Wednesday, October 30, 2013

Perubahan bila dah habis sekotak #bbpluscollagen

Menurut diari instagram @churalliya, mekchu start minum Bbplus Collagen ni pada 26 Sept lepas..(fuhhhh dasyat kan siap ingat tarikh tu)

Setelah habis sekotak, memang dapat rasa sangat-sangat perubahan kat diri sendiri.. Dari segi kulit, kesihatan, tenaga, semua ada perubahan.. Tak payah tunggu habis sekotak kot, seminggu macam tu dah dapat rasa berbeza dah...

Ehhh bukan seminggu, sehari pun dah dapat rasa perbezaan dia.. Malam tu start minum, esok tu amek gambar ni..

Cakkkk!!! Baru sekali minum tak kan dah rasa glowing kot.. perasaan ke perasan ni? -dari awek celah stering (^_^)

No filter. Tak pasti perasaan atau perasan.. kahkahkah...

Sedikit info bergambar :




Part rasa dia memang best... Sedap.. tak payah risau kalau tak boleh telan.. kalau suka ribena, konpem suka #bbpluscollagen ni..

Bila dah sebulan buat-buat la tanya pada papajib (dia kan jenis tak akan memuji atau menegur kalau kita tak tanya)

"pa... nampak tak beza kat muka mama"
"apa yang bezanya? nampak sama je..."
"nampak makin putih tak?"
"mama memang putih... mana nak nampak beza"

Ok... tak perlu sentap.. lelaki memang macam tu... betul la tu komen papajib tu.. Memang susah kot kalau nak cerita yang kulit mekchu makin cerah kat sini.. Tapi percaya lah, bukan setakat cerah, tapi lebih glowing dan lembut..

Yang kat bawah ni pulak gambar bila dah habis sekotak..

Ok, fine kalau nak kata instagram tu gambar pentipu..

haaaaa... ini memang gambar original.. bukan dari instagram, bukan dari camera360..

Dah cuba crop sama macam gambar dari instagram tu.. Dah no friend camera360 skang hoiii... kalau tidak dulu 360 adalah sahabat karib :D

Sekarang habit bila cubit pipi wawa, mesti nak cubit pipi sendiri.. sama je gebu.. hahahahaha...

Mekchu sebenarnya nak share macam2 lagi perubahan sejak minum #bbpluscollagen ni.. tapi tak janji bila boleh siap.. Sementara nak tunggu entry siap takut korang terlepas pulak peluang best ni..

BUY 3 FREE 1

Kalau sekotak harga dia RM180.. Tapi kalau contact Wannoraini Abdul Latif korang akan dapat special price.. Promo ni esok last ye uols.. Gi carik lagi 3 orang kawan, boleh pakat share sorang sekotak dulu.. nak dapat harga promo punya pasal kan...

Tak payah tunggu entry pengalaman mekchu yang lain2 pasal #bbpluscollagen ni.. Dah memang terbukti bagus sangat dah.. Antara collagen yang terbest sekarang ni.. Dah tak payah pikir, sila contact Wannoraini Abdul Latif sekarang jugak..

Wannoraini Abdul Latif
Wassap : 012-2135641

Mekchu pun dah grab promo ni.. Buat stok kat rumah..


by mekchuN (^_^)

Juara Ping Pong

Ye.. tau dah lambat nak update.. Tapi untuk kenangan kat sini mekchu update jugak..

Sukan SUK tak abis-abis lagi.. lama pulak amek masa tahun ni.. dari sebelum puasa hari tu tak setel2 lagi.. tahun ni game tak jalan serentak.. tapi bagus jugak sebab kalau serentak sorang dapat main 1 game aje.. kalau buat macam ni ada chance team kitorang nak menang banyak sikit..

Minggu lepas ping pong.. last pegang bat 2011.. lepas tu langsung tak pernah pegang dan tiba2 tahun ni suruh main ping pong.. Ingatkan dorang main2 aje.. Rupa-rupanya betul mekchu main.. tapi sebagai simpanan.. phewwww lega....

1st day tak dapat datang sebab nak gi makan kat luar sempena bithday wawa hari tu.. Bila mekchu tak main dorang mesti masuk semi-final.. Agaknya kalau mekchu main, konpem awal2 dah bungkus.. Kalau gitu la kan, mekchu terus datang kat semi-final aje laaa.. cehh bajet star sangat kot...

hari 1st datang sebagai penyokong aje.. itu pun tak bleh lama... 

sebab nak bawak birthday girl makan kat luar.. terasa rugi pulak tak belikan dia kek.. kalo tak boleh tengok abam mi tiup lilin sempena birthday adik kan... 

2nd day masa semi-final mekchu siap tukar baju walau pun setakat pemain simpanan.. Semangat ngko!! Bila dah siap tukar baju semua, risau pulak takut kena main... Berdoa je la tak de pemain perempuan yang cedera.. alaaa ping pong aje kot...

Kan team mekchu kaler orengggggg... Sekali terlupa pulak nak bawak tudung extra.. Begini lah jadinyaaa...

terima kasih la color blocking.. tak de la rasa bersalah sangat... 

Hebat2 la dorang main.. tak nampak bola weiiii dorang smash...

bergu lelaki satria.. ryan apis (baju oren) player terbaek.. maklum la, baru lepas bertunang 2 hari sebelum tu.. opsss tak bagi tau opismate, tapi berbagi tau kat sini pulak (^_^)

ni bergu perempuan satria.. sherashi bershama.. 

bergu campuran ke bergu veteran ehh? hahahaha... 

Dorang semua dah hebat2 sangat.. memang patut jadi simpanan aje..



ni tempat ke-2 dan 3 kot.. 

hah... ni tempat pertama.. mana ntah player lain dah balik.. dorang semua adalah pemain kecuali mekchu... 

Syukur tak kena main pun dapat hadiah... ku sukaaaaa.... mintak2 tahun ni hadiah tiket flight pegi langkawi :D


by mekchuN (^_^)

Monday, October 28, 2013

Murah rezeki sejak berhijab

Alhamdulillah... syukur dikelilingi kawan-kawan yang sangat manis macam candycrush!!

Sejak berhijab ni, mekchu dapat banyak sangat prezen dari kawan2.. minggu awal2 dulu boleh dikatakan hari2 abang posmen datang hantar kat opis.. hari2 ku terasa sangat indah..

Tak kira lah pemberian itu yang terpakai, atau belum berpakai atau yang masih baru dari kedai.. semua pun masih elok cantik lagi.. dan paling penting niat tu ikhlas sebagai tanda sokongan mekchu dah berhijrah..

Nak tepuk bahu sambil cakap kemon mekchu, kemon mekchu.. kipidap mekchu.... memang tak dapat la kan.... Dengan cara terperanjat-peranjat macam ni sebenarnya lagi memainkan peranan sebenarnya.. lagi touching.. lagi senang nak menangis juga.. hahaha aii ni kan mudah cembeng orangnyaa...

Setiap pemberian kawan-kawan mekchu ada publish kat instagram.. Kat blog ni nak buat entry pulak supaya senang nak kenang nanti.. ada yang dah pakai, ada yang belum sempat nak pakai lagi.. InsyaAllah, mekchu akan pakai semua nya andai berkesempatan..


ni dari syikin ibrahim.. dulu silent reader sekarang dia dah berani bersuara :) 
**************************************************************************************

ini pulak dari zura alycia.. siap bagi sekali dengan FM dan duit raya najmi & najwa.. 
**************************************************************************************


ini dari mak tang Puteri Mona.. masa dapat ni dia dalam pantang.. pun sempat soh tok laki dia gi pos.. bukak je bungkusan terus rasa nak meleleh air mata.. 
**************************************************************************************


yang belah atas pemberian Mimie Qirana yang bersuara sedap... sejak dah pindah pejabat agama ni rekues dia nyanyi lagu sepohon kayu tak dapat2 lagi..

Yang belah bawah tu pemberian sahabat dulu kini dan selamanya, rosnizam mat a.k.a ms_onie... tudung tu special sebab dia bawak sendiri masa datang raya hari tu.. Hadiah birthday mekchu.. awwwww....
**************************************************************************************

shawl ni pulak dari kawan papajib kawan ku jua.. hahahaha.. shacip.. tergelak-gelak baca notes dia kelam kabut gi buat pos laju.. macam2 tau korang ni.. alahai, buat susah2 aje.. 
**************************************************************************************


haaa.. shawl pink dan biru ni lain pulak ceritanya.. malam tu nini D siap2 wassap bagi tau esok mekchu dapat parcel tapi bukan atas nama dia.. alaaaaa, baru nak felling ada secret admirer kannnn... gojes sangat shawl tu.. 
**************************************************************************************

Shawl hijau prezen dari owner Pritilulu.. mekchu ada beli 2-3 tudung kat kedai dia baru2 ni.. tak sangka pulak bila nak balik tu dia selitkan sekali shawl hijau ni kat dalam bag.. adoi kak, baik nya kamoo... dia kata sebagai tanda sokongan selepas berhijab.. Alhamdulillah..
**************************************************************************************


@ ] churalliya Dia panggil kite ranggi.. sbb tu prezenkan tudung jeans ni.. mahal kot kak tudung #pearlhaya ni. Tak pernah ada dlm koleksi lagi. Terima kasih byk2.. akk dh ceriakan hari sy. Sy doakan akk terus suksessss.. amin.. - dari senior sekolah ku kak zie..


terus declare tudung feberet walau pun korang nak kata kepala besar...

**************************************************************************************
yang ini lain.. ini bukan kategori prezen.. sebab kalau prezen ni kita macam seprise berdebar2 tatau apa isi kat dalam kan.. shawl ni mekchu memang dah siap2 order online bila tahu papajib outstation kat KB hari tu.. mekchu order, tapi papajib yang bayar.. hahaha.. harus pandai amek kesempatan lorrr...

Ternyata ramai yang sokong sejak mekchu pakai tudung ni.. tak tahu lah macam mana nak cakap. Terharu sangat.. Sangat! Ingat lagi tak masa nak mula kerja lepas cuti raya dulu tu mekchu hanya ada 5 helai tudung aje? Tuhan telah permudahkan perjalanan hamba-Nya.. Syukur..

Dari 5 helai, sekarang dah jadi hampir 50 helai.. Perlu declare DILARANG membeli sebarang jenis shawl/tudung lagi dah lepas ni... Berkuat kuasa pada tarikh entry ini dipublish :)


by mekchuN (^_^)

Friday, October 25, 2013

Rindu masa berkualiti

Laaaaaamanya tak balik rumah sendiri... Rindu pulak nak buat aktiviti sihat macam korang...

Paling rindu nak pegi erobik...





Rindu nak bersihkan kawasan rumah yang sekangkang beruk tu...




Rindu nak golek-golek kat rumah sendiri.. ~ Gambar golek-golek tak de..

Rindu nak masak-masak kat rumah sendiri.. ~ gambar masakan tak de jugak.. tapi percaya lah mekchu masak hari tu..

Rindu nak beriadah bersama family..



Disebabkan sangat syok main go kart ni, maka esoknya kami repeat lagi...



Ada instavideo.. tapi masih tak berjaya copy paste kat sini...

Kawan-kawan seremban, jom layan go kart nak? Tapi ni children go kart.. belasah aje laaa kalo tak ramai konpem ane tu bagi main punya... Kat Aeon Big (care4 lama). Sila roger mekchu kalo ke sana ok...


by mekchuN (^_^)

Wednesday, October 23, 2013

Himpunan Entry Bandung di sini....

Korang kalau nak carik entry yang dulu2, boleh je Ctrl + F dan taip aje apa benda yang korang nak carik..

Atau nak cari dari kotak search kat atas tu pun buleh...
Atau cuba cari melalui Labels kat tepi sebelah kanan tu pun can..
Pandai2 la ikut jalan mana yang senang...

Tapi untuk entry Bandung (ada yang rekues suruh mekchu letak kat tepi satu satu nak kasi senang nak carik katanya) mekchu dah letak dah kat sebelah tepi tu.. suka tak???

perasan ke idok kat belah tepi tu?

Link List yang bukan2 ku dah delete.. ntahapaapantah letak Segmen Mari Kenali Mekchu konon... hahahaha.. itu masa mula2 buat blog.. kengkonon nak bagi uols senang nak kenal mekchu.. Pas tu link list Tutorial celah gigi tu pun ku dah delete!! Buat menyemak je.. bukan best sangat pun tutorial tu..

Kalo tak nak pegi Bandung dalam masa terdekat tak ape, mekchu memang sayang korang lebih... memang mekchu biarkan aje kat tepi tu sampailah agak2 mata ni dah menyampah tengok... nanti lagi 2-3 hari nak pegi pun boleh masuk sini dah terus klik klik klik aje..

Daaaaa....


by mekchuN (^_^)

Tuesday, October 22, 2013

Kecibung wawa dah 1 tahun

Kejap je kan... mekchu yang hari2 tengok wawa pun rasa sekejap je dah 1 tahun... Sekejap je dah besar.. Tapi wawa ni halus je orangnya, jadi mekchu tetap nak kata dia kecik lagi.. masih baby lagi...

Selamat hari lahir yang pertama sayang...

Gambar dia bangun tido pagi tadi..

Tak buat birthday party kot.. anak kedua gitu laaaa....

Sedikit perkembangan wawa menjelang 1 tahun secara senapas..
Belum berjalan. Belum tumbuh gigi. Berat 7 kilo lebih sikit aje. Halus kann.. Baju baby semua masih boleh pakai. Masih setia pada susu mama. Pandai buat muka musyuk, muka terkejut. Pandai gaduh dengan abang. Suka dokong. Suka bercakap. Suka kucing. Tak suka nurse dan doktor.. hahahaha...

Mama doakan wawa menjadi anak yang solehah, yang bijak, yang berjaya, yang sihat, yang sentiasa menggembirakan hati mama, papa dan abang... Amin...

Bila wawa dah setahun ni, mula la soklan 'bila nak menambah akan kedengaran'.. tak caya tengok laaaa....

Kejap lagi nak carik balik entry bersalinkan wawa dulu...

by mekchuN (^_^)

Monday, October 21, 2013

Penyediaan bubur anak ketika pergi bercuti

Risaukan bagaimana nak sediakan bubur anak ketika bercuti jauh? Risau tiada makanan yang sesuai untuk diberikan kepada anak sepanjang waktu bercuti?

Kalau korang ada perasaan tu, syabasssss... korang adalah ibu yang prihatin..

Secara jujurnya mekchu memang tak pernah terpikir nak masak bubur kat hotel.. nak angkut slow cooker naik kapal terbang.. terus pikir penyelesaian yang mudah iaitu bagi makan roti atau nasi dengan sup atau biskut.. Kenyang ke budak tu? jeng jeng jeng...

Bagi hotel yang ada sediakan menu bubur, beruntung lah.. tapi macam mana nak tahu hotel tu ada masak bubur ke tak? ada nombor chef dia tak?

Maka, meh sini mekchu share macam mana mekchu sediakan bubur wawa masa kat Bandung hari tu.. ini pun sebab ada yang minta share kan.. cehhhh perasan hebat sangat ni... ehemmmm!! walhal faridah (opismate) yang ajar satu per satu sehari sebelum ke Bandung..


Perkara yang perlu disediakan :
1. Slow cooker size kecil. Tak berat, tak ringan. Sedang2.. Nak travel sekali dengan kotak pun boleh, nak buang kotak pun boleh.
2. Beras anak secukupnya
3. Lauk. Kalau nak aeroplane dicadangkan agar gunakan ikan bilis yang digoreng dan diblend halus. Senang nak bawak. Kalau naik kereta, boleh je kalau nak bawak ayam atau ikan yang dah direbus. Letak bersama dengan ice pax.
4. Sayur. Balut cantik2 dalam paper.. Sampai je hotel sumbat masuk dalam peties dia..
5. Bawang goreng (add on)
6. Senduk/sudu

Dah.. tu aje bahan nya..

Cara sedia bubur :
1. Malam sebelum tidur basuh beras dan masuk kan ke dalam slow cooker.. Biarkan hingga ke pagi.. Pastikan air tak terlalu banyak macam kita masak bubur kat atas api tu..
2. Pagi tu mesti beras tu akan kembang. Baru masuk kan ikan bilis/ayam/sayur
3. Kacau-kacau dan siapppp....

Dah.. itu aje.. Selamat mencuba.. (kembang kempis idong perasan macam hebat sangat dah ni) hezzz hezz hezzzz...

Mekchu letak label entry ni dibawah tajuk 'resepi'.. Kesian ada 2 entry je setakat ni...

by mekchuN (^_^)