Tiba-tiba semalam kami berada di salah satu kedai emas yang mahsyur di seremban.. hahaha.. mashsyur lah sangat kan...
Flash back. Masa beli gelang yang hancur berderai tu harga emas RM197/gram.. kenapa la beli waktu harga tengah tinggi kan.. tak agak-agak nak survey harga emas dulu sebelum pegi tukar barang.. berlagak pandai.. main terjah je macam banyak duit..
Len kali, kalo korang nak pegi beli emas atau paling IN sekarang nak tukar barang kemas, tolong amek tahu beberapa perkara penting nih..
1. Semak harga pasaran emas semasa. Korang boleh semak di sini. Setakat hari ini harga emas adalah RM189/gram.. Dan harga dijangka mencecah RM250/gram menjelang tahun depan.. "fuhh, nasib baik dah kawin" kata papa-jit.. hahaha.. pengsan sape yg tgh cari barang kemas buat batal air semayang..
2. Sampai2 je kedai, minta amoi kedai timbang barang kemas yang nak tukar tadi tu dan culculate sendiri harga emas tersebut.
Contoh : Nak tukar gelang yang dah pecah berderai. Berat gelang 10gram. Harga emas RM189/gram. Oleh itu, harga gelang dianggarkan RM1,890. Tapi tidak bermaksud korang boleh amek gelang baru pada berat yang sama.. no no no.. mekchu pun baru belajar ni..
3. Kedai akan tolak 20 - 25% daripada harga emas tadi.
Amek balik contoh tadi.
Contoh : RM1,890 - 20% = RM378. Makanya RM378 akan ditolak daripada harga gelang yang kita nak tukar tadi. Dan harga bersih yang korang boleh claim adalah RM1,890 - RM375 = RM1,512 sahaja.. opss itu belum campur dengan harga upah tau.
4. Harga upah pulak. Selalunya bergantung kepada design sesuatu barang tu.. kalo complicated susah nak ukir, maka mahalnya harga upahnya.. Korang WAJIB kena tahu berapa banyak harga upah yang dikenakan. Selalu pelanggan tertipu di situ.. Amek contoh trade in gelang emas yang tadi tu.
Contoh lagi. Harga bersih selepas ditolak tadi RM1,512. Kalo ikutkan harga emas sekarang korang bleh amek barang berat dalam lingkungan 8gram. Tapi akan ada harga upah disitu. Selalunya kedai akan ambil dalam 7 - 10% sahaja dari nilai emas kita tu. Kalo lebih2 makanya korang kena rampas culculator dan kira semula.
Perbandingan :
Memang akan ada kerugian disitu.. Tengok sini.. Eh, baca sini...
Berat asal gelang yang kita nak trade-in tadi RM1,890 dengan berat 10g.. Dan bila beli gelang yang baru (kalau tak nak tambah duit) korang hanya boleh dapat gelang dengan berat 8g sahaja.. Itu anggaran lebih kurang kasi senang nak paham.
Kenapa begitu? Ada 2 sebab utama . Kedai akan tolak 20 - 25% tadi tu (#3) dan harga emas adalah semakin menaik dan menaik. Tiada menurun, semua menaik...
Oleh itu, kalau ada duit lebih daripada beli henbeg coach sampai 7-8 bijik lebih baik kita beli emas buat pelaburan.. Nak ulas pasal pelaburan emas kat bank tu mekchu tak pandai..
Tiba-tiba semalam..... (hahahaha baru nak sambung cerita)
Korang buat lah ayat sendiri ehhh... :)
Walau pun halusssss... tapi amat bermakna.. aaa aaa aaa aaaii sheteruu papa ;p
rumit sekali mahu faham~tapi tak mengapalah sekurangnya dpt info dr penerangan mekchu yg baik hati :)
ReplyDeletehalus besar bukan ukuran janji sesuatu tu hadir penuh bermakna utk diri kita ;)
cantik...sape y pilihkan tu?
ReplyDeleteCantik rantai tgn baru tuh:-P
ReplyDeleteish makin naik eh..bru plan nk bli rantai bulan 1 cik kitol ganti yg dulu buat pelaburan dia nk g saudi.kalau naik lg mak ai tipissssla nanti.thanks mekchu atas info berguna ni.
ReplyDeleteThanks for the info mekchu. Memandangkan emas dah mahal, hasben belikan emas masa kahwin tu jer la. Lepas tu nan hado laie...
ReplyDeleterumit la mekchu..pengsan la nak beli emas tahun depan. oh nasibla aku perempuan,..tukang bayar bakal suami, akekekeekek..
ReplyDeletelin pon bile tuka gelang sebb da bosan dgn design tu..sekali tuka..dapat yg baru halussssss je..hahah..
ReplyDeletetau la skit2 nak kira harga emas nie.. slalu beli kat Wan Chan.. bila time promosi upah RM1 jerk.. byk kali trade in emas lama.. untung sgt sbb harga emas dah naik..
ReplyDeleteya paham penerangan mekchu tu,sb ya selalu temankan kwn g beli emas,dia memang suka kira2 dulu.....bab upah tu kwn ya selalu bodek2 tokey emas bg murah sikit.....
ReplyDeletewohohoho gud info la...selalu mak jek yg kira...akekekeke
ReplyDeleteperghh bling bling u....hehehhee cantekk
bagus la info ni...mmg pening pasal jual beli emas ni...emas pulak makin mahal...tapi for investment mmg bagus sgt
ReplyDeletecantik nye gelang baru... :)
ReplyDeletelol ada tolak 25 percent lak...hmmm kalau camni kena tambah duit lg la....
ReplyDeletemmg cantik gelang tu.. terpikat jap..
ReplyDeletemaktok amani pun terror bab2 info barang emas nie..kekekekek...mami jarum katanya.. :P
ReplyDeletetq share info
ReplyDeletetq gak share gmbo gelang baru, haha!
nampak gayanya kena melabur emas la plak ni...
ReplyDeletegambar last tu tetiba mak silau beb! :p
I suka la dger cite emas2 ni..hikhik ^_^
ReplyDeletemengerrrliipp!!!
ReplyDeleteKlau nk hrga murah emas jenguk di sini www.lubukemasmurah/zairoljutawan
ReplyDelete