Kini tiba lah harinya..
Sekali tengok papa-jit ni dah macam kapten kapal.. aiii aii kapten.. hahahaha.. Pagi tu singgah rumah seremban sebab mekchu tertinggal baju.. apa daaaa...
Dulu tu kami hadir sebagai tetamu dan kali ini adalah berbeda.. papa-jit hadir sebagai penerima pingat dan mekchu pulak sebagai pengiring..
Mungkin ada yang tidak tahu dan mekchu sendiri pun baru tahu sebenarnya.. begini... Penerima pingat ni ramai yang amat.. lebih kurang 7 ratus lebih.. jadi sesi pengurniaan pingat (secara formal di sebut Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat) dibahagikan kepada 3 sesi.. yang pertama masa 14 Jan lepas iaitu memang pada hari keputeraan Tuanku. Sesi ke-2 pada 9 Feb lepas dan sesi ke-3 pada 28 Feb. Sepatutnya papa-jit pada sesi ke-2 hari tu tapi masa rehersal dia tak dapat datang, maka di tunda ke sesi ke-3.. Kalau tak datang rehersal, memang tak boleh terima pingat ngko..
Tak pe lah kan, join sesi ke-3 dapat jumpa dengan Enda dan Lieza..
Kali ni dah lebih bijak.. waktu sarapan tu mekchu bedal makan banyak2 sebab dah tau lunch memang lambat.. nasi lemak sumbat, roti jala pun sumbat.. itu pun pukul 12 mcm tu perut dah mula memedih.. asyik bbm dengan lieza mengadu laparrrrr..
Sempat amek gambar dulu dengan kawan-kawan LO lama.. siapa lagi kalo bukan Iem Zara dan Zaliz Eja.. dah berapa episode asyik dorang je yang jadi LO..
Betul kan pin.. nanti senang Tuanku nak letak pingat..
Yang sedih tak dapat duduk sekali dengan papa-jit.. dorang duduk dikerusi penerima dan pasangan yang tak dapat pingart ni di kerusi pengiring.. gile bosan sebab sebelah kiri adalah makcik dan sebelah kanan adalah dinding.. pengiring didudukan dibarisan hadapan.. dengan tujuan nak suruh tengok pasangan masing-masing dengan lebih dekat.. kelasssss..
Dia tak tau mekchu 2-3 kali kena tegur dengan datok adat sebab duduk silang kaki.. hahahaha.. itu nasib tak bersila..
Dan mekchu kat dalam tu asyik main talipon aje lah.. berdoa banyak2 supaya bateri bb bertahan lama.. dah bosan main bbm, main amek gambar perut pulak.. hahaha pelik je makcik sebelah tu tengok..
Tiba turn papa-jit kembali segar.. campur berdebar.. campur seram sejuk jugak..
Risau sangat kalo papa-jit buat salah.. lepas Tuanku lekat pingat ramai yang salah.. ramai yang terus pusing.. sepatutnya kena menapak ke belakang dulu.. buat Daulat Tuanku baru boleh pusing.. hahahaha.. nebes lah sangat..
Bila tengok suami di depan sana, alahaiiiiiii.... sejuk je perut... dalam hati, wah gagah jugak laki aku tat kala berjalan menghadap Tuanku.. tangan dah gigil2 nak snap gambar.. takut kena tegur ngan datok adat lagi.. hahaha.. potong tang corner sungguh.. Bila papa-jit pusing, sempat lemparkan senyuman paling manis di bibir.. hahahaha pitammmmm...
Lepas turn papa-jit, mula mengantuk semula.. Tak lama lepas tu take 10.. fuhhhh legaaaaaaaaa...
Sebelum masuk semula, sempat amek gambar sementara sempat.. ehh ayat apakah?
dengan enda.. haaaa itu baru betul kurus.. anak dah 2 pun menten...
baju dia dah berseri lah.. hihihihi..
Ok, papa-jit dikurniakan Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC). Rezeki dia.. tak pernah dapat APC tiba-tiba dah dapat PMC.. hahahaha..
Sambung lagi majlis sampai lah pukul 1 petang.. sepanjang dalam tu, asyik lah main bbm.. semua orang mekchu kacau.. Pukul 2 baru dapat makan ok.. Pukul 2..
kali ni lain macam sikit posing.. kawan depan tak de.. kena lah harapkan kawan belakang meja.. hahaha..
Lepas makan, dah janji dengan kawan-kawan nak amek gambar lagi.. nak dapat peluang macam ni entah bila lagi kan..
dah nak balik baruuuuu lah nampak batang idong lieza nih.. kemain pulak payah nak bertembung.. disebabkan dia tinggi, maka kena berdiri kat bawah..
lepas tu kami bertiga.. lieza, mekchu dan enda.. sukaaa sebab kena apit dengan kaler orennn..
papa-jit dengan papa-atako.. tahniah...
dan diakhiri dengan orang yang dirai.. tak payah kepit sangat kot.. hahahaha..
Habis jugak entry... lama dah tak buat entry panjang2.. naik mengah menaip...
Tahniah kepada Tuan Mohamad Najib bin Mustafa, PMC (vavavava... dah ada tambahan pada hujung nama.. lepas ni kalo ada tambahan pada awalan nama lagik best)
Terima kasih atas ucapan tahniah dari kawan-kawan semua.. Alhamdulillah, dikhabarkan dengan berita yang baik-baik saja diawal tahun 2012 ini.. Syukur ya Allah...
tahniah...tahniah...
ReplyDeleteharini baru puas baca entry mekchu! hahahhaa u tak bbm i pong...
ReplyDeletetahniah papa jit..tak lama lagi ada la yg kat depan tu yer mekchu...amin..
ReplyDeletetahniah papa- jit!!!
ReplyDeleteharus la vangga mek chu kan.. =)
abes jugak cerita nih akhirnya...hoorayy!!!
ReplyDeletetahniah buat Bapak Gonjolong atas mcm2 berita gumbira buat tahun ini..
tahniah jugak buat Pn Suraya Mazni Mekchu..harap2 tercapaila cita2 utk buh nama "Najwa" ye ujung bulan 10 ni..;)
tahniah jugak buat Najmi SyahPutra sebab sentiasa menjadi penyeri blog kuning oreng nih :D
tahniah to papa jit. tgk papajit terima pingat, teringat lak masa tok ayah terima pingat dulu
ReplyDeletefuh nasib baik papa jit tak shuffle depan tuanku hahaha...anyway, congrats ye! pasni jalan mendada la sokmo kasi terserlah pingat tu hehehehe
ReplyDeletecongrats papa-jit!
ReplyDeletecongrat to both of u ... berseri2 pasangan nih cam pengantin baru lak huhuhuh agak2 biler plak turn mekchu nak dpt PMC nih yerk?? eheheheh ^_^
ReplyDeletetahniah!! tumpang bangga kat mekchu :-)
ReplyDeletetahniah2...nanti klu dapat tambah pangkat lagi..terus bersetuju nak berbesan ngan mekchu....balik nie terus bagitau amani..ada calon baru..lalalalalallaa
ReplyDeletetahniah buat hubby mek chu.. bukan sng nk msuk mjlis cam ni kan..
ReplyDeletecongratsss..
ReplyDeletedoa lepas neh dapat title depan pulak..
hehhehehe~
sue, adakah penangan sebab Najib suka pegi PMC 11-13 tahun lepas?? Pasar Malam Chanlung..
ReplyDeletewhat ever it is, congrats to both of you...
kecilnya dunia... saya juga berada disitu..near u and your wife that day!
ReplyDeletehi...sori...i ingat it's your husband's blog. rupenye ini blog bininya ya...he3..sori for the mistake..tapi confirm i saw you that day outside the Balai Rong Seri...
ReplyDeleteyou can visit my story here :
http://skuterlady.blogspot.com/2012/03/ke-istana-sekejap.html
he3...baru perasan. gambor kite pon de la tu... yg no. 2 last before your papa ajit bergambo solo tu...tapi nampak belakang jer ngan hubby kiter..he3..time ni tengah dok leka cari my ayah yg hilang tah ke mana tah..
ReplyDeleteTahniah....muda2 lag dah ada pangkat
ReplyDelete