Friday, June 29, 2012

Jom ambil tahu pasal Darah Tali Pusat

Atau dalam bahasa omputih dipanggil Stem Cells..

Kat Malaysia ni hanya ada 3 je tempat penyimpanan Darah Tali Pusat ni iaitu Stemlife,Cyrocord dan Cellsafe.. Masa awal-awal pengenalan Stem Cells ni lebih kurang tahun 2008 (masa pegnen mi-cah), bukan main mahal lagi.. ada dekat 7-8K rasanya.. Sekarang, siap ada ada pakej yang boleh dipilih-pilih lagi.. lepas tu dapat stroller free.. hihihi.. Pakej yang paling mahal dlm 5K (jerrr) #TDDMKA

Tahu kan penyakit sekarang ni dah advanced?

Darah Tali Pusat diambil daripada tali pusat dan plasenta selepas kelahiran seorang bayi. Dahulunya, darah tali pusat biasanya dibuang bersama plasenta dan tali pusat. Darah tali pusat amat kaya dengan sel stem, sel-sel badan yang boleh berkembang menjadi pelbagai jenis sel dalam badan (seperti sel darah, sel sistem pertahanan badan, sel jantung, sel saraf, tulang dan sel otot)

Percentage ahli keluarga yang boleh gunakan Darah Tali Pusat tu macam dalam gambar ni..

 
Fikir-fikir jugak sama ada nak amek ke tak sebab nak tunggu mengandung bukan selalu kan.. Dah habis study kat website, mekchu cuba tanya kawan2 yang ada pengalaman mengenai Darah Tali Pusat ni kat fb.. Kalau testimoni dari kawan yang kita kenal lagi best kan..

Antara jawapan yang sempat mekchu letak kat sini untuk rujukan sendiri dan kawan2 jugak.. sebab kat fb kalo dah banyak2 macam susah pulak nak carik dengan kadar yang pantas...

 
 
 
 
 
 
ya betul, apa2 pun pilihan di tangan anda.. 

Esok last day promotion kata sales dari CellSafe.. katanya promotion lah kan.. sekali sampai tahun depan pun tetap ada promotion.. hahahaha.. 

Dan kami hanya ada 24 jam lagi untuk membuat pilihan..

Sekarang sangat rajin study pasal benda2 macam ni untuk masa depan anak.. study barang2 baby online laaaagi lah rajin.. 

Harap dapat share info yang tidak lapuk dek hujan ni pada kawan2 yang lain..  yg tak mengandung pun kena amek tahu sikit2.. sok-sok sonang :)


Thursday, June 28, 2012

Tonton Teater lagi

Pernah dengar pasal teater randai? tahu maksud randai? tak pe, nanti gugel sendiri lah ye...

Sabtu lepas gi tengok Teater Randai "Kaba Kasih Menanti" kat Auditorium Kompleks JKKN, N9.. lakonan kak eliz sebagai melur.. ehem ehem watak heroin gitu...

Bleh bawak budak, itu yang rasa nak pegi tu.. Oh ye, kak eliz adalah akak papa-jit merangkap akak ipar mekchu. Kalau pernah baca dulu-dulu kami pegi tengok teater lakonan kakak nabila kan.. kali ini nak tengok emak dia pulak :)

keluar kejap hantar mi-cah gi toilet..

kepala papa ehh hilang sikit.. sekali tu aje dia amek kan.. nak soh kali ke-2 kim salam!!

Kat dalam pulak sebelum start..

 alo lo lo lo... lebar nya dia... ada gambar lagi lebar sbnarnya.. tp awal2 dah delete :)

rayyan yang pandai mengikut apa org buat..

Jalan cerita simple dan memang senang nak paham.. suka scene percintaan bujang dengan melur.. scene kak eliz mengada-ngada manja dapat selendang memang terbaek.. dah pengarah soh buat macam umur 20-an.. terpaksa lah manja lebih.. hahaha..

Untungnya kak eliz ni pandai menari.. memang pakej lah nak jadi heroin dalam teater.. 

Mi-cah heboh sangat nak tunggu mama-wom (read mama-long) dia keluar.. kejap2 dia tya mana satu mama-wom.. Sanggup tu bersengkang mata tahan dari tido.. seharian asyik main aje.. 

Bila dah nampak mama-wom dia keluar, baru puas hati dia dan terus mintak susu... Sebab kalo mntk susu awal, awal lah dia tido... Siap2 bawak bantal sebagai alas.. dah agak mesti lena punya.. 


Baru nak sedih2 sebab bujang dah jumpa dengan emak kandung sendiri, tiba2 hilang fokus (sbb sibuk update fb) dan terus THE END...

Kitorang tunggu jugak nak bergambar ngan kak eliz (mcm lah kat rumah tak jumpa kannnn), tapi ramai kemain pulak kat atas pentas tu.. tak larat nak tunggu, amek2 gmbr kejap (asal ado) dan terus balik..

 nani dengan nabila..

 pelakon dan tenaga produksi..

 kerusi dah kosong sebab semua dah balik.. tinggal kitorang aje.. 

tak dpt amek gmbr dgn heroin, dgn kita2 pun boleh lah..


Pagi esoknya, mi-cah terus carik mama-wom dia dan kiss-kiss kat pipi.. alahai, suweeett nya... agaknya sebagai ucapan tahniah lah tu kot..

Nabila pulak baru habis shooting drama 'Anak Bertuah' 13 episode.. Julai ni keluar kat TV2.. tak sabar nak tunggu.. Antara lakonan teater nabila yang sempat kitorang tengok dulu Tun Mahathir 2 dan Amuk Anak Zapin... 

Agak-agaknya bila pulak turn mekchu nak berlakon teater atau keluar tv pulak erk? hahaha.. #perahshannn...

Tuesday, June 26, 2012

Sesuatu yang membuatkan hati berbunga-bunga


Tiada apa yang boleh diucapkan...

 Dari ya alya

Selain ucapan Terima kasih, Thank you, Xie xie, Arogato gozaimasu, Gracias, Nandri, Komapsumnida, Gum xia..
 
:)

Friday, June 22, 2012

Walau sibuk surfing barang2 baby, insurans baby jgn dilupakan

Mekchu bukan ajen penjual insurans, tapi saje nak share dengan reader...

Baby kali ni untung.. Sebab mama & papa dia dah dapatkan insurans untuk dia sejak dari dalam perut lagi.. baru tahu sebenarnya banyak benefit walau anak tu belum lahir.. apa nak kisah, duit tu nanti akan jadi saving untuk anak kita jugak..

Pregnancy Care Benefit dan Child Care Benefit yang cover sehingga anak berumur 2 tahun.. lepas tu back to normal polisi lah macam biasa.. mekchu cadangkan agar kawan2 yang sedang mengandung untuk dapatkan mana-mana insurans supaya dapat melindungi mereka..

Tak nak cerita details pasal benefits semua tu sebab mekchu bukan ajen pon.. Mekchu sayang korang, sebab tu tiba2 cerita pasal insurans kat sini.. 

Rasa selamat bila dilindungi.. terasa macam ada bodyguard yang ikut kita kat belakang..

Jangan lupa tau pegi dapatkan insurans.. kalau tak nak utk diri, pentingkan anak2 tu dulu :) 

Sekarang nak survey pasal Stem Cells pulak.. kalau ada reader yang berpengalaman pasal Stem Cells ni, boleh lah share experience korang kat sini.. 

Tata.. itu aje.. 

Wednesday, June 20, 2012

Alasan untuk berdiam diri

Siapa yang pernah lalui Audit Dalam ISMS, dia akan tahu panahan kekalutan yang melanda. Mekchu klasifikasikan odit dalam ISMS ni lagi parah dari odit Star Rating dan lagi haru dari odit 5S.. 

Kenapa? Sebab soklan-soklan dia ya ampunnnn... baaaaaanyak sangat.. dan ada dekat 50 dokumen kot kena sediakan.. itu belum campur bahan2 bukti yang lain lagi.. oh ye, odit ISMS ni bersama MAMPU. Lepas ni dengan SIRIM pulak.. Itu nanti2 pikir.. Nak bersalin dulu ke nak odit dengan SIRIM dulu.. ngeh ngeh ngeh..

Nasiblah semua2 bahan yang diperlukan tu ada.. cuma kena buat sesi kumbahan sikit la :)


Harapan mekchu agar sepanjang 8 hari odit ni kesihatan adalah di tahap yang baik.. Hari pertama dah rasa macam berjalan sejauh 8km. Kalo ukur dah sampai Jasko... keluar masuk bilik mesyuarat untuk membuktikan yang KAMI PATUH!

Baby ISMS pun dah menegang kat dalam sana.. mesti dia pelik mama dia rajin berjalan.. Sangat mencabar dan sebenarnya seronok tau.. dalam kalut-kalut pun boleh tersenyum :)

Kalau tak de update, korang anggaplah mekchu sedang berada depan mesin fotostat atau tengah mencangkung carik fail tutup atau curik2 tulang untuk mengusap perut ;p

Friday, June 15, 2012

Kini mekchu kembali

Bukan buat come back apa lah.. kembali untuk meraih LIKE dari korang.. ngeh ngeh ngeh..

Isshhhh muka dia ni lagi yg mintak tolong LIKE..
Kalau nak LIKE sila kan, kalau rasa terpaksa TAK PAYAH.. free je kot kalo klik LIKE tu kan... 

Kalau suka kan gambar anak bujang mekchu yang sedang tido ni sila klik pada link di bawah dan lepas tu LIKE pada gambar budak k-pop tu..

 

Dia sedang lena diulit mimpi indah bersama set dari Little Diva Handmade.. itu setahun lebih yang lalu.. sekarang mi-cah dah ada banyak geng yang sama-sama ada set cars Ikea macam ni kan..

Dengar cerita ada orang nak sponsor set tilam untuk baby dalam perut.. uhuk uhuk.. alahai, terus sejuk je perut ni..

Terima kasih kawan-kawan yang sudi LIKE.. nanti kalau menang mi-cah kata dia nak buat tarian k-pop khas untuk auntie2 semua.. ekekekeke...

Movie Premiere - Madagascar 3

Terlewat sampai.. tengok wayang sambil baring lah jawab nya sebab free seating...


Tapi yang untungnya duduk depan bila dpt buat peace masa dorang amek gambar.. ngeh ngeh ngeh.. ngko ado gambar peace dlm wayang? hahaha tetap nak sedapkan hati...

Ternyata mi-cah sgt enjoy dan sikit pun tak ajak balik..

Terima kasih TM N9 kerana memberi peluang kami tengok Madagascar 3 ni..

Dan paling penting terima kasih pada boss yang sudi berikan tiket..

Wednesday, June 13, 2012

Shopping dengan voucher sangat wallaweiii

Suka sebab berpeluang berlagak maca orang kaya.. walau pun sebenarnya kayap kan... Siapa tak suka bila nampak je yang menarik, terus campak masuk dalam bakul.. tak yah keluar duit sesengggg pungg....

Kalau lah detik itu boleh dilakukan berulang-ulang-ulang-ulang kali kan best....

pompuan yang selalu berangan nak jadi kaya tengah kira kepingan voucher.. hahaha entah berapa kali kira ntah.. 

lebar kan mekchu... dah nampak kembang semangkuk.. lepas tu pinggan, lepas tu besen dan lepas tu arghhhhh tidakkkkk...

nin diaaaaaaa.... mak shukeeee..

Hasil tabungan mekchu 3 keping aje.. papa-jit yang sumbangkan 5 keping.. so, total dia darab lah sendiri..

Ok, itu adalah treats point dari credit card Visa Petronas Gold Maybank kami.. berbaloi-baloi bukan? 9500 points bleh redeem RM50 sogo voucher.. opsss bukan nak promote CC kat sini tau..

Lepas dah puas buat kipas muka, terus turun tingkat 4 dan 2 jam jugak mekchu kat level tu sahaja.. semua pelosok survey dan bila dah penuh bakul dan tak larat nak angkat, baru call papa-jit (sbnarnya nak suruh dia top-up kan jugak). Mekchu tak suka kalau tgh pilih2 barang ada orang ikut sama.. Kalau dgn papa-jit ni senang, mmg dia dah faham sangat. Dia pegi lah mana2 dulu.. main game ke, baca paper sambil cap teh dulu ke.. karang dah setel mesti bini dia call punya..

8 keping voucher selamat di tingkat 4 dan siap kena swipe credit card lagi.. bijak tak panggil suami dulu sebelum bayar?

Itu belum tingkat-tingkat seterusnya... Sogo kan sekarang tengah ada Summer Sale.. kira sale jenis yang berbaloi jugak laaa..

Itu baru hasil di tingkat 4.. ohh dia lah banker merangkap buldozer ku.. hewhewhew... 

Yang kagum nya, mekchu siiiiikit pun tak penat.. rasanya stamina sama macam lee chong wei hari tu :)

Tapi kami tak cakap dengan nenek labu yang kami pegi beli barang2 baby.. orang tua2 ni nanti dia bising sebab awal lagi kan.. kitorang bawak masuk barang2 kat dlm rumah secara rahasia.. hahahaha..

serius segar bugar bila tgk baju kaler pink.. banyak kali jugak cuba istigfar jangan ikutkan nafsu.. itu aje yang pink dan lain2 tu masih mengekalkan kaler putih..

Dah nekad tak nak beli baju baby lagi.. mi-cah punya dulu pun elok lagi.. lepas ni tunggu hadiah dari kawan2 aje.. hahahaha tak senonoh..

Dan baju raya mi-cah pun dah siap beli.. cuma baju melayu dia je yang belom.. mekchu tahun ni tak dpt nak melaram sangat nampaknya.. sedddihhhh..

Mekchu punya kepuasan shopping semalam terbawak-bawak sampai atas katil.. punya lah payah nak tido sebab asyik terngiang-ngiang lagu SO-GO.. hahahaha demmit!!
 

Thursday, June 7, 2012

Check-up @ 20 weeks

Dah lama tak update live..

Menggeletis tak sabar nak jumpa baby. 5 minggu x jumpa. Ini tempoh yg paling lama kot.. Lepas ni nak mntk selang 3 minggu aje ngan dokter.. Tak bleh tahan dowh tunggu lama2...

Harap2 hari ni dah nampak clear burger atau hotdog. Will update soon :)
Sent from my RedBerry®

Wednesday, June 6, 2012

Our 7th Anniv - Ipoh Ipoh Mali...

Sehari je kat cameron.. ehh kalo ikutkan tak sampai pun 24 jam kami kat sana..

Lepas tengok rama-rama pemalas tak nak terbang tu, pukul 4 mcm tu kami dah gerak turun ke Ipoh.. pergi balik ikut Simpang Pulai.. bukak2 je mata tiba2 dah sampai Ipoh.. mak sukeee sebab tak perlu susah payah tahan mabuk..

Plan nak stay kat Herritage, tapi tak de swimming pool.. terus ke Impiana.. penuh pulak dengan tournament hoki.. last2 stay kat Syuen jek... janji bleh golek2 sudaaa...

Datang Ipoh tanpa sebarang perancangan aktiviti.. terjah je apa yang teragak.. dan malam tu kami keluar makan kat Ipoh Parade sajork.. dekat je kan dengan Syuen tu.. tp ahkak tetap mengah menapak...

Tiba2 dah siang.. misi utama nak carik mee rebus best in town.. tp sebelum tu layan mi-cah mandi pool dulu. memang tak bawak baju berenang dia sbb tak plan pun.. suruh pakai spenda je, tapi dia malu.. dah suruh contohi papa tapi tetap malu.. hahaha..

mewah pagi tu hanya kami bertiga sahaja.. 

 

Mekchu ada jugak hilangkan kempunan nak mandi pool.. tapi masuk 5 minit je kot.. sejuk yang amat.. tak kuasa nak gunakan lelemak utk panaskan badan... sayang lemak oiiiii...

sudahnya makan jajan sambil selak2 paper carik gossip...

Agak2 mi-cah dah puas, ajak dia sambung mandi kat dlm bilik pulak.. tak sabar dah nak makan mee rebus :)

 
 


Letak je status kat fb tanya kat mana mee rebus yang sedap kat Ipoh dan sekejapan ramai yang reply kata mee rebus ramli..best sangat ada kawan2 yg sentiasa alert macam korang..

Ingatkan jauh la.. rupanya 1km je kot dari hotel.. papago katanyaaaaaa...

dan mee rebus itu telah selamat melalui tekak dan seterusnya masuk ke dalam perut.. 

Legaaaaa dah dapat apa yang teringin.. habis je makan terus balik seremban.. ohh masih jauh rasanya Ipoh-Seremban walau highway lurus.. ternyata mengandung kali ni tak suka berjalan jauh..

#beruntunglahsuami

Dan begitu lah seadanya cerita ulang tahun ke-7 perkahwinan kami..