@churalliya

Tuesday, February 18, 2014

Kenapa abang mi tak suka makan di sekolah?

Kenapa ehhh??

"Sebab cikgu masak menjijikkan" ~ itu adalah jawapan dia dulu2..

Kadang-kadang ada jugak dia jawab macam ni "cikgu masak tak menyelerakan". Mekchu tak pernah ajar dia ayat2 macam tu.. Kemungkinan besar dia belajar dari hagemaru.

Jap mekchu cuba dedahkan kat sini kenapa dia sampai boleh bagi statement di luar jangkaan macam tu...

Najmi ni memang agak memilih bab makan... sikit laa... tak cerewet mana pun sebenarnya... Kalau kitorang makan kat luar dia makan aje.. bukannya jenis yang tak nak makan kat luar pun.. Semua pun dia bedal.. Dan paling suka nasi goreng cina + telur dadar.. Itu menu wajib dia..

Nak kata tak makan kat luar pentipu sangat... mama dia pun bukannya golongan yang rajin memasak kat rumah kan.. Beli tapaw pun dia makan aje tanpa banyak songeh...

Dah tu, apa punca dia tak nak makan kat sekolah?

Abang mi ni susah nak makan kat luar TANPA seseorang yang dia kenal dan percaya ada bersama dia.. maknanya kalau tak de mekchu, papajib, nenek, maksu, paksu, kakak bella, mama-wom dan sesiapa aje lah yang dia boleh percaya, dia tak akan makan... Lapar cemana pun dia tak akan jamah pun.. Sanggup ko kan!!!

Masa kecik2 abang mi senang muntah.. Tanya lah papajib tu, kedai mana kat seremban ni yang dia tak muntah... Majoriti pegi mesti muntah.. Ada sekali tu, papajib siap pegi amek mop kedai dan mop muntah anak dia.. Kat rumah pun tak rajin macam tu weii... Serba salah punya pasal sbb tuan kedai baru lepas mop lantai masa tu.. hahahaha...

Abang mi tak boleh loya, lepas tu mula lah muntah. Senang sangat nak muntah. Nak makan kemain payah.. Tengok sisa makanan kat pinggan orang pun boleh loya. Bau sambal belacan kat tangan papajib pun boleh loya.. hahahaha memang perangai mama sangat ni..

Ini paling kelakar. Masa mekchu tengah mabuk ngandung wawa dulu. Kejap2 pegi sinki bluekkkk sampai penuh sinki kan.. Yang abang mi ni boleh datang siap sedut bau dalam sinki tu.. HAHAHAHAHA anak.. Sudahnya mekchu muntah kat sinki, abang mi muntah kat dlm toilet bowl.. hadoiiii dah tau awak tu mudah loya, yang pegi sedut bau muntah mama tu kenapa....

gambar lama.. macam gegirl kan pakai celak. ni zaman dia senang muntah ni..

Setahun yang lepas pegi sekolah taska langsung tak pernah makan kat sekolah... Budak2 lain kol 10.30 pagi time makan, abang mi tolong jaga kucing jangan bagi masuk dalam kelas.. hahahaha apa pesyen la ko anak oiiii... Itu ok la lagi sebab pukul 12 tgh hari dah boleh balik rumah. Nenek labu dah masak kat rumah... Tahun ni sekolah sampai petang gile ngko kalo tak makan..

Besyukur sebab abang mi nak bawak bekal.. Jadi hari2 lah mekchu masak bekal dia.. Bukan sejenis. Tapi 2 jenis!! Bayangkan pompuan yang pemalas memasak ni tiba2 boleh jadi rajin dan kreatif dalam sekelip mata.. Anak punya pasal kan...

Bulan Januari pun berlalu.

Dah masuk bulan Februari pun.. ehh dah pertengahan bulan Februari... yeyyy.. rasa nak chicken dance kejap celebrate kesunggukan mekchu celik kan mata bangun sebelum subuh nak masak bekal abang mi...

Tanpa jemu. Kadang seronok. Kadang tidak..

Abang mi pulak kadang makan dan selalunya tidak... cemana kita bekalkan dia pagi tu, mcm tu la dia bawak balik.. tak ke risau takut perut dia masuk angin?

Tu pasal tiap2 petang siap paksa suruh singgah kedai nak makan roti canai.. tak nak bagi kesian pulak..




Tu cerita kalau singgah mapley lepas balik sekolah... 

Ni pulak cerita kalau tak singgah mapley... selalu sangat makan masakan mapley tak elok jugak kan...  

Bila seharian tak makan tu kan, balik rumah dia punya kelaparan tok sah cakap... mekchu panas lauk yang dia bawak bekal tu, terus makan habis licin...




Memang kesian sangat... (x sure korang boleh view insta video ni ke tidak)

Akak mekchu ada cadangkan belikan dia pinggan, cawan, sudu & garfu sendiri.. mungkin dia geli guna barang2 sekolah.. Idea yg sangat bernas.. tapi mekchu tak pikir itu boleh membantu.. Dia boleh je minum guna cawan sekolah.. cuma tak boleh makan? why? why?

Sebelum tido memang kena pikir nak masak apa untuk esok.. Kadang dah pikir siap2 menu untuk 2-3 hari akan datang.. kalao tidak tak lena tido... Banyak kali jugak tak jadi tido sebab terpikir ayam, udang tak keluarkan lagi.. Nasi tak masak lagi nak buat nasi goreng esok kelam kabut.. uishhhh memang dah macam mak-mak sangat..

Ni menu awal2 dulu.. Antaranya.. (cehhhhhhh)

roti telur + nasi putih + daging beef steak masak kicap + teh O

Alaaa.. tak banyak pulak amek gambar bento abang mi.. Mekchu bukannya pandai masak pun.. sendiri nak amek gambar pun segan..

ni lauk telur masak kicap kot.. ke ayam dalam tu... 

Menu lain macam nasi goreng cina, nasi goreng udang manis (ni abg mi yg bg nama), nasi goreng kicap... hahahaha balik2 nasi goreng... Mula2 nampak la dia makan, nak hujung2 langsung tak bersentuh.. Dah muak agaknya.. tapi bila tanya nak makan apa, dia jawab nasi goreng... hmppphhhhhhhh...

Sehingga lah abang mi rekues sendiri nak makan spegeti.. Terus mekchu google resepi.. hahaha fine kena gelak.. kalau tak de orang nak google resepi spegeti, maka tak kan la ada orang buat entry resepi spegeti kan.. kan.. kan.... Ramai yg cakap senang.. 1st timer ni cuak jugak.. Dan akhirnya dapat thumbs up dari abang mi...



Yesss... dia suka..

Lepas tu dapat pesanan dari cikgu dia..

"mama, cikgu pesan nanti mama masak nasi putih, lepas tu masak lauk.. makan nasi goreng hari2 tak elok" ~ ewahhhhh sekali cikgu dah sound daaaa.... Bila kita tanya, dia jugak yang nak makan nasi goreng.. Mesti cikgu ingat mekchu tak pandai masak lain selain nasi goreng kan...

Esok tu jugak mekchu belajar masak kurma ayam dari nenek labu!!!


Sudahnya luak siiiiikit aje pun... sama jugak tak nak makan...

Kadang2 dah buntu nk buat cemana lagi nak bagi abang mi ni makan kat sekolah..

Mama masak bekal pun tak abis makan... nak buat cemana lagi?

"mama masak tak sedap"
Fine. Budak-budak memang ikhlas. 

Sehingga lah pada satu pagi tu (dah macam cerita seram pulak)...

*bersambung (pada entry macam mana abang mi akhirnya nak makan di sekolah)


by mekchuN (^_^)

15 comments:

mama_onie said...

Wahhhh saspen nya.... cepat up next entry ye...

nabila zaremi said...

suspen disitu....

Nurzakiah Hanum said...

ada cerita rupanya

syawalsimpsons said...

alal baru excited nak baca kisah abg besar najmi ni...dah mmg peel dier gitoo kan, nak buat guano kan..l.

Azura Aziz said...

alahai benci.. suka buat cite x abis. xmo kwn mekchu ; (

salwana nordin @ che'wa said...

wahhhhh tak sabar nk tunggu..jeng..jeng..hhheeee

peel yg jarang2 saya denag..mmg pelik lah tp kelakar :)

Ayu azmir said...

alamak yang last tu... terus rasa lapar... nak spegeti..

Amanda Suria said...

sentap mama nya bila anak jujur jawab macam tuh....aduhai anak...

amirah said...

alaaaaa...bersambung pulakkkk...hehehe...kalau bekalkan roti yang bungkus2 tu takleh ke mekchu?

Aini said...

ok suspen sgt nak tunggu sambungan cerita drama 'anakku dan makanan' ni.. hehe

Emmy said...

Jeng jeng jeng sangat hahaha ;-)

Rizziela said...

Anak saya kat sekolah dah makan..blk rumah pun makan lg..alhamdullilah...ada selera sekarang ni

QasehnyaRania said...

begini kisahnya ye.
cepatan sambungannya mekchu

anis abdullah said...

Bersambung? Lerrrrr cepat2...

Emy Omar said...

Dugaan sungguh kan Mekchu kita mak2 ni mesti susah hati kalau anak tak nak makan.Saya ni anak no 1 ok tak cerewet pasal makan no 2 cerewet kemain.Masa darjah 1 setahun tak membeli ke kantin.Kalau pegi pun makan bekal dia je.Tahun ni pun sama.Adoi la anak.Erfan saya tu tak nak makan dikantin mmg sebab dia cerewet bab2 makan + geli periuk dan kuali kantin kotor.Itu ayat dia je sebenarnya.Walhal bersih je kantin tu sebab saya cikgu kat sekolah yang sama hahaha mak dia hari2 ok je masuk kantin dan makan :-p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...