Thursday, February 28, 2013

Majlis Santapan Negeri untuk tahun ke-3 berturut

Ehhhh... betul ke tahun ke-3? Betul kot...

Nama panjang dia Majlis Santapan Negeri sempena Hari Keputeraan Ke-65 DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.. senapasssssss.... ngko mampu?

Tahun ni memang nan hado baju-baju baru.. masuk istana hari tu pun baju recycle.. baju dinner ni pun recycle jugak.. sebab sibuk nak ber-blocking, sampai terlupa nak sediakan baju untuk majlis formal..

menumpang tuah sang suami di tahun yang ke-3 

Kenal ke idok baju mekchu pakai tu? Ya, itu adalah baju mengandung merangkap baju raya dari Rizalman.. Size M sebab nak muatkan kebesaran perut masa tu.. Bila perut dah tak de ni, terasa macam besarrrrr la pulak baju tu..

Lupa kan pasal baju sekejap.. Jom cerita pasal dinner malam tu.. Ini malam minggu baru-baru ni..

Sampai-sampai je terus daftar dan dapat nombor meja.. tahun ni dapat meja paling depan uols... sukeeeeeeeee.... bertambah suka bila baca nama pada kerusi semua yang mekchu kenal..

Tapi agak hampa jugak kerusi tu hanya tinggal nama je.. sebab Az tak dapat datang last minute akibat 'kecederaan'... Ila pulak meja belakang sikit.. Suami kami best friend.. jadi secara otomatik kami juga adalah best friend..

duduk menghadap betul dengan biras mekchu yang main keyboard tu.. sengih2 je dia nampak abg ipar dan biras dia yang gojes duduk kat meja depan.. 

Layannnn...

Masih mengekalkan menu Western.. dah faham sangat memang kena isi perut dulu petang tu.. kalau tidak memang akan mengamuk kelaparan..

macam sikit pulak menu nya.. 

Sambil makan kami dihiburkan oleh... jeng jeng jeng... bukan abang nuar jeng... tapi abang jamal..

abang nuar tak de, abang jamal pun bulehhhhh.... 

kagum dengan perempuan ni yang main gambus sambil nyanyi.. suara sedapppp... papa-jib siap pusing kerusi tak toleh2 mekchu dah.. 

excited dapat tengok dekat2.. 

Lepas habis melantak, acara potong kek pulak..

happy birthday Tuanku.. ohhhhh anak sulung Tuanku itu sangat ensem kan...

Selesai je majlis, adalah acara mengambil gambar.. Tapi tak bleh over sangat sebab semua boss-boss masih ada kat dalam tu..

kami ber-5.. alaaa tak cukup korum... kesian tuan afizam yang ditengah.. 

Nampak gemokkk sangat bila pakai baju raya merangkap baju mengandung ni.. patut amek size S hari tu.. tapi bila try perut tak bleh masuk.. Itu yang amek M.. huhuhu.. harus lakukan sesuatu supaya tidak dipandang sepi.. Kalau nak let go ada yang nak beli tak? baju Rizalman tu derrr... Siap dah tambah munge2 kat tangan lagi..

Ehhhh termelalut pulak..

dengan ila yang dah masuk 5 bulan.. dia tak nampak macam mengandung pun kan.. mekchu tu yang nampak macam tengah bawak perut.. adoiiyaiiiii... 

bos, boss, bosh dan boshs... haaaa bezakan ikut ketinggian..

geram weii dengan kek tu.. moga-moga big boss tak perasan dengan kehadiran kami di tepi kek.. hahahaha..

finally, dapat jugak jumpa dengan si manis @juliadorable ni.. selama ni asyik komen kat FB, kat IG tapi tak pernah jumpa... 

opsssss... itu namanya gaya di lewat malam.. jom balik... 

mata dah merah-merah.. tunggu boss-boss berasap.. 

sampai je rumah, menggelupur amek pam... 

Semoga masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk berjumpa di Majlis Santapan pada tahun hadapan.. InsyaAllah...


by mekchuN (^_^)

Wednesday, February 27, 2013

No. 6 dan No.9 tu sama

Pesan si suami..

"Ma, nanti balik rumah seremban tolong amek kan papa punya iron no.6"
"Ok.."

Dan setibanya di rumah seremban, garu-garu kepala bila tengok ada 2 batang iron no.6


Dah tonggang terbalik pun masih nampak kedua-dua iron tu no.6...

Hanya bawak keluar sebatang.. Mungkinkah iron no.9 yang dibawak keluar tu?

Muka mula tersenyum jahat... Ini lah masa nak pedajal suami tak kasik main golp..

Ngeh ngeh ngeh.... tanda protes secara halus..


by mekchuN (^_^)

Monday, February 25, 2013

D' Miniature Ultraman & F1 Racer

Belek-belek calendar sekali.... ehhh ehhh wawa dah 4 bulan laaaa...

Punya lah cepat masa berlalu.. boleh tak nak dia baby je selalu sebab ini lah saat-saat redha dia.. ngko buat lah apa pun dia menerima seadanya..

Nak cium pipi dia sampai penyet boleh, nak peluk dia macam teddy bear boleh, nak pakaikan topeng otromen pun boleh... macam ni..

otromen mini - di usia 4 bulan 3 hari

hahahaha.. ini abam ni punya idea la ni.. tiba-tiba rasa comel dan terus capai henfon.. bukan sekeping, ada la 6 ke 7 keping.. hahahaha.. nasib papa-jib tengah mandi.. kalo tak bising dia buat anak dia macam tu..

Update baby wawa 4 bulan nanti-nanti buat ehhh.. 

Dan ini pula anak sulung kami yang sentiasa mencabar kesabaran kami suami isteri...

 F1 racer - di usia 4 tahun 7 bulan

Benda yang kita tak suka, itu lah yang di ulang-ulang nyaaaa.. kalau tak tunaikan apa yang dia nak, mesti dia akan gunakan ayat power dia "mi TAK NAK pegi sekolah..."

Sebab dia rasa berkuasa kalau gunakan ayat tu.. mungkin dia nampak muka mama dia gelabah semacam bila dia cakap macam tu.. tapi sekarang mama ngko dah pandai cover..

Masih berpampers di malam hari dan masih mengekalkan drama di pagi hari..

Sekian untuk #mydoubleNAJ


by mekchuN (^_^)

Friday, February 22, 2013

Bila lapar, gugel resepi

Update hari ni lambat sebab waktu lunch tadi keluar mencari bahan2 memasak..

Hape?? Memasak?? HAHAHA..

Iyeeee uols.. semangat nak memasak hujung minggu ni.. Sebab dah beberapa hari bila lapar je kat opis gugel resepi.. lapar je gugel resepi.. Terus meronta-ronta nak cuba memasak.. Berdoa lah agar masakan pompuan ni menjadi..

Tadi gi carik barang kat giant.. Ada orang tu nak makan marinated lamb.. mbekkkkkkk..  Beli yang dah siap perap je sonang.. Jadi keje mekchu buat black pepper sauce je minggu ni.. Setel satu menu yang teringin...

beli 2 keping je dulu.. 

Berdebar ni takut black pepper sauce tak menjadi.. Kalau menjadi, boleh lah beli kambing ke ayam ke lagi dan lagi.. 

Ya, memang senang je nak buat black pepper sauce tu.. Senang bagi korang dan mendebarkan bagi mekchu.. hahahaha.. 

Lepas tu nak cuba buat ayam percik pulak.. hebat tak cita-cita mekchu weekend ni?

Tak beli baju pon.. beli barang2 nak memasak aje.. Betul.. Percaya lah.. 

 pekena eskrem potong red bean.. satu tak cukup.. makan 2 batang baru senyap..

Nanti kalau masakan ku menjadi mekchu pukul canang kat sini.. kalau senyap je tandanya tak menjadi la tu.. hahahaha..

Ohh ini ada gambar papa-jib yang ber-color blocking.. sejurus mekchu buat entry color blocking hari tu..

dia dah ber-blocking dulu rupanya... hahahaha.. 

Ok uols.. Selamat berhujung minggu..

by mekchuN (^_^)

Thursday, February 21, 2013

Peplum Jacket dan Cinderela Skirt

Bila dah sakit pinggang kat opis, teringin betul nak baring sambil seluk kaki dalam selimut.. Indahnya waktu berpantang kan...

Bila sedar tak de selimut dan katil nak baring, terus mencari idea untuk hilangkan rasa sakit pinggang dan sakit kepala jugak - akibat tak lunch..

Ninnnn diaaaaa...
shopping online... yeyyyyy itu lah pengubat segala penyakit..

Klik punya klik sekali TERjumpa peplum jacket dari Azorias ni.. terus teringat ada voucher RM25 yang belum guna.. kira setuju lah tu kan..

Lepas tu skirt cinderela ni memang mintak tinie Matase Sutera yang tolong jahitkan..thanks dear.. nice color n nice cutting...

Kebetulan 'mereka' sampai sekali.. sebelum mengepam, sempat lagi 'menerai'.. hahaha..

Bukan tak nak keluar lunch, tapi memang waktu lunch tu perut kenyang.. Tapi dia akan berombak kencang bila tiba waktu petang.. Masa tu lah akan rasa sedihhhhhh sangat kalau akak jual kuih tak datang :(

Kalau dah sampai gigil2 badan kelaparan, sebelum balik tu memang kena singgah makan roti telur + bawang + cili pekena dengan coconut shake ni dulu.. Kedai makan feveret kat mapley bawah opis ni aje..


Baru lah muka ada sinyummmmm...

Ini lah akibat kalau tak ajak pompuan ni keluar lunch.. dia akan lebihkan shopping online dari turun kantin carik makanan... hahahaha tiba2 macam nak hint papa-jib suruh hari2 lunch sama-sama..


by mekchuN (^_^)

Wednesday, February 20, 2013

Nak Color Blocking jugekkkk

Ingatkan tak nak terjebak..

Tapi mampu ke ngko cakap tak minat dengan kaler-kaler ni semua? Cantik sangat kot..

Kalau lah dapat pakai sekali dengan aksesori semua tu.. tapi mekchu tak suka tukar2 pakai gelang, rantai, ni semua... simple is me :D Gambar adalah dari @colortreepants

Ini semua neelofa punya pasal... itu la bahana bila follow artis kat Instagram..


Tetap nak follow retis kannnnn.... hahahaha... Dan dari tak nak terus jadi nakk nakkk nakkkkkkkk..

setakat ini je dulu.. color coklat ngan merah-pink tu aje yang pernah pakai.. 

Beli merata.. Kuning belang harimau tu legging adidas beli kat al-ikhsan. Papa-jib belikan suruh mekchu rajin jogging.. Bawak jogging kendian, bawak pegi jalan2 je dulu.. hahahaha.. Hijau tu voir beli kat sogo, coklat tu cotton levis beli kat sogo jugak.. jengging mustard yellow ngan merah2 pink tu beli online..

Next will be turqoise, lime green, purple n orange.. *sambil gosok-gosok tangan tanda tak sabar..


by mekchuN (^_^)

Tuesday, February 19, 2013

Abang dan Adik

Kalau boleh kan..... tak nak langsung ketinggalan melihat mereka membesar... Walau hari2 tengok, tiba masa nanti tetap akan rasa sekejap je anak-anak ni membesar..

Ini abang mi yang pertama kali dapat homework setelah hampir 2 bulan ke sekolah.. Risau jugak sebab anak2 korang semua dah melambak homework tapi abg mi relek-relek aje..


1 homework, 1001 gaya :)

Ni pulak adik wawa yang dah pandai menyembur.. dulu dia main kumpul2 air liur je tapi tatau nak buat apa dengan air liur sebanyak tu.. sekarang udah pandai sembur.. basah muka mama ngko kena sembur..



Mereka adalah suka dan duka kami...


Mereka adalah jiwa kami.. dan mereka juga adalah 'jelmaan' kami (^_^).. Syukur ya Allah..

by mekchuN (^_^)

Monday, February 18, 2013

Keluar menuntut sebuah janji

Janji kena tepati.. sebab tu papa-jib ni tak suka berjanji sebab dia takut moncong bini panjang kalau tak dapat tunaikan..

Tapi setakat nak bawak bini bershopping apa lah sangat kan..

terdengar anak beranak ni bergambar.. bibik yang snap kan.. 

sampai hati bergambar tanpa mama.. terus terusan enterprame.. besar kan kasut abang mi..

Ehhh... papa-jib dah rajin bergambar sejak ada instagram.. gambar dia kemain artistik lagi.. hahaha.. Sila follow instagram beliau @bapakgonjolong

Baby wawa kena tinggal sebab banyak tempat nak singgah.. elok bagi dia rehat2 je kat rumah tembamkan pipi..

rambut dia selepas dikeringkan pagi semalam.. hahahaha... nanti besar sikit mama bawak gi rebonding ye.. tapi ramai yang tak kasik.. 


Beli baju melayu abang mi dan keperluan untuk kenduri cukur jambul nanti.. itu pun dah berkeringat badan.. Lepas makan terus nekad suruh papa-jib simpan je PERUNTUKAN UTK MAMA tu.. tak larat pulak kaki nak melangkah.. fasa bulan jatuh ke riba memang kaki cepat lenguh.. 

 dapat beli topi otromen ni aje.. kikiki.. abg mi punya lah.. dia kat sebelah tutup muka tak sanggup tengok mama pakai topi otromen.. 

abang mi jugak yang beruntung dalam cerita ni.. kasut baru dapat, beg baru dapat... itu belum campur dengan baju melayu, pensel box, topi otromen..

Dengan peruntukan yang masih berbaki, mekchu tersenyum riang.. 

by mekchuN (^_^)

Friday, February 15, 2013

Susu Ibu untuk #habibinajwa

Belum pernah buat enrty pasal Expressing Breast Milk (EBM) kat sini.. Walhal itu adalah salah satu topik yang menjadi tumpuan bagi kaum-kaum ibu yang menyusukan anak.. Selain tambah ilmu, boleh tambah semangat jugak..

Mekchu ni bukan apa, sejak terbaca komen kat fb yang kata tak baik tayang gambar EBM ni terus rasa macam down.. macam ehh ehh apa hal ni derrrrr... semua pun nak jadi isu kan..

So, pernah tayang gambar kat instagram aje.. dan kali ni nak memorikan entry EBM kat blog pulak..

Bila susu dah penuh dalam peties, nenek labu pun bising lah sebab dia nak simpan lauk dah tak muat.. Itu pun nasib dapat sewa ruangan pintu.. Bila dah penuh, terus transfer EBM ke peties rumah seremban yang dah tentu2 kosong tu..

transfer guna bag longchamp pelesu ni aje.. letak bersama 3 kampit cooler packs ice kat dalam tu.. 

Drive terus ke rumah seremban. Jangan ngegades nak singgah mana2 sebab EBM ni kan sensitive.. masa transfer ni waktu pagi.. jadi tak de la EBM tu sempat nak cair..

Dan ini stok terkini yang ada kat rumah seremban tu..

rasanya tak de la banyak mana pon.. tapi tetap bersyukur sebab kali ni dapat buat stok.. 

Kat atas tu stok bulan Januari.. biasa la, entry berjanggut dok kat deraf je.. Kat bawah ni stok terkini selepas punggah EBM kali ke-2 dari rumah nenek labu ke rumah Seremban..


Masa najmi dulu memang fully BF, tapi stok tak banyak macam ni.. Bila EBM tu dah keras boleh tunggang terbalik kan susu tu macam gambar kat bawah.. Jimat ruang sangat kan....

Mekchu suka simpan EBM guna plastic storage dari Autumnz ni.. sebab pastik dia tebal dan double lock.. selain tu dia bersaiz 7oz.. So sesuai lah dengan kuantiti simpanan 4oz untuk baby wawa.. Ya, wawa tak padan kecik.. Sekali minum 4oz terus...

beli  plastic storage ni thru online. Beli sekali banyak sebab dapat murah.. dah guna 3 kotak dan ada lagi 3 kotak :D 

Carik kat kedai baby tak jumpa yang 7oz.. Semua saiz besar.. So dah jumpa jual online terus borong banyak-banyak.. Satu kotak tu ada dalam 50 keping.. 

ini lah pump station yang menjadi kegemaran mekchu.. 

Dah masuk anak 2 baru ada kesedaran nak beli rack ni semua.. nampak lebih organize.. kalo tak dulu letak semua botol kat dalam bakul yang buat tapak hamper tu aje (^_^)

Masih menggunakan avent manual ni sebab ianya ringkas walau pun banyak parts.. Dah 4 tahun pun masih elok..

bukan susu bewarna kuning.. tapi faktor botol PES memang nampak kuning cenggitu.. 

Alhamdulillah, susu banyak cuma malas nak pam. Selagi baju tak basah selagi tu lah malas nak pam.. Ehh bagus tau kalau kita rajin amalkan konsep 'mengosongkan' breast ni.. sebab kalo dah kosong, baru boleh supply lagi banyak.. dan banyak.. kan.....

Kepada yang bertanya, mekchu tak ambil apa2 suppliment.. Cuma malam2 minum susu anmum untuk BF tu aje.. Baby wawa kuat jugak menyusu.. elok2 dapat simpan 2 botol, satu dah kena paw kat dia..

Asyik dok mengepam sampai abang mi pun terikut nak mengepam..

"Mama ni asyik pamm.. pammm.. pammmmmmm... nanti mi panggil mama mama-pammmm baru tau.."
HAHAHAHA

dah lama dia nak cuba mengepam tapi asyik tak dapat.. sekali dapat peluang, bersungguh betul dia.. siap gigit baju.. hahaha ehhh mama ada buat macam tu ke?

Ini info bagus untuk ibu2 menyusu.. Cara penyimpanan susu ibu.. mekchu pun masih refer sampai sekarang..

very good illustration.. baru lah senang nak ingat kan.. 

Next nak cerita pasal proses pumping kat opis pulak..

Tak sabar nak tunggu baby wawa besar.. nak rasmikan baby bullet.. ngeeee :)


by mekchuN (^_^)