Wednesday, February 26, 2014

Macam mana najmi terbuka hati nak makan di sekolah

(entry sambungan dari Kenapa abang mi tak suka makan di sekolah. Entry makan pun ada sambungan ke?)

Mekchu hantar abang mi macam biasa sampai pintu kelas.. Sekali cikgu datang dan borak2 pasal kes abang mi tak nak makan..

Cikgu : "semalam saya siap koyakkan sikit roti telur dan cakap kalau najmi sayangkan mama, najmi kena makan sikit.."
mekchu : "oooo patut lah ada luak sikit roti telur tu"

Cikgu bercerita lagi...
cikgu : "kenapa najmi tak nak makan ni.. kesian mama penat dia masak tau..."
abang mi : DIAM
cikgu : "errrmmm? kenapa najmi tak nak makan"
abang mi : DIAM lagi
cikgu : "kesian tau mama pagi2 masak kan bekal, najmi tak nak makan. kenapa?"
abang mi : "mi tengah fikirkan jawapan ni cikgu"
cikgu : "cuba bagi tahu cikgu kenapa najmi tak nak makan"
abang mi : "sebab perut mi ni ada angin jahat......"

Terus cikgu gelak...

Ok, mengaku memang perkataan angin jahat tu mekchu yang wujudkan... dah tu tatau nak eksplen macam mana lagi kat dia...

Sekali datang cikgu besar (pra) dan terus mekchu kena sekolah kat situ jugak pagi tu...

cikgu besar : "tak baik sebenarnya cakap angin jahat pada budak2 umur macam dorang ni"
mekchu : SENGIH
cikgu besar : "budak2 ni ada minda.. minda mereka sedang dalam proses berfikir mana yang elok mana yang tidak.. kalau kita bagi tahu alasan macam tu tak baik kan..."
mekchu : SENGIH lagi
cikgu besar : "kita patut cakap macam ni... makcik tukang masak kantin tu orang Islam. Dia bersih. Dia basuh tangan sebelum masak. Dia masak sedap. Makcik tu dah lama kerja memasak kat sekolah... blaa.. bla... blaaa..."
Masa ni mekchu dah blushingggggggggggg
mekchu : "Ok cikgu, nanti saya ekspen dengan najmi sama macam apa yang cikgu cakap tu. Terima kasih ya cikgu. Saya akan cuba pujuk najmi lagi"

Terus blah masuk opis... Merah punch card ku akibat kena sekolah di sekolah anak...

Dan mekchu cuba ceritakan dan jelaskan dengan abang mi sebijik macam apa yang cikgu besar tu cakap... dan alhamdulillah, minggu lepas dia ada bagi tahu dia ada cuba makan mee goreng kat sekolah...

abang mi : "mama... mama....... tadi kan mi makan mee goreng kat sekolah.. sedap lah mama...."
mekchu : "haaaa... kan mama dah kata. Makcik kantin tu orang Islam. Dia masak sedap. Dia basuh tangan sebelum masak. Dia pembersih tak macam mapley" ~ yang hujung tu mekchu tambah
abang mi : "minggu depan cikgu kata mama tak payah masak bekal mi... Mi nak cuba makan kat kantin sekolah"

Ternyata jauh sangat bezanya kualiti ayat seorang ibu muda dengan ayat cikgu besar kan... Mereka memang sangat berkemahiran dalam psikologi anak.. Terbaekkkk...

hari pertama ke sekolah tanpa bag bekal.. 

Sepanjang hari mekchu berdebar dan tak sabar nak tunggu abang mi balik sekolah..


"mama, mi makan masakan makcik kantin kat sekolah tadi... mi tambah ikan 2 kali!! sedap lah makcik kantin masak.. bukan macam mama masak"

Dah pulak.... sempat ngko kenakan mama kannnnnnnnnn......

ini minggu ke-2 tanpa bag bekal

abang mi : mama dah tak payah masak bekal ni tau.... 
mekchu : sampai bila? 
abang mi : SELAMANYA.......

Syukur... syukur... syukur... Tiada paksaan... Keinginan itu datang dengan sendiri...

Atau mungkin juga abang mi ada 'pendorong' atau erti kata lain 'pemberi semangat' di sekolah?... Dia selalu sebut nama batrisya. Apakah??


by mekchuN (^_^)

Tuesday, February 18, 2014

Kenapa abang mi tak suka makan di sekolah?

Kenapa ehhh??

"Sebab cikgu masak menjijikkan" ~ itu adalah jawapan dia dulu2..

Kadang-kadang ada jugak dia jawab macam ni "cikgu masak tak menyelerakan". Mekchu tak pernah ajar dia ayat2 macam tu.. Kemungkinan besar dia belajar dari hagemaru.

Jap mekchu cuba dedahkan kat sini kenapa dia sampai boleh bagi statement di luar jangkaan macam tu...

Najmi ni memang agak memilih bab makan... sikit laa... tak cerewet mana pun sebenarnya... Kalau kitorang makan kat luar dia makan aje.. bukannya jenis yang tak nak makan kat luar pun.. Semua pun dia bedal.. Dan paling suka nasi goreng cina + telur dadar.. Itu menu wajib dia..

Nak kata tak makan kat luar pentipu sangat... mama dia pun bukannya golongan yang rajin memasak kat rumah kan.. Beli tapaw pun dia makan aje tanpa banyak songeh...

Dah tu, apa punca dia tak nak makan kat sekolah?

Abang mi ni susah nak makan kat luar TANPA seseorang yang dia kenal dan percaya ada bersama dia.. maknanya kalau tak de mekchu, papajib, nenek, maksu, paksu, kakak bella, mama-wom dan sesiapa aje lah yang dia boleh percaya, dia tak akan makan... Lapar cemana pun dia tak akan jamah pun.. Sanggup ko kan!!!

Masa kecik2 abang mi senang muntah.. Tanya lah papajib tu, kedai mana kat seremban ni yang dia tak muntah... Majoriti pegi mesti muntah.. Ada sekali tu, papajib siap pegi amek mop kedai dan mop muntah anak dia.. Kat rumah pun tak rajin macam tu weii... Serba salah punya pasal sbb tuan kedai baru lepas mop lantai masa tu.. hahahaha...

Abang mi tak boleh loya, lepas tu mula lah muntah. Senang sangat nak muntah. Nak makan kemain payah.. Tengok sisa makanan kat pinggan orang pun boleh loya. Bau sambal belacan kat tangan papajib pun boleh loya.. hahahaha memang perangai mama sangat ni..

Ini paling kelakar. Masa mekchu tengah mabuk ngandung wawa dulu. Kejap2 pegi sinki bluekkkk sampai penuh sinki kan.. Yang abang mi ni boleh datang siap sedut bau dalam sinki tu.. HAHAHAHAHA anak.. Sudahnya mekchu muntah kat sinki, abang mi muntah kat dlm toilet bowl.. hadoiiii dah tau awak tu mudah loya, yang pegi sedut bau muntah mama tu kenapa....

gambar lama.. macam gegirl kan pakai celak. ni zaman dia senang muntah ni..

Setahun yang lepas pegi sekolah taska langsung tak pernah makan kat sekolah... Budak2 lain kol 10.30 pagi time makan, abang mi tolong jaga kucing jangan bagi masuk dalam kelas.. hahahaha apa pesyen la ko anak oiiii... Itu ok la lagi sebab pukul 12 tgh hari dah boleh balik rumah. Nenek labu dah masak kat rumah... Tahun ni sekolah sampai petang gile ngko kalo tak makan..

Besyukur sebab abang mi nak bawak bekal.. Jadi hari2 lah mekchu masak bekal dia.. Bukan sejenis. Tapi 2 jenis!! Bayangkan pompuan yang pemalas memasak ni tiba2 boleh jadi rajin dan kreatif dalam sekelip mata.. Anak punya pasal kan...

Bulan Januari pun berlalu.

Dah masuk bulan Februari pun.. ehh dah pertengahan bulan Februari... yeyyy.. rasa nak chicken dance kejap celebrate kesunggukan mekchu celik kan mata bangun sebelum subuh nak masak bekal abang mi...

Tanpa jemu. Kadang seronok. Kadang tidak..

Abang mi pulak kadang makan dan selalunya tidak... cemana kita bekalkan dia pagi tu, mcm tu la dia bawak balik.. tak ke risau takut perut dia masuk angin?

Tu pasal tiap2 petang siap paksa suruh singgah kedai nak makan roti canai.. tak nak bagi kesian pulak..




Tu cerita kalau singgah mapley lepas balik sekolah... 

Ni pulak cerita kalau tak singgah mapley... selalu sangat makan masakan mapley tak elok jugak kan...  

Bila seharian tak makan tu kan, balik rumah dia punya kelaparan tok sah cakap... mekchu panas lauk yang dia bawak bekal tu, terus makan habis licin...




Memang kesian sangat... (x sure korang boleh view insta video ni ke tidak)

Akak mekchu ada cadangkan belikan dia pinggan, cawan, sudu & garfu sendiri.. mungkin dia geli guna barang2 sekolah.. Idea yg sangat bernas.. tapi mekchu tak pikir itu boleh membantu.. Dia boleh je minum guna cawan sekolah.. cuma tak boleh makan? why? why?

Sebelum tido memang kena pikir nak masak apa untuk esok.. Kadang dah pikir siap2 menu untuk 2-3 hari akan datang.. kalao tidak tak lena tido... Banyak kali jugak tak jadi tido sebab terpikir ayam, udang tak keluarkan lagi.. Nasi tak masak lagi nak buat nasi goreng esok kelam kabut.. uishhhh memang dah macam mak-mak sangat..

Ni menu awal2 dulu.. Antaranya.. (cehhhhhhh)

roti telur + nasi putih + daging beef steak masak kicap + teh O

Alaaa.. tak banyak pulak amek gambar bento abang mi.. Mekchu bukannya pandai masak pun.. sendiri nak amek gambar pun segan..

ni lauk telur masak kicap kot.. ke ayam dalam tu... 

Menu lain macam nasi goreng cina, nasi goreng udang manis (ni abg mi yg bg nama), nasi goreng kicap... hahahaha balik2 nasi goreng... Mula2 nampak la dia makan, nak hujung2 langsung tak bersentuh.. Dah muak agaknya.. tapi bila tanya nak makan apa, dia jawab nasi goreng... hmppphhhhhhhh...

Sehingga lah abang mi rekues sendiri nak makan spegeti.. Terus mekchu google resepi.. hahaha fine kena gelak.. kalau tak de orang nak google resepi spegeti, maka tak kan la ada orang buat entry resepi spegeti kan.. kan.. kan.... Ramai yg cakap senang.. 1st timer ni cuak jugak.. Dan akhirnya dapat thumbs up dari abang mi...



Yesss... dia suka..

Lepas tu dapat pesanan dari cikgu dia..

"mama, cikgu pesan nanti mama masak nasi putih, lepas tu masak lauk.. makan nasi goreng hari2 tak elok" ~ ewahhhhh sekali cikgu dah sound daaaa.... Bila kita tanya, dia jugak yang nak makan nasi goreng.. Mesti cikgu ingat mekchu tak pandai masak lain selain nasi goreng kan...

Esok tu jugak mekchu belajar masak kurma ayam dari nenek labu!!!


Sudahnya luak siiiiikit aje pun... sama jugak tak nak makan...

Kadang2 dah buntu nk buat cemana lagi nak bagi abang mi ni makan kat sekolah..

Mama masak bekal pun tak abis makan... nak buat cemana lagi?

"mama masak tak sedap"
Fine. Budak-budak memang ikhlas. 

Sehingga lah pada satu pagi tu (dah macam cerita seram pulak)...

*bersambung (pada entry macam mana abang mi akhirnya nak makan di sekolah)


by mekchuN (^_^)

Thursday, February 13, 2014

Tanjat gegirl


Kusssssssssssss semangat...

Sekali scroll ingatkan papajib dengan sugar mummy mana lah kan... hahahahaha... Binik sendiri pun boleh tergigil tangan sekali imbas tengok gambar ni..

Ini 1st time terkejut betul.. selalunya buat2 terkejut je nak jaga hati (^_^)

by mekchuN (^_^)

Tuesday, February 11, 2014

Keperluan nak tido gantikan buai

Wawa tak tido buai.. Kalau dengan mekchu, biarkan dia tido sendiri aje.. Kalau dengan nenek labu, kena pakai rocker.. Nasib badan kecik, jadi fisher price rocker tu masih muat untuk budak kecibung ni walau pun dah kena ikat sebab dah patah angkara abang mi..

Bila tak tido buai, jadi keperluan dia nak tido agak melampau jugak laa..


Puting : checked
Botol susu : checked
Bantal : checked
Kain : checked


Kalau kat rumah boleh lah nak ada semua tu.. Dia akan angkut kesemua ok.. Kalau tak cukup salah satu dia akan bebel lah suruh kita carik kan.. Bila dah jumpa senyum kemain.. 

Selalunya kalau keluar rumah punting ngan kain adalah wajib.. terpaling wajib puting tu.. tak boleh tak de.. Pernah jugak tak bawak puting bila keluar, dia tido jugak cuma susah sikit la nak lena.. 

dah... semorang tepi.. tepi... tuan puteri nak beradu.. 

Angkut la ke hulu ke hilir barang2 tu.. Comel je terkedek-kedek jalan sambil seret kain..

Nanti bila tiba2 sunyi aje, sila lah carik kat mana wawa tido.. Kadang elok je cantik atas bantal macam keadaan asal.. selalunya bantal ke mana, dia ke mana.. tapi punting ngan kain tu yang akan kekal..



Senang banyak jaga wawa ni berbanding abang mi dulu... Kurang melasak dan kurang meragam..

Wawa, semoga kamoo terus tak banyak ragam sampai besar ok..


by mekchuN (^_^)

Tuesday, February 4, 2014

Najmi, sekolah baru dan dialog

Dah masuk bulan ke dua sekolah kan... (asyik la kena edit ayat yang first tu tiap kali bila sambung menaip) Nampak sangat dah berjaman entry ni tak siap-siap..

Memang saje kumpul cerita pasal pengalaman abang besar dengan sekolah baru dia ni.. Memang plan nak update sekali gus aje kat sini.. Walau pun cerita sejemput-jemput ada update kat ig (share kat fb kalau rajin), tapi tetap rasa tak shiok kalo tak update sini... Slow2 pun buleh...

Alhamdulillah, abang besar dapat terima sekolah baru dia.. Tak de drama air mata lagi macam tahun sebelum... Apa tidaknya, awal2 minggu hari tu asal hantar je masuk kelas cikgu dah siap pasang cerita katun kat depan.. Budak nak menangis masuk kelas pun tak jadi.. lepas tu balik je rumah ada je mainan/coklat/air kotak/belon yang cikgu bagi.. Seronok la dorang tu.. Psikologi yang sangat bagus..

Rutin bangun tido mekchu dah berubah secara drastik.. Rutin tido tetap sama jugak.. tu yang rasa manjang tak cukup tido tu walaupun dah bayar ganti rugi time weekend.. hihihi.. Memang terasa penat kali ni...

Pagi2 sampai je opis dah macam kerbau melepaskan lelah gamaknya.. ehh mekchu sama ke dengan kerbau? Pagi2 pukul 5.30 pagi dah bangun.. Bangun yang terus kerja, kerja dan kerja. Yang jalan laju, laju dan laju... kejadian berlaga bahu dengan papajib mcm org carik gaduh itu biasa... hahahaha... Pagi tadi paling best... sebijik macam dalam perlawanan galah panjang.. korang bayangkan mekchu sedang jaga papajib nak lepas dari garisan.. cuma beza tak keluarkan tangan aje.. hahahaha itu memang kelakar.. Dah tahu lambat esok tetap nak snooze alarm.. Entah apa penyakit ntah...

Ehhhh sambung tergelak lagi.. hahahaha.. ok ok... tarik napas dan sambung cerita pehlisss....

1st day abang besar najmi ke sekolah.. tak dapat baju sekolah lagi masa ni.. pakai komejo (dia yg panggil macam tu.. konon anak jati nismilan sangat letew) dengan seluar hitam fit pilihan papajib masa beli dulu..

Mekchu amek cuti 2 hari pertama persekolahan hari tu... Dah semorang kat opis cuti, mekchu pun cuti laa..

 hari pertama ke sekolah kitorang lambat.. masa orientasi dia dok depan, bila lambat sampai, tempat duduk depan semua dah penuh.. dah mula la nak cembeng2 tempat duduk masa orientasi kena amek.. 

 intai sekejap-sekejap.. asyik2 betul kan jambul.. kejap2 betulkan balik.. mentang2 dah berambut pacak kan... 

tiba masa nak perkenalkan diri.. time ni mekchu agak nebes jugak.. kan dia pernah cakap dia tak yakin nak perkenalkan diri.. hahaha macam2 tau abang mi ni.. dengar dari jauh aje.. suara terpekit-kepit nak bagi tahu nama.. 

 time nak sarapan pagi.. budak lain semua tak tanggalkan stokin masuk kelas.. abang mi tak suka.. kaki berpeluh ikut genetik orang pilah katanyaaa... kasut stokin semua tanggal.. "baru lah berangin kaki mi.." hahahaha #sukatilahnak

Dah la semua orang tunggu dia beratur nak pegi kantin.. tak cekap lagi pakai stokin masa ni.. mekchu kat tepi tu gerammm aje tengok.. rasa nak tolong aje..

 yang ini memang senang nak cam.. dia sorang je yang bawak bag bekal.. nak buat cam ne.. dah anak mekchu tu tak nak makan makanan kat sekolah... nasib lah dia nak angkut bag merah tali panjang tu ke hulu ke hilir.. tak pernah pulak komplen.. 

 sarapan mee hoon.. nampak abang mi dah keluarkan bekal nasi goreng.. 

Mekchu tak tunggu lama.. lepas sarapan terus blah buat facial :D

Dorang makan 3 kali sehari.. sampai petang kan.. masa ni tak pandai bajet lagi nak masak banyak mana untuk keperluan dia sampai petang..

Sebelum 4.30 petang pegi intai abang mi semula..

dah dapat baju sekolah.. candid ni.. ngko tengok la anak mekchu tu.. rebeh tangan dengan bag.. alahai kesian pulak.. 

 masa minum petang. sikit pun abang mi tak heran pasal makanan... dia lagi heran dengan menan yang cikgu bagi tu (tepi tiang hijau)

Macam mana dengan hari pertama abang kat sekolah?
Mi ok lah mama.... 
Bekal abang habis tak?
Habis... sedap lah mama masak... 
*thumbsup

 Ok, day 1 sucess..... chaiyok abang besar.... 

Hari ke-2...

Mama dan papa lambat lagi? (ayat yang biasa korang akan baca lepas-lepas ni)

bekal hari kedua.. hari2 pun lebih kurang jugak.. mekchu tak de amek gambar bento abang mi hari2 sebab mekchu kan tak pandai memasak.. malu la pulak nak tunjuk.. asyik2 menu yang sama aje pun.. 

Roti telur untuk sarapan pagi.
Nasi putih dan daging masak kicap untuk tengah hari.
Air kotak strawberry untuk petang...

Hahahaha tiba petang air kotak aje ngko bekalkan untuk anak?

Mekchu kan masih cuti lagi.. Papajib dah kerja.. pagi tu dia pegi Putrajaya kot.. Tak ingat.. Mekchu la kena hantar dan jemput abang mi. Plan nak ikut jalan lain sebab jalan biasa kami ikut hari2 tu jem teruk.. Bila mama yang drive memang ikut jalan hari2 pegi keje la jawabnya.. dalam kepala otak ni dah terbiasa ikut jalan tu kan.. tak biasa dengan jalan baru.. hermmmm apa lagi, terlepas simpang. Bukan 1 simpang, tapi 2!!

Abis... lambat lagi lah mi pagi ni?
Semua simpang dah terlepas...
Penat je mi bangun awal pagi tadi.. lambat jugak sudahnya... 

Amboi.... kemain dia komplen kan... Dalam hati mengekek tergelak dengan kesungguhan abang mi nak ke sekolah...

budak kaki komplen... ustaz sangat kan... ni amek gambar ni punya susah.. sibuk nak cepat masuk kelas nanti tempat duduk depan dah kena amek.. hahahaha... part tu memang abang bagus.. jangan ikut mama ngan papa tak suka pun duduk depan masa belajar.. 

Dia suka duduk depan sebab barisan depan yang akan bangun dulu beratur nak pegi kantin.. Jadi ada masa dia nak pakai stokin, pakai kasut...

suka la tu dapat duduk depan.. mama harap sampai bila2 pun abang suka duduk depan.. 

Balik tu dia komplen lagi...

Kenapa mama letak bawang sikit sangat kat roti tu? Mi kan suka bawang... 
Kenapa mama letak kuah kicap sikit? Mi dah la lapar.. Letak la kicap atas nasi..

Ok, fine... mama belajar melalui kesilapan... Kalau nak cerita pasal cerewetnya abang mi dan makanan memang panjang lebar... mekchu nak cerita kat entry lain.. Entry khas abang mi dan makanan.. hahaha..

Sabtu. Ahad. Cuti.

Isnin mekchu dah start keje... So hari ke-3 sekolah baru boleh gather2 dalam kereta... Boleh borak sama2.. Boleh pesan itu ini dalam kereta... dan yang paling penting boleh #selfie sama2..

 kali ni ada papajib.. dia yang bawak kereta so konpem tak terlepas simpang... 

hari pertama mekchu keje tahun 2014 ni.. sebab tu saje pilih kaler yang sama dengan uniform abang mi... bag bekal tu potong tang corner pulak.. tiba2 je merah kat situ kan.. mana nak carik bag bekal yang comel2 ehh?

Papajib outstation 3 hari.. Awal2 tahun dah outstaion.. kelam kabut jugak nak masak, hantar, jemput anak kat sekolah...

tiba petang, begini lah keadaan abang mi... dengan songkok senget, seluar pendek sebelah, tangan penuh dengan bag.. alahai, kesian pun ada... tapi demi ilmu tak pe kan abang... 

ini lepas mekchu tukarkan bag bekal kecik sikit.. tak de la nampak sarat sangat kot.. 

tiap2 petang kalau mekchu amek abang dari sekolah memang kena bawak masuk opis semula.. abang mi balik pukul 4.30 petang. Mekchu balik pukul 5.. 

Terkadang rasa serba salah jugak dengan kawan2 opis.. sebab abang mi ni jenis tak reti nak senyap.. memang mengganggu ketenteraman opis sangat... mekchu pulak tak de bilik.. dok partition aje.. memang ketara sangat la bising dia.. Anak orang lain pun ada jugak datang opis.. tak sedar langsung kehadiran dorang... Abang mi ni kat pintu masuk je dah boleh dengar tapak kasut dia... hadoiiiii...

Kadang2 suara abang mi tak bising, suara mama dia yang lebih JANGAN... JANGAN... JANGAN.. hahahaha... Mula2 dulu dilema jugak nak keluar amek anak sekejap... lepas tu bawak masuk opis pulak... tapi boss dah izinkan.. mekasih boss... Bukan selalu pun.. time papajib tak de aje baru terjadinya kes macam tu.. Bukan hari2 ye.. Bukan.

Dan hari-hari seterusnya...

dengan mama.. 

dengan papajib.. 

Dan baru2 ni masa nak amek masa balik, penik dekat 10 minit cari abang mi tak jumpa.. selalu bila sampai je kat pintu gate dia akan jerit nama mekchu dulu.. Ni dah jual muka 10 minit kat situ tapi tak de pulak dengar suara abang mi.. Carik2 keliling nampak semua samaaaaa aje pun... 

Rupanya dia gi main ngan kawan2.. dah tak nak balik gayanya... 

begitu lah comotnya abang mi menjelang petang... 

Masuk je kereta soalan pertama mekchu...

Bekal habis ke tak?

Hahahaha mana budak tu tak tension...

Walau macam mana pun, mekchu happy dengan rutin baru ini.. Alhamdulillah, Tuhan telah permudahkan seperkara.. Amin....


by mekchuN (^_^)