Wednesday, December 3, 2014

Serangan HFMD

Serius sebelum ni tak pernah nak ambil tahu pasal virus HFMD ni.. yang mekchu tahu dia serang bahagian tangan kaki dan mulut.. hahaha

Malam sabtu ngam2 start cuti sekolah abang mi mengadu macam nak demam.. biasa lah, bila suruh mandi cakap "mi ni macam nak demam lah mama..."

Mekchu malas nak layan aje bila dia mengadu mcm tu sebab itu dialog biasa kalau malas nak pegi sekolah.. Sehingga lah pada hari Ahad tu..

Tiba-tiba nampak banyak bintik merah kat lutut dia.. petang tu nampak dah tumbuh kat tangan dan kaki.. Aiiiyokkkk anak aku ni macam dah kena penyakit kaki mulut je ni..

So 1st time google simptom2 HFMD.. gugel sama2 dengan abang mi.. tunjuk gambar2 semua kat dia..

Dan memang sah laaa... terus bawak pegi klinik..

tangan, kaki dan mulut abang mi.. so scary maaaa... 

Part tangan ngan kaki tu x de apa.. tak gatal pun dia kata.. tapi tang mulut tu yang kesian tu.. mengamuk tak dapat makan minum.. kesian nya tengok.. Perut lapar, tapi tak bleh makan.. sakit kan.. kita yang kena ulser seketul ni pun sakit macam nak sepak orang... ini kan pulak penuh 1 mulut..

"tengok perut mi dah leper....." ~ terus meraung

Klinik bagi ubat sapu.. memang tak berjaya lah kan nak sapu kat ulser budak.. Kawan2 fb cadang belikan ubat spray ni..

boleh beli kat farmasi.. memang bagus sbb spray.. abang mi senang lah jugak nak jaga.. bagi aje ubat ni kat dia, nanti dia spray sendiri kat mana yang sakit sblm makan.. boleh la jugak makan sikit2.. 

Selang 2 hari lepas tu benda yang mekchu risaukan terjadi.. Wawa berjangkit... uwaargghhhh sedihnyaaaaa....

 wawa baru balik dari hospital.. tak nak pegi klinik sebab ubat dia ala-ala aje.. tu ubat dari Colombia.. 

 luluh hati mama tengok wawa lembik tak larat, tak nak makan, tak nak minum.. 

 banyak kemain ulser dalam mulut wawa.. tu yang dapat selak.. yang kat belah dalam banyak lagi.. 

kena tengok tmpt ulser.. so nanti senang nak spray kat situ.. kat lelangit pun banyak tapi tak boleh nak spray sebab dia melalak ya ampun punya kuat...

Sedikit fakta HFMD.. ini dari pengalaman mekchu sendiri..

  • Penyakit ni adalah disebabkan virus.. So tiada antibiotik untuk virus.. Kalau bakteria je ada antibiotik. Kalau mintak antibiotik kat doktor memang tak akan dapat..
  • Tempoh jangkitan amat sekejap.. dalam tempoh 2 hari akan boleh nampak kesan samada kat tangan/kaki/mulut
  • Penyakit ni akan sembuh dalam tempoh 3-6 hari bergantung pada tahap jangkitan virus
  • Bintik2 di tangan dan kaki tiada side efek.. bermaksud tidak gatal.. Kemungkinan ada beberapa bintik yang seakan-akan chicken pox sebab ada air di dalam.. 


Ini pulak sedikit tips kalau anak kena HFMD (ini pun kawan2 yang banyak bagi tips)

  • Kena pastikan anak tidak dehydrated.. kena pastikan anak2 minum walau pun sedikit.. dan monitor pampers anak supaya tidak kering/anak kencing.. Kalau pampers basah tu maksud ok lah tu
  • Kena bagi makan/minum jugak.. lagi kerap makan/minum lagi cepat anak2 boleh recover. Ini part paling susah kot.. 
  • Kalau ada adik beradik yang kena jangkitan, kalau boleh asingkan segala2 nya dari mereka.. Asing bermaksud kena tinggal asing2 kot.. Mekchu dah cuba asingkan dorang tapi tetap berjangkit..
  • Bagi anak2 minum susu/air guna syringe.. nak habiskan 4oz susu mengambil masa selama 1 jam.. masa tu memang habis tenaga melawan tenaga dia.. nak buat macam makan kan, kena jugak.. memang kena jugak bagi minum.. 
Sabtu lepas memang stress sangat jaga wawa.. nampak dia lemah sangat.. bila dia lemah otomatik omak ehh pun lemah.. asyik merengek aje.. ikut kan rasa hati nak je warded kan dia.. 

Sehingga lah papajib wassap bagi tau dia menang hadiah lumayan... 

terus kembali bersemangat.. hilang stress hari tu.. tahniah papa.. 

dan hari ni Alhamdulillah, anak-anak dah kembali sihat.. dah kembali melasak macam biasa.. 

Biar lah mereka nak melasak macam mana pun janji mereka sihat.. HFMD sila pergi jauh2 dan jangan datang lagi.. syohhh syohhhh... 


by mekchuN (^_^)

7 comments:

  1. luluhnya hati tgk ulser dlm mulut wawa..terbayang kt ank sendiri lk..dorang ni bdk sgt klu kna mcm ni aduhhh sedihhhnyaaaa

    ReplyDelete
  2. PENAH KENA KAT ANAK2 DOLU MEKCHU..MEMANG SADIS SGT....

    ReplyDelete
  3. alhamdullilah
    anum pun first time tau

    ReplyDelete
  4. alhamdulillahhh.. cantek lesung pipit wawa ade dua2 belah..

    ReplyDelete
  5. Tak pernah ada pengalaman tp terbayang bertapa sakitnya la bdk2 tu nak menahan sakit... kita yg kena seketul ulcer pun rasa nak marah org... fuhhh berpeluh membayangkan mekchu jaga anak2...

    ReplyDelete
  6. alahai...kesiannya...ni dah sembuh lum?

    ReplyDelete
  7. thanks mekchu berkongsi info
    smga abam mi n wawa srntiasa dlm lindunganNya aamiin

    ReplyDelete