Saturday, June 12, 2010

Tag : Saya & WC



mekchu lupa nak tag pd diri sendiri psl saya & WC tu.. hahaha.. tp kojo mekchu sonang yo.. copy pes je dari blog best pren mekchu masa study dulu.. dr entry dia lah bleh tercetus idea nak wat tag saya & WC ni...

kalo korang nak tau, dia jugak bg idea soh mekchu wat contest psl world cup.. oh, belum ada kekuatan nak buat contest dlm masa terdekat ni.. hadiah pemenang pun blom setel semua..

bangga sgt dgn memori ingatan best pren mekchu ni.. dia bleh ingat semua kejadian2 12 thn lalu dan pastinya membuatkan mekchu terus tersenyummmmm...... mesti baca tau kisah wc mekchu ni..


Piala Dunia 1998

Tahun ini saya sudah di tahun sophomore di Sintok. Masa ini Internet sudah ada. Jadi,dengan sekali klik sahaja,dapatlah saya mengikuti segala perlawanan melibatkan Italy dan berita baiknya pula Paolo Maldini sudah ada laman webnya sendiri.Dan abang Maldini sudah pun berkahwin dengan model,Adriana,eh...nama lebih kurang dengan saya,Rozana!!Ada chemistry rupanya kita ya:D


Kali ini,saya terpaksa menonton dari asrama,maka regu saya kini sudah bertambah.Linda sudah di UTM, saya di UUM,jadi mulalah saya mencari regu baru untuk direkrut agar sama-sama menjerit bila Itali bermain! Akhirnya bertemulah saya dengan Suraya Mazni, Cipah, Mc D,Lunz, Rosai, Olien dan beberapa nama lagi yang saya dah lupa.

Tapi kebanyakan mereka semuanya penyokong fanatik England, maklum,tahun 1998 David Beckham sedang berada dipuncak kerjaya(dan England pada tahun itu juga mengulangi sejarah Italy, apabila perlawanan penentuan mereka dengan Argentina, disudahi dengan kekecewaan yang dicetuskan oleh kapten mereka yang kacak lagi bergaya, siapa lagi David Beckham!,yang tersumbang sepakannya kearah penonton lagi... memang badi betul kalau kapten yang shoot penalti, kenapalah diorang tak study betul2!) Tetapi semangat menyokong Itali tidak pernah pudar, bersama dengan Suraya, kami berdua tetap setia bersama pasukan Azzuri ini.

Entah apa sudah jadi,tahun 1998 sememangnya bukanlah tahun yang baik bagi pasukan ini. Walaupun Maldini & Baggio masih bermain dan dikuatkan dengan pemain baru Vieri, namun mereka gagal menyerlah, sekali lagi mereka tewas dengan sepakan penalti kepada tuan rumah Perancis.


Suraya yang 'malatopp' inilah partner bolasepak saya di UUM, cunkan!!!

(ni mmg ayat asal tau.. mekchu x tambah apa pon)

Tetapi yang paling menarik,pada tahun itu, ada seorang pelajar UUM, Sabahan mungkin, mukanya ada iras2 Paolo Maldini. Apalagi, setiap kali bertembung, pasti saya dan Suraya akan mengikuti beliau untuk confirm bahawa muka mereka serupa. Ye laa...memang ada iras2, tapi sayang sudah berpunya, tapi sekali lagi sayang, tidak sepadan pulak!(Amboi Puan,pandai2 cakap orang tak padan...) Iyelah...kita ni mengidam sangat muka ala-ala Paolo Maldini tu! Berangan lagi..."Bilalah nak pergi Itali ni????"


hehehe... kes psl budak yg iras paolo maldini tu mmg mekchu x ingat.. bila baca blk, terus terkenang kisah lama.. dan senyum senyum sendiri..

6 comments:

  1. hai.. jom join contest di DQis.. hadiah beshh.. :D

    ReplyDelete
  2. sue mmg malatop.. tapi bila jadi mekchu jadi meletup.. hahaha

    ReplyDelete
  3. DQis : nnti kalo free sue join ye..

    CS : malatop ke mak ni?

    ReplyDelete
  4. cs:die malatop..sbb tu HOT!!
    suraya:sy pn terkena tempias malatop tu!tebabooo...;p

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. haha.. siyes best alycia bc kisah WC mekchu ni..

    p/s: eh, mlm td dah tgk ulangan 30 Hari Mencari Cinta mmg best.. hubby tnye apa yg best citer ni.. pastu alycia ckp "sbb Sue ngan Najib tgk gelak2 kata best" hehe..

    ReplyDelete