Friday, July 25, 2014

Salam #kosongkosong 2014

Kepada semua yang sudi singgah sini, mekchu nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin..

kat FB korang nampak kad ni.. kat IG pun nampak, kat blog pun sama jugak.. musim raya katanyaaa...

Blog tak akan diupdate beberapa minggu untuk memberi laluan kepada tuan dia untuk beraya dan harap dapat tambah berat badan...

Jumpa lagi nanti... Jaga makan, jaga minum, jaga duit raya, jaga baju raya jangan kotor, jaga bag raya, jaga anak2, jaga rumah, jaga kereta, jaga diri.... muahhhh...


by mekchuN (^_^)

Thursday, July 24, 2014

Pengalaman pertama kali anak berpuasa

Tahun pertama abang mi berpuasa... memang pengalaman sangat lah... yang pasti nya pengalaman manisss sangat...

ni hari pertama puasa. Hari Ahad kan. So memang asyik keluar masuk dapur aje la kejenya... 

Bising kata lapar nak makan... Dah habis tenaga katanya... nak angkat tangan pun tak boleh... Suruh mekchu masak nasi goreng.. saje je buat lengah... Lepas azan zuhur baru bagi dia makan...

Hari kedua dan seterusnya dah start sekolah kan... tak sangka pulak hari kedua tu dia boleh tahan sampai berbuka... dan hari2 lepas tu pun dia dapat puasa penuh jugak.. Kuat jugak abang mi ni..

Mula-mula puasa hari tu kejutkan abang mi bangun sahur sama-sama.. liat kemain nak bangun sahur.. pujuk je nak dekat 5 minit.. dia bangun, tapi tak nak makan apa... paksa makan, kita pulak dimarahnya... masa tu demam world cup lagi... so, lepas sahur kalo ada game bola dia akan layan tengok tv ngan papajib.. Kalo tak de game yang letih skit... sebab dia ikut papajib tido balik..

Adehhh kena pulak kejut sekali lagi nak pegi sekolah...

Bila mekchu tanya tips kat kawan2, mekchu dapat idea...


Kejutkan dia pukul 6.30 pagi macam tu.. mandikan terus. Lepas tu baru suruh dia sahur... Tak ape lah kan mula2 ni bagi dia sahur pukul 7 pagi.. Abis je sahur terus ke sekolah.. Jadi penjimatan nak kejut anak sampai 2 kali.. kurang la sikit stress tu kan...

Lauk sahur abang mi senang.. Dia nak lauk telur dadar ngan kicap aje... Terima kasih abang...

Ni hari pertama abang mi puasa penuh...

betul-betul mengadap nak tunggu acik tu masak beger dia... 

Dalam hati memang kesian tengok budak 6 tahun puasa.. ehhh kira 5 tahun setengah lagi lasa tu.. mekchu dulu pun umur berapa ehhh baru belajar puasa.. puasa penuh darjah 3 kot macam tu...

Niat mekchu nak ajar dia berpuasa dan tahu apa itu puasa.. Nak dia tahu macam mana susahnya orang2 yang tak de makanan nak hidup, nak ajar dia supaya jangan membazir dan sewaktu dengan nya...

Kalau tak larat, tak de la paksa jugak dia puasa kan.. Kejam sangat kot.. Tapi bila sekali dah bagi dia berbuka, nanti dia akan merayu nak berbuka awal lagi dan lagi.. Macam2 alasan lah dia cipta.. Tahu sangat dengan perangai dia tu.. Jadi, kita sendiri boleh tengok dia samada betul2 tak larat atau masih boleh bertahan..

Yang best abang mi ni dia tak rakus nak beli makanan.. kalau bawak pegi pasar ramadhan tu dia kata nak beger dengan air cendol maka beli lah beger dan air cendol aje... memang tak nak benda lain lagi dah.. tak tamak macam mama dia.. semua nampak semua nak beli.. sampai biru2 hujung jari berat bawak makanan.. hahahaha...

 tapi kalau ada pilihan roti canai, memang dia terkam itu dulu.. ada sekali tu menangis ajak mama nak makan roti canai mapley lepas balik sekolah.. hahahah kang mama pulak yang menangis kena tangkap naik van putih kanggg... 

Bila berbuka dia tak nak makan nasi... paling suka kalau nenek masak mee hoon.. sampai 3 pinggan dia makan.. mekchu bila berbuka suka tengok reaksi abang mi.. rasa nak menangis pun ada tengok anak sendiri dah mula belajar berpuasa...

Hari sekolah (Isnin - Khamis) majoriti dapat puasa penuh sebab kat sekolah memang tak disediakan makanan langsung.. Tapi tidak pada hari Jumaat - Ahad... Jumaat half day. Dia pun puasa half day jugak.. Kalau sabtu ahad tu lagik lah, asyik lah merengek lapar... Memang tak tahan bila dengar.. dapat je puasa separuh hari, terus suruh dia berbuka... Kalau tak pun makan last pukul 12 tengah hari, lepas tu petang jangan makan minum sampai waktu berbuka.. Mana-mana la janji dapat separuh hari...

 dah tak larat sangat dia.. kesian anak bujang mama 

 bagi berbuka awal..  

Pada mekchu paling mencabar bila dah pukul 6 petang dan ke atas tu.. memang mencabar kesabaran sangat.. dengan nak siapkan makanan lagi, adik nak dukung lagi, abang pulak merengek rengek.... papajib selalu sampai rumah dah nak berbuka.. kadang dia ada jemputan kat luar.. jadi memang mekchu aje lah yang setel kan abang mi ni.. yang tenangkan abang mi... yang kuatkan semangat abang mi..

Dia balik sekolah pukul 3.30 petang.. mekchu saje amek dia lambat.. tapi kalo lambat sangat kang esok tak nak pegi sekolah pulak.. Balik rumah tu singgah la mana2 nak lengahkan masa.. bila dah sampai rumah itu yang kritikal nya tu...

Banyak kan main dengan masa.. dia memang selalu tanya lagi berapa jam nak berbuka, lagi berapa saat nak berbuka... hahaha terus saat ko ye... bila dengar lagi 50 minit dia suka laa... tapi bila dengar lagi 2 jam setengah frust lah member... tak boleh tipu jam sebab dah pandai tengok jam..

Ada sekali tu dah pukul 7.10 kot masa tu.. tiba2 je nampak dia tengah makan eskrem.. hahahaha... bila tanya dia cakap dia terlupa puasa... Ok fine... baru je selang beberapa minit cakap nak berbuka.. auta sangat kannnn...

*lupa nak amek gambar jadual puasa abang mi. Setakat hari ni abang mi berjaya 13 hari puasa penuh.. 2 hari langsung tak puasa sebab balik pilah asyik nak mainnn aje... dan yang selebihnya puasa separuh hari..

Apa-apa lah abang... niat mama dah tertunai.. Memang betul ajar anak solat lagi penting dari ajar berpuasa.. sebab bila anak dah pandai solat, automatik dia akan dapat berpuasa.. bulan ramadhan datang setahun sekali.. jadi mekchu ambil peluang bulan ramadhan ni untuk ajar abang mi berpuasa.. Ajar anak solat sepanjang masa ok...



by mekchuN (^_^)

Wednesday, July 23, 2014

Seprise dari nenek labu

IG : @churalliya

Nenek labu bg tau dia ada buat seprise.. Siap suruh masuk bilik dulu, tggu dia panggil katanya. Masuk2 je dapur nampak kuih raya ni dah siap bersusun.

Aduhaiiiii.... bila masa la emak menggentel kuih raya semua ni. Nak gentel wawa lagi... Dia kata sehari buat 1 jenis. Lps tu sorok kat dlm almari bilik blkang.. padanlah x tinggalkan kesan.. Semua kuih tradisional. Kuih bijan, gunting, sampan, dahlia dan paling feberet sejak kecik kuih arab.. Itu mmg tak kan hidang utk tetamu. Susah nak jumpa kuih arab yg asli mcm tu.. Dah 3 thn tak buat kuih raya katanya. Tu yg tahun dia dia buat sorok2 takut anak2 bising.. Adik doakan mak diberikan kesihatan yang baik.. Adik sayang mak... #preparationraya 



by mekchuN (^_^)

Tuesday, July 22, 2014

Potong kek dozer Abang Mi

Dah 2 tahun sambut bithday bulan puasa... masa ni lah comel kalau nak potong kek kat sekolah kan.. dah darjah nam sok tak comel dah nak tiup lilin kat sekolah... ke makin comel ehhh? tak pe lah abang, kalau bukan bulan puasa pun abang belum tentu berani nak tiup lilin dengan cikgu dan kawan2 tanpa mama & papa kannnnn......

Tahun ni order senyap2 kek dozer dengan saudari pengerusi majlis @amyduffy :) kek 100% foundant semua mahal, jadi kita amek kek yang ada toys aje.. semua di bawah kawalan bajet... yang penting ada dozer...

Kebetulan ada jemputan berbuka puasa dengan opismate papajib di Hotel Royal, Seremban.

Balik keje - amek abang mi - balik rumah nenek labu - siapkan budak - siapkan diri - drive semula ke seremban adalah bukan kerja mudah ya.. Seorang mama memang semulajadi taff... Harap maklum.

 sampai2 je hotel terus mamarazi amek gambar abang & wawa.. tak nak jadi macam iftar sebelum tak de gambar langsung.. otomatik mood nak membebel terbantut... 

Jumpa papajib kat otel terus.. dia kan kat Tampin sekarang. So no more nak ngada2 duduk sebelah jadi mem.. ngko penat di rumah dan ngko juga lah yang penat di jalan raya..

 siapa tanya soklan "mekchu mengandung keerrr?" memang kite unfriend terus.. hahaha.. 

Lepas berbuka, lepas semua dah duduk tersandar baru lah keluarkan kek dozer abam mi.. kemain terkejut dia.. Ehhhh, macam biasa ye, gambar berbuka memang tak de tau.. Gambar sambut birthday abang mi aje ni..

kek dozer yang cantik dan sedap... pinjam gambar dari @amydufy.. sebab nak amek gambar kek kat sana memang tak mengizinkan... 

 risau sejak pandai guna lighter ni... semua nak dieksperimen nyaa... 

nampak sangat mama ngan papa yang teruja lebih ni... 

 ehhh abang mi senyum laaa... 

ramai yang dah beransur masa ni.. tinggal kami 2 meja aje... 

 abang mi yang semakin besar semakin nakal.. berapa erk umur anak yang boleh nampak kenakalan tu berkurangan?

 walau pun nakal sampai tahap mampu urut dada aje, mama tetap enjoy membesarkan abang mi... sebab abang mi anak sulung mama... so nanti tak tahu pulak macam mana perangai wawa kan... selagi mama diberi kesihatan yang baik, masa yang cukup selagi itu lah mama akan curahkan kasih sayang sepenuhnya pada abang... Jadi anak yang baik ye sayang... InsyaAllah... 

ju dah nak balik... thanks ju tolong amek kan gambar... dah sama kurus lah kita sekarang... 

 nenek labu pun ada sekali malam tu.. 

ciuman kasih dari seorang nenek.. dari hari pertama nenek jaga abang tau... 

Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk anak mama... Sekarang mungkin abang tak tahu nilai keberanian, kemanusiaan, kehormatan, keadilan, kekeluargaan lagi... Tapi suatu hari nanti mesti abang akan tahu dan fahami dan lakukan lah yang terbaik ok...

Wahhhhh nasihat macam anak tu dah amek peksa SPM..

Selamat Hari Lahir ke-6 sayang... Fokus abang... FOKUS! hahahaha...


by mekchuN (^_^)

Monday, July 21, 2014

Iftar Kelab Potong untuk tahun yang ke-8

Tahun ni pemalas nyaaa nak buat entry pasal puasa, buka puasa, masak apa, makan apa... yang mekchu tahu setiap hari adalah hari yang mendebarkan sebab tahun ni pertama kali abang mi berpuasa... debar nak kejutkan dia bangun sahur dan debar nak melayan karenah dia bila pukul 6 petang dan ke atas... nanti mekchu cerita pasal pengalaman abang mi berpuasa ehhh...

Baru hegeh nak cerita pasal majlis berbuka puasa dengan Kelab Potong. Kelab Potong? emmmm setahun sekali baru dengar pasal kelab ni kan... hahahaha... member2 yang sama belajar kat UUM dulu.. dah lebih 15 tahun dan masih rapat.. Alhamdulillah..

Tahun ni iftar masih diteruskan. Kalau tak buat makna nya tak dapat lah nak jumpa kawan2 lama..

Kat Bangi Golf Resort. Kembali berbuka di luar setelah tak de siapa nak jadi tuan rumah untuk potluck tahun ni.. tak pe la, yang penting dapat jumpa kawan2 lama..

Disebabkan orang yang ramai nak mammmmmm, maka mood nak bergambar tu terhapus seketika.. rela tunggu aje kat meja. Papajib yang pegi beratur dan amek makanan, mekchu tukang makan aje.. pihak resort ni pun satu, selagi ada ruang, selagi tu lah dia letak meja.. bila dah penuh meja nak jalan pun kena tarik napas kecik kan perut.. tapi tak dinafikan, makanan kat sana SEMUA SEDAPPPP...

Ini aje gambar yang ada...

pukul 10 malam tapi masih kat sana lagi.. abang mi dah lasak sangat masa ni.. ntah mana dia main.. 

gambar masa makan.. gile kejam tak de langsung gambar mekchu tengah makan... kitorang amek 4 meja.. semua ada la dalam 40 orang termasuk anak2.. 

nahh... gambar montot aje... hahahaha... tak de gambar punya pasal, gambar ni pun bulehhhh... 

ni pulak gambar lagend nak ukur tinggi... hahaha.. tahun depan benut dah boleh undur diri.. tinggal lagi 3 orang je.. kalai, bodek & poyok.. nasib lah korang siapa paling last..

ini aje kaum hawa yang dapat hadir... kaum adam ramai datang solo.. ehhh kebetulan pulak.. memang kawan2 kitorang ada nama hawa dan adam pun :) 


dah 2 minggu puasa baru dapat makan kat luar.. tu yang seronok semacam tu...

tu la gambar kenangan tahun ni.. tak ramai macam tahun lepas, yang penting gathering diteruskan...

Tak seronok pulak nak tiba2 ending macam tu aje...

Disebabkan gambar tak banyak, mekchu carik balik gambar2 kenangan dengan Kelab Potong ni.. Semua pun gambar masa berbuka puasa...

********************************************************************************

 :: 2004 :: Kinrara Golf Club :: belum tawin lagi masa ni... 

 :: 2005 :: Kinrara Golf Club (lagikk) :: sebab budak2 tu ramai yang sewa rumah kat kinrara lagi masa tu.. ehh baru kawin masa ni tau...

Lepas tu stop gathering lama jugak.. sebab utama tak buat gathering sebab masa tu pressure dan rasa down sebab kawan2 lain yang baru kawin semua dah pregnen.. mekchu masih belom ngandong2.. sensitip sangat masa tu bila orang tanya 'planning ker?' "belum ada isi lagi?' memang nak nak sepak orang...

Tiap-tiap tahun papajib yang jadi organizer.. so bila dia tak organize maka tiadalah gathering Kelab Potong ni..

 :: 2009 :: Kelab Tasik Putrajaya :: baru buat balik gathering.. masa ni dah ada mi-cah :) gambar ramai2 tak de pulop



:: 2012 :: A Famosa Golf Club :: tengah pregnen wawa 30 minggu

 :: 2013 :: Pot luck rumah Adam di Kajang :: The best gathering eva!! ini penyertaan paling ramai... 

:: 2014 :: Bangi Golf Resort :: 

Alhamdulillah, rupa-rupanya dah 10 tahun dari gathering yang pertama diadakan.. Cuma termiss 3 tahun (2006, 2007 & 2008). Sangat nostalgia bila tengok balik gambar2 lama... 


by mekchuN (^_^)

Thursday, July 17, 2014

Selamat Hari Lahir yang ke-6 Najmi Syahputra

Macam tak percaya abam mi dah masuk 6 tahun hari ni...

Syukur masih dapat lihat anak membesar depan mata.. hari2 tengok dia memang tak terasa perubahan dah tinggi, dah tembam, dah hitam, dah kurus semua... yang mekchu tahu hari2 kena bergaduh dengan dia...


Dia lah keceriaan ku
Dia lah kegembiraan ku
Dia lah kegirangan ku
Dia lah kebanggaan ku
Dia lah kemarahan ku
dan
Dia lah jua kesabaran ku


Abang mi, mama & papa sayang sangat-sangat pada abang.. Semoga menjadi anak yang soleh dan dapat menggantikan tempat mama & papa dengan baik suatu hari nanti...


by mekchuN (^_^)

Monday, July 14, 2014

Journey to the North (9th anniv) : Penang

Hari ke-4 jalan-jalan celebrate enibeseri... Sebenarnya hari last ni baru lah betul genap 9 tahun..

20052005 ~ 20052014

Tapi hari last ni macam relek2 aje itinerary nyaa... memang relek sangat lah... tak boleh beria sangat bila bawak budak.. kalau ikutkan hati macam2 tempat nak pegi kat penang tu.. ketepikan lah hati tu dulu ye...

Nah, mula kan entry dengan gambar budak kecibung baru bangun tido..

kemain happy.. gelak siap pegang perut.. macam yb lawat tapak.. hahaha

Lepas sarapan, moh rendam kolam lagi... 3 hari dok otel, 3 hari lah mandi kolam..

 pool kat gurney hotel ni memang cantik.. siap ada pasir2 walau pun kat tingkat 7.. kalau tgk gambar memang sukar la nak percaya cantik kan... hahaha 

sebab gambar2 mekchu penuh dengan kegembiraan aje... hahaha

Best pulak layan pool dia.. dah la tak de orang.. dah alang-alang dapat swimming suit ropol2 baru kan... kita lenjan la cukup2.. lepas ni konpem gantung dlm lemari punya..

gambar ni tak edit pun, memang cuaca mendung nak hujan... cantik kan view kat situ..

mendamaikan.. kalau lah mekchu pandai kuak lentang dalam kolam kan best.. ini pandai kuak lentang atas katil aje... 

Dah agak2 kecut atas bawah, terus naik bilik... siap2 dan terus check out...

 "abang, kita dah nak balik ke ni? sekejap je kan..."

 abang ni, kita tanya jawab laa... dah la rambut sikat tepi.... (^_^)

Hahahaha... kalau bercuti memang rasa sekejap kan.. cuba kalau mesyuarat, 2 jam macam 2 minggu.. choiii..

 selfie dalam keta nak pegi carik pasemboq...

Itu lah tujuan nak ke penang pun... tempat deting kat penang dah pegi hujung tahun lepas... kali ni memang nak makan pasemboq semata..

 wallaweiiiiii.... tak dapat makan yang kat padang kota punya, dapat yang ini pun tak pe... nikmatnya perut... 

jumpa dengan kawan lama.. mr.chempera.. hihihihi.. kurus sangat kot.. dia yg bawak makan pasemboq..

Mekchu punya je 2 pinggan!

perut kenyang senang hati laaa kan... ngko pakai selipar aje mekchu?? 

Cantik nya penang... dah lama tak mai sana.. serius cantik..

Nak terus balik macam awal sangat... papajib ajak singgah Queensbay Mall dulu... Kat dalam tu beli baju budak2 aje.. 

masing2 dah mula nak meragam... tak boleh la masuk shopping complex.. selain mintak menan, abang mi juga mintak cubitan mama... 

Masuk je keta terus ok.. Dia memang suka sangat naik aplhard tu.. kalo boleh mintak papa beli alphard.. altis kecik katanya...

Papa dengar tak permintaan anak tu?

Selesai semua, moh la kita balik seremban.. hadoiiii jauh nya rasa.. macam mana la korang balik raya ni nanti kan...

Maka, tamat lah sudah siri percutian sempena 9th annivasary kami.. Alhamdulillah, semoga perhubungan ini akan terus berkekalan #tilljannah... Terima kasih kawan2 yang wish... Terima kasih papa bawak kami jalan-jalan Utara.. Percutian yang pasti akan melekat di kepala..

Dah boleh sebey tempat untuk 10th annivesary kot.. Kalau tak kerana annivesary, memang susah nak korbankan masa keje papajib tu untuk pegi bercuti..

Ke mana kita nanti pa?

by mekchuN (^_^)