@churalliya

Tuesday, January 17, 2012

Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat

Majlis yang penuh adat dan istiadat. Siapa tak pakai selendang, tak boleh masuk (bg yang tidak bertudung). Sebab itu lah sungguh2 cari selendang hari tu.. Bila dah ada selendang, harus confident melangkah masuk sambil sempat libaskan kat datuk adat yang sedang jaga pintu.. hahahaha #tipu

Pertama kali ke Balairong Seri sebagai tetamu mmg agak jakun.. bagi yang 2-3-4 atau mungkin 8 kali masuk dah otai beb.. nasib baek lah ada ramai kawan yang bleh tolong cover.. hihihi.. dan dapat seat pun agak strategik.. tak belakang, tak depan..

Sebelum tu, terima kasih atas ucapan tahniah daripada semua.. Untuk makluman, papa-jit belum pun terima pingat tu.. turn dia belum tiba lagi.. Ramai tau penerima pingat ni.. mana la larat Tuanku nak kurniakan pada semua dalam satu hari.. Kita yg tengok dia berdiri pun dah penat.. Inikan pulak Tuanku yang dah 64 tahun..

Ada chance la nak masuk Balairong Seri sekali lagi.. hua hua hua..

 dah sampai istana.. minum dulu.. tp makan sikit aje sbb nebes.. hahaha tak logik

pasangan rapat kami sepanjang majlis merangkap cameraman.. u hulur bb u, i hulur bb i.. lepas tu kita upload fb.. hahaha.. akan ada banyak gmbr dorang nnti.. jgn risau..

Soalan macam siapa dia tu, jawatan apa dia tu, isteri siapa dia tu tak perlu lah mekchu maklumkan kat sini erkk.. nanti korang kata mekchu nak menunjuk-nunjuk pulak.. cukup lah dengan apa yg dah mekchu dah tayang kat sini..

kawan ila, ila, mekchu dan az.. we are the beginner :D

tuan afizam, tuan faizal, tuan papa-jit (hahahaha tak sesuwei), tuan kamal dan tuan amino.. kasihan yang tengah tu.. agak katik tp paling ensem.. hahaha #pitammm

Berdebar jugak nak masuk dalam Balairong Seri tu.. sbb katanya tahun ni tegas mengenai pemakaian.. dah la mekchu pakai kasut tak tutup.. kasut tutup ada, tp tak glamer.. hahahaha.. dah kaw team dengan az.. dia kata tak pe kalau kasut tak tutup.. bukannya datuk adat tu nak singkap kain sorang-sorang nak tengok kasut.. betul jugak tu kan..

Dan akhirnya dapat masukk.. yeyyyyyyy...

kat belakang kitorang tu la tmpt pengurniaan pingat nanti.. orang ramai kata kalau sampai je kat kawasan kuning depan tu otomatik terasa lain.. lain yang lain macam.. hahaha tak tahu nak eksplen sebab mekchu sendiri tak berani nak ke depan tu..

dan kami.. 

mereka pulak di barisan depan 



dan kitorang lagi dan lagi.. 

Sejuk yang amat kat dalam tu.. kalo pakai shawl boleh gak buat selubung.. dah sejuk mula lah asyik nak wi-wi aje.. tp takut nak bangun sbb malu nak buat gaya 'daulat Tuanku'.. hahahaha ahkak kan pestaim..

Ada banyak kategori pingat ni.. dimulakan dari yang tertinggi Darjah Kerabat Negeri Sembilan (D.K.N.S) sehingga yang terendah Pingat Bentara Tuanku Muhriz (B.T.M). Macam2 alphabert ada.. Tak teringat kesemuanya.. tp mekchu suka tengok design bagi setiap pingat tu.. kalerful.. lepas tu baru lah faham kenapa ada yang pakai selempang, ada yg pakai rantai, ada yang pakai pingat.. oooooo begituuuu..

Bila tengok balik papa-jit dan rakan-rakan, alahaiiiiiiiii tak meriahnya number 1 dress dorang.. kosong.. hahahaha...

Take 10.. berlari semorang ke toilet..

dan dapat jumpa kawan lama yang sama2 jadi LO masa pertabalan Tuanku dulu.. Iem, ko masih seperti dulu.. tiada yg lagi layak dari ko :D

 gambar Tuanku dari kerusi kami.. Daulat Tuanku..

dan begitu lah serba sedikit suasana dalam Balairong Seri.. 

Ramai jugak yang tersalah step.. nebes sangat kan... Itu belum mekchu yang amek pingat.. Ntah2 baru sebut nama dah pitammmm kat situ.. hahahaha.. 

Nanti mekchu update lagi pasal Majlis Santapan Tengah Hari dan Majlis Santapan Malam ok.. ohh yee dan update jugak pasal baju.. lalalalalala... Dan juga pasal papa-jit juga.. pendek kata, selalu lah singgah sini tau (sempat promote)

Sekali lagi, terima kasih atas ucapan kawan-kawan semua.. Kata-kata itu satu doa.. Moga-moga lah hendaknya.. aminnn...

15 comments:

CaDLyNN said...

congrats papa-jit aka bro john :p

mummy_ayu said...

oo..gie masuk istana..best tu, bukan senang nak masuk..

amirah said...

yg penting baju mekchu gelemer..cantik..huhu

Nini D.. said...

mekchu...kim salam tahniah buat abg ensem yg berdiri kat tengah tu ye :)

MaMa CyDa said...

seronoknya dpt masuk istana. nway .... tahniah jugak. manalah tau satu hari nanti papa jit + mekchu skali double dpt pingat plak kan? AMIN!!! ^_^

Alycia said...

kalau kau ambik pngat, aku kompem blk pilah.. tunggu kt simpang seri menanti tu hehe.. nk ambk tempias ;)

Mimy Hamid said...

bestnya mekchu ko dah rasa pengalaman 2kali kan..aku pernah baca korang somi isteri pernah pegi gak..memoga ada harapan papa jit dapat pingat..jgn lupa kawan2..huhu amin

InaAchik said...

aku igt pertabalan bapak gonjolong dpt dato' dan seterusnya ko jadi datin! :p

Nida said...

Untung mekchu ada pengalaman begini... sweet sangat nampak mekchu and hubby..:)

Bitt (double IS) said...

alhamdulillah n congratulations...pergh u pass pass jgn tertukar sudah yerr...akekekeke

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

insyaAllah, nnti turn papajit plak..
best mek chu, dpt rasa pengalaman berharga gitu..
bkn calang2 org dpt tau!

chekpid said...

jelas muka ko yg nebes disituuuuu :) congrats beb, merasa ko masuk sana.hopefully, dpt peluang kali ke 2, 3 & so on

Nuraz said...

tahniah utk papa-jit..
LO a.k.a. Liaison Offficer...gelemer tau!!...hihi...

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

congrate papa jit..best nyer.. kwn2 linda yg berkhidmat kat state 3-4 org jugak yg dah dpt pingat.. deme slalu ngusik, ha, sapa suruh korang dok KL, sapa nak pandang korang nun..hehehe..

QasehnyaRania said...

suka baca dan baca..bolehkan mekchu..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...