Tuesday, July 30, 2013

Wawa pada umur 7-8-9 bulan

Terpaksa tukar tajuk. Dah sebulan lebih kat dalam draf. Tajuk asal wawa pada umur 7-8 bulan kepada tajuk wawa pada umur 7-8-9 bulan.. theee heee heee (comel tak kitew gelak cam tu?)

Anak dara dah masuk 9 bulan.. Kalau perasan jarang buat entry pasal perkembangan wawa.. Ruginyeeee...

Letup-letup jari.. Ok, kena buat jugak ni..

7 bulan

8 bulan.. 

dan 9 bulan.. hahaha..

Makin besar, makin men-jepun!! eeeee geram...

1. Berat terkini tak tahu sebab dah tak de check-up.. Last timbang masa warded kat hospital dulu.. Masa tu 6 bulan, 6 kilo lebih.. alaa tak ingat pulak.. Sekarang dah tak buat appoinment lagi.. Daku kan ibu keliru nak buat appoinment anak sejak join group OHUB.. terus tak buat appoinment baru.. kalau buat appoinment nanti wawa kena cucuk.. kalau tak buat appoinment pulak macam ni laaa.. dah lost berapa berat anak.. errrrrmmmmmm..

2. Membesar bersama bantuan bibik sejak lahir hingga berumur 7 bulan 3 minggu.. Tak pasti point ni penting atau tidak.. hahaha.. Dan sejak berumur 7 bulan 3 minggu dan 1 hari membesar dengan bantuan nenek labu. Sejak bibik berambus tiada pengganti lagi.. Nenek labu lah yang jaga wawa kat rumah.. 


3. Belum merangkak lagi.. tapi dah mula angkat2 montot goyang-goyang lepas tu jatuhkan badan semula.. dah melasak.. ke depan memang laju kalahkan ashkar pencen.. Duduk gaya kaki silang paling feberet.. Ajar sekali terus pandai.. hahahaha... 

sikit pun mama tak tolong.. pandai masuk, pandai lah keluar.. 

posing feberet dia.. 

 4. Makan? errrrrmmm part makan ni memang seronok kalau nak cerita.. memang pemakan si wawa ni.. mulut tu mengangaaaaa aje bila suap.. selagi kita tak stop, memang dia akan menganga je.. takut perut tu meletop je dik oiii.. Entry wawa dah solid food kat sini..

5. Suka kejar kucing.. nampak je kucing (kucing tu kat luar pintu dapur. Ia tak berani masuk rumah sebab kena kejar dengan abam mi) mesti lajuuuuuu je nak pergi kejar.. sambil mulut uhhhhhh-uhhhhhh-uhhhhhh.. sekejapan dah sampai kat pintu dapur..



6. Suka main air.. lepas mandi kalau terus angkat dia memang marah.. Dia suka kalau layankan dia main air dulu.. pok pok pok air pas tu air terpercik kena muka amboii sukaaaa sangat.. Pantang kalau pintu bilik air terbukak.. laju je masuk dalam tepuk2 air atas lantai..


7. Sangat suka bergurau dengan abam mi.. nampak je abam mi bangun, mula lah meggeletisss tak tentu pasal.. itu belum abam mi buat2 nak kejar dia lagi.. tak tentu arah nak lari... hahahaha..

8. Kalau mood tak  baik, pantang abam mi dia datang dekat.. orang tu belum pun cium dia, dia dah jerit jerit marah.. abam mi selalu selalu buli adik.. sekarang paling suka jadikan adik dia penyu.. hahaha..

9. Pandai dah pegang botol.. Perfectly.. memang bagi dia isap botol sendiri je.. sementara tu sempat la kalo nak abiskan 5 nyawa #candycrushsaga..


10. Rambut kasar dan lebat.. beza sangat dari rambut abam mi lembut dan halus.. abam mi tersangat menjelesi rambut adik sebab boleh buat rambut pacak.. hahahaha..


11. Mulut leter... pot pet pot pet.. perkataan mama paling jarang dengar.. yang selalu aaaaaa-bamm.. jelas tau dia sebut.. boleh dengar la clear. walau pun mungkin dia bukan maksudkan nak panggil abang dia.. mungkin aaaaaa-bammm tu bermaksud mama pada dia (sedapkan hati). Kadang2 pa-pa-pa-pa-pa.. dik, ma-ma-ma-ma lagi senang nak sebut kot..

12. Masih bertahan tak tidur buai.. dulu boleh pok pok atas tilam dia lena.. skang kena guna rocker jugak.. kalau nak tidur peralatan wajib yang kena ada adalah kain dan punting dia.. meraung macam mana lah meragam nak tido, kasik lah kain dan sumbatlah puting. Konpem mamaiiiii...



Ok dah banyak dah tu.. Mama sayang wawa sangat-sangat..

Meh penutup entry mama letak gambar dengan mama ye...


Siap dah entry.. Ok, bai.

by mekchuN (^_^)

Wednesday, July 24, 2013

Papa-G

Hari ni cuti jaga budak-budak.. Nenek labu tak sihat.. Kesian dia..

Tengah huru-hara nak tidokan wawa sambil henfon tak lepas kat tangan, tiba2 dapat wassap dari papajib...


Rasa nak menangissss... Dia pakai jam kesayangan BabyG kitew pegi keje....

Mungkin motip beliau adalah nak bagi tahu bahawa dia dah kurus saing-saing bini dia sempena 15 hari berpuasa..


by mekchuN (^_^)

Monday, July 22, 2013

Iftar Kelab Potong yang terbest sepanjang 15 tahun persahabatan

Mencari kelainan.. Kalau tidak tahun2 sebelum ni memang Kelab Golf yang menjadi pilihan untuk iftar.. merata Kelab Golf dah pegi.. Kinrara, KGPA, Putrajaya, Melaka, ntah mana lagi tak ingat..

Tahun ni sepakat nak buat pot luck buat pertama kalinya.. hari pertama puasa dah start discuss masing2 nak bawak apa.. walau pun main2 je yang lebih pada awalnya, tapi pada hari kejadian memang meriah sagat2 menu nya..

Dan rumah adam menjadi pilihan. Sebab? Sebab lokasi dia paling strategik.. kat Prima Saujana Kajang sana.. orang KL senang nak turun, orang Johor pun senang nak naik.. ehh ye ke senang? jauh jugak kot.. paling penting orang Seremban ni sap sap soi boleh cepat sampai tanpa masalah.. rumah pulak kat depan playground.. besar pulak tu.. jalan tak sibuk, senang nak parking, nak pasang khemah.. ehhh serba serbi yang sangat sesuai lah..

lepas asar terus gerak.. baru gerak 10 minit budak kecik tu dah tewas.. memang senang la keje mama dia kann..

Papajib kata nak sampai awal sebab nak tolong apa2 yang patut.. ye la kan, kesian kat tuan rumah..

sampai je nampak banner ni.. wahhhh heibat jugak preparation suami2 kita.. 

Suami2 yang discuss.. isteri2 ikut saje... Kelab Potong ni special sebab bukan setakat suami2 yang menjadi kawan sejak matrik (tahun 1999 kalau tak salah), tapi isteri2 juga belajar di tempat yang sama.. sebab tu kami rapat..

Tapi betul ke sampai awal sebab nak tolong tuan rumah?

 wawa baru bangun tido.. terpisat2 terus paksa amek gambar.. 

dengan abam mi yang rambut belah tepi.. 

amek gambar je yang lebey... depan tu playground.. layan kan abam mi main pun dah sekian lama.. 

Ok, letak la sekeping gambar papajib ni sebelum dia komplen...

tak paham btol kenapa dia suka sangat efek gambar contrast gini.. 

Macam biasa, gambar menu tak banyak.. ni ada 2 keping aje..


tak dapat nak amek semua.. tapi memang macam2..

rasanya tu list paling update kot.. 

Main menu adalah kambing golek dan nasi beriyani.. hadoiiii tak de pulak gambar kambing golek nyaaa.. best nyaaaa... best nya.. hoiii entah berapa kali best ntah..

isteri2 yang beranak kecik memang kena duduk dalam.. wawa pulak baru tido.. sempat berfoya2 kejap je kat luar dia dah ngekkkkkkkkkkk... tak biasa bising.. potong tang corner betol.. 

Yang lain-lain biasa lah, keluar masuk melayan anak.. kejap nak main kat dalam, kejap nak main kat playground.. malam2 pun peluh ketiak..

anak2 yang paling heaven.. danish punya mainan dah boleh bukak kedai mini.. 

milah sbg tuan rumah (bj pink) yang berhati kental.. 

Seronok dapat jumpa kawan2 lama.. tak pasti yang lain2 selalu jumpa ke tak.. tapi yang pasti mekchu setahun sekali baru dapat jumpa.. kalau tak pegi iftar ni memang sedih sangat laaaaa...

Memang berborak je yang lebih... makan2 sikit je pun.. yang penting dapat jumpa kan...

Ni update untuk kawan2 yang sama2 belajar kat KMKN/UUM dulu.. mesti ada tertanya anak si polan dah berapa.. si polan dah berapa... setakat ni aman menjuarai seramai 5 orang.. yang lain2 pukul rata je.. yang tengah pregnen atut dan orang rumah along..

Tengah sibuk2 bergosip, kena pulak panggil untuk bergambar..

 tahun ni merupakan penyertaan terbesar keluarga Potong.. tahun ni semua bawak family.. tak macam yang sudah2 ramai datang solo.. 

 
 bila bawak family dan berkumpul macam ni, haaaaaaaaaaaaaaa baru tau dah meremik.. ya, semakin membesar keluarga kita.. 

family no.9 je yang tak dapat datang.. 

Tahun ni tanpa kalai sebab outstation (memanjang) dan yeop sebab ada kat Jepun.. yang lain-lain masih setia..

sahabat sampai bila-bila.. 

di akhiri dengan penyerahan banner Kelab Potong dari tuan rumah tahun 2013, adam (baju biru) kepada tuan rumah tahun depan, aman.. So, tahun depan ke Seremban lah korang yeeee... 

Tak de makna lepas serah banner tu masing2 terus balik.. sambung balik berborak sampai lebam...

part menapaw paling best.. cekap masing2 terutama faizal ismail bukan nama sebenar tu.. hakktuihhhhh.. 

Sementara nak tapaw, biarkan wawa main sendiri kat dalam.. nak bagi kat papa dia asyik merokok aje kije nyaa.. baru dapat tapaw satay toleh ke dalam nampak wawa kemain eksyen meniarap bersama bersama satay dia.. entah satay sape dia kidnap.. kemain syok dia isap daging ayam tu.. adoiiii anakkkk... takut terkena lidi tu.. tajam..

dah berlengassss..

Lepas kejadian wawa makan satay tu, nak tak nak kena pos jugak wawa kat papa dia kejap.. 

Separuh dah mintak diri nak balik.. lagi separuh setia menunggu suami masing2 yang tak habis2 bercerita.. Lap wawa dan tukarkan baju tido siap2.. Lintang pukang waktu tido wawa hari tu.. nasib la dia jenis cool aje.. meragam, tapi bukan jenis mengamuk halilintar tu..

Pukul 11 nenek labu call tanya pegi mana bawak budak2 dah malam tak balik2.. angkat je talipon terus kena marah tu.. hahahaha.. bila bg tau kat rumah kawan lagi, baru dia reda.. risau betul bawak budak berembun malam2..

11.30 baru betul2 balik.. susah betul nak balik.. Kalau berbuka kat luar, dah lama kena halau...

Ini lah mereka bila sampai kat rumah..

anak-anak sebagai ilustrasi mama & papa.. hahaha...

Mak pak yang seronok, anak2 yang keletihan..

Semoga tahun depan dapat mengekalkan kemeriahan ini..


by mekchuN (^_^)

Thursday, July 18, 2013

Kuantiti EBM di bulan puasa

KPI sehari kena bawak balik 3 botol (4oz each) bersamaan 12oz..

Kadang-kadang dapat..


Kadang-kadang tak mencapai..



Terasa badan semakin kering.. Kering yang bermaksud kekeringan air.. bukan kurus kering tau.. Tak larat teguk air dah.. perut sampai kembongggg teguk air time sahur dan sebelum tidur...

Bila petang nak capai KPI punya pasal, adakalanya seakan nak pitammmm.. nak tumbang bila berjalan.. itu kalo ada angin kuat sikit konpem melayang je tu..

Sebab tu bila balik dah tak larat nak masak untuk berbuka.. paling hebat pun masak sardin dengan kuih kodok je.. itu pun dah macam parkinson nak siap memasak..

Phewwwwww... Pengalaman sangat berpuasa sambil mengepam.. Demi mu anak, mama tak sanggup pun akan jadi sanggup..

Ku rindukan saat2 peti ais penuh macam ni..

gambar pada Februari yang lalu..

Stok dah semakin kurang.. sebelum puasa ada 15 keping.. seminggu puasa tinggal 11 jerrr... uuUuuuuuu..

Jom kita sama-sama tabah wahai ibu-ibu menyusu di luar sana...


by mekchuN (^_^)

FAKTA SEBENAR YANG MENAKUTKAN

(Sticky post for 48 hours)

Ramai yang tak tahu sebenarnya, tapi mungkin buat-buat tak tahu yang makanan kita sekarang ni banyak terdedah dengan bahan kimia (chemical) mahupun radikal bebas (free radicals)

Kalau makan masakan kat luar, memanglah tak dijamin bersih dan banyak perasa tambahan… Akan tetapi, sebenarnya masakan kita di rumah pun belum tentu selamat!

Ayam disuntik dengan hormon dan antibiotik, ikan dan makanan laut disembur dengan formaldehyde untuk sentiasa nampak segar, sayur dan buah disembur dengan racun serangga berlebihan (excessive pesticide) dan lilin (wax) untuk nampak cantik dan segarrr..

Bagusnya kalau kita boleh singkirkan (eliminate) benda-benda ni dengan just basuh jer kannn..

Malangnya, walaupun basuh dengan air asam, air tepung, cuka…takkan boleh keluarkan benda2 ni dari bahan mentah yang kita beli ….

Akan tetapi, ada teknologi dan cara yang memudahkan yang boleh membantu kita untuk membersihkan bahan makanan kita dari semua ini…dalam masa yang sama masih mengekalkan nutrien dalam makanan kita..

Jom kita lihat demo..

Ni contoh purifikasi yang dilakukan pada ikan cencaru yang baru di beli di pasar


Penggunaan Biozone Food Purifier memang mudah, just plug+play..bekas yang digunakan pula mestilah dari bahan kaca ataupun stainless steel..

Pastikan air menutup keseluruhan bahan mentah, kemudian masukkan tube seramik dan pilih jenis makanan yang hendak dipurifikasi..

Proses purifikasi dalam masa 1 minit 

Setelah 5 minit berlalu, dan buih-buih putih sudah mula terbentuk….nampak tak kat buih tu dah ada macam warna kekuningan? 

Itulah antara asid lemak (fatty acid) dan bahan kimia (chemicals) yang dikeluarkan semasa proses purifikasi!

15 minit dari pandangan atas 

15 minit dari pandangan sisi 

Dan selepas 15 minit!

Nampak tak gelembung-gelembung buih tu dah naik tinggi! Sebenarnya kalau dilihat sendiri, gelembung tu macam likat dan tak pecah….sebab itu bukannya gelembung udara yang sebenar…


OK selesai proses purifikasi!

Walaupun dah habis process purifikasi, gelembung buih tu tak turun! Sebab die lemak, bukan udara yaaa… Sampai nak melimpah dah tinggi buih tu… Buih-buih ni makin banyak kalau bahan makanan kita lebih banyak bahan kimia… Paling banyak ialah daging…sebab banyak lemak dan asid urik


Close-up sikit buih ni… Bila dilihat secara dekat buih ni warna kekuningan…ni bukan lemak atau kotoran kat ayam, daging, ikan yang luaran; yang tu memang kita boleh buang…

Ni yang disembur atau yang disuntik pada bahan mentah makanan kita…


Sampai boleh dikaut dengan garfu…dan bau nya masya’allah mmg tersangatt lah busukkk..



Kita cuba bakar residual ni - seperti yang anda lihat, ianya tak hilang atau cair…malahan akan mengeras…macam bila kita bakar bahan plastik!

Bayangkan benda keras ni yang melekat dalam usus kita!...Allahuakbar!!...

Tidak hairan lah masyarakat zaman sekarang mudah terkena penyakit…dan kanak-kanak mudah dapat obesiti…

Kalau nak tahu, disebabkan suntikan hormon dalam ayamlah, maka gadis-gadis zaman sekarang banyak yang ada misai and budak lelaki banyak yang kecik2 dah ada man-boobs

Sanggup tak kita bagi famili kita makan makanan yang tak berapa nak bersih ni ? Sikit-sikit mungkin tak apa…tapi bayangkan bila berlanjutan selama 5-10 tahun…bila anak-anak dah semakin membesar..

Jika kita tak sanggup minum air yang belum dirawat, macam mana pula kita sanggup makan unfiltered food kan..

Anda sayang duit untuk dapatkan satu unit Biozone di rumah anda?

Cuba fikirkan : 
1. Berapa ramai ahli keluarga anda? 
2. Berapa tahun anda akan pakai Biozone ni? 
3. Berapa banyak kos perubatan akan terlibat jika ahli keluarga anda sakit kerana makan makanan yang mempunyai bahan kimia ini? 

Bagi 2 tahun penggunaan (dengan setiap pembelian, percuma kos penyelenggaraan untuk 2 tahun!) 
untuk 1 orang anda cuma belanjakan RM1.71 sehari
Kalau 5 orang ahli keluarga? 
Cuma RM0.34 seorang sehari.. 

MAHAL KE?

Agak2 beli jajan dan gula2 pun lagi mahal dari tu kan..

Lagipun, Biozone bukannye untuk satu kegunaan je, ada banyakkkk kegunaan. sangatlah berbaloi-baloi..

JOM KITA LIHAT...

1. Untuk bersihkan daging, ikan, makanan laut. Lagi banyak bendasing keluar bila purifikasi ikan tau. Kalau untuk ayam, ianya akan mengeluarkan suntikan hormon dan antibiotik yang diorang bagi kata yam untuk membesar cepat tuu…dan untuk daging…keluarkan asid urik yang banyak dalam daging…

2. Bersihkan sayur dan buah2...termasuk yang diimport.. Bersihkan sayur dari baja kimia dan racun serangga… Sayur dan buah akan jadi lebih segar..dan masakan lambat basi..


3. Boleh buat basuh botol susu baby. Senang nak hilang daki dan keladak kat botol tu….macam sterilize juga..

4. Menyegarkan udara kat tempat tertutup macam fridge, almari baju & almari kasut. Hilang bau kepam2 itu semua...termasuklah udara yang ada dalam rumah terutama semasa wabak jerebu melanda...best kann!!...tak perlu nak beli pembersih udara (air purifier) yang berasingan..

5. Cuci bath tub dan buat mandi ozone. Kalau gi kat tempat mandian ozone, mahal tau, ratus-ratus RM satu sessi. Anda boleh buat sendiri je kat rumah dengan biozone food purifier..

Ade banyak lagi kegunaan nya, so memang dalam sehari Biozone tu boleh di pelbagaikan fungsi nya...

Ramai kot orang zaman sekarang yang pentingkan kesihatan.. Jadi kita dahulukan lah kesihatan.. baru kita fikirkan tentang yang lain-lain... bendanya pun kecik comel je.. takdelah berat nak usung ke sana ke mari... buat sesiapa yang nak tau lebih lanjut pasal produk ni boleh contact nama kat bawah tu.. baik beli sekarang dan bagitau yang u olls ni readers blog suraya mazni mekchu a.k.a churalliya.. boleh dapat diskaun tau!....

Maintenance? 

Biozone ni free maintenance.. Nak pasang dan guna pon senang yang amat.

Ok, ada berita baik untuk anda semua yang dah tercelik mata with the UGLY FACTS apa yang kita makan selama ini..

PROMOTION!!! 
Diskaun dari normal price dan free gift untuk semua blogreaders

Boleh contact for demo at your own house, using your own foodstuff!

Pls mention in your text/email/whatsapp to us that you are mekchu blogreaders to be entitled for the discount!

HKL / KG. BARU / SUBANG JAYA / USJ / TAMAN MEDAN & SEMENANJUNG MALAYSIA 
Nurazmiah (NUR) 019 – 2316982 
nuraz77@yahoo.com 

by mekchuN (^_^)