Friday, July 16, 2010

Genap 2 minggu


sejak kejadian naik loris hari tu, akhirnya altisss kini telah kembali..

susah bg kami yg laluan ke tmpt keje sorang kena belok kiri, sorang belok kanan ni.. cukup lah 2 hari awal hari tu bro.john hantar & amek mekchu.. kemain lmbt lagik.. dia pun tekejar2 nak kena punch card.. blk pun kena kluar cpt-cpt.. kesian..

sib baik lah bro.john ni ada rrrrrammai kawan yg berhati putih suci murni.. bitau je problem, sampai lah bantuan.. smpai 2 bijik keta dpt pinjam.. alhamdulillah.. siap bleh pilih nak bawak keta apa.. hahahaha..

kereta kawan di putrajaya


kereta kawan di seremban

harap pas ni altis dah sihat walafiat.. jgn buat hal lagik okeh.. kpd member najib tu, terima kasih banyak2 sudi tolong kitowang time susah mcm nih..

tgk mata org toyota tu.. tepat dan tajam pandang kat credit card.. hahaha.. kantoi la pulak..

"bos, kalo kena bayar fuel injector tu berapa?"
"itu satu batang dekat rm6 ratus lebey woo..."
"hah??"

sib baik la under warranty lagi.. fuhhh... bayar duit servis pun dah rm2 rat lebih...


ada gak mekchu google cari info pasal keta toyota & honda yg dikhabarkan mempunyai masalah baru-baru ni.. apa korang ingat mekchu tak pernah google psl keta kat internet ke?? mekchu kan dah banyak berubah.. hahahaha.. statement wajib sejak pegi kursus aset..

korang baca ni.. sumber dari forum bertajuk "Kereta Honda & Toyota di tarik balik??" --> a very interesting topic to share..

1. pasal honda
Honda Malaysia Sdn Bhd mengumumkan penarikan balik 16,025 unit Honda City dan Honda Jazz kerana masalah pada kekunci utama tingkap automatik. Honda Malaysia hingga saat ini mendakwa belum ada kemalangan di Malaysia dari masalah power window master switch yang berpotensi terbakar jika kaca dibiarkan terbuka dan air hujan masuk ke sela-sela "power window switch" tersebut.

2. pasal toyota

Sebelum ini, Toyota telah memohon maaf di atas langkah syarikat itu menarik balik berjuta-juta kereta keluarannya di seluruh dunia berikutan kegagalan pedal minyak yang telah menjejaskan reputasi gergasi automotif Jepun itu dari segi mutu keluarannya.

“Kami benar-benar kesal kerana telah menyebabkan pelanggan berasa tidak senang,” kata Akio Toyoda kepada stesen televisyen NHK, kenyataan pertamanya berhubung perkara berkenaan sejak kejadian itu meluas ke seluruh dunia.


at least dorang mengaku la jugak kan.. mungkin jugak keta bro.john tu salah satu kereta yg dimaksudkan? sbb rosak hari tu adalah fuel injector.. kemungkinan besar tu kan..

kesimpulannya,
"papa, mama x nak la jazz.. nnti kena tarik blk.. swift masih no.1 dan myvi pink berada pada kedudukan kedua.."

muaaahhhhhhhhh.... ai bi yuu.. (najmi dah pndai ckp i love you tau..)

5 comments:

  1. sabar2..
    lepas ni amik kete euro la plak
    kay...rasanya kalo GOLF tu mmg
    sesuai tuk en najib beli ke puan suraya...

    ReplyDelete
  2. merasa naik altis hari ni huhuhuh

    ReplyDelete
  3. mokna : tp mekchu tak suka main GOLF.. cane??

    kak jemah : nnti ai bwk jln2 lagik ye.. dgn syarat kena rajin jaga kon.. hahaha

    ReplyDelete
  4. wahhh nak beli myvi pink ke kak??jelessssssnyaaaaaaaa!!

    ReplyDelete
  5. kalo proposal ku diluluskan, dpt la bwk myvi pink itu.. :)

    ReplyDelete