Tuesday, May 31, 2011

Seronoknya 'newcastle'

 tgk muka pun dah seronok kan.. 2x ronok sbb mekchu nampak gemok :) itu nama dia beronok-ronok..

Yang paling seronok bila dapat jumpa dengan kawan lama.. itu adalah saat yang paling dinanti sejak 6 tahun lepas dan akhirnya kami bertemu juga..

Status kat fb mekchu "kagum melihat kawan baik yg tabah membesarkan 5 org anak pada usia 32 tahun :)" sebenarnya dia masih 31 tahun..

 korang cakap mekchu kurus kan... tapi yana ni lagi kurussssss.....

kalau papa-jit ngan mi-cah ada lagi lah beronok-ronok jadinya... rindu sama hero2 ku itew...

Monday, May 30, 2011

Singapore Itinerary

Yeyyyy.... akhirnya keluar jugak entry yang dinanti ramai ni.. (bersengkang mata mak ko nak..)

Kami ke Singapore adalah selama 3H2M di bawah travel pakej.. kalo kat seremban ni mekchu amek Proxima Travel & Tours.. pegi-balik drive sendiri dan kedua-dua malam stay di The Zon Regency Hotel, JB.. hotel tu tersangat lah strategik sebab dekat dengan stulang.. kedai makan banyak sangat kat area hotel tu.. dan dekat jugak nak masuk singapore..

bilik cantik.. sesuai sangat kalo setakat nak balik mandi & tido kan..

itinerary adalah request daripada kami sendiri... kalo ikutkan memang travel ejen ada sediakan city tour lawat esplande, singapore flyer, merlion park, geylang, semua2 tu.. tp tujuan utama kami adalah nak ke USS dan shopping sahaja.. sbb tu dia jadi percutian yang agak pendek dan sendat tapi happy... haaa, punyalah susah nak luahkan perasaan tu kannn...

Bila dah di customize semua, jadi lah macam yang tertayang part by part macam hari tu.. terima kasih sebab sentiasa follow mekchu dan bg semangat soh update.. tanpa korang, siapalah mekchu (sempat)..

kalo ikut itinerary kami hari tu, kos seorang hanyalah RM485 sahaja.. murah kan.. semua orang boleh pergi.. tak payah nak tunggu turn dapat duit kutu pun boleh pegi..

Apa yang dapat untuk RM485 tu?
1. Tiket masuk USS (harga tiket je dah RM170 untuk dewasa. kanak2 umur 6 tahun ke atas tak pasti pulak berapa.. ahakssss)
2. 2 nights stay at The Zon Regency Hotel, JB (included b/fast)
3. Transport ke USS pergi dan balik (pegi pukul 9 pagi tunggu kat lobi, balik up to 10 malam.. tp kitowang dapat bertahan sampai 8 malam je.. melecet... hahahaha)

Tatau lah ok ke tak.. tp itu lah pakej yang kami amek masa kat sana hari tu.. tidak termasuk transport untuk 2nd day dan makan minum tau.. transport 2nd day tu kami cari sendiri.. kalo ikutkan dalam RM500 untuk sewa transport sehari siap ngan driver nak bawak kita jalan2 (upon request nak bawak gi mana). Nanti sewa transport tu bahagi lah dengan umat manusia yang join trip kan.. kalo 5 orang, kena lah tambah sorang seratus.. gitu....

Untuk makan dan minum, memang tak jadi masalah.. tapi mahal sikit la kan.. bila simpan duit nak beli henbeg tu, jangan lupa simpan untuk duit makan sekali.. hahaha.. mana la tau excited pikir henbeg, henbeg, henbeg kan, sekali duit makan terlupa.. x de tenaga pulak nak shopping..

Itu je lah kot itinerary yang mekchu boleh share.. simple dimple je pon.. kitowang pun plan last minute jugak.. kalo proper, mesti boleh dapat yang lebih baik..

Jadi harap explanation tadi dapat menjawab kepada soalan kawan-kawan hari tu (felling rancangan bersama mekchu gitu....)


 
 

dan soalan-soalan tambahan dari kawan-kawan..

Jawapan kepada bitt: baaaaanyak sangat.. soklan tu jugak yang mekchu dok tertanya2 dulu tapi tak de sape nak tolong jawabkan.. kali ni biar mekchu yg jawabkan.. hehehe.. bitt jgn risau tau.. setiap satu theme tu mmg akan ada menan untuk budak.. mak dgn bapak budak pun boleh join sekali..


Jawapan kepada mummysyafie (nor) : kat sana ada disediakan rental stroller.. yg kecik ada, besar ada.. kalo malas nak bawak, boleh je sewa USS punya.. nak masuk mainan kat dalam tu mmg tak boleh bawak la stroller ni.. kena parking kat luar.. mmg banyak tempat parking stroller.. mebbe 'susah' kat situ kena dokong budak sambil beratur kot.. atau pun 'susah' dalam erti kata lain, pintu keluar yang jauh dari tempat parking stroller.. kena 'menjemput' stroller.. hehehe.. nor, tak de apa la yang susah.. kalo tak bawak lagi susah kot..


Jawapan kepada yana : a ahh.. 2-2 malam tido kat JB sebabnya harga hotel kalo stay kat JB ngan singapore jauh berbeza.. lagi pun hotel yang akak tido tu dekat sangat ngan Woodland (pintu keluar masuk SIN-JB)..  sewa keta org JB ngan sewa keta org singapore rasanya yang singapore lagi mahal :) itu pendapat akak ko yang berlagak pandai ni aje la.. hahahaha... yana boleh survey dulu kot..


Jawapan kepada bitt (eh, banyaknya soalan dari dia.. hahaha) : game yang basah2 ada la satu dua je kot.. tak perlu sampai nak bawak rain coat.. hehehe.. kelakar la bitt ni.. tapi kalo bawak budak harussss bawak kan baju spare dia.. kot2 la dia nak berenang air dinosour tu kan..

Itu lah serba sedikit info yang mekchu boleh share.. kot2 ada soalan yang belum terjawab, sila kan tanya.. 

Kalo nak review balik entry lepas ada kat sini (kat belah tepi kanan tu pun dah buat link)
Kalau dah pegi nanti jangan lupa tag mekchu :)

Membengkel kan diri

Hari ni sampai khamis mekchu ada bengkel di 'newcaste'. 'New' = baru, 'castle' = kota, jadi lu pikir lah sendiri.. Hahaha..

Ada tugasan besarrrr kat sini. Nmpk gaya rindu lah nak BW :( dan entry yang dah janji selama ni mmg duduk dlm draf je la..

Sapo2 nok jupo kawe kat kota baghu, ghoyak bilo..

Sent from my Red Lovers :)

Saturday, May 28, 2011

us @ Orchard Road

Sepanjang 2nd day adalah di Orchard Road semata-mata... plan asal konon-konon nak spend separuh hari je kat situ, lepas lunch nak jalan-jalan kat tempat lain pulak.. tp disebabkan kat sana tengah summer sale, maka dari pagi sampai petang lah kami berada kat sana tu..

Orchard Road adalah sorrrrrrrga membeli belah.. harus tuju tempat tu dulu sebelum perkataan 'tak sempat' muncul..

 transport kami pada hari kedua.. tak sama dengan dengan 1st day dan kali ni adalah MPV. tak naik transit lagi maka tak perlu turun naik imegresen dan kastam.. duduk je dalam keta.. nnti org imegresen tu panggil nama (base pada passport) nanti masing2 angkat la tangan.. mi-cah sukeeeee sangat.. xicted gile tunggu org tu panggil nama dia..

amacam anak2 semua... best tak? (itu belum sampai lagi tu...)

Ok, mood mi-cah hari kedua agak kelaut sikit.. mebbe rasa penat berenang air dinosour tak hilang lagi.. jadi, dia adalah meragam sekepuk hari tu... serius tak tenang nak shopping.. mekchu cadangkan korang pegilah orchard rd ni dulu, baru masuk USS.. jadi semua masih full energy lagi..

salah satu cara nak bagi dia diam buat sementara waktu, bagi main camera... asalkan dia senyap sekejap pun jadi lahh.. mama-chu nak membeli dan membelah..

dah dapat camera sibuk suruh mama posing... x de hal punyaaaa...

Dress-up hari kedua ntahapaapantah sebab pakai selipar.. rasa comot momot je.. tu kaki ada lebam la pulak.. ntah apa punca tak tau.. hahaha.. papa-jit geleng kepala je.. sakit2 pun bila dapat shopping, hidup nyawa...

another shoot by mi-cah... mama-chu seronok membeli barang anak....

 kalau t-shirt gap budak tu selalu dlm RM59, kat sana dapat la dalam RM45 (itu contoh)..

nak kata barang-barang kat sana murah tak de la sangat... murah siiiikit la dari mesia.. tapi yang mekchu suka dia punya design yang sangat cantik, terpesona dan updated.. berbeza sangat design yang sampai kat mesia.. kadang2 tu terpikir jugak adakah ada badan yang mengawal berang2 kat mesia ni.. bila sampai barang baru, dia sapu dulu.... adakah??

tak sangka jugak, negara moden mcm ni tapi masih kurang menyediakan kemudahan sepatutnya.. nasib baik mi-cah mempunyai seorang papa yang gagah #TDDMKA

 2nd day cuaca hujan rintik-rintik.. nasib baik agenda kami dalam bangunan aje..

 satu-satunya gambar kami beramai-ramai.. itu pun tak cukup korum..

tengah tunggu kereta nak pegi lunch.. sempat sekeping untuk kenangan...

driver bawak makan kat Geylang Serai.. jauh jugak dari Orchard Rd tu.. terasa masa tu cepat je berlalu..

baru perasan gambar makan satu pun tak de.. memang kalo time makan, kena cepat2 suap mi-cah ni.. mood dia nak makan akan datang sekejap aje... jadi kalo time tu ko nak snappo bagai, memang dia akan marah.. tapi jangan risau, kedai makan kat sana teramat banyak pilihan dan senang nak cari yang halal.. 

hahahaha.. kelakar pulak tengok gambar mi-cah ni...

kami ke Geylang Serai memang untuk makan semata-mata.. tak sempat jalan-jalan pun... 

"nak pegi mana lagi" tanya driver
"kita pegi Orchard Road balik ye" jawab papa-jit

sesungguhnya jawapan itu membuatkan mekchu tersenyum.... yeaaaahhh kita sambung shopping... 

memang dalam hati tu teringin nak city tour macam pegi Merlion Park, Esplanade, Singapore Flyer semua tu tapi kitowang tak de banyak masa dan shopping adalah lagi penting.. hahahaha.. mmg dasar....

memang pandang dari dalam keta je la.. mebbe next time bleh wat trip khas untuk city tour dan sesungguhnya kena tunggu mi-cah ni besarrrrrr dulu..

bugis junction pun main pandu lalu je... 

 yang penting dah sampai Orchard Rd kembali untuk meneruskan misi... kita ada misiiiiiiiii... hahahaha... 

semua tau kan, kat sana kena lalu tunnel kalo nak melintas..

dun u ever2 melintas jalan.. nanti kena saman.. bayangkan kiri & kanan jalan penuh dgn shopping complex.. kalo sekejap nak beli barang kat sebelah kiri, sekejap nak beli barang kat sebelah kanan memang tak dapek den nak nolong...


 sorga bagi ku.... sorrrrrgaaaaaaa.....

kami cari kedai levis $200 dapat 2 pasang.. pas tu dapat voucher $80 kalau kita pakai levis sedia ada.. tapi ntah mana ntah kedai nyaaaaa.. jumpa kedai yg kecik je.. 

 kami hanya sempat masuk Wisma Atria, takashimaya, TANGS, Lucky Plaza & last sekali Paragon ni... 

Kat Wisma Atria beli baju2 mi-cah.. Takashimaya beli apa tak ingat.. TANGS beli henbeg #1 dan henbeg #2, Lucky Plaza beli souviners dan levis papa-jit dan Paragon beli henbeg #3..

tayang papar bag aje.. barang2 dalam tu biarlah rahsia.. hahahaha.. rahsia lah sangat kan... 

malam tu, kami pun bergerak balik.. brg2 main sumbat dalam bonet keta.. itu lah untungnya bawak keta :) sesungguhnya percutian yang ringkas dan sendat ini memberi memori dan kenangan yang tersendiri.. 

Ok, mekchu start draf itinerary sepanjang kami kat sana.. ingat2 lupa pulak dah... cane ni...

Friday, May 27, 2011

Kisah Kasut yang gigit kaki

Entry kali ni agak keji sebab tayang gambar kaki semata.. hahahaha...

Bila kasut yang menjadi pojaan hati dah hilang, misi mencari kasut pun diteruskan.. konon2 nak cari kasut pesen lain.. segala kedai yang bernama kedai kasut dah cari tapi tak jumpa2 jugak yang berkenan.. sape yang follow blog ni, dia tau la kot kisah kasut yang hilang tu..

hati tu TATAP berkenan ngan kasut crocs munge-munge kecik ni.. dah pusing satu midvalley tapi tak jumpa.. at last kat jasko S2 jugak yang mekchu pilih.. dah tengok kat crocs lain tapi tak de design munge2 cam tu..

ada 2 kaler.. fefel dan cekelat.. dan papa-jit pilih kaler cekelat.. kaler fefel tu kan dah hilang.. so, beli yg cekelat pulak..

ada je design lain yang sale kat situ.. sale 50% taw.. dari RM180 dapat RM90 je.. tapi selalunya pandangan pertama jugak yang menjadi kan..

kenangan bersamamu.. ecehhhh....

dan kalo perasan, kasut munge-munge kecik cekelat tu lah yang mekchu pakai gi singapore.. memang selesa.. tapi kalo dah naik turun tangga imegresen, tangga kastam, kejar anak, etc etc, akhirnya mekchu akur yang memakai selipar 8X lagi selesa :(

baru 2 kilometer.. menten lagi dan boleh bergambar dengan Elton Johan.. hahaha..

 masuk 5 kilometer perjalanan (jgn percaya jumlah tu ye), dah tak tahan sakit.. rasa macam nak lempang je sape2 yang cuba menghalang perjalanan.. 

boleh pulak terlupa nak bawak plaster..  dah la tak di jual kat mana2 kedai souviner kat sana.. nasib baik berani tanya.. itulah gunanya english education (tiba-tiba).. nasib baik dorang mmg ada stok khas untuk org melecet kot.. hahaha.. FOC je :)

memang ada ke arah nak beli sport shoes khas yang boleh pakai kalo nak gi jalan2 jauh.. tp bila pikir balik, jalan jauh nye setahun tu adalah sekali kot, tak berbaloi pulak.. sport shoes yang bawak bersukan tu adalah.. tak patut pulak kalo nak pakai kasut tu.. hahaha..

mekchu terlupa nak gigit kasut munge-munge tu sebelum guna.. selalu tak melecet pon sebab ingat nak gigit.. "sebelum dia gigit kita, baik kita gigit dia dulu".. korang percaya tak?

Thursday, May 26, 2011

us @ USS Part III

Mintak-mintak cerita kat USS habis kat Part III nih.. letih mak nak oiiii...

Ok, lepas anak dinosour kaler merah menetas, dia di bidankan oleh bapak dinosour.. hahaha... merepek.. terus mandikan anak dinosour kat toilet yang berdekatan.. mandi kat sinki yo.. kat dalam toilet dia bukannya ada kepala paip pon..

 

Waktu tu kami masih di The Lost World.. satu game pun tak main kat situ sbb dah petang dan mi-cah dah kepenatan berenang.. maka, mood dia agak menjadi-jadi jugak.. walhal kat situ lah banyak game yang best-best.. tak pe.. tak pe... anak lagi penting..


Ok, kita jalan lagi.. kali ni ke Ancient Egypt pulak.. kita tengok apa yang ada kat sana.. makin petang orang makin ramai.. badan pun makin penat.. kaki pun makin melecet.. OMG!


mekchu tinggal ngan mi-cah kat situ, papa-jit masuk dalam main Revenge of the Mummy.. keluar2 je muka dia pucat.. hahahaha... naik darkness indoor roller coaster.. kelakar pulak..

kemarahan mi-cah untuk bergambar makin terasa menjelang petang... tgk la tu, selagi boleh nak terbang lepaskan diri..

duduk kat batu panas tu, susukan mi-cah dan terus lena.. papa-jit pun tak sempat habis main lagi masa tu.. legaa selega-leganya bila mi-cah dah tido.... 

Ini lah masa untuk berjimba... yaaribbbaaa...  tapi kalo nak masuk main game sorang2 tak best la pulak kan.. nak main berdua sape pulak nak jaga mi-cah.. sudahnya kitowang amek gambar je..

Di Sci-Fi City..
 kelas ko mak nani.. bantal busuk mi-cah dah sampai singapore... 

 u snap gambar i, i snap gambar u.. gituuuuu.......

 itu adalah Battlestar Galactica.. dia ada 2 laluan biru dan merah yang akan jalan serentak.. laluan biru tu CYCLON dan merah tu HUMAN.. yang merah kot siap twist tonggang terbalik.. tengok pun dah kecut perut.. rasanya kalo bagi VIP access pun TAK AKAN naik.. janji!!

 kena komplen suruh buat muka elok2...

ok, smile :)

apa? uols kata seluar mekchu santik ni santik? hahahaha... tu seluar sambar dan bayar tu noks.. dah ready kalo kena kutuk ngan papa-jit pakai seluar macam tu.. tak sangka dia pun kata mekchu santik, santik pakai seluar tu.. nnti mekchu wat review pasal seluar tu okehhh..

Tatau pulak kat USS tu ada tema New York semua bagai.. member ada pesan, kalo pandai cari angle mmg nampak real macam kat NY.. 

Tak kreatip la nak cari angle2 semua tu.. kaki dah melecet sangat masa tu.. dalam otak nak carik selipar je.. 

 
 
 

banyak jugak attractions yang ada kat New York tu.. papa-jit ok je tapi mekchu dah penat... nak carik kerusi dan rehatkan kaki..

 
ohh.. sakitnya kaki ku... 

 
 
charlie chaplin kan? ermmm ada pulak dia kat tepi tu.. tak ramai orang boleh la kitowang layan.. kalau nak kena beratur panjang, tak kuasa mak..

kat sana nnti korang mmg tak akan boring.. nnti ada je attractions lain macam ada orang nyanyi2, buat magic, etc.. kedai makan pun jangan risau.. bersepah.. tapi kena tengok tanda halal lah ye.. macam restoran grill, pizza dia tak de tanda halal..

ermm.. kejap je dia tido.. potong arrr..

 yang ini sumpah mekchu pun tak kenal sape dia.. dia panggil mekchu 'gorjes' haruslah bergambar bersama.. tapi papa-jit kata dia pondan.. hahahahaha... 


 org depan2 tu elok je si hulk (eh, ini watak apa erk?) ni buat gaya biasa.. sampai kat mekchu dia suruh cekik dia.. tp masalahnya tangan dia tu besar sangat.. tahap geli sampai tak bleh bukak mata... 


mi-cah buat2 jual mahal.. dia suka tu sebenarnya.. hahaha... eh, tiba2 dah pakai selipar kan.. tak pasal2 mempunyai selipar berharga $19.90.. 

Lambat lagi nak tunggu kol 8 malam.. kitowang dah habis seround... disebabkan tatau nak wat apa lagi, dan mi-cah pun dah recharge energy, bawak dia main game yang awal2 tadi beratur panjang tu..

ye la, tak logik wooo 45 minutes from here.. pas tu naik nya 3 minit je.. so, petang tu dah jadi 5 minutes from here.. sukaaaaaaaaaa.....

Patah balik ke Ancient Egypt yang mi-cah tido tadi sbb kat sana byk menan budak..

ini konon-konon branden fraser la ni.. tapi tinggi betul...

salah satu game yang kami amat puas hati.. tak yah beratur langsung.. tips, kalau nak main, pegi lah selepas jam 6 ke atas..

Treasure Hunters.. seronok sangat menyakat mi-cah ngan abg aiman ni.. pesan ngan dia suruh bawak elok2.. jgn masuk dalam air.. beria dia pegang stering tu.. sekali dia nampak badak air, ular, semua terus melompat nak duduk ngan mekchu.. 

masuk balik kat The Lost World nak main Dino-Soarin.. kali ni mekchu kena naik sbb abg aiman tak de pulak org tengokkan.. lepas tu turun asyik sendawa angin je.. mekchu memang tak boleh naik menan yang berpusing cam ni.. loya tekak mak.. 

ni lagi satu menan berpusing Accelerator.. ini lagi maha dahsyat... laju kemain sampai tahap nak carik mana papa-jit pun tak nampak.. yang ini sorry morry lah mekchu nak naik kan.. 

lepas tu habiskan masa keluar masuk kedai souviner kat sana tu.. makin lama makin bertambah plastik barang2.. makin penuh stroller mi-cah kena sangkut dengan macam2 barang... hahahaha... nasib baik lah janji ngan uncle driver kol 8 malam.. kalau tidak standard dia akan amek pukul 10 malam taw.. badan terlalu penat.. nak jalan pun tak larat..

hari pun dah gelap dan di akhiri dengan gaya ntahapaapantah dari papa-jit tu..

sampai je hotel mekchu yang lena dulu.. makan malam order kat hotel aje.. sakit kepala sampai tahap makanan depan mata pun tak larat nak makan.. maka entry USS melabuhkan tirainya.. akan bersambung dengan entry kat Orchard Road pulak.. yang ini mekchu sukeeeee :)