Update : Teater keempat lakonan Nabila
Minggu lepas sempat tengok Teater Amuk Anak Zapin. Teater ni macam assignment la kepada students Kak Eliz.. pementasan pun hanya 2 hari bertempat di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya.. sebab tu mungkin korang tak pernah dengar pun nama teater tu..
Disebabkan kakak nabila terlibat secara langsung dalam teater tu, maka sudah pastinya kami datang untuk memberikan sokongan yang berpadu-padu.. Walaupun ini bukan teater pertama baginya, tapi kami tetap teruja.. Yang pertama masa dia berlakon dalam Teater Muzikal Tun Mahathir (MTM) musim ke-2 awal tahun lepas. Dan yang pasti paling teruja adalah papa-jit.. sebab masa MTM hari tu dia tinggal rumah jaga mi-cah.. Kali ni baru dapat tengok anak buah sendiri kat atas pentas..
baru sampai.. dengan mi-cah yang asyik-asyik nak senget..
dengan kakak nabila kat belakang stage.. bukan main dia siap bermekap dan berkebaya nyonya
sempat kat depan banner besar dengan para pelakon dan tenaga pengajar..
Teater menggambarkan penyatuan orang melayu dalam mendapatkan kembali hak kedaulatan bumi Melaka yang lama tercalar oleh kerakusan penjajah dan penjarah bangsa Portugis. Titah Paduka Raja Johor yang dibawa Dato Laksmana mengundang rasa serba salah Pak Madun untuk turut sama ke medan peperangan yang tidak pernah berkesudahan. Ketaatannya ke bawah duli membuatkan beliau serba salah tetapi harus ‘akur’ ibarat kata pepatah Melayu;
“Di belakang ia menendang kita,
Bila di depan ia mengeting kita
Jika di tengah ia berpusing ligat pula.’
Kelana, Jelatang dan Wan Jamal turut bersama anak-anak Johor bersatu ke medan perang menawan kembali kota bertuah. Akur pada semangat untuk berjuang, Kelana rela berpisah dengan Wan Rabitah isteri yang baru dikahwininya. Semuanya kerana ketaatan terhadap nilai bangsa, persaudaraan dan tanda hormat kepada mereka yang bergelar ketua. Namun akur bukan bermakna menurut semata, menurut bukan bererti tunduk melulu. Ikutlah resam padi semakin tunduk semakin berisi.
Sumber : myseni.net
tuh dia budak baju merah dah keluar..satu-satunya watak budak kecik :)
Suka tengok kakak nabila berzapin kat atas tu.. heibat... memang heibat.. Kecik-kecik dah pandai.. kalo mekchu, jangan kata berzapin, nak angkat muka pandang audience pun belum tentu berani..
turut dibintangi oleh Zaidi Omar sebagai Pak Madun-penggiat tarian zapin di kampung (tak ingat nama)
kali ni watak kakak nabila lebih menyerlah. dialog jugak lebih banyak.. memek muka jugak bertambah mantap :)
tu semua tu setudents la tu.. yang gerak tari keras-keras tu dari students perakaunan, akauntan... hahahaha.. kalo students dari seni drama cantik je liuk lentok dia..
ok, dengan kak eliz orang kuat di sebalik pembikinan teater..
clap clap untuk Pengarah Gerak sbb kerja kuat anda selama ini..
Lepas habis teater tu, lepak sekejap dan terus ajak papa-jit amek gambar kat tempat wajib ini.. Kalau lah UUM dekat macam UM, nak jugak bawak mi-cah amek gambar macam ni..
cuba carik mi-cah.. hihihi..
dan yang terakhir bersama atok jah & nenek jah..
Malam tu malam sambutan tahun baru.. kami sambut atas katil sajork.. Tahun ni kami tidak meletakkan sebarang impian dan harapan yang tinggi-tinggi.. Tetapi tidak bermakna kami tiada niat mengejar impian.. Kami masih disini dan sentiasa memperbaiki diri :)
Ok, berbalik kepada Kakak Nabila. Mak ngah bangga sangat dengan Bella.. Sekarang siap dah ada nama baru~Bella Zulkifli.. kehlasssssssss....
6 comments:
wahhh pandailah dye.. tahniah2..
tak pernah tengok teater sob3x
comel yer anak buah mekchu nie seswai jadi pelakon glamer suatu ari nanti
wahhh glamour nanti tu dah besar...ehehehe kagum kagum kagum ;)
Ohhhh UM ku ,grad thn 2002.mmg selalu ada pementasan teater di UM sejak dulu lgk.
makngah xnak berlakon sama bella pulak ker hehe.. kalau jadi, kelasss kau jah hehe..
eh, nnt aku wat entry pasal 5s tu.. tungguuu hehe..
congrats...wah best tu dapat hadiah kain cotton lagi...
psst....bila nak ngedate main layang2 nie? he he he..leh lawan sapa punya lagi tinggi...
Post a Comment