Thursday, January 31, 2013

Bersunat

Hari ni baby wawa dah sunat... yeyyyy...


Nenek labu kata wawa dah boleh kawin.. kikikiki..

So kepada bakal besan semua, sila download Borang Menantu di ruangan sebelah kanan ye :D


by mekchuN (^_^)

Wednesday, January 30, 2013

I love Azorias

Speechless...

I won this gorgeous outfit personally styled by Hanis Zalikha uols...




Thanks Azorias.. ~ yang sponser hadiah best ni
Thanks Keknis.. ~ yang sediakan baju yang super gorjes ni
Thanks Onie.. ~ yang inform pasal berita gembira ni

Syukur Alhamdulillah.. suka sangat ni.. Senyum sampai ke bintang..


by mekchuN (^_^)

Tuesday, January 29, 2013

#habibinajwa dah 3 bulan

Pejam celik, pejam celik dah nak masuk kerja balik.. ehhh tapi mekchu blom masuk kerja lagi.. Setelah dapat keizinan bos, mekchu sambung cuti lagi sikit atas beberapa urusan yang perlu diselesaikan ..

Ini #habibinajwa yang dah siap wangi-wangi nak pegi check-up.. Tunggu abang mi balik sekolah dulu.. Dia dah siap pesan tunggu dia balik.. kalo tak tunggu nanti dia tak nak pegi sekolah lagi.. ohh abg mi sangat pandai mengugut sekarang ni.. kadang2 ugutan dia buat kita rasa berdebar...

somel tak? jarang ada gambar wawa tersenyum kan.. 

Semua yang dipakai itu adalah hasil online shopping (kecuali pampers).. Siapa kata online shopping itu membazir? meh sini nak babab dia..

Kena drive sendiri bawak anak-anak.. papa-jib terus tunggu kat hospital.. Dia kan kerja..

gitu lah gaya kalo mekchu yang kena drive.. 

 memang bahaya letak car seat macam tu sebab ada air bag kan.. tapi kalo letak belakang lagi bahaya kot.. macam mana nak pok-pok kan wawa nanti?

Papa-jib kena sampai dulu sebab bila kami sampai, dia kena parkingkan kereta.. tak sanggup nak berjalan jauh angkut segala macam.. 
ini baby wawa yang dah ganti baju.. wahhhh.. kecik2 mama dia dah amalkan mix n match :D

Proses menunggu giliran memang hangin.. private atau goverment pun sama aje.. dari tak de orang tiba2 ramai sehingga tak de orang semula, baru lah tiba giliran kami..

ingatkan kami yang awal sebab tak de orang... rupanya dorang dah register lepas tu keluar makan kot.. sampai2 je dorang yang kena panggil nama dulu.. 

suka pulak buat tocang lekat ni.. sampai lenguh ketiak.. orang tua2 kata kalo dapat buat tocang ni sendiri, dia terang hati.. ehem ehem..

muka abg mi yang sedang risaukan sesuatu.. 

dia risaukan anak tamby ni curik adik dia.. lama tau budak tu gentel si wawa.. takut bila dah geram, dia tekan aje budak kecik tu.. badan dah la semangat.. 

ni abang mi yang kena marah sebab meragam lapar.. grrrrrr tadi suruh makan tak nak.. 

mari kita tenangkan hati amek gambar dengan budak korea ni..

Bila dah tiba giliran, terus tak de mood nak amek gambar dalam bilik doktor.. ni ada sekeping ni aje..

Wawa di usia 3 bulan :
Berat = 5.4kg
Panjang = 58cm
Ukur lilit kepala = 39.5cm

Selain dapat injection untuk 3 bulan (2nd DTP,& Polio & Hib + Hip.B) wawa jugak diberi makan ubat rotavirus untuk bulan yang kedua..

Dah pandai main air liur.. sampai basah-basah baju.. lepas tu masih dalam proses nak carik jari mana yang paling best untuk isap.. sekarang semua jari pun dia sumbat.. bila dapat jari telunjuk atau jari hantu apa lagi, terus termuntah..

Senyum dah terror.. pantang di agah.. konpem tersenyum.. dah pandai jugak gelak mengekek.. kadang2 belum agah dia dah tergelak..

Masih bertahan tak tido buai lagi.. nak ajar tido kat tilam aje.. tido enjut-enjut kat rocker pun kalau boleh nak elakkan.. kalau boleh laa.. Lepas tu suka tido senget sebelah kanan dia.. bila bangun pagi mesti akan nampak wawa dengan gaya macam gambar ni..

apa lagi kalau bukan carik ketiak mama kat sebelah kan...

Penggemar susu ibu yang tegar.. kuat minum.. sekali minum 4oz.. nasib dia jenis tak kisah puting apa.. try puting avent, terus dia layan aje.. fuhhhhhh selamat...

Masih belum ada tanda-tanda nak meniarap lagi buat masa ni..

Dah itu aje buat masa ni.. mama ngko dah penat...


by mekchuN (^_^)

Sunday, January 27, 2013

Resepi Homemade Pizza

Setelah sekali lagi korang berjaya membeli jiwa dengan pujian berbunga-bunga, Kena la jugak mekchu buatkan resepi Homemade Pizza.. ini adalah entry resepi yang ke-2 di blog ini..e-yeyyyy....

Resepi ni akak mekchu yang ajar.. dia kata senang.. bila buat memang sah la senang nyaaa..

Bahan-bahan yang perlu ada...

Mangkuk 1 (isi pizza) : daging ayam kisar, hotdog dan udang (ayam boleh ganti dengan daging. hotdog dan udang kalo tak suka tak perlu letak)

Mangkuk 2 : red capsicum, green capsicum, bawang besar separuh dan sebiji bawang putih

Mangkuk 3 : shredded mozzarella cheese

Roti pizza dan pisau pemotong. Serta sos cili dan moayonese (tiada dalam gambar)

Bagi orang Seremban, mekchu boleh cadangkan beli mozzarella cheese dan roti pizza tu kat Pasaraya Rakan (berhadapan Giant Senawang).. Kalau nak carik kat jusco/giant/tesco pun ada rasanya..

 Hiris red capsicum, green capsicum dan bawang besar

 Tumis bawang putih dengan bahan di Mangkuk 1 tadi. Separa masak aje. 

Ada orang tak tumis pun ayam/daging semua tu.. Kalau tak tumis nanti takut tak masak betul pulak.. terpulang pada masing-masing..

Bawang putih tu pun dah naik hangus.. Ye la, orang tak pernah memasak sambil mengambil gambar.. Serius mencabar..

Kendian, gaulkan bersama bahan2 yang dah dihiris tadi.. Tolak ketepi sekejap..

Sapukan sos cili kegemaran di atas roti.. sapu rata-rata tau.. Masa ni dah boleh panaskan oven

Taburkan mozzarella cheese.. lagi banyak ditabur, lagi sodap.. sambil tu tekan-tekan sikit kasi padat..

Ambil bahan2 tadi tu. tabur kat sebelah atas nya.. pun tekan kasi padat.. Nak tabur lagi cheese pun boleh..

Dah sudah sesi tabur menabur, masukkan pizza ke dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 minit dengan api atas bawah.. ehhh gitu ke ayat orang memasak erk?

Jangan lupa panaskan oven dulu tau. Jangan terus masukkan pizza.. Dah panas dalam 5 minit, baru boleh masukkan..

Dan inilah hasil selepas 20 minit.. suka part cheese bertali-tali tu.. terasa macam hebatnya aku memasak!

tu berlakon aje tu.. dia bukannya nak makan pizza.. sibuk kutip udang aje

Masak pizza ni lagi senang dari masak kuih kodok sebenarnya.. kuih kodok kena masak seketul demi seketul masuk dalam kuali.. kena jaga pulak nak terbalik kan.. tapi pizza ni masuk aje dalam oven tu.. bila dah masak berbunyi lah ia..

Tapi nak buat macam mana kan... kuih kodok tetap di hati papa-jib..


by mekchuN (^_^)

Wednesday, January 23, 2013

Ini bukan puting biasa

Lima minit jugak nak buat tajuk sebab konfius puting atau puting bersama N di tengah.. hahaha.. sekarang ni semua pun nak isu khennnnn...

Kawan-kawan FB dan IG dah pernah tengok gambar ni :D


Kikikiki.. comel kan mereka terutama baby paling tua tu..

Itu sebenarnya bukan puting biasa.. tapi adalah gula-gula..


perisa strawberry lagik... 

Papa-jib beli masa outstation kat Melaka hari tu.. 

Dan gambar ni korang tak pernah tengok kat mana-mana pon.. 


Hahahaha.. lepas amek gambar terus rasa pening kepala sebab paksa buntangkan mata.. Siapa kata letak gambar bajet comel je kat blog?

Amacam? agak-agak mengigau tak malam ni? hahahaha...


by mekchuN (^_^)

Tuesday, January 22, 2013

Berseri ke Balairong Seri

Ke Balairong Seri lagi lah kiteee.. Walau pun pada mulanya papa-jib tak nak bawak mekchu.. tsk tsk :( Sedih wok tak dapat nak bersosial.. asyik la jaga anak je kat rumah..

Alasan = lepas habis majlis dia terus nak gi main golf.. tak ke sentap tu uols? dipendek kan cerita golf tu pun cancel.. itu lah, doa orang teraniaya selalu dimakbulkan.. huh.. siap berdoa ke? hahaha..

Maka dapatlah bini papa-jib ni keluar bersosial jumpa kawan-kawan lama..

pompuan yang dah lama tak dapat bersosial..

kasut je baru.. baju, clutch bag dan selendang recycle sajork.. 

Attire sutera creepe dari Matase Sutera, kasut & clutch bag dari Vincci dan selendang mak datin dari Casa Moda. Make-up sendiri bikin..

Sampai je istana, harus isi perut dulu.. nasi lemak sumbat, mee hoon sumbat, ayam rendang sumbat, popia sambal pun sumbat.. kalo tak sumbat banyak2 nanti kebulur nak tunggu lunch.. pengalaman mendewasakan.. ecehhh..

dan selepas selesai menyumbat.. 

Terus masuk ke Balairong Seri untuk Istiadat Pengurniaan Pingat.. kami hanya memeriahkan majlis aje.. bukannya dapat pingat.. tu dada papa-jib dah bercalit duit syiling dah ok lah tu..

dapat seat belakang la pulak.. tapi tetap best sebab tepi dinding.. berderet tepi dinding tu 3 pasangan..

pasangan tuan faizal & ila paling depan.. 

kami di tengah... 

dan pasangan tuan kito & az paling belakang.. hahaha tiket paling murah ler tew.... 

Sepanjang majlis adalah mengantuk semata.. dah la sekian lama tak duduk lama (apa punya ayat daaa), sakit2 jugak pinggang ni.. maklum la, dah 3 bulan dok rumah memang berbaring je keje ngko....

 semak nama-nama penerima pingat tahun ni.. mana la tau kot2 kenal.. 

selebihnya main talipon.. fuhhhh nasib ada talipon best.. tak de la boring sangat nak tunggu masa makan.. 

Tiba waktu makan, kami antara yang terawal keluar.. sebab dekat dengan pintu.. menonong masing-masing ke Dewan Banquet.. dan terasa-rasa dessert sedap kat tekak..

dengan az sebelum dia kena 'halau' duduk kerusi lain.. hahahaha.. punya lah banyak tempat duduk kosong, nak jugak duduk tempat korang kan. nasib lah korang jenis cool.. 

Gambar makanan x de sebab segan dengan orang depan.. semua yang otai2 kat situ.. jenis dada dah tercalit dengan banyak pingat.. ahkak segan nak kluarkan camera..

sempat amek gambar bag hanger ni aje.. tetap nak panggil bag hanger sebab fungsi dia adalah hanger untuk menggantung bag (^_^)

Lepas habis makan, masing-masing tak boleh balik selagi ada yang belum puas bergambar..Siapa ntah yang letak kan syarat tu.. rasakan tahun ni memang banyak gambarnya..

 si datin wannabe..

yang sentiasa mengharapkan laki dia dapat dato' cepat-cepat..

the complete set of us :)

saje pilih gambar ni sebab...... ya betul.. sebab mekchu nampak kurus cenggini.. 

Tak puas dalam Dewan Banquet, nak bergambar dalam Balairong Seri pulak.. tadi ramai sangat orang..

kat sebelah depan sana tempat Tuanku kurniakan pingat tu ramai sangat orang.. jadi kami bergambar kat pintu masuk ni sajork.. 

 kalo dapat amek keris ni bawak balik letak kat pintu rumah memang sempoi.. 

kalau ada di antara mereka adalah boss korang, sila scroll cepat-cepat ke bawah.. hahaha.. 

us on a yellow carpet.. 

Bila tanya dah habis bergambar ke belum....
"Belummmmmmm......" laju-laju kaum isteri menjawab.. hahaha..

 sedondon pulak dengan ila, pregnen mommy ni.. 

 ok ini last.. kami yang berlatar belakangkan istana.. kat sini memang wajib bergambar.. tapi awas kalau kena sound dengan dato' adat yang marahkan pijak rumput.. 

sementara tunggu driver.. ehhh cantik pulak view bawah pokok kurma ni.. kalo tau amek je gambar kat sini banyak-bayak.. konpem tak sentap kena sound pijak rumput.. 

Sekian cerita sempena Hari Keputeraan Tuanku DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-65. Daulat Tuanku..

Kalau ada rezeki mekchu up entry dinner pulak ye.. itu pon kalo papa-jib nak bawak la.. rasanya waktu malam tak de yang main golf kot..

Kalau nak baca balik entry-entry lama ada kat sini..
Entry papa-jib dapat pingat
Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Ke-64
Majlis Santapan Negeri Sempena Hari Keputeraan Ke-63

Arghh ada banyak lagi tapi malas nak listkan.. kalau rajin, find label istana kat tepi tu..

by mekchuN (^_^)