Tuesday, November 29, 2011

All by myself

3 tahun 4 bulan.

Mi-cah dah boleh mandi, sabun, yak-yak (tapi cebok tak bagi buat lagi), kencing, pakai spenda, pakai seluar, pakai baju, sikat rambut dan pakai bedak sendiri..

Mula-mula hari tu kan, rasa macam gerammmm sangat sebab semua pun dia nak buat sendiri.. kita nak cepat jadi bertambah lambat... kalo mandi pulak main kecebor-kecebor nak buat bunyi macam papa dia mandi.. hahahaha... sudahnya air semua pegi belakang.. badan dia kering lagi.. sekarang dah pandai, mandi pelan-pelan.. tang rambut pun dah rata airnya..

Sabun pun dah pandai.. dulu perut je wangi.. sekarang ketiak, bebird, montot semua dia sapu..

Paling best apa tau.. bila dia nak kencing.. tak payah tolong apa-apa dah.. dia rasa je nak kencing, pandai2 lah pegi toilet, keluarkan bebird dia dan kencing.. pas tu cebok tang bebird tu aje.. ohhh lucky to be a boy :)

Part nak pakai baju pun satu hal jugak... Ni sempat amek gambar petang balik keje minggu lepas.. kebetulan nenek labu tak sempat mandikan dia.. 

Kalau tiba2 dia lupa dan kita pun lupa dah terpakai spenda, sanggup dia bukak balik spenda tu sebab nak pakai sendiri punya pasal.. sukati ko lahhhhhhh...

Sikat rambut ada style sendiri.. mekchu selalu sikatkan semua rambut dia kebelakang.. sebab bila kering rambut dia memang akan turun sendiri.. tapi dia tak suka okehhh... nak sikat siap-siap ke bawah tutup dahi lapang dia tuhhh... 

Ada jugak mintak nak pakai minyak rambut. Tapi kitorang tak bagi sebab takut rosak rambut.. dah mula pandai melaram nanti mesti pegi beli minyak rambut sendiri kat kedai..

Bedak pun nak pakai sendiri.. berkepuh macam tepung gomak.. tak pe, mekchu suka.. masih setia dengan bedak anakku sebab bau dia sangat bau baby.. 
 
mama-chu enterpreme.. setiap kali lepas siap mandi memang kena bayar tol kat mama dulu.. hehehe..

Dah nampak banyak perubahan pada mi-cah ni.. dari nakal yang sukar dibendung, sekarang dah behave sangat.. syukur ya Allah...

Rupanya anak umur 3 tahun ke atas baru akan lebih mendengar kata.. dan perubahan itu akan jadi tanpa kita perasan sebenarnya..

Kalau zaman mi-cah tengah melasak dulu selalu merungut kenapa dia nakal, kenapa tak nak dengar nasihat, kenapa suka baling barang, kenapa suka pukul, kenapa itu, kenapa ini... tak baik kan.. sekarang bila fikirkan balik saat2 itu, terasa rindu...

Sunday, November 27, 2011

Penguin tak di beri makan

Tahun lepas sama besar je mi-cah ngan penguin tu. Tahun ni mi-cah dah lagi tinggi. Nampak gaya kena bayoo lah ehh?

Mana aci... Penguin tu tak di beri makan. Meme lah tak besar2.. Patut sama je lah besar dia.. Kannnnnnn.. Ini tidak adil..

Akan berada disini sampai rabu. Kalau tengok penguin tu, korang tau lah kot kat mana kan. Esok mi-cah nak jumpa dengan ikan muntah air dia :)

Button Share

Baru tambah button share facebook kat blog ni dalam minggu lepas..

Dan button itu membuatkan mekchu tersenyum :)

 entry Surayu yang ayu menang lucky draw masa Karnival ICT :)

 entry mi-cah yang puasa susu dan mekchu yang muat pakai baju poney mi-cah :) itu apa kes sendiri punya entry, sendiri like?

dan entry suka tengok diri sendiri bila pakai baju sutera pink :)

Terima kasih kepada yang sudi share.. Ketiga-tiga entry tu terus jadi top 3 my glam entry.. muahh muahh muahhh...

Walaupun angka dia kecik, itu pun dah cukup membuatkan hati ber-munge-munge riang.. tak de lah sehaibat mana pun.. tapi lega sebab mekchu tahu masih ada yang menyukai blog ini.. 

Salam Maal Hijrah buat semua dan selamat datang tahun 1433Hijrah.. lepas ni bila nak raya nanti kena ingat kita dah masuk 1433H.. kalau boleh jangan google bila nak tulis kat raya nanti.. hahahaha macam berpengalaman aje..

Harap semua dapatlah berhijrah ke arah yang lebih baik kan.. korang bila masuk je opis jangan malas-malas lagi tau.. mekchu lambat lagi kot masuk opis..

Menyanyi lah.. la la la la... la la la la...

Friday, November 25, 2011

Surayu yang Ayu...

Hahahaha... nama baru okeh sempena Karnival ICT tadi di sambut dengan tepukan gemuruh yang kedengaran jeles daripada para hadirin..... dapat lucky draw dengan nama Surayu.. Surayu pun surayu lah.. memang ayu pun.. hahaha #pitammmmmmm...

Simposium dari TM.. bersama senahsirap, wildcutecat dan capogrande.. variasi betul nama-nama dorang ni kan... 

dapat parfume TM :) jeles tak?


Alhamdulillah, ada rezeki.. Bukan senang nak dapat lucky draw.. 1st prize tv LCD Samsung. Kalo dapat, konpem letak kat dalam bilik air..

Dan paling hot kat situ tentu lah Unifi kan.. maklum lah, kat Seremban ni siapa cepat dia dapat.. yang cepat tapi tak de coverage pun tak guna jugak :(

sungguh2 dgr penerangan.. siap guna phone dia lagik test call papa-jit.. orang TM tu yang suruh.. 

Korang tau kan pakej Unifi ni.. pakej dia tak boleh pilih-pilih.. Video Internet Phone (VIP) sekali harung.. part Internet ngan Phone tu mmg best dah.. part video tu agak sukar sikit laaa... 

channel sukan? hanya ada channel MUTV.. seddddddihhhhhhhh!!!!

Dah tentu-tentu lah laki aku tolak seboOOolat suara.. tak bleh hidup kalo tak de channel sukan ni.. ESPN, Arena, golf.. itu channel feberet dia dan kadang2 bleh jadi gaduh ngan anak :) Ingatkan channel MUTV tu ala-ala ESPN punya.. sekali mmg channel khas Manchaster United ngkooo... harus geli2 badan papa-jit.. hahahaha...

Kesimpulannya, memang nan-hado lah kami nak register Unifi tu...

Banyak booth kat situ.. Tapi UPTM tak de bukak booth pun.. Kitorang ni datang sebagai tetamu tau.. jadi kalau carik mekchu kat sana memang tak kan jumpa lah :)

 
bersama hadiah lucky draw yang dimenangi.. seeeebok je sir capo kat sebelah tu nak jugak pegang2 hadiah aii.. 

Jalan-jalan kat booth sekejap je.. Lepas tu terus ke PC Fair.. kat situ yang lama.. bukan lama sebab tengok pc ke notebook ke iPad ke.. tapi lama sebab tanya2 pasal camera.. hahaha.. 

Antara Lumix GF3 dengan Sony NEX C3.. 2-2 pun bisa menggegar dada.. 

nak amek gambar sorang2 sebenarnya.. clown ni sebok datang sebelah nak amek gambar.. tau la sama-sama berpolkadot.. pas tu tanya boleh cium tak? belasah nak?

Esok lusa nak angkut papa-jit ngan mi-cah pulak.. kot2 papa-jit lembut hati nak belikan camera..


Korang jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama ke acara yang jarang2 ada kat Seremban ni tau.. Memang best. Boleh tengok kat http://www.knsict.com.my untuk dapat info mengenai aktiviti yang disediakan. Kalau cari mekchu kat sana, memang susah sikit nak jumpa sebab tak kena duty.. Lalalalalala...

Ok lah, nak bukak hadiah lucky draw :)

Thursday, November 24, 2011

Mummy_Ayu::Contest Matase Sutera Mekchu

Kali ni nak review penyertaan daripada mummy_ayu pulak.. (http://mummyayucontest.blogspot.com/2011/10/contest-matase-sutera-mekchu.html)

 Apa pandangan korang mengenai seorang gadis ayu yang bernama mekchu?
pandangan Ayu tentang Mekchu.......
Mekchu nie seorang yg periang..macam kanak2 riang tu..
ceria la..nampak gaya macam friendly tapi tak tau la
sbblum pernah jumpa lagi
tapi pernah la berbalas msg....
and harap leh jumpa one day nanti sbb
nanti Ayu pun duduk Seremban..
mana tau..leh geng2 nanti
seorang mak yg penyayang..of coz
and seorang wife yang manja gitu
itu la pandangan Ayu tentang Mekchu nie

Apa yang best@tak best mengenai blog kuning oren ni?
of coz la best blog kuning oren nie.
tu yg selalu Ayu datang dan datang dan datang lagi
and sebab tu la leh masuk majalah...
:-)
best sebab.....ayat2 yg Mekchu guna simple
straight forward..tak yah pikir2..
baca je..leh gelak guling2...
and best sbb tgk aksi Micah yg macam2....
yg tak best........emmmm....takde color pink kot
sbb I'm pink lover....he he he...takde la..gurau je tau

Entry macam mana yang korang suka/layan kat blog mekchu?
entry yg macam......
entry yg selalu 2 tu la....
entry yg cerita rutin & aktiviti Mekchu ngan Micah & hubby
pakai baju sedondon....hubby pun layan jer
best la..

Cadangan untuk tambah baik blog kuning oren
cadangan ditutup..
boleh?
ok...cadangan untuk tambah baik....
emmmm...
emmm..

ber-PINK-kini

Tercapai jugak hasrat nak sama-sama pakai baju kaler pink :)

Sebenarnya mekchu yang lebih-lebih hober nak pakai baju pink Matase Sutera hari tu..ehh, bukan memang selalu hober ke? terus teringat yang papa-jit baru beli t-shirt golf kaler pink.. hahaha.. tak sangka dia bawak balik t-shirt pink.. terasa mcm......... ohh suami ku yang jambu..

"mama, kenapa buai ni tak gerak-gerak mama?"
"sabar... mama tengah control ayu ni.. kan papa tengah amek gambar kita tuu"

Tapi gambar bertiga tak de.. rugi ohh.. sebab mi-cah mengadessss tak nak masuk dalam gambar. Sebaliknya dia yang nak snap kan gambar..
sibuk ok suruh mama ngan papa posing..

Kadang2 dia siap suruh ikut buat memek muka.. kalau tak ikut dia marah.. dan gambar2 tu of kos tak bleh masuk dalam blog.. kenot.. kenot..

 kalo paksa gaya itu lah budak kecik tu.. tak ikhlas.. korang tengok belt mi-cah.. hebat kannnn... macam orang tua!!

Tali pinggang tu sebenarnya papa-jit punya.. tapi sekarang mi-cah dah boleh pakai.. tapi kena la adjust dulu.. suka pulak tengok mi-cah sebab nampak memang mcm dah besar sangat..

our lovely pumpkin at 3y 4m


seriusnya i'm so in love with the pink sutera :)

kena ugut apa ntah masa ni.. terus dia nak amek gambar sama-sama.. style sekarang buat muka penyet macam tu..

Ok, sebenarnya kitorang kat majlis kenduri kawin anak buah.. tapi gambar pengantin secebis pun tak de... perangai buruk tu yang susah nak elak laaa.. Sampai terus carik makanan, pas tu salam pengantin. Pastu carik tempat lepak sampai emak panggil balik..

Berbalik kepada baju pink tu.. otw balik seremban (kendurinya kat setapak) kami singgah mapley putrajaya. Mi-cah baek pulak lentok kat mekchu.. kedut2 okehhh baju gejos mama ko.. tapi anak punya pasal ahkak redha kedut.. jangan tetas sudaaaa...


Kan ke susah nak makan roti cheese nan kalo gaya itu.. kot kecik lagi bleh gak lipat2 kan dia.. ini dah panjang dah.. so, makan dengan sebelah tangan ni aje.. Hujan lebat masa tu. Lapar.

Keburukan lantak rebut2 roti cheese nan ayam tandori ngan papa-jit.. kedekut nak order 2.. tengah suap-suap tu tertumpah pulak kuah kari kat kain.. aduhhhhhhhhh.... kotoran kuah kari susah nak hilang kan.. time tu mekchu relek je. dalam hati balik nanti bleh cuci..

Tiba-tiba papa-jit terus berhenti makan dan bangun.. datang semula bawak air sabun di tangan.. terus sapukan air sabun kat kesan kuah kari tadi tu dan gosok-gosok dengan tangan.. hahahaha.. terkedu!!

Sesungguhnya dia pun ada perasaan sayang dan suka dengan baju pink Matase Sutera itu, tapi tak pernah ucap dengan kata-kata ^.^

Wednesday, November 23, 2011

Puasa Susu

Semalam. Kesian mi-cah. Susu dah habis dan stok susu kat rumah jugak habis.. Last buatkan susu dia pagi tu sebelum pegi keje.. itu pun dapat 3 scoop je..

Tengah hari tu dia siap call ingatkan mama-chu belikan susu dia.. Kesian, lapar susu sangat lah tu..

Balik keje semalam gigih lah meredah hujan lebat yang kaler putih sebab nak beli susu mi-cah.. tidak boleh tidak.. kena beli jugak sebab hampir seharian dia tak dapat susu (sumber utama kalsium). Maka kebasahan lah seorang ibu gojes walau pun berpayung.. tsk tsk..

Kelam kabut lah kalau suami asyik outstation ni kan (dah start nak buat alasan). Minggu lepas pun kehabisan susu jugak.. kesian anak aku..

Ini gambar minggu lepas..

 

Tak pe kan mi-cah.. mi-cah kan ada mama yang semua pun boleh... motip?


Mama yang serba boleh seperti boleh pakai baju PONEY... kah kah kah.. korang pernah jumpa baju PONEY untuk orang dewasa?

Selesa ber cotton

(Entry teratas selama 48 jam)

Kalau diberi pilihan baju kurung mana yang selesa antara cotton dan chiffon, mekchu akan beri jawapan COTTON.. bukan sebab tak suka chiffon. tapi kalau nak ber chiffon baju perlu dilining.. double charge utk tempahan dan double panas juga..

Dan kalau keluar outstation yang perlu mengenakan baju kurung dari pagi sampai malam, semestinya mekchu akan pilih baju kurung COTTON.. selesa.

Baju kurung cotton sekarang dah jadi trend kan.. sukeeee baju kurung cotton polkadot, mix & match pulak dengan kain belang.. wallaaweeiiii lain daripada lain..

seharusnya oren :)

nampak la muda sikit bila pakai corak polkadot ni.. 

Ada yang tak suka sebab kata macam budak-budak.. memang dulu-dulu corak polkadot ni sesuai untuk budak.. tapi itu dulu.. sekarang cecuba kalau mak budak yang pakai.. tak salah kan.. isshh kalo mekchu ada gegirl, memang konpem sepapan!!

Kain cotton ni kan, kalo cuaca tengah panas pun hati kita akan tenanggggg je.. anak mengamuk cemana pun kita tetap maintain ayuuu aje.. cuba kalo pakai baju yang kainnya tak selesa, hati tu cepat je panasss.. pas tu mesti dah senseng lengan baju sampai ke siku kan..

Mekchu bercerita daripada pengalaman :)

Bagi kita kaum perempuan ni, kain yang kurang kualiti juga mempengaruhi bau badan.. walau pun hakikatnya kita tiada masalah bau badan. ada beberapa jenis kain yang menjadikan bau badan kita ketara.. sembur lah  minyak wangi banyak-banyak, tetap akan ada bau yang kurang enak tu.. 

Bau tu kita tak perasan sebenarnya.. dan selalunya bau itu paling ketara kalau kita sebagai orang yang terakhir masuk dalam kereta. Konpem orang yang dah lama tunggu dalam kereta tu sedikit sebanyak akan terganggu... 

Kalau pakai baju cotton, masalah macam tu tak akan terjadi.. Bau badan tak terbau.. ehh, ayat apakah? Mekchu telah mengkaji masalah ni, sebab tu berani cakap :)


Bila pakai kurung cotton ni, sampai ke petang pun masih selesa... mi-cah ajak main buai lepas balik keje memang terus pergi je.. kalau pakai baju kurung kain licin biasa tu memang kena tukar kepada t-shirt dulu baru selesa..

Sekarang dah banyak pilihan kain baju kurung cotton ni kan.. Sila fokus pada online shopping sebab mekchu tak pernah beli di kedai casa moda lagi.. online shopping pun boleh rekues nak matching kan dengan baju..

Sangat berpuas hati bila berbisness dengan kak Nurazmiah Azri melalui facebook.. terima kasih kak jem kerana telah pertemukan kami.. hahaha.. ada baaaaanyak sangat cotton dari pelbagai corak yang dijual.. selain polkadot, ada jugak bunga2, belang2 dan paling baru Japanese cotton Gred AA dan Japanese Cotoon Bellaboo

Jangan risau dari segi kain jarang atau kain terlalu keras.. Kain kak Nurazmiah Azri adalah sangat berkualiti dan sesuai dengan harganya..
Ishhh.. panjang berjela-jela nih kalau nak paste kan semua.. Semua pun tantek-tantek..

Kalau nak tengok koleksi kain2 cotton yang cantik tu sila lah layari fb beliau di http://www.facebook.com/nurazmiah atau kalau opis blocked fb, boleh je tengok kat blog beliau di http://nurazshoppe.blogspot.com/

Sesiapa yang tinggal di area subang sana memang beruntung lah sebab kak Nurazmiah ni selalu bukak booth kat Subang Parade... 

27 Nov - booth 5
3 & 4 Dec - booth 5
24 & 25 Dec - booth 5
*booth berdekatan dengan kedai CELLINI

Korang pun patut ada at least sepasang kurung cotton ni untuk merasai kelainannya.. kalau yang dah ada berpasang-pasang tu tahniah mekchu ucapkan..

Suka sangat tengok orang pakai baju kurung cotton ni.. kurang seksi dan kurang kontroversi :)

Boss dalam Selamat Pagi Malaysia hari ni

Berkerumun masing-masing depan tv nak tengok boss..

Promosi sempena Karnival ICT Negeri Sembilan 2011.

Puan nampak berseri lah :) Baju baru ehhh... ehem ehem..

  Siap recording.. Sebab ramai yang tak dapat tengok.. Lepas-lepas ni boleh tengok ulang-ulang..

Mula-mula je boss nampak nebes.. lepas 2-3 minit tu dah ok dah..

Korang semua adalah dipelawa untuk hadir beramai-ramai tau.. Sesapa yang balik kampung tu, sila la singgah sekejap.. Sape2 yang plan nak mandi laut kat PD tu pun sila pusing stering masuk Seremban sekejap..


Plan nak register Unifi lah.. boleh je nak apply kat website TM.. tapi apply masa karnival lagi meriah kot :) kat Seremban ni coverage Unifi belum 100% lagik.. kat area Senawang aje.. dan taman mekchu sipi-sipi tapi blom tersenarai (acane tu?) Kalau register sekarang, tahun depan dah bleh pasang kot..

Ehhhh melalut.. Kawan-kawan semua, jangan lupa datang ok.. Kita jumpa kat sana :)

Tuesday, November 22, 2011

Hari ni ber pony tail

Teringin nak ikat rambut.. Jarang kan nampak mekchu ikat rambut gi kerja.
Bukan setakat gi kerja, kat mana-mana pun memang tak suka ikat rambut. Nanti pening kepala. Kalo pakai cekak lagi teruk peningnya..

Gelabah jugak pagi tadi mencarik getah rambut. Sebab tu hari ni kena amek gambar :)

Monday, November 21, 2011

S.U.K.A


Suka...
Walau rambut kembang-kembang ibarat rambut pelesu si datin suri :)

Suka..
Walau sedang melayan anak main buai di tengah hari yang panas berbahang..

Suka..
Walau tangan kanan pegang lolipop dan tangan kiri pegang goodies bag..

Suka...
Sebab dapat memastikan hero-hero ber'pink'kini pada hari itu..

Suka..
Walau apa orang nak kata...

Sebenarnya nak bagi tahu.... SUUUKAAAA sangat dengan baju pink ituuu...

Tata :)

Terima kasih kawan-kawan yang doakan abah mertua.. Dia dah discharge.. Sukaaaaa...

Friday, November 18, 2011

Sup ketam untuk atok

Abah mertua dijangkiti denggi. Semalam kena warded kat hosp tuanku jaafar. Platlet makin rendah. Risau pulak.

Dlm kol 9 pagi tadi papa-jit kalut2 soh carik kan orang yang bleh wat sup ketam. Nak hantar kat abah t.hari sebab abah makin teruk.

Sape pulak yg nak tolong masak. Mana pulak nak cari ketam kat opis ni kan.. Dah la kol 10 ada miting.

Terima kasih pada abg man yang belikan ketam di pasar dan terima kasih jugak pada ismy tolong sumbangkan idea mintak kak gee kedai makan tolong masakkan. Eh, ismy jugak yang tolong hantar dan ambil sup ketam tu..

Habis je miting tau-tau sup ketam dah siap :) ohh terharu sungguh dengan bantuan opismate. Kejap lagi nak hantar kat hospital.

Sedap betul sup ketam masakan kak gee ni.. Ehh, macam mana pulak ngko bleh tau sedap? Burrpppp.. Opsssss :)

Thursday, November 17, 2011

Sekejap sekejap je..

Pagi tadi meeting kat opis. Sekarang dah ada kat sini, tepi Taming Sari..

Masih mencari Hotel Casa Del Rio.. Kalau tak jumpa acane erkk?

Ohhh dengggg.. Melaka jemmms sangat. Jauh beza ngan seremban. I lurve my hometown so so much..

Eagle Ranch, Mini Reunion

Hari tu sempat cerita sikit je pasal Mini Reunion kat Eagle Ranch, PD nih.. gambar pun dari camera sendiri je.

Ni hah!! dah dapat copy gambar dari camera ofis.. bleh la sambung cerita.. lalalalalala...

saje pilih gambar ni kat paling atas.. motip?

motipnya adalah nanti gambar ni bleh appear kat bloglist korang (kepada yang ada letak link blog mekchu).. comel tak? comel tak? hahahaha..

Ok, kami (mekchu & mi-cah) hanya berdua sahaja ke Eagle Ranch ni disebabkan papa-jit ada komitmen nak tengok bola final Piala Malaysia kat Shah Alam malam tu..

Tamo sentap-sentap.. pergi berdua pun boleh..


Cadangnya pagi tu ada Tressure Hunt.. dan tepat sekali.. kami sampai, tressure hunt telah bermula.. nampak lah masa tu masing-masing sibuk jalan keliling Eagle Ranch tu mencari klu :)

Dan mekchu memang tidak bercadang untuk join aktiviti pada hari itu.. Redha. Memang ke sana untuk suka-suka sahaja. Bawak anak kecik ni mana lah celahnya nak dapat join.. Plan asal gilir-gilir jaga anak dengan papa-jit. Redha lagi..

tumpang seronok je la tengok gambar-gambar dorang.. dan boleh membayangkan apa yang sedang dibincangkan..

ngko tengok adik beradik yang baru sampai tu.. orang lain dah dapat 8 klu dah.. ate, katanya tak boleh nak join aktivitiiii....

terpakai baju MU pulak.. tak perasan sebenarnya.. patut lah papa-jit senyum-senyum je pagi tu.. masa tu MU baru kalah teruk.. pedulik!! janji sedondon ngan mi-cah..

Port baek pulak kat swimming pool.. mmg cari nahas le jawabnya.. asyik berwirid aje kat telinga kata nak mandi kolam.. 

ibu-ibu dan anak kecil memang kena duduk diam-diam.. kejap ye, mekchu pun nak join :)

ehem ehem.. suweeeeetttt kan adik beradik ni..

dia dah tak bleh tahan dah.. nasib lah mama ko ni ada skill memujik tahap tinggi..

Sambil menanti yang lain-lain habiskan tressure hunt, kami naik kereta kuda dulu.. itu semua idea budak kecik tu.. seronok jugak :)

Habis je tressure hunt, semua rekues nak lunch dan sukaneka bersambung petang tu..

Lepas makan tu lah mi-cah baek punya tido kat rumah cantik tu.. Sukaneka start kol 2.30 petang (start awal sebab nak mengelakkan hari hujan). Baek punya tido sampai pukul 3.30 petang.. nak kejut tak sampai hati pulak sebab malam tu ada dinner.. dia kalo tak dito masa tu, konpem time dinner tu dia lelap.. hilang vougue d vass mak kalo nak kena pangku dia masa dinner.. sape nak tolong amek kan makanan? sape nak tolong top up kan air? uissshh dah siap pikir ke tahap tu..

3.30 petang baru hegeh turun bawah.. sekali sempat bergambar ramai-ramai ni aje.. itu pun nasib baik sempat..

Tak ramai join atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.. janji kami happy..

Antara sukaneka petang tu yang mekchu terlepas..

 
 
 

Tergelak-gelak mekchu tengok gambar2 tu semua.. ada banyak lagi.. tapi tak yah la tepek semua sebab bukan ada aksi mekchu pun :(

Lepas tu sambung kat pool pulak.. haaaa, itu mekchu amek bahagian..

pool ala-ala jakuzi tu mmg kitorang yang punyaaaaa... mi-cah sampai tenggelam timbul mandi situ.. tak serik2 dia.. 


malam tu dinner.. bukan setakat hidangan makanan yang super duper sodap, dihidangkan jugak dengan live bola malam tu.. 

Tak tengok sampai habis kat sana.. sambung layan kat dalam bilik.. sebab anak bujang dah agak susah nak handle.. mungkin dia dah mula boring tak de orang layan dia..

Pagi esok nya lepas b/fast terus check-out.. rasa serba tak kena pulak bila kat luar lama-lama tanpa suami.. betul, rasa kekosongan di hati.. hahahaha jangan gelak.. sebab tu decide balik awal dan sambung tido kat rumah...

Sambil tu opismate masih meneruskan aktiviti paint ball.. seronok nyee kan kalo bleh join.. ada banyak lagi sebenarnya aktiviti melasak kat sana..

 

Tapi hati dah membara nak jumpa suami kan.. nak buat macam mana...

Bilik kitorang.. Kat dalam gambar tu ada 4 bilik.. mcm tak percaya kan.. 

Ingatkan nak sekalikan cerita pasal bilik bandwagon kitorang ni.. tapi entry dah terlalu panjang pulak.. so kena lah asingkan..

Kenapa ending macam tercekik pulak kali ni erk..