Siapa suruh datang????
Segala mak nenek aktiviti dah dilangsaikan malam tu, makanya pagi tu memang penyampaian sijil semata..
Sarapan pun relek2 aje.. lenggang kangkung je la masing2.. nak rushing apa je pun..
ini lah doormates mekchu selama 4 hari tu... best sangat dengan dorang.. kat bilik tak de gambar sebab segala2 nya sensored... kannnn...
hari last, jom kita dera adik paling comel ni basuhkan pinggan.. jgn nak buat muka kesian boleh? sape suruh tak bagi saya menang main arm wresling kan.... hahahaha
Lepas tu bergambar ramai-ramai sebagai tanda bangga dah habis kursus...
carik mekchu.... cepat....
jumpa? senang kan nak carik... hahaha...
selfie satu!
Lupa nak bagi tahu.. sebenarnya markah yang fasilitator amek selama ni tak de apa pun... style je lebih bila present je ada markah... hahahahampeh btol... tu yang main letak aje markah yang entah apa2 tu.. asyik kumpulan kitorang je pulak dapat yang corot tu... nasib lah kitorang ni jenis tenang dalam kekalahan... hahaha....
Jadi toksah lah bersungguh sangat nak kumpul markah paling tinggi...
Bergambar dengan piah pulak sebelum naik bas...
Nak sampai sini lagi entah bila kan....
Kendian naik je bas dan terus ke Pasar Payang... gambar kat sana tak de ehh.. sibuk la nak shopping.. masa adalah sangat terhad...
Lepas tu terus la balik seremban... bertolak dalam jam 1.30 petang, pukul 12 malam sampai seremban... Alaaaaa kejap je kan.. tak jauh mana pun Terengganu... *phewwwww nasib la kawin ngan orang dekat
Sepanjang dalam bas tu kan punyalah bersungguh cuba lelapkan mata.. ehhh mata memang lelap la, tapi tak boleh lena... pejaammmmmmmmmmmmmmm je berejam2.. bila bukak "ehhhhh haku belum tido lagi laaaa".. begitu lah sehingga lah sampai depan perkarangan opis.. masih segar bugar walau pun hari sebelum tu dah lalui macam2 benda sampai terbarai masing-masing...
Pelik. Kenapa mekchu tak penat ehhh??? Dari manaa datang tenaga banyak2 ni..
Esok tu boleh datang kerja macam biasa lagi...
Tapi itu la..... hahahaha nak gelak dulu aci tak?
Sehari lepas tu ada training kat Taman Tun... Habis BTN Isnin. Selasa datang opis macam biasa. Rabu training... haaaa macam tu...
maka training lah kami bersungguh2 macam kebiasaan...
data video training..
dannnnnnn...... tiba2 penat BTN tu baru sampai
Dengggg... 2 hari jugak perjalanan penat tu baru nak merasuk dalam badan... sempat pulak kena kantoi dengan budak2 ni... hahahaha... Jadi tolong jangan tempatkan mekchu di sebelah dinding pehlisssss.....
Dahhh... jangan nak gelak lebih2.. sikit2 je cukup...
Apa pun kesimpulan nya, kalau dapat peluang pegi BTN tu, pergi lah dengan rela hati... jangan kerana terpaksa... mula2 memang hentak kaki la tak nak pegi.. tapi bila dah lalui semua memang rasa seronok.. bukan seronok, tapi beronok-ronok... Mari lah mengumpul sebanyak pengalaman selagi boleh...
Ok tamat dah cerita pasal BTN Besut... phewwwww....
Ni entry lama-lama kot2 ada yang nak mengembara bersama...
BTN Besut : Part kematu dalam bas (Hari Pertama)
BTN Besut : Part lemas di daratan (Hari Kedua)
BTN Besut : Part memang dasar kumpulan kalah dalam tenang (Hari Ketiga)
BTN Besut : Part apabila talkin dibacakan (Hari Ketiga)
BTN Besut : Part pendakian itu satu penyiksaan (Hari Ketiga)
BTN Besut : Part Hello Pasar Payang (Hari Keempat)
phewww...penat gilosss...jauh tuuu
ReplyDelete