Boleh pulak sakit perut pagi tu.. mencucuk-cucuk macam contraction.. Time tiba contraction memang kalau pegang gelas boleh pecah kot.. amboii perumpamaan melampau sangat kot.. tapi memang sakit sangat..
Berdoa je pagi tu sakit perut ni pergi jauh-jauh.. rupanya dia masih nak bersama mekchu untuk aktiviti pagi tu.. Sebab tu bangga lebih boleh tamatkan Urban Trail ni dalam keadaan contraction.. hahaha..
Pe menda Seremban Urban Trail ni?
Seremban Urban Trail sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2014 merupakan kerjasama JPBD Semenanjung Malaysia dengan JPBD Negeri Sembilan, Majlis Perbandaran Seremban dan Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (PERSADA) yang diadakan pada 1 November 2014 (Sabtu) di Dewan Majlis Perbandaran Seremban
~copy paste dari FB JPBD
Pagi tu lepas makan sandwich (takut nak makan nasi lemak sbb pedas) terus erobik panaskan badan.. ahkak sukee ni..
carik laaa.. carik la.. tu yg tgh gelek lebih tu..
Lepas tu berkumpul di garisan permulaan..
ini lah team kami.. 3 orang 1 team..
Satu team nama dia Vascaro
Satu lagi nama dia Mascara..
Hahahaha
Urban Trail ni aktiviti berjalan sekitar bandar Seremban lebih kurang 5km sambil menyelesaikan soalan di 15 check point.. Hambek kemain banyak check point yg kena lalu dan lulus...
di garisan permulaan.. tak berdebar sangat pun.. relek2 aje sempat amek gambar posing-posing lagi..
Kemain banyak group yg join Urban trail ni.. dari Perlis ada, Johor ada, KL ada.. Hari Perancangan Bandar Sedunia katanyaaa...
Urus setia lepaskan kami sikit2.. kalo tidak nanti ada yang tergolek dog kat situ kena tolak..
"kita jangan lari tau.."
"kita jalan aje slow2.."
sekali tengok.. hahahaha kemain excited lagi.. hahahaha...
Soalan apa dia tanya?
Ada soalan yg perlukan pemerhatian keadaan sekeliling.
Ada soalan yg bertanyakan pendapat.
Ada soalan yg bertanyakan tentang sejarah.
Dan tidak lupa juga soalan yang merepek juga..
Hahahaha sbb tak dapat jawab..
ni kat check point ke-3 kot.. baru lepas turun dan naik tangga jejantas sambil kena kira anak tangga.. sumpah mekchu tak pernah naik jejantas pun kat seremban ni..
Ok, kat bawah ni antara task yang senang kacang tanah.. setakat kena carik gambar kat dinding tu dan ambil gambar kumpulan.. memang cekap lah kan...
team vascaro
dan mascara
Bila dah masuk check point ke 7 kot.. dah mula merepek dah.. masa ni tenaga pun dah tinggal separuh ni.. jauh jugak kena berjalan..
Mekchu masih ingat soalan dia.. Soalan yang amek masa paling lama nak jawab..
"Talian persaudaraan" ~ blur
Mekchu terus call papajib.. dulu dia pernah bagi tau kat kawasan tu ada adik beradik keturunan India bukak bisnes jual baju.. Bila call dia kata dia tak de pun cakap macam tu.. haikkkk? mekchu dengar dalam mimpi ke? Confius pulak tiba2..
Dan soalan yg seterusnya..
"Sila.. Beratur.. Terbalik.." ~ double triple blur
Yang ini sumpah susah.. tak de hint apa pun.. tak tahu dia tanya pasal apa.. Penat dah carik klue kat sepanjang jalan tu tapi tak jumpa... Siap google tapi ntah apa-apa yang keluar..
misi mencari jawapan..
perbincangan hebat sedang berlangsung di tengah2 jalan..
Sudahnya semua pun blur.. kalau tak jawab tak boleh proceed ke next check point.. so kena jugak jawab.. Kalo korang jawab apa untuk soalan "Sila.. Beratur.. Terbalik.." Terbalik. Bukan terbaik.
Nak tahu apa jawapan kami? Kami jawab "sport toto" kahkahkahkah... nak tulis pun serba salah tau.. Dah tak de jawapan lain dah.. Bukan mekchu yg bagi jawapan tau.. mekchu cuma tolong olah semula jawapan apis dari team vascaro tu.. ehh terbagi tau nama pulak.. hahahaha..
Lalu mekchu pun mengolah jawapan sebegini..
"Orang beratur nak beli nombor.. tapi tak memang sebab nombor yang dia beli tu terbalik" hahahaha nak gelak kuat-kuat boleh? Part mengolah ayat memang pandai..
Lepas tu semua setuju.. hahaha.. Nasib lah kalau urus setia terbahak-bahak gelak kan jawapan kami..
Masa jawab sport toto tu dalam hati "memang perjuangan tamat sampai sini aje lah nampaknya" hahahaha..
Kelakar nyaaa bila ingat kan balik..
Tak pe.. tak pe.. perjuangan mesti diteruskan.. Kena tamatkan jugak hingga ke garisan penamat..
Separuh perjalanan, kami dipaksa untuk minum cendol sarip ni.. Tengah gigil2 penat, berpeluh, panas tiba2 kena hirup cendol.. perghhhh tangkap sampai kepala weeiiii...
refill energy dengan cendol sarip.. seketul kacang pun tak bleh tinggalkan..
tak tahan sejuk.. so tambah dengan air mineral.. makin lama makin banyak cendol tu.. tak surut2.. hahahaha... tengok lah muka awien ngan piah tu.. seksa bebeno nak abiskan..
sambil menikmati cendol, kami dihiburkan oleh buskers jalanan.. hahaha.. terbaek lah dorang.. rasa nak join sama tapi adik terpaksa teruskan perjuangan..
kena anyam botol.. tak de hal.. biar kak piah setel kan...
kena amek gambar group atas pentas ni.. tapi dia tak suruh pun angkat kaki cenggitu mekchu oiii...
ada 2 check point kena buat puzzle gambar bangunan kat seremban.. kat check point puzzle ni lah advantage kat kitorang.. byk dapat potong group yang lain.. tapi... tapi...
Tapi... hati tu tiba2 rasa tak sedap bila teringatkan jawapan sports toto tadi tu.. hahahahahahaha...
check point ke 15.. yang last... pandai dorang letak orang2 ensem kat check point last ni.. terus hilang rasa penat.. hahahaha.. kalau tidak mekchu plan nak merangkak je nak sampai ke garisan penamat tu.. hahahahahaa...
ni siiiikit lagi nak sampai ke garisan penamat.. dorang suruh cepat tamatkan larian.. bukan suruh posing oiii... hahahahaha
Kitorang memang antara yg awal sampai.. tapi sampai awal tak bermakna ngko boleh menang.. jawapan tu kena betul.. terus berdebar semula bila ingatkan jawapan sports toto.. hahahaha
jom celebrate tanda kita dah tamatkan larian..
Tak menang apa pun.. Saguhati pun tidak.. hahahaha.. kami syak sports toto punca nya... tidak syak lagi..
Memang tak bersedia pun nak menang.. tapi kalah dalam tangan.. Janji seronok dapat join event yg jarang2 nak ada kat Seremban ni..
Nah gambar last..
Hahahaha...
mcm logik jer japan sport toto tu..hahahaha.. tp apa jwpan yg betul mekchu??
ReplyDelete