Bila dapat jemputan perasmian, terus laju2 angkat tangan bila boss tanya siapa yang nak pegi.. harus lerrrrr.. otw balik rumah nenek labu kan.. ngeeeeeee :)
Pegi dengan Najib sebab nak jumpa Najib.. tak faham, tak pe..janji terus membaca sampai habis..
Tau kan apa Program PR1MA nih? Program perumahan yang kerajaan bangunkan untuk memastikan setiap keluarga mampu memiliki rumah sendiri.. target orang2 yang baru kawin lorrr.. Tak salah ada 3 kawasan yang telah dilancarkan untuk program ni. Satu kat Putrajaya Precint 11, satu kat Bandar Ainsdale ni dan satu lagi kat mana erk? korang gugel jek la senang.. hahahaha dasar pemalas..
Ok, kalau nak tau Bandar Ainsdale ni kat Jalan Labu sana.. otw nak ke SMAP Labu tu.. lebih kurang 5-10 minit je dari Tol Seremban tu. lagi pulak lepas ni nanti akan ada tol baru.. lagi senang nak berulang-alik keje kat putrajaya-kl kan..
Dah lama sebenarnya nantikan saat macam ni.. saat kena pegi kerja luar sama-sama.. Berangannya nak kursus sama-sama kat INTAN, Sabah.. tapi tak de pulak kursus yang 2-2 sesuai nak attend.. dan tak tentu lagi 2-2 tu diluluskan permohonannya.. kira dapat keluar majlis perasmian gini pun jadik laaa...
Korang kenal siapa mereka? Kalau yang keje private tu tak kenal bleh ampun lah jugak.. ni yg keje gomen kalo tak kenal, memang korang adalah sasaran untuk dipencenkan lebih awal.. hahahaa...
orang yang super duper ramai.. yang bila best dapat jumpa JKKK mekchu.. dan JKKK yang pernah mekchu ajar facebook dulu.. apa khabar la akaun facebook dorang tu kan.. masih ada yang panggil mekchu 'cikgu' tau.. terharu sungguh..
Nak baca kisah pahit manis mengajar atok-atok facebook kat sini, dan sini.. lepas baca memang tersenyum sendiri..
naik bulu roma kena nyanyi lagi Negaraku sebelah suami.. hahaha mengada.. selalu nyanyi kat stadium lain feel dia.. ini atas urusan rasmi lain jadinya..
menarik... ingatkan nak beli untuk aset bila dah pencen nanti.. lokasi memang strategik.. dekat pulak dengan rumah nenek labu..
Tapi kalau tak salah salah satu syarat dia pendapatan isi rumah tidak melebih RM3K.. alamak!! tak pe... tak pe.. mungkin kalau tak de yang berminat, kami boleh lah beli.. Ada banyak jenis rumah tau.. ada rumah kluster, rumah bandar (town house), rumah teres, etc.. Sekarang baru launch untuk Fasa 1A dan 1C dulu..
Marilah bersama-sama mengumpul aset untuk masa depan.. rumah dan tanah adalah aset yang makin lama makin mahal.. tak perlu kumpul kereta banyak-banyak.. mari kita kumpul rumah (bayangkan tengah main game saidina tu)
Oppsss sebelum terlupa, korang dah print borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tu? Korang memang lah tak layak.. gaji dah 5 angka :) Boleh lah tolong print untuk berikan kepada jiran2 atau makcik-makcik kat kampung tu.. dorang mesti layak.. bleh dowload borang tu kat sini ok.. http://www.treasury.gov.my/pdf/br1m/Borang_BR1M.pdf
Pas tu pasal Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) tu.. dah baca? dah faham? mekchu dah baca tapi tak faham.. hak hak hak..
Dah tengok gaji baru di e-Penyata Gaji? mekchu dah tengok, tapi mana de maklumat kat sini.. gaji mekchu kan State yang bayar.. Redha ehhh pasrah.. ehh redha.. ke pasrah erk?
Pencapaian SKT 2011 dah siap? Perancangan SKT 2012 dan hantar? LNPT dah isi dalam HRMIS? Perancangan cuti tahunan dah hantar kat Admin? GCR carry berapa hari untuk tahun depan? Ohhh semaknya...
Korang yang keje private dan kerja sendiri sila abaikan perenggan ke-4 terakhir tu :)
sama la perangai kita mekchu...klu nyanyi lagu negaraku sebelah laki kompom meremang bulu roma malu2 bewak...*nyanyi lagu negaraku time tengok bola dulu*
ReplyDeleteyup.. betul tu.. better beli rumah daripada tambah keta 1 lagi... huhuhu... makin lama.. makin tinggi harga... takut masa depan dah tak mampu nak beli..
ReplyDeleteperenggan terakhir tu tetiba aku bukak diary.. tgk dh setel ke blum haha...
ReplyDeletesumer perenggan terakhir tgh sibuk utk disiapkan..pening bagai nak rak!!
ReplyDeleteuwaaaaaaaaaaa..help!!
uishhh ... nak beli rumah pon tak termampu lagik rasanya nih ... haiiishhhh serius tak tau kat mana letaknya bandar ainsdale nih. tp tang tol baru tuh tak taulah biler siapnya. sbb tuh projek hubby, dia pon fenin kepala sbb bajet projek tuh asik kena potong jek ngan kementerian huhuhh ....
ReplyDeletewah...nak tambah asset ye..bestnye..
ReplyDeletetak mampu beli rumah. duit gaji ngam2 hidup kat KL. tanggung diri sendiri je..tak cukup kalau, korek tabung. sekian.
ReplyDeleteko saje kan...nk tmbah stresssuma2 crita kt perenggan 4rtu aku lom review lagi...asal masuk disember je stressssssss
ReplyDeletebetul... kumpul aset rumah , macam mane pun takkan pernah rugi
ReplyDeletemekchu...mana satu perenggan ke-4 nya...akekekekkeke puas i kiraa taukk
ReplyDeletesensitif betul bila part akhir tulis pasal gaji tu..hehe. Maklumlah Kak Nida nikan cuti tanpa gaji :)
ReplyDeletelaporan kewangan untuk tahun berakhir 2011 masih dlm proses..banyak lubang bolos yang harus di-isi tapi resitnya entah kemana..hahahaha
ReplyDeletenampaknya pengeluaran lebih GEMPAK dari penyimpanan...
(maunya tak gempak..kan beli hilux taun nih)
masak la jawabnya masa nak present dengan Perdana Menteri teman nanti..
Jgn kat SKT, LNPT Pun satu hapah tak tgk lagi ni. Pitam berganda ni kang. Tp GCR da c/f 10 hari, 18 hari c/f tawon dpn. Byk kan cuti ai.. Hihikss. Simpan wat stok cuti2 thn dpn lak. :D
ReplyDeletecamne den google bandar sri sendayan tapi resultnya jumpa plak bapak najib and family, kalu bapak najib dapat umah PR1MA tu den akan buat aduan pada PM Najib huhu (tak aci gitu)
ReplyDelete