tak try tnya ke.kot2 dia nk keja semula ke?
ke dah maju kedai bakso dia..
tinie pun dah lalui macam macam perangai gaya bibik nih.dari yg tangan panjang,menggatal,pregnant,hisap rokok...haih*
ReplyDeletedatang malaysia nak kerja,tapi gaya macam nak bercuti kat resort...hahaha...sampai 5-6 kali tukar bibik..tapi akhirnya jumpa jugak yg okeyyyyy wpun ada perangai(tapi tahan jer lah)..apa pun syukurlah mekchu sebab dia tak apa apakan anak anak...sabar ye!
Dia mmg dah nekad nak pergi tuh..kena marah tu sbgai alasan tambahan jek..kan best kalau gomen benarkan pegawai2 IT mcm M.su keje dr rumah jek..sbb bnyk dah co2 MSC yg buat mcm tu..member2 org ramai jgk yg keje mcm tu..ala2 peramugari On Call....ada masalah dkt opis yg berat baru derang kena pergi..so blh m.su tmn mak..tgk najmi n najwa membesar dpn mata..
ReplyDeletephewww legaaaa...aku dah terbayang bibik tu dera baby wawa...nak je aku debik dia balik...
ReplyDeletetakpe la...anggap je bibik tu mmg saje buat perangai sbb tak sabar nak balik indon...kalau laki aku baca cite ni konpem lagi tak hingin dia nak amek maid huhu...
alahai bibik.. xde kesah yg menyenangkan...
ReplyDeleteBetul2....bibik ni kekdg mcm anjing....opssss melepaskan anjing tersepit..
Delete